Sunday, August 31

READING, ANYONE?

I've been thinking about creating an online team for reading the al-Quran this Ramadhan. Any reader who wishes to take part, especially those who are alone overseas or living alone, do be free to register yourself, hehehee.

It's very easy. Just state which surah you think you'd like to read in detail and study this Ramadhan. I dare not term it as Tadarus al-Quran as there won't be anybody physically listening, correcting the readings and continuing where the other stops, and then only after understanding all the verses read earlier . Besides I understand that actual Tadarus al-Quran needs one to be perfectly good at reading the al-Quran with correct tajwid, etc.

This project just requires one to read aloud the verses in the al-Quran on your own, understand the meaning of the verses and 'amal' them. In other words, really study the Quran especially the surahs we register ourselves for here.
It's just a way to discipline ourselves actually. It'd be good to know that you're not alone in reading the al-Quran this year, wherever you might be. By committing ourselves to read certain surahs, we might actually be able to encourage one another to complete reading the al-Quran this Ramadhan, insyaAllah. Allah knows best.

Al-Nawawi (may Allaah have mercy on him) said, commenting on how often the Qur’aan should be completed:
The best view is that that varies from one person to another. The one who is seeking to understand it and ponder its meaning should limit himself to as much as he can understand fully when he reads, and the one who is busy spreading knowledge or other religious works, or working for the public interests of the Muslims, should limit himself to what will not cause him to neglect his work.
If he is not among the categories mentioned here, then he should do as much as he can without reaching the point of boredom. End quote. Al-Tibyaan (p. 76)

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked: Is it obligatory for the fasting person to complete the Qur’aan in Ramadaan?
He replied:
Completing the Qur’aan in Ramadaan is not obligatory for the fasting person, but he should read the Qur’aan a great deal in Ramadaan, as that is the Sunnah of the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him), and he (peace and blessings of Allaah be upon him) used to review it with Jibreel every Ramadaan.


Let me be the first to start.
As I'm still quite new to the al-Quran and not very good at reading it yet (uhuk3), I'm volunteering for surah al-Balad 90 until surah an-Nas 114. I'm also referring to Sayyid Qutb's "in the Shade of the Quran" for a deeper understanding.

Anyone wanna join us?
Aliya : surah Al-Balad - surah An-Nas
MS : surah Al-Mulk
Norlela Zubir: surah An-Nahl

Saturday, August 30

THIS RAMADHAN

This Ramadhan

InsyaAllah I will...

1. strive to be a better Muslimah than today
2. talk less, listen more, smile more
3. perform more sunat prayers
4. be slow to anger and stress
5. be quick to give thanks and praises
6. be quick to forgive and seek forgiveness
7. avoid holding grudges
8. avoid wasting food for breaking of fast and sahur
9. avoid overeating during the breaking of fast and sahur
10. avoid wasting time on unnecessary activities
11. be an anonymous donor & charity worker
12. be an exemplary Muslim to other non-Muslims

I always like to start Ramadhan on a clean slate. Therefore I seek your forgiveness if I have in any way, consciously and unconsciously have offended you in my speech, my conduct or in my writings.

Live everyday as if it's your last day on earth, with happiness, gratitude and most importantly, without regrets.

Have a blessed Ramadhan al-Mubarak.

Friday, August 29

BONUS

Alhamdulillah. Ada bonus tahun ini. Saya bersyukur padaNya. Sekurang-kurangnya adalah sedikit rezeki tambahan untuk saya buat belanja menyambut Ramadhan dan Aidilfitri.

Gaji yang diterima masih di tahap separuh, belum lagi penuh walaupun sudah pun berkhidmat semula di sekolah. Kata kerani saya, kena tunggu. Entah berapa lama lagi sebelum dapat merasai gaji penuh. Sebulan, dua bulan, tahun hadapan? Aduhh.. sabar sahajalah. Makin lama bertangguh, makin banyaklah tunggakan yang bakal diterima.

Apa-apa pun tetap bersyukur padaNya. Saya percaya ramai yang gembira dengan berita bonus ini.

SAKIT PUAN

"Baring. Saya nak buat ultrasound scan." kata doktor wanita itu. "Eh, ini dah teruk. Aliya kena rujuk ke doktor pakar di hospital. Kalau tidak keadaan kesihatan awak akan semakin buruk. Nanti saya tulis reference letter."

Saya tidak mampu bersuara. Tidak pernah saya sangka lawatan ke klinik sakit puan akan menghasilkan satu berita mengejut tentang kesihatan saya yang hanya menunjukkan masalah pada pertengahan bulan Jun tahun ini.

"Awak ada fibroid yang agak besar, yang menyebabkan awak menjadi anaemic. Kalau tak bedah, ia akan membesar dan menganggu kehidupan awak."
"Tapi saya tak rasa sakit pun, doktor. Hanya lemah badan kerana itulah."
"Awak bernasib baik kerana kedudukannya yang strategik itu tidak memberi kesakitan. Kalau tumbuh di tempat lain, sudah tentu sakit. Cuma awak akan terus "hilang darah" kecuali awak menjalani pembedahan."
Alhamdulillah. Segalanya telah diaturNya. Saya dirujuk terus kepada ketua doktor pakar sakit puan yang juga pernah menjadi rakan sekerja Mak. Terus doktor membuat appointment untuk saya menjalani pembedahan pada bulan September. Saya meminta tangguh memandangkan ia jatuh pada bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, doktor suruh masuk wad selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Sementara menunggu tarikh pembedahan, saya akan beri awak 3 dos ubat untuk menahannya dari terus membesar. Mungkin boleh mengecutkannya supaya lebih mudah dibedah nanti."
Saya akur. Saya tiada pilihan lain.

Dos pertama yang bertindakbalas terhadap hormon badan menyebabkan keadaan kesihatan saya menjadi lebih teruk lagi. Bukan sahaja saya menjadi lebih anaemic, saya mengalami kejang perut setiap hari terutama pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mujurlah saya masih dapat ke sekolah, walaupun kadang-kala terlewat sedikit kerana perlu menunggu sakit itu beransur hilang sebelum boleh memandu. Memang lemah pada ketika itu. Namun hidup perlu diteruskan.

Dos kedua mengubah keadaan. Saya bertambah sihat. Bahan kimia dalam ubat itu menyebabkan hormon dalam badan saya berubah. Saya tidak memakai tuala wanita sepanjang bulan tersebut kerana tidak perlu. Oleh yang demikian saya semakin bertenaga kerana kadar hemoglobin meningkat sehingga pada zahirnya, saya kelihatan seperti seorang wanita yang sihat dan cergas.

Namun begitu, saya turut mengalami simptom seperti wanita yang dalam menopause.
Saya pernah menangis tanpa sebab, dan tanpa kawalan. Tiada butang untuk menghentikan tangisan itu jadi saya biarkan saja airmata itu mengalir sehingga henti dengan sendiri. Menyedari keadaan ini, saya kawal mood saya. Saya usaha agar tidak mudah menjadi orang yang reaktif kepada keadaan persekitaran. Saya belajar menyatakan perasaan dengan cara yang berhikmah supaya tidak kalah kepada keadaan mood yang tidak menentu ini. Bukan mudah tetapi saya sedang belajar. Walaupun apa pun, tidak adil sekiranya suami, ahli keluarga dan pelajar menjadi mangsa kepada mood saya. Alhamdulillah, saya dapati berzikir dan membaca al-Quran cara yang efektif untuk mengawal mood.
Saya mengalami kejang perut yang agak teruk setiap pagi, kesan daripada ubat
yang diambil. Sakitnya seperti senggugut walaupun diri tidak "datang bulan". Oleh kerana enggan bergantung kepada painkiller, terpaksalah bertahan sahaja sehingga sakit itu beransur hilang.
Saya turut mengalami gejala panas badan mendadak terutama pada waktu petang dan malam. Apabila mengadu kepada doktor biasa, saya diberitahu bahawa saya tidak demam. Suhu badan yang diambil dengan termometer menunjukkan bacaan biasa sahaja. Tidak pula dijangkiti demam denggi. Kemunginan besar itulah hot flushes yang sering dikatakan dalam risalah perubatan. Ini pengalaman baru.
Saya mendapati kulit badan lebih kering, maka perlu menyapu krim badan. Nak cantik kenalah lebih rajin dan lebih berdisiplin. Satu lagi pembelajaran baru.
Selera makan pula hampir hilang. Makan pun sekadar untuk mengisi perut dan terus bertenaga. Ermm, tak payahlah saya berdiet susah-susah sekarang.
Rupa-rupanya inilah keadaan yang dialami wanita-wanita yang sedang menopause. Allah SWT memberi saya peluang untuk mengalaminya untuk sementara waktu. Mungkin ada hikmahnya. Syukurlah selain daripada itu, saya tidak mengalami simptom-simptom yang lebih teruk.

"Oh, bagus. Saiznya sudah susut." menurut doktor yang membuat scan terbaru."Lebih mudah untuk membedah nanti."
Saya bersyukur. Tinggal satu dos ubat lagi sebelum menjalani pembedahan. InsyaAllah semua selamat.

Saya bersyukur kerana menjalani ultrasound scan. Kalau tidak, mungkin saya masih merana tanpa diberi rawatan yang sesuai. Setelah meninjau, rupa-rupanya menurut doktor pakar, hampir 40% wanita mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim, fibroid atau endometriosis, tetapi bukan semua wanita menjalani rawatan perubatan. Ada yang tidak tahu dirinya sakit, dan ada yang takut menjalani pembedahan. Akibatnya mereka terus merana sakit senggugut dan tempoh haid yang lama tanpa menjalani rawatan. Ada pula yang menangguh rawatan sehingga keadaan menjadi lebih teruk sehingga rahim terpaksa dibuang semuanya. Alhamdulillah sebenarnya dengan kemajuan perubatan, teknik rawatan di hospital juga semakin canggih dan tidak membahayakan.

Saya tidak tahu mengapa saya hanya dikesan sakit ini pada waktu dan ketika ini. Mungkin inilah jawapanNya kepada doa saya. Mungkin inilah cara untuk membuka ruang yang ditutupiNya ketika saya bergelar isteri kepada lelaki
bukan Islam. Memang saya tidak pernah mengandung semasa perkahwinan yang pertama walaupun tidak pernah mengamalkan perancang keluarga. Sudah ditakdirkan saya tidak perlu bersusah hati berebut anak dengan bekas suami, kerana Allah SWT telah menentukan saya tidak melahirkan zuriat untuk dibesarkan sebagai bukan Islam.
Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Saya yakin keadaan akan bertambah baik selepas ini...insyaAllah.

