Tuesday, June 30

ANGKAT

Adik angkat.
Abang angkat.
Kakak angkat.
Keluarga angkat.
Ahhh, mengapa orang Melayu begitu suka men'gangkat-angkat ini?
Tak nampakkah bahayanya, terutama kepada remaja perempuan?

Sarah menerima pelawaan Jefri untuk berkawan. Tetapi Jefri bersifat pemalu; dia hanya mahu berhubung melalui panggilan telefon dan sms. Jefri meminta untuk menjadikan Sarah sebagai adik angkatnya. Katanya, dia tidak pernah mempunyai adik perempuan, dan dia suka dengan sikap Sarah yang peramah. Sarah tidak kisah; baginya apa salahnya jikalau berkawan biasa? Lagipun dengan adanya seorang abang angkat, tentu hidup lebih bahagia dan menarik. Ohh, memang menarik! Selepas 3 bulan, Jefri abang angkatnya menyatakan bahawa dia sebenarnya jatuh cinta dengan Sarah, dan mahu menjalin hubungan yang lebih intim dengan Sarah. Rupa-rupanya ada benda lain yang turut ingin diangkatnya!

Kak Nora menjeling anak bongsunya, geram. Tidak pernah disangkanya Hani yang dihantarnya berkursus pada waktu cuti sekolah, telah berkenalan dengan seorang jejaka tanpa pengetahuannya. Sekiranya pihak sekolah tidak menelefon, mungkin dia masih tidak mengetahui rahsia itu. Entah dari mana munculnya seorang lelaki dewasa yang mengaku dirinya sebagai abang angkat Hani. Mujurlah lelaki itu jenis yang jujur, datang ke rumah untuk memperkenalkan dirinya kepada mereka sekeluarga. Kalau dia berniat jahat, mungkin telah rosak Hani diperlakukan oleh lelaki yang di-abangangkat-kan oleh anak perempuannya itu.

"Saya tak izinkan!" Puan Maria memberi kata putus. "Saya tak izinkan dia menerima sebarang pemberian kamu."
Dijelingnya wajah Munirah yang pucat lesi, dan wajah lelaki yang baru dijumpainya. Dilihatnya wang yang masih di dalam genggaman lelaki tersebut.
"Kamu tidak ada sebarang pertalian persaudaraan. Dia bukan muhrim kamu, tak sepatutnya kamu berhubung melalui telefon, apatah lagi untuk kamu memberinya apa-apa benda tanpa kebenaran ibu bapanya. Jangan datang ke sini lagi sekiranya kamu ambil berat tentang masa depannya. Kamu berdua masih belajar, tumpu pada pelajaran kamu sekarang. Kalau kamu hendak berjumpa, buatlah dengan cara yang elok dan ikut syariat Islam; pergi ke rumahnya dan berjumpa dengan ibu bapanya. Jangan adakan perhubungan tanpa restu ibu bapa dan jadikan tempat ini sebagai tempat perjumpaan kamu, faham?"
Dalam hati, Puan Maria berisghtifar. Menahan marah dan geram. Tidak pernah disangkanya bahawa Munirah yang duduk di sebelahnya itu berani bertindak begitu. Bodoh bendul pula nampaknya lelaki muda yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan 'sedekah ikhlas'. Syukur alhamdulillah, Allah swt tentukan perkara itu sampai kepada pengetahuannya; jika tidak entah apa yang bakal berlaku. Aduh, dunia sekarang.
Sah, perhubungan 'angkat-angkat' di antara 2 insan berlainan jantina hanya mengundang masalah!

Mengapakah perhubungan abang angkat-adik angkat perempuan, hubungan bukan muhrim terutamanya tanpa pengetahuan ahli keluarga masing-masing, begitu sinonim dengan budaya orang Melayu?

7 comments:

  1. I understood this very well sis aliya. Because i was once a "victim" of this type of relationship. But that was before i reverted. After i embraced Islam, i cut off the relationship when i know it was wrong. Actually, it has caused me a lot more damage than good. I hope non of the readers that happen to read this involve in this kind of relationship.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aliya. Kakchik pun kurang faham budaya adik-abang angkat ni sebab tidak pernah mengalu-alukannya walaupun pernah dirisik oleh abang-abang senior masa sekolah dulu. Alhamdulillah masa tu kakchik sudah faham keburukannya dan terselamat. Namun ramai kawan yang terlibat, di peringkat awal nampak macam abang angkat serius bertolong-bantu bab pelajaran tapi akhirnya banyak timbul masalah hati, cemburu dan sebagainya. Mungkin nak sebut KEKASIH malu jadi gunalah perkataan abang-adik angkat, rasa ringan sikit. Tapi ummi ayah kakchik punya ramai anak angkat... semuanya lelaki dan mereka rapat dengan keluarga kami hingga ke hari ini. Hehe, mereka semua adalah lelaki yang mohon bantuan ummi ayah untuk dicarikan isteri.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam NuFaS,
    I had experienced almost the same problem during my college days,long before I became Muslim. Big problem when he became possessive and jealous.After that,I've stopped accepting any man single man who asked to be my abang angkat, no way!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam kakchik,
    Heheheee... bertuahnya anak-anak angkat umi ayah kakchik, ada yang bernikah dengan saudara perempuan kakchik kah? Adat Cina ada juga amalan keluarga anak angkat-ibu/bapa angkat, tetapi perlu diumukan melalui istiadat minum teh. Selepas itu, hubungan mereka seperti ahli keluarga sebenar, dan turut dikhaskan tempat ketika perkahwinan serta pengebumian.
    Hmmm, alangkah baiknya jika saya ada keluarga angkat Melayu Islam yang benar-benar rapat, hehehee..belum ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  5. huhuhu. istilah angkat-angkat ni, teringat zaman sekolah dulu-dulu.

    sekolah saya semuanya lelaki. ada jugak kes angkat-angkat ni, last-last jadi kes cinta songsang. lagi parah.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam ashraflatif,
    cinta songsang? Teruknya!

    ReplyDelete
  7. Dah mcm trend dah skang ni .. ber abg, adik, kakak angkat .... last2 abih sume 'terangkat'. Astaghfirullah .....

    ReplyDelete