Friday, March 16

JALAN KE SYURGA TAK SEMESTINYA SUNYI

Siapa nak ke syurga, angkat tangan!" cikgu memberi arahan.
Semua kanak-kanak dalam kelas mengangkat tangan. Kecuali Ana.
"Kamu tak nak ke syurgakah, Ana?" tanya cikgu.
"Nak.... " jawab Ana dengan perlahan. "Tapi cikgu pun tak angkat tangan. Jika semua kawan nak akan ke syurga, siapa nak temankan cikgu ke neraka?"

Saya masih ingat ketika saya bersekolah rendah. Darjah 4. Umur 10 tahun
Seorang kawan dengan megah berkata bahawa dia akan ke syurga, manakala kami yang lain akan ke neraka.
"Mengapa awak akan ke syurga?" saya tanya, tak puas hati.
"Sebab saya orang Islam," katanya dengan megah.
 "Orang Islam yang akan ke syurga?" saya tanya lagi.
"Ya, sebab Allah kata orang beragama Islam saja akan ke syurga, orang agama lain ke neraka."
Saya diam. Saya tahu konsep syurga dan neraka, walaupun ia sebenarnya tiada dalam ajaran nenek moyang. Secara tidak langsung, saya belajar melalui pergaulan dengan kawan-kawan Melayu dan Kristian, lepas mati orang baik akan ke syurga dan orang jahat akan ke neraka.
"Hmmm, orang Islam saja akan ke syurga? Orang bukan beragama Islam akan ke neraka?" saya keliru.
Ahhh, itu agama Mona, Adiyatul, Norliza, Wati dan kawan-kawan Melayu lain. Peduli apa, saya cuba sedapkan hati.
Saya bukan orang Melayu, takkan saya juga akan ke neraka bila mati? Lepas mati, orang Cina seperti saya akan ke mana pula, ya? Kata Tok, orang baik akan ke syurga, orang jahat akan kembali semula ke dunia sebagai binatang.

Itulah pembinaan konsep terawal dengan kewujudan syurg neraka bagi saya yang ketika itu berumur 10 tahun.
Tiada seorang pun kawan beragama Islam yang menerangkan kepada saya tentang bagaimana orang seperti saya boleh ke syurga.
Dari sekolah rendah sehingga ke Tingkatan 6, kami berkawan baik tetapi tidak pernah membincangkan bab agama, tak seperti kawan-kawan beragama Kristian yang sentiasa berusaha membawa kawan-kawan lain 'syurga Jesus'...huuhuuu.

Jalan ke syurga seolah-olah eksklusif bagi mereka yang lahir Islam dan dibesarkan sebagai Islam.
Mungkin hari ini keadaan berubah, tetapi malangnya di sekolah pun [sebagai guru] saya dapati maih tak banyak berubah.
Ketika pelajar Islam meraikan hari kebesaran agama Islam dengan ceramah dan sebagainya di sekolah, pelajar bukan Islam diasingkan di bilik lain. Tidak boleh turut serta dengan alasan takut nanti timbul isu ibu bapa komplen pihak sekolah cuba mengIslamkan anak-anak mereka.
Lebih selamat lagi diadakan program berbentuk didikan Moral untuk pelajar bukan Islam ketika ceramah agama Islam berlangsung.
Akibatnya, masih kurang pendedahan tentang 'Islam is a universal religion' dalam minda pelajar bukan Islam.
Ramai yang masih berfikiran bahawa Islam = Melayu dan Melayu= Islam.
Ramai yang masih terkejut dan hairan apabila saya memberitahu pelajar sekolah kategori bandar ini, bahawa saya orang Cina, beragama Islam... bukan orang Melayu.
Benarkah agama Islam agama ekslusif untuk orang tertentu sahaja?
Bagaimanakah dengan orang lain, kawan-kawan bukan Islam anda?
Tak timbulkah niat untuk menerangkan keindahan tentang Islam itu kepada mereka, sekurang-kurangnya agar mereka bersikap lebih terbuka untuk mempelajari Islam dan ajaran Rasullullah SAW?
Atau adakah ramai yang masih berfikiran seperti kawan sekelas saya dulu, bahawa hanya dia dan geng yang lahir Islam saja yang layak dan akan ke syurga?

DIA PUKUL SAYA!!!