Thursday, August 28

SAREE, KEBAYA, & PURDAH

"Hari ini ada apa-apa special.. awak pakai saree?"
Pensyarah India itu terkejut melihat saya.
Saya tersengih. Bukan mudah hendak berpakat dengan kawan sebilik saya, untuk sama-sama memakai saree ke kuliah. Maklum sahaja, saya tidak mempunyai saree sendiri, maka coli ketat dan kain saree yang sesuai untuk saiz badan saya terpaksa dicari.
Saya memang hendak mencuba memakai saree sebelum memeluk Islam. Kalau boleh semua pakaian tradisi hendak saya cuba pakai, malangnya saya hanya berpeluang memakai cheongsam dan saree di khalayak ramai.
Kain sepanjang 3 ela itu dilipat dengan kemas dan dililit keliling badan. Mujurlah kawan saya itu pakar dalam pemakaian saree, maka proses pemakaian mengambil masa hanya 5 minit.
Bagaimana rasanya memakai saree?
Ohhh... Saya rasa sungguh anggun. Oleh kerana kain saree yang dililit itu dilipat dengan ketat pada bahagian pinggang, saya hanya boleh berjalan perlahan-lahan dengan postur yang tegak supaya kelihatan menawan.
Bahagian pinggang perlu ditutup dengan teliti. Semuanya kelihatan mudah tetapi sebenarnya tidak. Patutlah wanita India jarang memakai saree kerana hanya wanita yang mempunyai postur yang baik dan bersifat lemah-lembut yang mampu bertahan lama memakainya.
Kini kalau memakai saree pun hanya untuk tontonan suami tercinta :)
Saree menutup aurat? Tentu sekali tidak.
Ada wanita Islam yang memakai saree? Ada.

"Mengapa tak jahit kebaya saja?"
"Tak nak la.. terlalu seksi, hehehee.."
"Alahh.. perempuan Melayu pun pakai kebaya, takkan awak Cina tak boleh?"
"Itu mereka, saya lain. Lagipun tak selesa pakai kebaya di khalayak ramai, nampak bentuk badan."
"Tak sangka awak ni kolot fikiran."
"Bukan kolot tetapi menjaga aurat. Baju kebaya yang menampakkan bentuk badan tak menutup aurat, bukan? Mana boleh pakai di khalayak ramai?"
Memang benar, selepas memeluk Islam, baju kebaya yang ada tidak pernah dipakai di luar rumah. Saya sendiri tak ada keinginan pula untuk memakainya di khalayak ramai.
Kebaya menutup aurat? Juga tidak.
Ada wanita Islam memakai kebaya? Ramai.

"Ishh, terkejut saya. Ingatkan apa tu."
"Mengapa?"
"Itu.. malam-malam pakai begitu, hampir pengsan saya dibuatnya."

Saya ketawa kecil. Patutlah Dina(bukan nama sebenar) mengadu. Di hadapan kami, terdapat dua orang wanita keturunan Arab yang berpurdah hitam. Hanya mata mereka yang kelihatan. Mereka merupakan isteri-isteri para pelajar universiti yang berasal dari Timur Tengah, dan menetap di rumah kelamin berhampiran dengan asrama saya. Setiap petang dan malam, mereka akan keluar bersiar-siar dengan anak-anak dalam keadaan berpurdah hitam. Mereka berbahasa Arab dan mengasingkan diri daripada kami.

"Tak panaskah mereka tu menutup semua kecuali mata yang kelihatan?"

"Tak tahulah tetapi saya agak mereka tak rasa panas. Mungkin kain hitam yang mereka pakai tu selesa untuk dipakai dalam cuaca kita yang panas. Saya tak tahulah sebab saya tak pernah berpurdah. Belum ada peluang nak cuba."

"Mereka tu Arab, oklah. Itu budaya mereka. Yang aku tak faham, mengapa ada orang kita sendiri yang nak sangat pakai purdah tu? Nak sangat jadi Arab, sedangkan diri masih Melayu."

"Eh, mengapa awak kata begitu? Bukankah memakai purdah itu juga sebahagian daripada pemakaian Islam?"

"Itu untuk orang Arab sebab sana panas dan berdebu. Mana boleh samakan dengan Malaysia ni? Aku hairan gak, mengapa nak tutup semua sehingga nak dengar suara dia pun susah? Bukankah susah nak makan dan minum kalau berpurdah? Buat apa menyusahkan diri sendiri sedangkan Islam itu mudah?"

"Mungkin bagi awak wanita yang berpurdah itu menyusahkan diri sendiri tetapi bagi dia, dia bahagia memakai purdah. Baginya dia menurut syariat Islam. Kalau dia hanya memakai tudung biasa tanpa menutup wajahnya, mungkin ramai lelaki yang akan terpikat dengan kecantikannya sehingga dirinya sendiri tidak tenang. Lagipun apa yang awak susah hati sangat dengan mereka-mereka yang berpurdah? Itu hak mereka sama ada nak bertudung biasa atau berpurdah."

"Saya hanya hendak mempertahankan hak mereka."

"Hak mereka? Maksud awak?"

"Hak mereka untuk keluar rumah tanpa perlu berpurdah. Purdah bukan budaya Melayu pun. Memakai baju kurung dan bertudung bukankah dah mencukupi syarat menutup aurat?"

"Benar tetapi awak berat sebelah. Awak tak adil kepada mereka yang berpurdah."

"Apa awak ni? Saya hanya mengatakan wanita Melayu Islam tidak perlu berpurdah, itu aje."

"Benar tetapi awak lupa satu perkara penting. Mereka juga ada hak untuk memakai purdah, lagipun ia menutup aurat. Bahkan bagi saya, tindakan mereka patut dipuji kerana mereka berpegang kepada prinsip mahu menjaga aurat, walaupun bagi sesetengah daripada kita, cara pemakaian mereka itu ekstrim. Mereka yang berpurdah tak mengganggu sesiapa pun dengan cara berpakaian mereka itu. Sebaliknya awak pula yang memperkecilkan tindakan mereka yang berpurdah dan menutup aurat dengan lengkap, sedangkan ramai wanita Melayu Islam yang sengaja mendedahkan aurat, yang memakai baju tak cukup kain atau berseluar jeans ketat, tidak pula awak tegur atau kritik. Saya rasa awak yang bermasalah, bukan mereka yang berpurdah."

"Maksud awak, saya tak adil?"

"Ya, awak tak adil kepada wanita yang memilih untuk memakai purdah. Awak terima wanita-wanita Islam yang sengaja mendedahkan rambut mereka. Juga mereka yang berbaju ketat, yang berbaju pendek dan yang berbaju mendedahkan anggota badan yang tidak sepatutnya didedahkan mengikut ajaran Islam. Awak terima semua tu dengan alasan itu hak mereka untuk berpakaian. Mungkin awak dah biasa melihat keadaan mereka berpakaian begitu maka awak tak rasa ada kejanggalan lagi. Awak juga tak tegur wanita India yang bersaree atau wanita Cina yang bercheongsam ketat dengan alasan mereka berhak memakai pakaian yang mereka suka. Namun bila tiba-tiba awak lihat wanita yang menjaga kehormatan diri dengan memakai purdah, awak memperkecilkan tindakan mereka, awak ejek, awak hina. Awak tak pula mempertahankan hak mereka itu. Saya hairan, adakah awak faham apakah itu cara penampilan wanita Islam yang sebenar mengikut Islam?"

Diam.

images: http://www.saree.org.in,/http://www.maroztailoring.com.my/, http://www.muslimbase.com/

Wednesday, August 27

HUJAN SATU RAHMAT

"Berhati-hati, ok. Ramalan cuaca melaporkan esok hujan."
Saya risau. Cuaca hujan hanya akan menyukarkan saya untuk ke SP.
Pukul 8 pagi, jalan sudah sesak menuju ke pusat pengundian berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah saya masih boleh tiba dengan selamat di rumah Mak, seterusnya ke hospital untuk medical check-up.
"Kena balik awal,kalau boleh tiba sebaik sahaja pukul 5 petang."

Polis mengadakan sekatan jalan di susur keluar tol SP menuju ke selatan.
Polis kelihatan meronda di sekitar tempat tinggal saya.
Jalan-jalan masih sesak dengan kereta orang awam, kereta peronda polis dan motosikal.
Kelihatan pekerja-pekerja di khemah sebuah parti politik sudah hampir kosong. Mereka berkemas untuk pulang.
Hujan turun sejurus selepas saya selamat tiba di rumah.
Saya teringat kawan pernah memberitahu supaya beryukur apabila hujan turun, kerana hujan itu adalah rahmat Allah kepada kita semua.
Alhamdulillah. Saya lega.
Hujan yang turun membawa petanda yang baik.

6 MINGGU

"Ingat... awak kena masuk wad pada bulan Oktober."
"Ok doktor.. ermm, boleh saya tahu berapa lama saya perlu tinggal di wad?"
"Kalau tak ada masalah kesihatan, sehari selepas itu bolehlah balik ke rumah. kecuali kalau awak pening, tak cukup darah dan sebagainya. Kami akan bagi cuti selama 6 minggu untuk awak berehat. "
"6 minggu?"
"Biasanya kami bagi 6 minggu. Paling awal sebulan laa.. kenapa?"
Air muka saya berubah agaknya.
"Err.. saya perlu bersedia sebab kalau 6 minggu kenalah saya buat persediaan awal. Kena beritahu pengetua saya supaya pelajaran anak didik saya tidak terjejas nanti."
"Oh begitu. Ya, 6 minggu.. sebab itu masih dikira major surgery. Kita tak mahu berlakunya jangkitan dan komplikasi lain. Eermm bolehlah awak terus sambung bercuti sekolah pada cuti akhir tahun," doktor itu tersenyum.

Aduhh.. cuti sakit 6 minggu? Ini bermakna saya hanya ada sebulan untuk mengajar dan cuba menghabiskan syllabus mata pelajaran kerana belum tentu lagi ada guru ganti yang mengajar mereka semasa saya bercuti sakit nanti, sedangkan peperiksaan akhir tahun perlu mereka duduki. Tentu mereka akan mengeluh panjang apabila saya tegas ketika mengajar mereka pada bulan Ramadhan. Mereka tidak tahu dan mereka hanya akan tahu sebabnya apabila saya sudah benar-benar bercuti sakit.
Kena ubah strategi mengajar lagi kerana masa semakin suntuk...
Semoga Allah swt permudahkan.

Monday, August 25

BERADU


"Haa.. good afternoon. How are you? Selamat kembali."
Dia senyum simpul sambil menggosok-gosok matanya.
Alahai puteraku. Wajahnya yang tampan dan badannya yang tinggi sasa itu bisa menyebabkan ramai perempuan yang tertawan. Setiap kali saya ke kelasnya, dialah di antara yang kuat 'beradu'.
"Saya tau kamu bukannya mengantuk sangat tetapi saja buat-buat mengantuk supaya cikgu tak marah kamu. Pura-pura tidur bermaksud kamu tak perlu buat kerja sekolah, bukan?"
Mereka tersengih, tak menjawab.

