Friday, June 19

JUMPA DI SEGAMAT, INSYAALLAH

Tak banyak yang nak bicara. Sibuk sakan hari ini, dengan urusan kerja. Esok masih sibuk, kerana saya dan suami tidak mengambil cuti rehat. Kami dijangka berlepas dari Penang sebelum maghrib dan tiba di UiTM pada lewat malam.

Bagaimana dengan teks ucapan? Alhamdulillah, dah siap tetapi sama ada saya akan berucap mengikut teks atau tidak, banyak bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami yang bakal bermusafir ke Segamat demi dakwah Islam, Ya Allah. Kurniakan kami kesihatan yang baik, permudahkan segala urusan kami dan lindungilah kami daripada segala kecelakaan. Kami memohon keredhaanMu.

6 comments:

  1. All the best kak. Semoga segalanya berjalan dengan lancar nanti. Tak kisah la menggunakan teks atau pun tidak.

    ReplyDelete
  2. Salam......Tahniah berjuta tahniah dan syukur kepada Allah. Teruskan perjuangan kental dan terima kasih sudi martabatkan bahasa Melayu kita di blog. Terima kasih dan mudahan Allah sentiasa memudahkan sahabat seagamaku ini dalam setiap urusan....

    ReplyDelete
  3. saya dengar syarahan kak aliya tadi.sebuah perjalanan hidup yg hebat!Moga terus berjuang untuk Islam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kakchik, D'Rimba,& din,
    Kakchik, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Teks dah sedia tetapi kerana mahu nampak natural, saya tinggalkan teks di atas kerusi, hehehe.. syukur percakapan saya lancar pagi itu. Faham-faham sahajalah, B.Melayu bukan bahasa ibunda saya.
    D'Rimba, segala pujian bagi Allah Yang Maha Merancang. Terima kasih dan semoga kita dirahmatiNya dengan keteguhan iman.
    Din, terima kasih. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Nampaknya nanti mungkin kakchik boleh jemput akak ke Perpustakaan kami pula untuk berceramah. Nak cadangkan dalam mesyuarat pentadbiran esok.

    ReplyDelete
  6. Kakchik,
    Jemputan ke Perpustakaan? Huhuhuu.. saya berserah padaNya untuk menentukan apa yang terbaik

    ReplyDelete