"Bolehkah suami saya pukul saya?" sister mualaf itu minta pendapat.
Soalan yang saya tak suka baca dalam emel mahupun ruangan facebook. Tapi jika dibiarkan, nanti mungkin lebih teruk lagi keadaan. Saya terus taip, walaupun jam 3 pagi.
Bukan seorang dua saudara baru mualaf bergelar isteri yang dipukul suami mereka. Walaupun bilangan mereka tidak ramai, itu tidak bermakna gejala pukul bini tidak berlaku dalam rumahtangga, cuma jarang dilaporkan dan diketengahkan sehingga ke balai polis.

Biasanya si isteri akan mendiamkan diri. Sebab biasanya, dia yang akan dipersalahkan. Oleh suami, sebab kononnya suami pukul sebab dia yang mulakan, dia yang menaikkan kemarahan suami. Oleh mentua, sebab dia yang bersalah, sebab tak pandai layan suami. Oleh ustaz, sebab dia yang menaikkan kemarahan suami. Oleh masyarakat, sebab dia tak patut membuat suaminya marah.
"Suami dia pukul dia pun, mesti dia buat salah. Takkan suami nak pukul suka-suka."
"Ni mesti dia banyak membebel, leter kat suami... suami mana yang tahan bila isteri berleter lama-lama.."
"Ni mesti dia menjawab. Kalau tak, takkan suami dia pukul."

Nak balik mengadu kepada keluarganya yang masih belum Islam?
"Tu la, siapa suruh dia kahwin laki Melayu? Siapa suruh dia masuk Islam? Ha, padan muka, kena pukul!"
"Dia sendiri yang pilih suami, dia sendiri yang selesaikan la."

"Suami saya pukul saya semasa saya tengah solat. Dia marah sebab telefon saya berdering, ganggu dia tidur. Saya terkejut, saya minta maaf padanya tapi dia terus pukul dan tendang saya. Ini bukan kali pertama dia pukul saya. Tapi ini kali pertama saya dipukul semasa saya sedang mengerjakan solat. Saya tahu saya bersalah sebab ganggu dia tidur, tapi bolehkah dia pukul saya begitu? Sakit badan saya dipukulnya."
"Suami saya pukul saya sebab saya tanya dia mengapa balik lewat. Dia tak suka saya tanya. Dia kata saya takda hak nak tahu. Dia tuduh saya cuba control dia."

"Saya panggil suami saya sebab dia tak tinggalkan wang beli susu anak. Susu di rumah dah habis, saya takda duit nak beli. Dia buat tak dengar, terus hidupkan enjin kereta nak keluar pagar rumah. Saya pun jerit panggil dia, ingatkan tentang susu anak. Dia masuk rumah, terus pukul saya. Saya malukan dia, katanya sebab jerit-jerit. Tapi saya buat pun demi anak, takkan saya nak biarkan anak lapar takde susu untuk minum. Minta dia belikan, dia pula tak jawab langsung, tak tahu sama ada dia akan beli atau tidak."
"Kadang-kadang rasa menyesal sebab berkahwin dengan dia. Bila dia suka, dia nak bermesra. Bila dia tak suka, dia pukul sesuka hati. Dulu dia janji nak jaga saya, dia cinta saya sebab tu saya percayakan dia, sanggup tinggalkan keluarga sebab kahwin dengan dia, masuk Islam.. sekarang bukan saja dia pukul saya bila dia marah, dia langsung tak ajar saya tentang agama Islam."

Izinkan saya untuk bertanya kepada para suami budiman, adakah Islam membenarkan suami memukul isteri sebab isteri banyak berleter? Seba isteri tak layan dia? Sebab isteri tak kemas rumah, tak hormat dia?


Tak pasti, nah mari sila semak balik al-Quran dan al-sunnah.
Ini dalam hadis :
Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.”
“Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”'
Rasulullah SAW menyebut yang bermaksud, “Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu?” (Hadis riwayat Ibnu Saad)


Rasulullah SAW tidak pernah memukul para isteri baginda:
 1. Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

2. Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Lihatlah Umar al-Khattab yang terkenal garangnya pun tak bersuara bila dileteri isterinya. Dia sekadar mendiamkan diri.
Seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178)

Dalam alQuran alKarim, dinyatakan dalam surah an-Nisa ayat 34,
“….hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkan sendirian di tempat tidurnya dan kamu pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika perempuan itu telah taat kepadamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menganiayanya.”
Di dalam ayat ini ternyata terdapat prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh seorang suami sebelum dia boleh memukul isterinya:
1. Perundingan di antara pasangan tersebut haruslah dilakukan terlebih dahulu.