Mengajar kelas yang terbelakang dalam susunan kebolehan akademik pelajar merupakan satu cabaran kepada guru. Guru yang mengajar kelas-kelas tersebutlah yang paling banyak diuji kesabaran, disiplin diri dan kepakaran mengajar. Saya tak tahu mana yang lebih mencabar -mengajar pelajar yang biadap dan tidak mahu mendengar kata guru atau mengajar pelajar yang berpura-pura tidur. Keadaan kelas yang agak panas pada waktu tengah hari pula menyebabkan mereka lebih suka merebahkan kepala ke atas meja dan seterusnya tidur. Sempat juga mereka lelap di antara masa pertukaran guru. Akibatnya semasa saya masuk mengajar, mereka sudah dibuai mimpi.

"Nah, ambil buku ini dan berikan padanya."
"Dia tidur, cikgu."
"Biarlah, buku itu tak sakit pun kalau kamu letak di tepi kepalanya. Mana tau, mungkin ilmu yang ada dalam buku itu boleh meresap ke dalam kepalanya semasa dia tidur. Mungkin boleh automatik jadi pandai."
Kawan-kawannya ketawa.
Kalau pelajar berumur 8 tahun, bolehlah marah, bolehlah pujuk supaya membuat kerja bertulis.
Kalau itu pelajar 16 tahun yang lebih tinggi dan besar daripada cikgu? Terpaksalah bermain psikologi walaupun memenatkan.

Budaya buruk sudah lama berakar-umbi. Saya pula baru mengajar mereka. Hasilnya, seorang demi seorang perlu disuruh sedar kembali dan membuat kerja bertulis. Buatlah apa aktiviti pun, kalau bertemu pelajar yang kurang berminat, terpaksalah ubah strategi. Ambil hati mereka. Caranya pula perlu halus dan berhemah, tidak boleh marah, berleter atau mengugut. Mereka remaja. Keinginan untuk membantah tinggi. Kebolehan guru untuk relate dengan keadaan pelajar dan berempati juga penting; bukan sekadar tolerate keadaan dan sikap mereka.

Saya tidak boleh membiarkan pelajar hanyut akibat sikap malas dan tidak mahu mencuba - melainkan mereka sendiri tidak mahu dibantu. Itu cerita lain. Disiplin pelajar khasnya pelajar Melayu kalau tidak diasah dari awal hanya akan merugikan mereka, agama, bangsa dan negara.
Disiplin bukan mudah hendak dibentuk pada usia remaja. Tambahan kalau menyuruh membuat kerja bertulis Bahasa Inggeris yang memerluka mereka banyak berfikir dan menelaah.
"Kamu sebenarnya boleh buat, jangan cepat berkata tak boleh."
"Tak tau buat."
"Gunakan otak, fikir dulu. Jawapan dah ada, cari saja. Usaha sedikit. Cikgu tak suka suap kamu dengan jawapan. Kamu takkan pandai kalau kamu tak berfikir dan cari jawapan sendiri. Hari-hari cikgu suap makanan; kalau satu hari cikgu tak ada, kamu nak makan apa? Masa periksa kamu tetap kena jawab sendiri. Masa itu baru nak fikir?"
Mereka diam.

"Mengapa belum mula kerja?"
"Buku tak ada. Tertinggal di rumah."
"Tak ada buku, sila buat dalam kertas kosong dan hantar."
"Tak ada kertas."
"Cari kertas. Saya nak kerja dihantar hari ini juga. "
"Tak ada pen."
"Pinjam dari kawan. Atau tulis dengan pensel."
"Mengantuk."
"Pergi basuh muka. Lepas basuh muka kamu tak akan rasa mengantuk lagi."

Penat. Ini baru bulan Syaaban. Tak boleh duduk langsung di meja guru. Kalau tak berlegar-legar dan meneliti kerja mereka, 50% tidak akan menyiapkan kerja mereka.
Aduss. Bagaimana pula bulan Ramadhan?
Nampaknya saya perlu membawa water spray ke sekolah pula di samping ubah lagi strategi mengajar yang lebih sesuai untuk keadaan mereka yang berpuasa.

Saturday, August 23

BE AWARE OF THEM


If Islam is not the truth,
there won't be any attempt to destroy it
and its followers.
I have been aware of the existence of such websites, aimed to confuse Muslims and weaken their Deen.
Today, with Allah SWT's permission I will list the sites I know of.
http://www.kalimatullah.com/
http://www.prophetofdoom.net/
http://www.investigateislam.com/english/
http://jihadwatch.org/
http://www.thereligionofpeace.com/
http://www.islam-watch.org/
http://islamwatch.blog.ca/
http://www.answering-islam.org/
http://islamexpose.blogspot.com/
http://infidelsarecool.com/
http://savecivilization.org/
http://kesalahanquran.wordpress.com/
http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/

InsyaAllah Islam will never be destroyed. Those people are fighting a losing war, for not only they spend time and money against Islam and Muslims, they will only end up seeing more and more Muslims venturing forth in the cause of Islam, with more dedicated and new reverts embracing Islam. Islam is the largest spreading religion in the West. Some new reverts to Islam are the highly acclaimed professionals, knowledgeable people who have studied the Holy Quran and are convinced of the truth of Islam.

On the other hand, the people who leave Islam or become murtad will be the thorns which will end up destroying their new community. We don't need these weak murtads. In the days of Khalifah Abu Bakar al-siddiq he dealt with them harshly for they were like leprosy that will spread its ugliness if left on its own.

We, as Muslims mukmin, don't need to curse the authors of those sites. Nor do we need to hurl abuses at them. Prophet Muhammad saw was a perfect example of a man we should emulate. He was gentle and patient. Just be aware of their existence and inform others about them. In this month of Syaaban, one of the haram months, let's strive hard to be better Muslims. We can enter the sites to debate, learn about the lies they spread and how to counter them, or we can simply ignore them. Do feel sorry for the authors for their eye have been blinded from seeing the truth, and their hearts hardened by ignorance. People hate things they fear most, and fear of the unknown is the worst type of fear to have.

If Islam is weak and wrong, it wouldn't be here today, with more followers than during the days of Prophet Muhammad saw.
If Islam is bad, nobody will bother to fight against Islam, nor spread bad propaganda against Islam.
Islam would have died a natural death hundreds of years ago.

We Muslims are a blessed lot.
We know the truth.
With knowledge comes power, love and compassion.
Allah has promised to guard the Holy Quran till the end of the world.
Our duty is to spread the truth about Islam, and live life according to Islamic teachings.
InsyaAllah Islam will prevail.

MERDEKA

8 hari lagi Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-51.
Saya mencari-cari bahan di internet untuk projek. Ahhh.. mengapa sedikit sahaja berita yang ada tahun ini, berbanding dengan tahun lalu?
Program hari kemerdekaan negara ke-51 tenggelam di sebalik kempen pilihanraya kecil dan isu-isu lain.
Bak seorang Ah Pek yang sudah meraikan hari lahir ke-50 secara besar-besaran, tahun-tahun seterusnya dia mula dilupakan anak dan saudara.

Setiap tahun, rakyat melaungkan 'Merdeka' pada tanggal 31 Ogos.
Setiap tahun, pelajar sekolah menyanyikan lagu patriotik 'Tanggal 31', 'Keranamu Malaysia' dan 'Jalur Gemilang' menjelang akhir bulan Ogos.
Namun selepas tamat acara, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati maksud kemerdekaan itu?
Berapa ramaikah yang betul-betul mengamalkan kelima-lima prinsip Rukunegara?
* Kepercayaan kepada Tuhan.
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang.
* Kesopanan dan kesusilaan.

Sayu melihat bendera-bendera Jalur Gemilang dibiarkan bertaburan, dipijak-pijak di padang selepas upacara rasmi.. ada yang dibuang ke dalam tong sampah yang sarat dengan sampah-sarap.
Geram melihat telatah anak-anak muda yang mengibarkan bendera sambil membonceng motosikal, berlagak samseng tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Marah apabila masih ada individu yang suka menghina, menyuruh "Balik India" atau "Balik Cina" setiap kali sesuatu isu diperdebatkan.
Sedih melihat remaja-remaja terikut-ikut dengan gaya hidup Barat sehingga menganggap cara hidup mengikut syariat Islam sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman.

Sudah merdekakah anak-anakku jika masih mengharapkan bantuan guru untuk menyuapkan jawapan demi jawapan tanpa perlu mereka bekerja keras dan berfikir?
Sudah merdekakah anak-anakku jika tidak mahu, segan, malas, atau takut menyuarakan pendapat sendiri dengan kritikal dan kritis?
Sudah merdekakah anak-anakku jika bangga memegang segulung ijazah, berumah besar, dan berkereta mewah tetapi belum mengenal Penciptamu?
Sudah merdekakah anak-anakku jika hidup bebas tanpa batasan agama?
Sudah merdekakah anak-anakku jika lebih mengagung-agungkan golongan artis dan penghibur daripada mengenali ahli akademik dan tokoh ulama?
Sudah merdekakah anak-anakku jika lebih suka hidup berpuak-puak sesama bangsa sendiri tanpa mahu bergaul dan mengenali mereka yang berbeza bangsa, agama dan budaya?
Merdeka?
Apa itu merdeka?

Friday, August 22

NOMBOR NOMBOR

"Wahh.. si si.. dua kali mati lohhh..siapa mati nanti kita tengok sama-sama."
Saya tergamam. Apa maksud Ah Pek itu?
Ahhh, rupa-rupanya Ah Pek memberi komen tentang nombor 44, nombor keramat yang bakal menentukan masa depan pentadbiran kerajaan pada 26 Ogos ini.

Bagi orang Cina, nombor 4 merupakan nombor yang kurang baik kerana bunyinya hampir serupa dengan sebutan 'mati' dalam Bahasa Cina.
Bagi orang India pula, nombor 8 merupakan nombor yang tidak baik.
Jadi bagaimana pula dengan tarikh 26.8.2008 (hasilnya 8) di kawasan parlimen P44 (juga 8)?

Siapa yang akan "soi" (sial) ?
Siapa yang akan dapat "ong" (tuah) dan seterusnya menjadi ahli parlimen?

Dulu saya suka mengkaji nombor. Kini, sebagai orang Islam, saya tidak percaya pada nombor keramat. Nombor hanyalah satu angka yang digunakan untuk membantu melicinkan perjalanan hidup kita. Tambahan pula boleh berlaku syirik jika mempercayai bahawa sesuatu nombor boleh membawa tuah kepada seseorang. Tak kiralah nombor 4 atau nombor 8, semua yang berlaku pun dengan izin Allah SWT. Hanya Allah SWT yang menentukan segalanya.

"Wahh, dia Melayu pun banyak caya pada nombor 8 ahhh?"
"Apa dia uncle?"
"Ini.. berita pek-moh mau undi pada pukul 8, 26 bulan 8 tahun 2008.."
Ah Pek menunjukkan berita terbaru The Star hari ini.

Thursday, August 21

PILIHAN

Saya minat politik tetapi apabila secara kebetulan kawasan tempat tinggal saya termasuk dalam kawasan "panas" lawan 3-penjuru 26 Ogos ini, perasaan saya bercampur baur. Bangga. Geram. Marah. Bosan. Meluat.

