Tuesday, June 23

LELAKI BERGELAR SUAMI

"Aliya, apa beza suami Cina dengan suami Melayu?"
Tiba-tiba Prof Muhd Kamil bertanya.
"Ohh.. banyak bezanya Prof!" saya menjawab secara berseloroh sambil menjeling ke arah suami saya.
Mereka yang lain ketawa mendengar.

Lelaki bergelar Suami, isteri mana yang tak sayang? Kadang-kadang marah, kadang-kadang geram. Sayang dan cinta tetap ada, sehingga saat seorang berkata sayonara.
Alhamdulillah. Saya yang bersuamikan lelaki Cina beragama Budha sebagai suami pertama dan suami berbangsa Melayu beragama Islam sebagai suami sekarang [insyaAllah semoga rumahtangga ini berkekalan sehingga akhir hayat kami] ternyata dapat mengalami perbezaan penghidupan sebagai isteri dalam kedua-dua perkahwinan tersebut.

Beza yang utama adalah panduan hidup berumahtangga.
Untuk orang Cina, tiada manual dan panduan pergaulan suami-isteri. Ikut suka hati masing-masing. Lagipun sami-sami dan rahib-rahib Budha tidak berkahwin. Tiada satu ikon yang boleh dijadikan model pasangan suami-isteri yang ideal. Oleh kerana kebiasaan perkahwinan atas dasar suka sama suka dan bercinta, kemampuan perkahwinan itu bertahan bergantung kepada pegangan hidup dan kepercayaan pasangan itu sendiri. Ada yang bertahan sehingga ke anak cucu, tidak kurang juga yang tumbang di pertengahan jalan. Kecurangan dan perceraian dilihat dari sudut menjatuhkan air muka pasangan. Suami yang memukul isteri tidak dikategorikan sebagai kesalahan kerana memang tiada peraturan khas bagaimana suami harus melayani isteri dan begitu juga sebaliknya.

Apabila saya mula-mula membaca buku agama, saya amat tertarik dengan panduan berumahtangga untuk suami isteri yang beragama Islam. Oh, tidak pernah saya angka bahawa Islam mempunyai garis panduan yang begitu lengkap untuk sesebuah rumahtangga. Dari ijab kabul sehingga adab bersama suami/isteri dinyatakan dengan lengkap. Hak-hak isteri dan hak-hak suami dinyatakan dengan jelas. Saya terpegun. Inilah satu keindahan Islam yang saya lihat; bukti bahawa Islam agama yang syumul. Mana ada lagi agama yang menggariskan tatatertib di antara suami isteri sebagaimana yang diajarkan oleh Islam?

Tapi bilangan pasangan Melayu yang bercerai amat tinggi! Ah, itu kerana mereka Melayu tetapi tidak semua Melayu berpegang kepada Islam sebagai panduan hidup berumahtangga. Saya percaya mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam akan berusaha mempertahankan rumahtangga masing-masing daripada roboh. Ramai yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi kurang yang sanggup menghabiskan masa membaca buku-buku Islam tentang panduan berumahtangga atau mendalami ilmu agama untuk menjadi suami isteri yang soleh.

Oh, banyak sekali beza seorang suami Muslim yang berpegang pada al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup berbanding dengan suami bukan Islam yang melakukan sesuatu perkara mengikut citarasa dan suara hatinya. Beza juga dengan seorang suami Muslim Mukmin dengan yang hanya Islam pada nama sahaja. Oleh yang demikian, berhati-hatilah memilih suami. Suami yang baik tidak semestinya seorang ustaz tetapi perlulah seorang yang beriman dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.

Saya bersyukur... alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulilllah.

7 comments:

  1. benar, banyak bezanya :) antara yang praktik islam dgn islam hanya pada nama

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    kak Aliya,

    you're kind of romantic in your own way. no offence, right?

    kak Aliya you may got suprise, i found a female mualaf share very striking similar story of your conversion to Islam lived half way around the world. i don't want to talk long here though. but her story very much similar as you are. SubhanalLAh

    wasalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam azlan,
    Me, romantic? hahaha..my hubby would most probably shake his head and say, "mischievious, tskk, tsskk, tsskk"
    Yes, there're many out there who share similar stories. Please share hers with us if you have her website? Thanks.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    that's why i said you're romantic in your own way. your very own way.

    i know chinese ladies are quite mischievious, much mischievious than malay, i aware of that. my mom is chinese remember? my little chindian sister also mischievious. but that's not preventing us to be romantic. sometimes its the words, sometimes its the way we looking at, sometimes its the little, softly touch.

    ___________________________________

    what i mean similar is that her story is strikingly parallel as you do. she don't have any website as i'm concern. maybe i'm wrong because i only silent reader and never come into contact with her.

    but she frequently participating at TTI forum using nick Shyhijabi, Sarah her name. she of hasidic jewish origin from new york. that what makes her special because not many jews embracess Islam, especially orthodox jews. you can find her post and click her nick to read her post. no need to register.

    like you, her view of Islam quite, ... interesting. i wrote some in my blog about both of you.

    Wasalam

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum

    Alhamdulillah, terima kasih Allah.

    Benarlah bahawa muslim itu tidak semestinya mukmin. Muslim hanya sekadar follower tetapi mukmin adalah mereka yang beriman.

    Semoga setiap hari kita semakin dekat dengan Allah SWT. Amin

    Fuad Latip
    Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
    http://www.fuadlatip.com

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam azlan,
    Thanks for the info.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam En.Fuad,
    Ameen..Terima kasih kerana berkongsi ilmu.Sayang sekali saya tidak berpeluang mendengar syarahan En.Fuad di UiTM tenpoh hari.

    ReplyDelete