2. Waktu perpisahan boleh dilakukan. Ia juga memberi maksud berpisah tempat tidur dari segi waktu dan ruang, sekurang-kurangnya selama satu malam.
3. Pukulan dengan kayu sugi atau sapu tangan terlipat sebagai langkah terakhir untuk memberi pengajaran kepada isteri JIKALAU kedua-dua prosedur di atas gagal.

Suami TIDAK BOLEH sekali-kali pukul isterinya dengan tapak tangan si suami ataupun dengan benda keras yang boleh menyebabkan kesakitan dan kecederaan. Apatah lagi menendang, menyepak atau memijak badan isteri.

Perbuatan suami yang memukul isteri boleh dianggap sebagai suatu penganiayaan. Perbuatan ini adalah salah di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sekiranya suami disabit kesalahan menganiayai isterinya maka beliau boleh dihukum denda sehingga seribu ringgit atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini adalah terturut di dalam Seksyen 127 Akta.
Perkara ini juga boleh dijadikan sebagai satu alasan untuk memohon perceraian secara takliq atau fasakh.

Oleh yang demikian, ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang isteri. Ketahuilah juga apa sebenarnya ajaran Islam tentang layanan seorang suami Muslim terhadap isterinya.

Suami tidak ada hak untuk memukul isteri, dengan apa jua alasan sekali pun.
Walaupun isteri mungkin nusyuz, suami tetap tidak ada hak memukul isterinya mengikut ajaran Islam dan undang-undang syariah.
Dan kita sebagai jiran-jiran, ipar, mentua mahupun masyarakat prihatin, tak boleh dengan mudah membuat spekulasi bahawa "She deserves to be beaten", "memang patut dia dipukul sebab banyak berleter", "itu suami baik, didik isteri sebab isterinya tu degil tak dengar cakap," "isteri tu tak hormat suami, sebab tu dipukul,' dan sebagainya.
Berdosa kita bersangka buruk pada isteri yang disakiti itu dan tidak cuba meleraikan keadaan, ataupun cuba membantunya.
Entah-entah esok lusa, yang dipukul nanti adalah adik perempuan, atau anak perempuan kita.
Ingatlah, tatkala suami memukul isterinya, yang bertepuk tangan adalah iblis dan syaitan.

Friday, March 9

ISU BARU... HAHAAAAAA

"Dia tak suka awak... tahu tak? Dia marah bila saya berkawan dengan awak."
"Ooooo.. mengapa?" saya tersenyum, sebab dah boleh agak jawapannya. Orang di hadapan saya itu memang saya sayang, dan saya percayai.
"Jangan marah, Aliya bila saya cakap. Dia kata tak payah berkawan dengan mualaf tu. Tapi saya tak kira, saya nak kawan gak. Ni antara sebab dia marah dengan saya."
"Hahahaaa... dia kata begitu? Sebab saya ni mualaf?"
"Cam suami saya kata, mualaf pun ada yang lebih baik dan lebih pandai bab agama daripada yang lahir Islam, bukan?"
"Ya, alhamdulillah... so apa isu dia dengan saya ni, yang buat dia marah awak berkawan dengan saya?"
"Dia tak suka sebab awak isteri kedua. Dan cara awak berpakaian, dengan tudung labuh dan baju labuh.... faham-faham sajalah dia tu jenis berfesyen..."
"Hahahaaaaaa.... " saya terus ketawa. Mujurlah kami berada dalam bilik rehat yang agak jauh daripada orang lain.
"Lantaklah dia suka ker tak suka saya. Lagipun saya dah agak dah, sebab daripada mimik mukanya. Tapi luculah bila dengar dari mulut awak, hehehee."
"Betul tak marah?"
"Tak..."
"Saya lega sungguh bila tak lagi bersama mereka tu. Syukur sangat-sangat bila dah dipindahkan ke bilik besar ni. Bebas nak berkawan dengan siapa saja."
"Semuanya atas kehendakNya, alhamdulillah. Dia kan Maha Mengetahui dan Maha Mendengar?"
"Betul. Alhamdulillah."