Kiri kanan nampak poster. Pelbagai poster pilihanraya terpampang di sana sini sehingga boleh mengganggu konsentrasi ketika memandu. Flip-flop bunyi kain rentang dan bendera parti politik yang tergantung merentangi jalan apabila ditiup angin kencang. Lebih teruk lagi, khemah parti politik di tepi jalan yang didirikan bagai cendawan selepas hujan menyebabkan jalan semakin sempit dan lebih membahayakan pengguna jalan raya. Hairan juga, mengapakah perlu didirikan sehingga 3-4 khemah untuk sebuah parti politik di sebatang jalan raya?

Kadang-kala khemah didirikan tanpa mengambil kira kepentingan pengguna jalan raya. Misalnya, terdapat sebuah khemah yang didirikan berhampiran dengan sebuah selekoh yang sibuk menuju ke sebuah kawasan perumahan. Kain biru putih yang menutupi kiri kanan khemah menghalang penglihatan pengguna jalan raya yang hendak membelok masuk dan keluar dari selekoh tersebut. Setiap kali saya menggunakan selekoh itu, saya terpaksa berhati-hati kerana pandangan saya telah dihalang oleh khemah sementara yang didirikan itu. Sebenarnya tidak perlu pun khemah tersebut di situ yang hanya diuruskan oleh beberapa lelaki India Muslim. Sudah terdapat dua buah khemah parti politik yang sama kira-kira 30 meter dari khemah berkenaan. Mengapa perlu khemah ketiga yang boleh membahayakan pengguna jalan raya? Ramai orang yang merungut dengan pembukaan khemah tersebut tetapi tidak berani menegur mereka yang menguruskan khemah itu. Maklum sahaja pengurus khemah itu bukanlah orang yang peramah.

Geli hati pun ada. Di tengah-tengah kesibukan parti politik memasang khemah dan berkempen, terdapat sebuah lagi khemah khas di kawasan yang sama, iaitu khemah untuk pemujaan 'hantu lapar' sempena bulan ketujuh dalam kalendar Cina. Bendera-bendera segitiga yang berwarna-warni menambahkan keceriaan kawasan tersebut. Kalau khemah lain penuh dengan bendera parti dan poster calon, khemah khas itu pula penuh dengan colok dan makanan penyembahan.

Di satu sudut kedengaran lagu opera Cina dan konsert Cina yang didatangkan khas untuk menghiburkan 'hantu-hantu lapar' pada waktu malam agar tidak mengganggu manusia yang tinggal di kawasan itu.
Tidak jauh dari situ, ceramah-ceramah politik masih hangat dijalankan untuk memancing undi mereka yang hidup .
Manusia menghibur dan dihiburkan.

Makan di kedai pun agak mencabar sekarang. Ada-ada sahaja orang yang datang berkempen ketika saya sedang menjamu selera. Alhamdulillah sekarang cuti sekolah, maka saya boleh masak dan makan dengan tenang di rumah.
Pada hari Isnin 25 Ogos, saya hanya mampu berdoa supaya segala urusan saya berjalan lancar dan saya boleh tiba dengan selamat di tempat kerja, dan pulang dengan selamat ke rumah.
Pada hari Selasa 26 Ogos, saya akan membawa kamera, handfon dan wisel untuk keselamatan diri dan kenderaan saya kerana terpaksa melalui kawasan panas. Sudah tentu lebuh raya dan jalan-jalan di situ akan sesak teruk.

Mengundi?
Biarlah rahsia :P

Wednesday, August 20

A LETTER FROM A MUSLIM BROTHER

When Allah swt planted the intention in my heart to start this blog, little did I know that it'd reach many Muslims and wanna-be Muslims. Alhamdulillah for His blessings and guidance, for many have written to me and from this blog, I have the opportunity to know many who intend to revert to Islam. Some have already recited the syahadah but are in the process of informing their families.
Here's a letter from a new brother, a young man whom Allah has chosen to be a part of our large family.

"Bismillahirahmanirahim...

In about two weeks time Muslims all over the world will welcome the Holy Month of Ramadan. Depending on where you live, you'll see people getting prepared for Ramadan, be it spiritually or physically. In Muslim-majority countries the streets will be filled with people selling food for iftar and sahur, television programs will show more religious programs, mosques crowded with a lot more people, and in some cases work schedules are altered. Ramadan is a month long festivity filled with food and gatherings and worship. It's a month where all your good deeds are multiplied. It's the highlight of being Muslim. Spending Ramadan in such places is very nice since you are surrounded with the atmosphere, but let's remember our brothers and sisters who may not be as fortunate.

Let's remember our brothers and sisters who live in non-muslim countries. There are no celebrations whatsoever, except in some Masjids/Islamic Centers. People around them mostly don't fast, and they have to just deal with people eating and drinking all day. They might need to break their fast alone, at work, at school, or even in the car. There are no adzan telling Maghrib time; you need to check the time yourself. They might just pray Tarawih by themselves at home since mosques are too far from where they live. They just wake up early to eat sahur, all by themselves, with no special programs on TV to accompany.

Let's remember our brothers and sisters who live in conflict areas. Iraq, Afghanistan, Palestine, and other war-struck areas. Burma and other countries hit by disasters. Those who live by less than $2 daily. Those who have accustomed to hearing gunshots and bomb blow up. It may be that going to the mosque to pray is dangerous, for we all know that even mosques become targets of attacks. Mothers who have to provide meals for the family with the little money they have. Those who have had to fast all year long because food was just not available. And you can even find these people within steps of where you live.

Let's remember our new brothers and sisters. This might be their first time experiencing Ramadan. Those that are considering of becoming Muslim may want to use this time as a "test-run", to see and feel what it's like, even for a few days. For the new Muslims going without food and drink all day is very challenging since they weren't trained to do so since they were little kids. They may have to fast without the support of their non-Muslim family. In the early days they might feel lonely if they don't have any muslim friends to spend Ramadan with. So if you see a new brother/sister, please do invite them to the activities. Invite them to your house/masjid for iftar, invite them to do prayers together, invite them to celebrate Eid together. It is also good to invite non-Muslim friends/relatives (It's NOT haram for them to enter the masjid).

Lastly, but most definitely not least, remember the new brothers/sisters who still have to deal with the hardships of being Muslim. Their surroundings might not be conducive to fasting. Their family might not approve them fasting and praying and doing whatever a Muslim is required to do. Some may still have to practice Islam in secret. Some may not be able to fast, since it's very hard to conceal not eating and drinking for half a day. Whatever their reasons, Allah knows what they deal with, and nobody has the right to judge.
Remember them as you fast, as you have iftar, and as you pray. Pray to them that Allah gives them the strength to cope with whatever situation they are in. Thank Allah that you might be far more fortunate than they are."

Thanks for the letter and the permission to post it in this blog, my brother. May Allah swt make your first fasting month a wonderful experience. I know that it won't be easy for you, being a 'closet Muslim' and having to spend your first Ramadhan as a Muslim with your non-Muslim family members, but rest assured that every little effort will sow a seed for you in Jannah. May Allah swt bless you.

MY MORE THAN 2 SEN THOUGHTS

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/19/nation/22116165&sec=nation

Suhakam has completed its study on issues arising from inter-faith marriages and one spouse changing his religion and will be submitting a report to the Prime Minister’s Department soon.

Among the proposals Suhakam had come up with was for those who planned to embrace Islam to marry a Muslim to study the religion in depth before their conversion, said commissioner Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.
(Right. Those who intend to embrace Islam should know that it's a one way road. That should be done accordingly and from the right people; namely PERKIM, MACMA, JIM, ABIM etc. Local Islamic Religious departments? Nahhhh...
And study the religion in depth? How much is enough? Isn't the 1-month mandatory lessons about Islam & Fardu Ain organised by the Islamic Religious Departments enough for a start?
BTW, not everyone who want to embrace Islam intend to marry a Muslim laa Datuk.. many of us are happy to be Muslim/Muslimah on our own accord. No need to find a husband/wife to become a Muslim. It's the 21st century, grow up la Datuk!!!)

He added that family members should also be informed when a non-Muslim wants to embrace Islam so as to avoid problems later in relation to funeral rites or distribution of property after the person’s death.
(Yeah right... Which family in their right mind will simply accept their son/daughter/husband/wife to leave the comfort zone of one's original religion and embrace another religion? They'd fight tooth and nail to stop the conversion from ever taking place.

Perhaps it's wiser to suggest making it mandatory to inform the family members within 3 months after the person's reversion to Islam. That should give ample time for the unmarried new revert to prepare for the confrontation with family members and for the married spouse to move to another residence. The officers in charge at the local Islamic religious departments should be responsible for that - post the letter, call up, etc- and not just buat tak apa until a revert dies :P

A true, responsible Muslim will never hide his/her true religion & beliefs from his/her family for a long time)

“We feel that it is appropriate for non-Muslims to distribute their property, if any, to their close relatives before they convert to Islam, said Dr Abdul Monir yesterday.
(Hello.. who gives Suhakam the right to determine how a person spend his/her property? It's an infridgement of a person's right. What if the person has no intention to distribute any of his/her hard-earned properties to any of his relatives because they don't deserve it - are drunkards or gamblers? Does that mean he/she will not be allowed to revert to Islam? Pahhhhh!!!
If this is to be applied, same should be done to those Muslims who intend to leave Islam for other religions so that the rights of those parents of murtad will be protected

Also why should only the rights of the non-Muslim spouse be protected? What about the rights of the Muslim spouse?

There are wives who want to embrace Islam but are prevented due to the present law that states only Muslim husbands can divorce their wives. That leaves wives who become Muslimahs and still married to non-Muslims in a dilemma because they can't divorce their husband nor ask for a divorce at the civil court. I am one of the lucky few who manage to free myself (by getting a mutual divorce first without informing my ex about my intention to revert to Islam after the divorce) and pursue my dreams. What about the others?

There are husbands who want to embrace Islam but think many times due to the fact that their wives refuse to a divorce nor become Muslimahs along with the husband.
There are husbands who due to their wives' refusal to convert to Islam, have resorted to marrying another Muslim wife to share his life with, and like any good fathers, want their children to be brought up as Muslim children.
The rights of every citizen should be protected, Muslims and non-Muslims)

Property gained after conversion to Islam would be governed by Islamic law, he added at a dialogue here.
(Of course. That's faraid. As a born-Muslim surely you know more than I do about Islamic law, Datuk ???)

If you are a Muslim, you are bound by Islam to help anyone who sincerely intends to embrace Islam.
People who intend to revert to Islam should be helped, not prevented or discouraged by man-made laws designed to stop anyone from furthering their intention.

If I had told my family members and my former husband about my intention to embrace Islam, they will do everything to stop me. I tried to and had to wait 10 years.

If I had distributed my properties to close relatives before I embrace Islam, life would be more difficult for me as zakat is not automatically given to new reverts.

In short, people who intend to embrace Islam should be studied on case-to-case level, not simply by accepting proposals from those who have never undergone the hardships of becoming a Muslim or who are already against the reversion of non-Muslims to Islam.

If those who revert to Islam are married to non-Muslims, they should be required to settle their divorce amicably, with the Muslim husband following the Islamic rules of providing nafkah etc and the Muslim wife granted a quick divorce but without nafkah. That should prevent husbands and wives who want to escape from responsibility. Better still, get a divorce before embracing Islam officially.

The proposals by Suhakam is an insult to Islam and the Syariah Court. I wonder if Muslim NGOs are consulted.

Tuesday, August 19

TERKILAN

Saya terkilan.
Bukan mudah untuk berulang-alik ke universiti, apatah lagi dengan tol RM5.60 dan kenaikan harga minyak petrol. Tambahan pula hari ini sahaja saya berpeluang ke universiti kerana ada urusan lain pada hari-hari berikutnya.

Alhamdulillah. Jubah konvo telah dikembalikan. Kajiselidik Ujian Pengesanan Graduat telah diserahkan. Kajiselidik universiti telah dihantar. Transkrip dan skrol telah diambil. Foto konvo telah diambil. Semua urusan konvokesyen dan pengambilan dokumen rasmi selesai. Saya lega.

Saya singgah di pejabat pensyarah. Dr Kamarul Kabilan masih tidak berjaya saya temui walaupun berkali-kali saya ke pejabatnya. Stafnya yang peramah memberitahu bahawa beliau sibuk dengan urusan rasmi. Ahhh.. tak dapatlah saya mengucapkan terima kasih kepadanya secara muka ke muka sebelum saya meninggalkan kampus. Pensyarah yang membantu menguruskan proses pengislaman saya itu gagal saya temui buat kali kelima saya ke pejabatnya. Sibuk benar beliau dengan projek terbarunya.

Saya mengambil keputusan untuk singgah di Pusat Islam USM pula sebelum berangkat pulang. Keputusan saat akhir itu juga menghampakan. Saya mendapati pintu pejabat terkunci. Pintu Pengarah juga terkunci. Pintu tadika Pusat Islam tertutup tetapi tiada staf di situ. Ke manakah semua orang pada jam 3.30 petang? Menghairankan.

Saya menelefon salah seorang daripada ustazah saya. Tidak diangkatnya panggilan saya. Saya menelefon pula rakan sekerjanya.
"Ustazah tengah mesyuarat di Pejabat Pendaftar."
Aduss... hampa lagi.
Saya tidak berjaya menemui seorang pun dari Pusat Islam pada hari ini.

Inilah peluang terakhir saya untuk menemui mereka yang telah membantu saya pada ketika saya mula bergelar Muslimah. Walaupun pembelajaran saya di Pusat Islam USM tidak konsisten kerana sebab-sebab tertentu, sumbangan dan jasa mereka tetap saya hargai. Saya paling terhutang budi kepada ketiga-tiga ustazah di situ - Ustazah Rohayati yang membantu dalam proses pengislaman saya, Ustazah Normiza yang mula-mula mengajar saya Iqra, dan juga Ustazah Fadhilah yang mengajar saya membaca surah al-Ikhlas dan surah An-Nas.
Dua kali saya singgah di situ sebelum ini, mereka juga bermesyuarat dan saya gagal menemui mereka. Bukannya apa; hanya ingin mengucapkan terima kasih dan bersalaman kerana saya sendiri tidak tahu bila saya berpeluang menemui mereka lagi. Di samping itu, saya juga berhasrat mengambil foto-foto kenangan bersama mereka. Kerjaya di Pusat Islam tidak tetap; ada ketikanya mereka akan ditukarkan ke tempat lain. Mungkin saya tidak akan berpeluang berjumpa mereka lagi selepas ini.

Nampaknya tiada rezeki saya untuk menemui mereka pada hari ini.
Pada minggu lepas saya juga gagal menemui Dekan pusat pengajian saya yang begitu baik hati membantu menyediakan kediaman yang sesuai untuk saya menyambut hari raya pertama saya sebagai orang Islam. Dengan bantuan Dekan, saya tidak perlu berseorangan di asrama ketika 1 Syawal 2006.

Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Semoga Allah swt berkati mereka semua.

Monday, August 18

AT THE STUDIO

"Are you going to wear the tudung?"
"Yes, of course."
Mum didn't look very happy with my answer. I knew she'd preferred me without one but I told her it's impossible unless everyone who work in the photo studio are Muslim ladies. So I compensated by wearing a black tudung so that it'd look more like my hair although black doesn't really suit my complexion.

Earlier, I had helped her to put on my robe and mortar hat. She laughed in embarasssment but she was pleased. She looked good in it.
Had it not been for Mum, I would not be a graduate today. She had actually nagged me into continuing my studies so she too had played a big role in my graduation.

As Mum could not attend the convocation, I had made arrangement to have a photo session with her at the studio. That photo will be hers to hang anywhere she likes in her house. Later we had lunch and dinner with Brother who preferred not not to be in the studio with us. He has his personal reasons.

I spent the whole day with them.
They looked happy.
They smiled.
They laughed.
Syukur alhamdulillah I was able to share my good news with them.
Allah swt in His grace made it possible.

Sunday, August 17

A DREAM COME TRUE

Finally it's over.
Graduation day arrived and left. I am still recovering from all the excitement of the special day, and had been busy since 5.30am yesterday. Syukur alhamdulillah everything went smoothly although there were minor hiccups along the way.
Allah swt granted my prayers.

My health was better now so I could move about without tiring out easily.Hence, I could do more now. "More like your old self again," commented hubby with gladness.

Mom was unable to attend as she was worried about the long distance she had to walk from the car park into the hall. Her legs were still unsteady. Also she was worried she might not be able to withstand the 4-hour long ceremny without being able to go to the toilet.I promised to make it up to her.

As a result, only hubby attended the convocation. I'm thankful to have him beside me. Penang was crowded with holiday makers and fresh graduates. Had it not for him, I might not be able to make it to the hall on time or in one piece. I was all jitters and tried to keep calm by reciting the zikir as we rushed to the university in the early morning. Kind friends from the Special Education course, a Malay lady and an Indian lady helped me to put on my robe. Interestingly they were the first two people I met during my orientation week - and the Indian lady was my roommate. Thanks, Rahmah and Thally.

It took only about 20 seconds to walk on the stage but it was a long wait as mine was among the last groups to receive our scroll. Like everyone else, I was worried about making mistakes on the stage and witnessed not only by the audience, but the whole world (online video streaming made it easier for those unable to attend to watch the event at home). With 'bismillah' I went onstage and I had never felt so calm and composed before.

As I walked down the stage, I overheard a officer stating to her colleague,"That's Nur Aliya.."
Huh? What's that supposed to mean?
I wanted to turn my head but I dared not. It was a long back to the seat, and I was afraid of falling, slipping down the stairs, dropping my scroll or doing something embarassing.

Well, nothing bad happened. I survived. Phew!



Three years of hard work resulted in a final cgpa I can be proud of. Although it's not I had wished for ( I do have high aims) it is close enough. As I told hubby, it' not just any three years of my life. The opportunity to pursue my studies had allowed me to achieve more than a dream. Other than being able to be a graduate, I had survived a divorce, reverted to Islam, changed my lifestyle, lived as a divorcee, remarried, and bought a new car for my own convenience. All within three years of full-time studies drawing half-month salary.



From the beginning of the programme until my graduation day, Allah swt has arranged everything for me.

I'm very thankful and blessed to be able to finally complete my programme and graduate. I had entered the university programme as a normal non-Muslim Chinese lady and after 3 years, I've completed it as a new person - a stronger tudung-clad, Muslim Chinese lady.



Will I be able to experience another convocation in a few years' time? Sing the university song ? Only He knows. In the meantime, I'm going to enjoy myself with the graduation robe before I return it, and the sweet smell of the roses before they wilt.


One dream come true, more to arrive soon, insyaAllah.

Thursday, August 14

MENDAPAT KEREDHAAN SUAMI

"U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je"
"I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma... "
"Pompuan la paling ramai tak masuk syurga"
"Ya, I tau."
"Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. "
"Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje."
"Habis,U nak teruskan juga?"
"Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. "
"Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami."
"Maksud U?"
"Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni."
"Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I."
"U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu...tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami."
"Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? "
"Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka."
"Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?"
"Betul la, masing-masing ada tanggungjawab".
"Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? "
"Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. "
"I cuma luahkan rasa tak puashati I jer."
"Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2...satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. "
"Jadi apa yang patutnya I lakukan?"
"Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. "
"Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. "
"Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu."
"I tau tu. "
"Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. "
"Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. "
"U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt."
"Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia."
"I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. "
"Apa 2 syarat tu? "
"Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami."
"Contoh taat kepada suami? "
"Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. "
"Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?"
"Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama."
"Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? "
"U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga."
"Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I."
"Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni."
"Doakan kebahagiaan rumahtangga I. "
"InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita."

Sabda Rasulullah, "Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya."(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(al-Syura: 30)

Wednesday, August 13

KONVEX & KITAR SEMULA

Ini expo konvokesyen saya yang ketiga... tahun 2006 sebagai tukang makan (cuba-cuba masakan adik-adik), tahun 2007 sebagai pemerhati (poket kosong ketika itu) dan alhamdulillah tahun ini sebagai graduan.

Perancangan Konvex semakin baik dari setahun ke setahun. Gerai-gerai yang dibuka di bawah pokok-pokok pukul lima bersebelahan dewan persidangan kelihatan kemas dan teratur. Bersesuaian dengan bulan Syawal tidak lama lagi, banyak gerai yang dibuka menjual baju dan tudung. Banyak juga promosi hasil industri tempatan.

"Wah, ramainya yang beratur membeli makanan vegetarian tu!"
Memang ramai mahasiswa-mahasiswi Cina yang beratur untuk membeli makanan di gerai itu.
"Mereka semua tu vegetarian kah?"
"Sebenarnya tidak. Mereka sanggup beratur panjang dan membeli makanan di gerai tu untuk menyokong usaha rakan-rakan persatuan mereka. Lagipun fikirkanlah, kalau mereka menjual makanan tidak halal, mungkin mereka tidak akan dibenarkan berniaga di sini."

Saya memandang sekeliling. Banyak gerai yang menjual makanan yang hampir sama iaitu nasi kerabu, nasi dagang, dan nasi ayam. Hasilnya terdapat gerai yang kurang dikunjungi pelanggan. Gerai yang lebih kreatif dan menjual makanan yang tersendiri seperti ais kacang dan laksa lebih sibuk daripada yang lain.

"Tak ada straw minuman?"
"Maaf kak. Sekarang straw dan kotak polisteren tidak dibenarkan di dalam kampus," terang seorang mahasiswa yang berniaga di situ.
Saya mengangguk. Sebenarnya saya terlupa bahawa USM telah berkempen mengharamkan penggunaan polisteren semenjak semester yang lalu. Kafe-kafe di dalam kampus tidak dibenarkan menjual makanan di dalam kotak polisteren. Hanya kotak daripada kadbod kitar semula yang berharga 20 sen setiap satu dibenarkan.