Ahhhh.... patutlah sekarang ni ada beberapa insan yang bermasam muka dengan kami.
Rupa-rupanya usaha menghasut Wardah [bukan nama sebenar] untuk tidak berkawan dengan saya tidak berjaya.
Ada juga manusia beragama Islam berfikiran sempit begitu, sehingga cara berpakaian seseorang juga dijadikan perkara yang menentukan sama ada layak berkawan atau tidak. Nampaklah mereka tu bergaya sehingga boleh masuk dalam kategori tabarruj. Kawan-kawan rapat mereka pun jenis yang berfesyen seperti itu. Saya tak kisah sangat sebab saya bukanlah jenis yang suka berpakaian terlalu menonjol. Saya lebih selesa berpakaian sederhana di pejabat; pakaian menutup aurat yang membolehkan saya bebas bergerak tanpa memikirkan harga baju tersebut beratus-ratus ringgit.
Tapi bila ada orang yang disuruh jangan berkawan dengan saya sebab saya ni berpakaian 'kurang menyerlah dan bertudung labuh, tak seperti mereka, dan ditimbulkan pula status perkahwinan saya, memang dah dikira melampau. Belajar tinggi-tinggi tapi ....
Bagi saya, hanya orang bodoh saja yang akan ikut kata-kata mereka tu, dalam isu siapa yang layak dijadikan kawan.

Bagus juga bila diberitahu. Fahamlah saya mengapa ada segelintir mereka yang kurang selesa bila saya berada dalam kelompok mereka. Lagilah saya nak sertai mereka, hehehee.. [ikut falsafah The Art of War]

nota: maaf sebab lama menyepi, ada masalah nak buka emel google saya baru-baru ni. Alhamdulillah, sekarang dah ok.

Monday, February 20

DUA BIN

Ya Allah! Apa ni? 
Saya menggeleng kepala. Salinan kad pengenalan si Zamri amat memeranjatkan saya. Apatah tidaknya. Nama penuh di dalam MyKad itu berbeza dengan namanya dalam salinan sijil kelahirannya. Yang manakah yang betul ni?
Something fishy is going on... begitulah komen seorang cikgu apabila saya menyuarakan masalah
"Kamu tahukah ada beza nama kamu di antara Kad pengenalan dengan sijil kelahiran kamu?" saya bertanya padanya.
Zamri mengangguk perlahan. Badannya besar, lebih besar daripada saiz biasa pelajar Tingkatan 2.
"Tau, teacher..." jawabnya.
"Bapa kamu tak tanya pegawai yang keluarkan MyKad kamu, mengapa nama penuh kamu ini berlainan?"
"Ada, tapi mereka cakap tak boleh buat apa.. tak boleh ubah."
Saya menyuruhnya kembali ke tempat duduk. Pening. Kes yang agak berat sebab selama ini, semua rekod persekolahan Zamri menggunakan nama penuhnya dalam Sijil kelahiran, iaitu Mohd Zamri bin Mohd Ariffin Tan [bukan nama sebenar].
Mungkinkah pihak JPN tersilap, sebab bapa kandungnya seorang mualaf Cina, yang memegang kad pemaustatin tetap? Pelik juga, pemastautin tetap yang negara asalnya Malaysia? Ibunya seorang warganegara Malaysia berbangsa Melayu.

Saya bandingkan salinan surat beranak Zamri dengan salinan pelajar-pelajar lain. Hmmm, ada sedikit perbezaan rupanya.
Tandatangan pelapor dalam sijil kelahiran Zamri mempunyai 2 tanda tangan, iaitu ibu dan bapanya. Terdapat juga cop yang tertera,'permohonan seksyen 13.'

Setelah selesai meng-google seksyen 13 itu, rupa-rupanya sangkaan saya ternyata benar.
Zamri adalah anak sulung ibu bapanya,kemungkinan besar dilahirkan kurang daripada 6 bulan setelah mereka bernikah. Zamri anak ltak sah taraf.
Oleh sebab itulah, pihak JPN telah memasukkan nama bapa kandung Zamri dalam ruang bapa dalam sijil kelahirannya. Lahirlah Mohd Zamri bin Mohd Ariffin Tan.
Namun begitu, apabila Zamri memohon Kad Pengenalan semasa berumur 12 tahun, dia telah diberikan nama baru, iaitu Mohd Zamri bin Abdullah.
Kasihan dia. Bayangkanlah sekiranya anda di tempat Zamri, selama 12 tahun diajar menulis nama sebagai AA, kemudian bila mendapat MyKad, disuruh pula tulis nama sebagai AB. Tentu akan tertanya-tanya. Mungkin juga kawan-kawan serta guru turut bertanya, yang manakah namanya yang betul?