Di USM, bekas makanan polistren digelar 'the white coffin' atau "keranda putih" kerana mendatangkan banyak keburukan kepada kesihatan kita dan alam sekitar. Saya sendiri sudah biasa membawa bekas makanan tupperware ke kafe untuk membeli makanan dan dibawa pulang ke bilik asrama. Perubahan sikap bukan mudah tetapi mampu dilakukan. Sekarang saya melihat ramai adik-adik mahasiswa-mahasiswi universiti ini yang mengamalkan cara hidup yang lebih baik tanpa menggunakan bahan polisteren. Memang pada permulaan kempen kami merungut tetapi alhamdulillah setelah beberapa minggu kami sudah membiasakan diri hidup tanpa bergantung kepada polistren.

Semester ini pula kempen mengurangkan penggunaan beg plastik dilancarkan. Penggunaan beg plastik dan straw minuman yang kurang diperlukan tidak digalakkan. Walaupun penjualan air mineral dalam botol plastik masih dibenarkan, botol mineral tersebut tidak diedarkan lagi semasa mesyuarat atau aktiviti USM.
Kesan kempen dapat dirasai semasa konvex tahun ini. Tiada tong sampah disediakan di tapak konvex. Sebaliknya tong kitar semula untuk kertas, gelas dan aluminium diletakkan di tempat-tempat strategik di seluruh tapak konvex. Apabila saya tinjau ternyata orang ramai membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong yang betul. Dalam tong untuk kertas misalnya, hanya bekas minuman kadbod yang dimasukkan ke dalamnya. Saya tidak pasti sama ada orang ramai akan menggunakan tong kitar semula tersebut dengan betul pada hari ini dan seterusnya sepanjang 4 hari konvokesyen. Kena tunggu dan lihat.

Sebagai bakal graduan USM yang telah didedahkan kepada bahaya penggunaan polisteren kepada diri sendiri dan alam sekitar, kini saya sendiri kurang selesa setiap kali menggunakan bekas minuman dan makanan daripada polisteren ketika menghadiri jamuan. Kempen ini harus diteruskan ke pusat pengajian yang lain.

Tuesday, August 12

SUAMIKU GURUKU

Pernah kawan saya bertanya, " Adakah perbezaan di antara bersuamikan lelaki Islam dengan bukan Islam, dari segi pelaksanaan tanggungjawab dan keprihatinannya? Yalah, awakkan dah melalui kedua-duanya; perkahwinan dengan suami bukan Islam dan kini, bersuamikan lelaki Islam?"

Ermm, bagaimana nak jawab ya?
Bagi saya, lelaki yang bergelar suami tetap sama saja, walaupun berlainan agama. Keikhlasan hatinya terhadap isteri akan dapat dipamerkan dengan jelas kalau dia benar-benar kasih dan sayang akan wanita yang dipilihnya sebagai isteri. Isteri akan dapat merasai cintanya, dan orang sekeliling akan dapat melihat aura positif di antara mereka berdua. Komunikasi dua hala penting supaya rumahtangga tetap segar dan kukuh. Beza suami Islam dengan suami bukan Islam adalah ketaqwaan kepada Allah swt. Suami Islam yang juga mukmin akan berusaha membina rumahtangga bahagia dengan isteri berdasarkan ajaran Islam.

"Aliya, bagaimana nak nyatakan penghargaan kita kepada suami.. takkan nak sebut depan dia hari-hari?"
Saya ketawa. Saya ini berbangsa Cina dan orang Cin mengikut adat jarang meluahkan perasaannya secara terbuka, walaupun kepada orang yang terdekat dengannya. Nak suruh saya menyebut setiap satu penghargaan saya itu memang susah hendak saya lakukan. Paling mudah, ucap terima kasih atau thank you kepada si dia dengan jujur ikhlas laaa..

Hanya Allah swt yang tahu apa yang saya doakan setiap hari demi kebahagiaan rumahtangga kami berdua.
Saya tidak pernah menyangka akan bergelar isteri dengan begitu cepat setelah memeluk Islam kerana menyangka akan terus menjanda. Diri kurang bersedia memikul tanggungjawab baru sebagai isteri dalam keluarga Islam kerana berpendapat masih terlalu mentah dalam selok-belok berumahtangga dalam keluarga Islam.

Namun Dia sudahpun mempunyai rancanganNya untuk saya. Saya diizinkanNya melihat kelibat wajah suami sekarang dalam sebuah mimpi indah berkait dengan Islam, walaupun ketika itu saya masih teragak-agak untuk memeluk Islam. Saya dilindungiNya daripada gangguan lelaki lain sepanjang tempoh saya berseorangan setelah bergelar Muslimah sehingga pernikahan saya. Setelah bernikah, saya pula bermimpi kami berdua mengerjakan solat berjemaah sambil membaca surah al-Ikhlas.. alangkah indahnya.

Bukan mudah menjadi isteri kepada lelaki berkerjaya seperti suami saya ini. Saya hanya tahu dan cuba berdakwah melalui penulisan blog dan perbualan muka ke muka dengan orang perseorangan, manakala dia pula aktif dalam pelbagai bidang. Alhamdulillah, pengalaman hidup telah mengajar saya untuk mampu berdikari tanpa lelaki di sisi, dan tidak takut bermalam berseorangan di rumah apabila suami berurusan di tempat lain.

"Mengapa dia, bukan orang lain?" Mak pernah bertanya.
Mengapa dia? Jodoh di tanganNya, dan saya hanya menurut rasa hati. Kriteria yang saya cari ada pada padanya. Lelaki yang dipilih Allah adalah suami yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah masa telah membuktikannya.
"Dia lebih sabar daripada ayahmu," komen Mak setelah memerhati menantunya sabar menunggu berjam-jam di hospital tanpa merungut atau bermasam muka.
"Dia memang bertanggungjawab," komen Mak lagi setelah seharian bersama kami dan melihat sikap menantu barunya itu terhadap saya.
Mak pada mulanya agak negatif terhadap perkahwinan kami. Syukurlah sekarang tanggapannya terhadap menantunya sudah berubah.

Suami saya juga merupakan guru, sahabat, mentor, kekasih dan teman saya yang paling akrab. Saya tahu saya tidak pandai meluahkan kata-kata romantik padanya muka ke muka. Saya orang sastera tetapi saya bukan pujangga, jauh sekali wanita yang pandai bermulut manis. Lidah saya kelu setiap kali hendak mengucapkannya. Namun begitu, saya amat menghargai segala sumbangan dan bantuannya, pengorbanan dan kesabarannya melayan kerenah saya ini kerana saya bukanlah wanita yang sempurna, juga masih berusaha menjadi isteri yang solehah.

Abang, susah senang telah dilalui bersama semenjak pernikahan kita. Semoga Allah swt memberkati perkahwinan kita dan semoga Islam terus menjadi tonggak rumahtangga yang kita bina ini. Maafkanlah segala kesilapan dan kelemahan isterimu ini. Terima kasih atas segala yang abang berikan kepada saya, wahai suamiku tercinta. Walaupun saya tidak pandai menunjukkannya seperti yang abang kehendaki, tidak bermakna saya tidak menghargainya :)

Sunday, August 10

MANDI PAGI

"Kenapa orang Cina tak mandi pagi, Aliya?"
Tiba-tiba saya ditujukan soalan itu. Saya memandang Zaiton sama ada dia cuba berjenaka tetapi dari raut wajahnya ternyata dia serius.
Ahh, benarkah ramai orang Cina tak suka mandi pagi?

Tok saya pengamal kepercayaan keturunan nenek moyang. Kepercayaan itu berasal dari Tanah Besar Cina yang bercuaca sejuk dan air pula perlu diangkut dari telaga dan dituang ke dalam tub mandian. Oleh yang demikian, pada pendapat Tok, hanya orang dewasa yang sihat saja yang boleh mandi dengan air sejuk. Kanak-kanak, wanita mengandung, pesakit dan orang tua patut mandi dengan air suam supaya tidak mudah jatuh sakit. Kami juga tidak digalakkan mandi pada awal pagi kerana dikhuatiri akan dijangkiti demam selsema.Akibatnya cucu-cucu Tok hanya dibenarkan mandi selepas pukul 11 pagi.

Sehingga saya masuk ke Darjah Satu di sekolah, saya masih disuruh mandi dengan air suam. Air akan dijerang sehingga mendidih, kemudian dituang ke dalam baldi yang sebahagiannya telah diisi dengan air sejuk.
Begitulah keadaan di kebanyakan rumah Cina pada zaman kanak-kanak saya. Faktor adat tradisi dan kekurangan kemudahan air panas terus dari paip menyebabkan kanak-kanak Cina jarang mandi pagi pada ketika itu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kanak-kanak Cina agak susah disuruh mandi.

Saya tak ingat bila sebenarnya saya mula belajar mandi pagi. Mungkin apabila belajar di sekolah menengah dan bergaul dengan kawan-kawan pelbagai bangsa. Mungkin juga ketika saya tinggal di asrama semasa latihan perguruan. Yang pasti, saya rasa lebih segar kemudian.

"Eee, tak busukkah kalau tak mandi?"
Entahlah tetapi tak pernah pula dengar orang mengadu, heheehee. Sebenarnya orang Cina merupakan pengguna setia bedak talkum. Kanak-kanak yang keluar rumah mesti berbedak supaya kelihatan kemas dan berbau wangi. Balik dari sekolah barulah mandi pada waktu tengah hari dan juga sekali lagi pada waktu petang.

Sekarang dengan adanya water heater di kebanyakan rumah, fenomena Cina tidak mandi pagi mungkin sudah jarang ditemui.

THIS AND THAT

It's been a busy week. Shopping, lesson plans, school projects, students' homework, and my own housework took a lot of my time and zapped my energy. Lots of ideas to write but hardly enough time to type.

For a starter, the invitation letter to my convocation was lost in the mail, so I had to travel all the way to the uni to get another copy. I was also worried that I might not get to graduate as planned due to technical errors. Anyway, it's all settled. On the other hand, I could not order the special edition of photo frame sold by my university's alumni, with my name printed on it (uhuk3) as I received the second mail after the closing date for the mail order. Oh well, guess it's just not meant to be. I'm just thankful that I'm going to graduate.. although it's just a degree. For a late starter like me ( during those days, it was difficult to further one's studies in one is poor) it is another dream come true. Alhamdulillah.

Saturday was also a school day, as we're taking an extra day off for Aidilfitri. There were only a small number of students present despite our reminders. Some of my 'heroes' - communicating with them is easy as they still respect me as a teacher - had the cheek to inform me beforehand on Friday that they wouldn't be going to school the next day, so I wouldn't have to work that hard.
"Where are you going on Saturday?" I asked the gentlemen.
"No where. We'll be watching the Olympics at home."
Oh dear.

'Teacher Alia, teacher no need go to our class today. Only 8 students come to school. All girls, no boys.'
I read the note on my table and shook my head. Students nowadays can be so bold. More determined than ever, I walked to the classroom right at the end of the school building and found all 8 of them at their desks.
"Class will be conducted as usual even if there's one student," I informed them.
And they obeyed.

Alhamdulillah.. I'm feeling better now. The latest medication supplied by the doctor is more effective and due to the extra supplements I'm taking (am getting tired of swallowing the tablets) I'm more like my old self again. I pray it'd remain this way or better.

Wednesday, August 6

ALAHAI ANAK KITA


Di hadapan surau, Ustaz Zamri ternampak Shamil.
"Kamu dah solat ke belum?"
"Errr.. belum ustaz."
"Mengapa tak masuk ke surau untuk solat zohor?"
"Errr.. saya tak boleh, ustaz."
"Kenapa tak boleh?"
"Saya belum mandi, ustaz."
"Belum mandi apa?"
"Saya belum mandi hadas."
Ustaz Zamri terkedu lidahnya.

"Cikgu, dia tak solat subuh."
"Cikgu, saya solat subuh. Dia yang tak solat, cikgu."
Suasana kelas semakin bising. Cikgu Marina mengeluh. Mau tak mau terpaksa melayan juga kedua-dua pelajar Tingkatan 2 itu, supaya pengajaran boleh dijalankan dengan baik.
"Baik.. kalau kamu solat, cikgu nk bagi kuiz. Solat subuh ada berapa rakaat?"
Ahmad diam. Kassim pun diam.
"Haa.. tadi kamu kata kamu solat subuh. Solat subuh ada berapa rakaat?"
"Lima rakaat, cikgu."
"Kamu, Kassim? Solat subuh ada berapa rakaat?"
"Empat cikgu."
Cikgu Marina menggeleng kepala. Nampaknya Ahmad dan Kassim terpaksa dihantar menuntut pemulihan dengan Ustaz Zamri.

Ustaz Halim menyoal pelajar Tingkatan 3 di hadapannya.
"Kamu solat subuh atau tidak?"
"Ada, ustaz. Saya solat subuh."
"Berapa kali orang Islam kena solat dalam sehari?"
"Lima kali sehari."
"Hah.. betul. Berapa kali kamu solat dalam sehari?"
"Satu kali."
"Satu kali? Bila kamu mengerjakan solat?"
"Saya solat subuh, ustaz."
" Solat zohor ada buat?" Dia menggeleng.
"Solat asar? Solat maghrib? Solat isyak?" Setiap kali ditanya Fauzi menggeleng kepalanya.
"Kenapa kamu solat subuh saja, solat lain kamu tak buat?"
"Setiap pagi, Ustaz tanya siapa yang tak solat subuh masa perhimpunan. Saya takut kena denda, saya pun tak berani menipu, jadi saya solat subuh di rumah setiap pagi."
Ustaz Halim menarik nafas panjang sambil berisyhtifar. Rupa-rupanya ada pelajar solat subuh kerana takut dimarahinya.

"Kamu kena mandi hadas besar atau mandi wajib selepas tamat haid setiap bulan," terang Ustazah Jamilah kepada kelas Tingkatan 3.
"Ustazah, apa itu mandi wajib? Apa yang kena wajib?
Ustazah Jamilah terkejut. "Kamu mandi apabila haid berhenti setiap bulan, bukan? Itulah mandi wajib."
"Saya mandi dengan sabun biasa saja? Kena guna sabun Wajibkah, ustazah?"
Ustazah Jamilah menemuramah pelajar perempuan itu. Rupa-rupanya dia tidak pernah diajar oleh keluarganya untuk membersihkan diri selepas haidnya kering setiap bulan.

Cikgu-cikgu yang berkongsi cerita apabila bertemu di kantin itu ketawa tetapi tak seorang pun yang kelihatan betul-betul gembira. Masing-masing memikirkan masalah anak-anak generasi baru yang dibesarkan dalam keluarga Islam. Bersediakah anak-anak itu untuk menjadi umat Islam yang kuat,berdaya maju dan berilmu?

Monday, August 4

27 HARI LAGI

"Alamak! Sudah masuk bulan Syaaban.."
Masa berjalan laju. Saya mencongak-congak sendirian di hadapan kalendar.
Aduss.. masih hutang lagi.
Kena pulun pula laa bulan ini. Mau tak mau, kena selesaikan juga dalam tempoh 27 hari. Laratkah saya?
Bukan tak mahu buat awal-awal tetapi keadaan tidak mengizinkan. Sekarang kesihatan yang kurang baik pula menyebabkan saya teragak-agak, takut pening ketika memandu atau pengsan ketika seorang diri di dalam rumah. Maklum saja saya masih anemic.
Tawakkal dan puasa sahajalah.. janji hutang beres. InsyaAllah saya akan ok walaupun berpuasa, bukan? (ajer nak sedapkan hati yang gusar ini, uhuk3)
Saudari-saudari yang lain, hutang dah clear belum?

Sunday, August 3

SEHARI DI HOSPITAL KERAJAAN

11.40 pagi.
"Aliya... kad awak, tak jumpa.. awak tak ada temujanji dengan doktor kan?" jururawat di kaunter itu memanggil saya.
"Saya dijadualkan mengambil ubat dos kedua hari ini. Tapi saya disuruh ke klinik berjumpa doktor sekiranya ada masalah kesihatan. Doktor yang suruh saya ke sini, dan saya nak jumpa doktor sbelum saya mengambil ubat. Tadi saya sudah terangkan kepada puan.."
"Kad awak belum dijumpai," jururawat pada usia pertengahan itu meninggalkan kaunter sambil memegang buku rekod rawatan saya.

Saya tercenggang-cenggang di hadapan kaunter. Hairan sungguh. Sudah satu jam saya menanti di hadapan klinik O&G hospital berkenaan namun saya tidak dipanggil dan diberitahu kad saya tiada. Bila tiba nombor 073, sepatutnya nombor 074 yang saya pegang itu mengikut tetapi sebaliknya nombor 075 pula yang dipanggil ke dalam bilik rawatan.
Sepuluh minit saya menunggu di hadapan kaunter yang tidak diawasi. Mana kad rekod hospital saya? Nombor-nombor semakin menaik sehingga ke 080. Mana nombor saya yang 074 akan dipanggil? Akhirnya saya bertanya kepada seorang jururawat yang lalu di situ.
"Puan, saya sepatutnya dipanggil tetapi orang di kaunter memberitahu kad saya masih belum dijumpai. Boleh saya tahu bila saya dapat berjumpa doktor?" Saya menunjukkan kertas nombor 074 yang masih dalam genggaman saya.
"Siapa jururawat yang mengambil buku rawatan awak?" jururawat lain pula menyoal saya.
"Saya tak tahu. Saya tak nampak tanda nama yang dipakainya. Sekarang saya nak masuk jumpa doktor pun tak boleh, buku rawatan saya dengannya dan nombor sekarang sudah 082. Kad rekod kesihatan saya pula entah di mana. Jururawat itu takde pun di bilik rekod perubatan."
"Awak tunggu di sini dulu," jururawat kedua itu turut meninggalkan kaunter.
Saya kembali duduk di hadapan kaunter. Nombor-nombor lain terus dipanggil tetapi 074 tiada.

12.00 tengah hari.
"Puan, kad saya sudah jumpa belum? Bila saya boleh jumpa doktor?" saya menunjukkan semula kertas bernombor yang saya pegang itu kepadanya.
Tiba-tiba Mak yang berlegar-legar di kaunter (Mak bekas jururawat yang pernah bekerja di situ dan berpengalaman dengan segala urusan hospital) melihat kad dan buku rawatan saya di atas meja kaunter. Dia terus memberikannya kepada jururawat yang lalu di situ sambil menerangkan sesuatu kepadanya.
"Eh, kad awak baru jumpa? Tak apa, saya akan bawa masuk buku dan kad awak ni, tetapi kena tunggu sekejap laa sebab orang lain dah masuk. Doktor sibuk sekarang," sister berbaju biru yang pernah bekerja dengan Mak memberitahu saya lalu masuk ke dalam klinik dengan kad dan buku rawatan saya.
Jururawat yang mendakwa kad saya hilang itu sudahpun duduk semula di kaunter tetapi tidak langsung menegur saya. Kata Mak, dia bukanlah jururawat yang sebenar, dan tidak pernah dilatih sebagai jururawat pun. Pakaiannya sahaja seperti jururawat, sebab itu dia diminta menjaga kaunter sebab pekerjaan asalnya di hospital sudah diambil alih pekerja kontrak. Mak pernah bekerja sebumbung dengannya di hospital yang sama.

12.10 tengah hari.
Saya bingkas bangun, menolak pintu dan meluru masuk ke dalam klinik tanpa dipanggil. Mak terkejut lalu mengikut saya masuk.
"Eh, awak nak buat apa ni?"
"Takkan saya nak tunggu di luar macam orang bodoh saja. Tanya di kaunter mereka suruh tunggu tetapi nombor dah 085, Saya yang 074 belum dipanggil. Saya yang harus didahulukan bukannya diminta menunggu, sebab kad saya yang lewat dijumpai salah orang yang bertugas, bukan salah saya. Saya tak sepatutnya dihukum atas kesilapan orang lain."
Saya berdiri di hadapan bilik ketua doktor. Lantaklah, kalau mereka gagal menemukan saya dengan doktor dalam tempoh masa terdekat, saya memang hendak mengadu terus kepada ketua doktor.
"Eh, awak tak boleh berdiri di sini. Awak kena tunggu nombor awak dipanggil."
"Nombor saya tak keluar-keluar langsung sebab orang di kaunter buat kesilapan, bila nombor saya sepatutnya dipanggil masuk, baru dia sedar kad kesihatan saya belum dijumpai. Sekarang dah nombor 086, saya yang sepatutnya 074 belum dipanggil masuk ke klinik. Saya nak tunggu di sini sehingga saya dipanggil masuk ke bilik doktor."
"Awak kena tunggu di luar dulu. Kad awak sudah dengan doktor, nanti kami akan panggil awak," pujuk sister berbaju biru itu lagi.
Mak sekali lagi menjelaskan keadaan sebenar kepada bekas rakan setugasnya. Akhirnya saya keluar semula ke lobi.
"Apa jadi?" Suami yang sabar menunggu semenjak kami tiba pada pukul 10 pagi bertanya.
Soalan suami ringkas sahaja tetapi memberi kesan hebat. Tanpa dipaksa, air mata terus mengalir di pipi. Sambil mengesat air mata yang menitis, saya menceritakan secara ringkas segala yang berlaku. Tanpa sepatah perkataan lain,dia berjalan ke kaunter meninggalkan saya yang masih menitiskan air mata di satu sudut lobi berkenaan.
Entah apa yang dicakapkannya kepada mereka di kaunter. Pandangan saya sudah kabur kerana masih mengesat air mata. Beberapa wanita yang menunggu di lobi untuk dipanggil masuk ke klinik menjeling ke arah saya yang masih cuba menenangkan diri. Kira-kira 3 minit saya ditinggalkan berseorangan.
"Aliya!!!"
Jururawat memanggil saya masuk. Rupa-rupanya suami saya sudahpun menunggu seperti seorang perwira di luar pintu bilik rawatan dengan muka serius.
"Masuk bilik ini, ok.." kata seorang jururawat dengan mesra sambil membuka pintu ke sebuah bilik rawatan berdekatan kaunter.
"Bilik ini?"
"Ya, duduk di sini."

Alhamdulillah, akhirnya pada 12.30, saya berjaya berjumpa doktor. Walaupun bukannya doktor pakar yang saya hendaki, doktor wanita dalam bilik itu melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan susulan. Ubat pula ditambah untuk meningkatkan tahap kesihatan saya.
Selepas menunggu di farmasi untuk ubat, akhirnya kami meninggalkan hospital pada pukul 3 petang. Saya sudahpun letih, sakit, lapar dan dahaga.

Syukurlah Mak ada bersama (dia pun hendak mengambil ubat di hospital yang sama untuk penyakitnya), maka dia lebih arif tentang prosedur di hospital itu.
Syukurlah Suami ada bersama untuk memberi sokongan moral dan sebagainya.
Kalau saya keseorangan, mungkin boleh histeria jadinya, lagipun dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik.

Saturday, August 2

RETURN OF THE PRODIGAL DAUGHTER

"We're going to visit your mom-in-law."
Hubby nodded. He's yet to step foot into his mom-in-law's house as I wasn't sure the kind of reception we'd get from his father-in-law. We had our meetings with Mom and Brother at public places, not at Mom's house. Nevertheless, I wanted to test the waters that day - at whatever cost. At least with a strong man beside me, I wasn't that nervous.

The last time I stepped foot into the house was almost 1 1/2 years ago. Why? One reason - dad. I have never been close to Dad, and neither has my brother. My dad is not like everyone's dad. He's different; with a quick temper and a heavy hand. A traditional father who expects everyone to listen and obey, no questions asked. And I had been rebellious. He hasn't spoken a word to me since the day I told him I was divorcing my former husband. Words were exchanged through the phone when he insisted I stayed on in the unhappy marriage. As a result there was a breakdown of communication between us since. My own conversion to Islam made our relationship worse. He was hopping mad when he found out I became a Muslim.

"He's in.. are you sure you want to drop by?" Mom called and sounded nervous.
"Of course we're coming. Don't worry." I told Mom.
We got down from the car. Dad's car was in front of the house.
The dog, chained up as a result of our arrival, started to bark loudly. I called its name, and suddenly it wagged its tail. It could still recognise me.
"Well.. this is my house I grew up," I told hubby.
Mom was waiting for us in the hall. We chatted, just the three of us.
"He's in the bedroom getting ready to go out," explained Mom.

Suddenly the door opened and he came out.
I didn't look up. I couldn't even bring myself to look at him in the face. I was worried he'd start swearing and chase us out of the house the moment he sees me in the tudung. Hubby, as diplomatic as ever, introduced himself, shook hands and started small talk. Mom looked on quietly at the antics of the two men. After some time, he got up and left, telling Hubby that he's got some meeting to attend.

"Why didn't you talk to your dad?" Hubby asked on our way home.
"Well, I just can't. Not now. It takes time," I explained. I didn't know what to say. Other than the love for art, I also inherited Dad's stubbornness.
I know as a daughter I should make the first move but heck, too many bitter words were exchanged between us the moment he found out about my impending divorce. Amazingly, he wasn't even fond of my former husband.

"Did he ask anything about me?" I called Mom that night.
"No, he's been quiet. And it's good too, 'cause I'm alone in the house with him," replied Mom.

That's one hurdle I'd need to cross when I'm ready... soon, I hope.
It took 2 years to soften Mom's heart and for her to accept me back as a Muslim daughter. Dad? Only Allah swt knows best...

image: http://tn3-1.deviantart.com/fs15/300W/i/2007/028/0/3/Lady_Muslimah_by_didihime.jpg

Friday, August 1

CINTA MONYET BERGAYUT-GAYUTAN

"Apa dah jadi?"
Cikgu B menggeleng kepala, masam mencuka. Pelajar perempuan yang mengikutnya menundukkan kepala.
Saya meneliti kertas yang dihulurkan oleh Cikgu B. Wahh, romantik sungguh bahasanya. Saya tersengih membacanya.
"Saya suruh tulis karangan Bahasa Melayu dia tak nak buat. Ini pula kerjanya, menyalin ayat-ayat dari novel dan majalah, kemudian hantar kepada pelajar di Tahun 6 yang dia minat tu. Apalah nak jadi kepada budak sekarang.," rungut Cikgu B.

Ahhh, pelajar Tahun 4E. Baru 10 tahun, baru belajar menulis karangan. Namun hormon dalam badan mereka sudah meluap-luap menyebabkan mereka yang kurang bimbingan akan mula dihadapi masalah. Mereka sudah mula berangan-angan. Mereka mula belajar apa itu 'cinta', dan sudah mula belajar melafazkan 'sayang','cinta' dan sebagainya. Cinta acuan Barat. Bukan semua budak begitu tetapi sebilangan kecil seperti 'Si Anu" itu sudah cukup memeningkan kepala.

Itu cerita pelajar di sekolah rendah. Tak tahu tulis karangan tetapi sudah pandai menulis surat cinta. Lamunan cinta boleh menjadikan mereka berani, innovatif dan kreatif.

Kalau di sekolah menengah, fulamak... lebih dahsyat. Macam-macam cerita yang saya dengar dari rakan-rakan di sekolah lain. Kalau duduk dalam kelas, badannya sahaja yang masih di situ tetapi fikirannya melayang entah ke mana, mungkin ke alam awang-awangan yang digambarkan dalam filem Bollywood - hero dan heroine menari-nari berdua-duaan.
"Hello.. kamu di mana? Kenapa tersengih seorang diri?" saya menegur seorang pelajar yang secara tiba-tiba tersenyum gembira sedangkan saya sedang membincangkan perkara serius.
Dia tersipu-sipu malu. Merah padam mukanya.

"Pergi mana mereka berdua?" Pelajar perempuan yang meminta kebenaran ke tandas masih belum kembali walaupun meninggalkan kelas hampir 30 minit yang lalu.
"Cikgu, mereka pergi jumpa pakwe," komen seorang pelajar.
"Maksud kamu, mereka memang bukan ke tandas?"
"Mereka akan lalu kelas pakwe mereka, lalu mereka akan buat dating di tempat tersembunyi, cikgu."
"Bagaimana kamu tahu semua ni?"
"Mereka memang selalu begitu, cikgu. Kalau keluar kelas selalu lambat balik sedangkan tandas dekat saja."
"Cikgu, mereka tiada di tandas blok ini. Saya dah masuk semua tandas perempuan tetapi tak jumpa mereka."
Astaghfirullaziim... saya menarik nafas panjang. Tak benarkan keluar risau dia memang perlu ke tandas, kalau benarkan mungkin dia akan gunakan kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak elok.

Kalau mereka anak orang kaya, kita mudah menyalahkan kekayaan sebagai punca kerosakan akhlak anak-anak. Kalau mereka anak Cina, India atau Iban, kita mudah menyatakan sebab didikan agama mereka berbeza. Jikalau mereka itu anak orang Islam, bagaimana? Orang Islam, khasnya orang Melayu yang sudah terkenal dengan sifat malu dan budi bahasa yang tinggi sejak zaman-berzaman. Bukan semua lelaki yang terlibat dalam wabak ini; perempuan pun tidak kurang hebatnya walaupun bertudung dan berbaju kurung di sekolah. Malu saya sebagai orang Islam melihat kesilapan yang mereka lakukan.
Seperti isu menutup aurat, saya sudah beberapa kali ditanya mengapa masalah sosial melanda orang Melayu Islam sedangkan agama Islam jelas melarangnya. Isu remaja Melayu yang jauh menyimpang dari ajaran Islam sering diperkatakan orang bukan Islam, seolah-olah Islam masih banyak kelemahannya. Nak kata apa? Memang ada umatnya yang lemah. Pengajaran tentang cara bercinta acuan Islam jarang pula diajarkan kepada anak-anak kita, baik di rumah mahupun di sekolah. Akhirnya ramai yang terkapai-kapai dan sesat mengikut arus cinta remaja acuan orang Barat sebab itu sahaja yang mereka tahu. Filem dan drama Melayu serta Indonesia yang hangat ditonton remaja kita pula seolah-olah mengiakan anggapan bahawa 'tidak salah bercinta romantik di antara lelaki dan perempuan'.

"Tak tahulah apa nak jadi ni.. dunia dah nak kiamat agaknya," keluh ustazah.
Demi cinta, orang sanggup membuat apa sahaja. Tambahan anak remaja yang baru hendak mengenal dunia yang sebenar. Dahulu ketika usia mereka, saya tak berani pun mendekati lelaki; takut dan malu. Kini saya lihat terdapat pelajar perempuan saya yang cukup rapat dengan pelajar lelaki. Mereka mudah ditipu dengan pujuk rayu, dan didekati dengan sedikit hadiah serta ucapan romantik. Maruah dan harga diri seperti tidak berharga.

Di manakah silapnya? Silap ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehingga kurang masa mendidik anak-anak di rumah tentang tatasusila dan maruah diri? Silap guru yang menguruskan hampir 90 pelajar selama 7 jam setiap hari? Atau silap pelajar itu sendiri, yang kurang bimbingan dan didikan agama sehingga tidak tahu membezakan baik dan buruk? Atau silap program TV yang sering memaparkan kisah-kisah cinta remaja yang diimport dari Indonesia, dan digemari pelajar Melayu? Silap kerajaan kerana tiada penekanan kepada pendidikan agama yang merangkumi pendidikan pra-perkahwinan dan bahaya seks sebelum kahwin?

Orang melayu ibaratkan cinta remaja sebagai cinta monyet. Perhatian monyet tidak berkekalan. Dapat yang baru, yang lama ditinggalkan.
Orang Inggeris memanggilnya puppy love, cinta anak anjing. Apabila anak anjing semakin membesar, hilanglah comelnya, maka hilanglah perasaan sayang padanya.
Semuanya hanya suka-suka dan tak tahan lama.
Masalahnya mereka bukan haiwan. Mereka yang bercinta monyet itu anak-anak kita. Dahulu zaman P.Ramlee, bercinta hanya berpegang tangan dan mengutus surat. Sekarang bercinta zaman IT bukan sekadar itu; ia mudah merebak dan beranak-pinak seperti virus sehingga ada yang sudah berani melampaui batas-batas agama - semua kerana 'saya cinta mu, buktikan cinta itu...berkorban apa saja'.

"Ishhh... itulah silap mak bapa. Tak ajar anak dengan betul. Bagi pakai baju ketat dan singkat. Tak malu!"
Saya mendiamkan diri.
Apa yang akan dikatakan sekiranya anak yang dicemuh itu anak sendiri - di hadapan mak bapa baik dan nampak alim, di belakang merekalah romeo dan juliet.
Pastikah kita 100% anak dan keluarga kita tidak terjebak dalam masalah sosial ini?