Saya diberitahu, itulah polisi Jabatan Pendaftaran Negara. Kononnya untuk mengelakkan anak itu malu sebab sebelum ni, dalam ruang bapa, akan ditulis "Tiada Maklumat" walaupun bapa kandungnya telah bernikah dengan ibunya semasa dia dalam kandungan ibu.
Bagi anak luar nikah beragama Islam yang dilahirkan sekarang, ada pihak memberitahu saya bahawa mereka akan diberikan nama bapa kandung juga tetapi tanpa perkataan 'bin'. Misalnya Noranita Abdul Halim sahaja. Bukan lagi Noranita binti Abdullah atau Noranita binti Abdul Halim. 
Apa-apapun, saya berharap biarlah hanya satu nama saja dalam kedua-dua surat beranak dan kad pengenalan si anak itu.Tak perlulah sehingga anak itu mempunyai 2 nama. Menyusahkan dirinya dan memeningkan pihak sekolah.

Kasihan Zamri.
Sijil UPSRnya tertera nama penuhnya mengikut surat beranak, sebab ketika itu dia belum mendapat kad pengenalan.
Semua rekod persekolahan Zamri sekarang masih mengekalkan nama mengikut sijil kelahiran sebab dia didaftarkan di sekolah menengah mengikut nama dalam sijil kelahirannya itu, dan sebab itulah namanya dalam data PPD serta Kementerian Pelajaran berbinkan bapa kandung.
Kini pihak sekolah pula pening.
Zamri perlu didaftarkan untuk PMR pada tahun hadapan, menggunakan nama penuhnya dalam kad pengenalan, yang tidak sama dengan namanya dalam sijil kelahiran.
Ini bermakna dia mungkin menghadapai masalah memohon kerja kelak sebab nama dalam kad pengenalan dan sijil PMR/SPM berbeza dengan sijil berhenti sekolahnya [jika masih dkekalkan namanya mengikut sijil kelahiran]

Semua hanya sebab ibu dan bapa kandungnya membuat satu kesilapan - mereka 'bersama' sebelum bernikah!
Walaupun mereka tetap berkahwin kemudiannya, kesilapan lama tetap memberi kesan sepanjang hayat pada diri anak sulung mereka.
Walaupun mungkin mereka telah bertaubat..
Kesannya masih ada..
Anak sulung mereka yang menjadi mangsa keadaan.
Malunya dia, Allah sahaja yang tahu.
Fikir-fikirkanlah...

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang menyatakan tentang status anak yang dikandung ibunya di luar pernikahan yang sah, iaitu:
‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya’.
‘Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah’.


Wednesday, February 15

INTRODUCE HIM TO OTHERS, DON'T BE SELFISH LAAAA

Assalamualaikum,
Busy week but I'd like to share this wonderful video clip with everyone...

On Maulidur Rasul, for many years including 2012, groups of Muslims have been going around with roses, chocolates and books about prophet Muhammad SAW. No, it's not to commemorate Valentine's Day but to introduce Muhammad SAW to non-Muslims and share with them his story, and why Muslims revere him so.Wish I were around to help but had to be with the children that day.There are also other pictures but need to ask the photographer's permission before putting them here.

I wrote about this project back in the year 2010, which was a great success. I was told that the gifts were specially prepared and cost about RM10 each [book, rose and choc]. Donations are most welcomed, for next year's project :)

Congratulations to IPSI [Islamic Propagation Society International], Ustaz Kamarudin Abdullah and the groups of youngsters who were brave to approach non-Muslim strangers and talk about our beloved prophet.
They did not walk in processions with banners. They did not sang nasyeed song nor recited the selawat loudly that day. Instead they walked in shopping centres and streets in small groups with gifts for English-reading non-Muslim strangers.

I can imagine how nervous they must had felt as they approached a stranger. Would he/she be happy to accept their gift? Or would that person frown when he/she sees the title of the book and start to accuse them of trying to convert people to Islam? How many of us Muslims would dare to do like those Muslim missionaries ?

Watch this video: http://youtu.be/edSTaOGFXg8

and tell me what you think. Happy? Angry? Surprised?

Sunday, February 12

STEAMBOAT AND YEE SANG

As a Chinese Muslim, I have always tried to expose my husband and children to suitable Chinese culture. This year, for Chinese New Year, I decided to have a steamboat party especially as I have just bought a new multi cooker. I asked Husband to invite his close friends and usrah members to come over to the house on the 5th day of Chinese New Year. Just a small group of about 18 people as it was the first time for us as hosts. Alhamdulillah, they turned up with their family members.
"How do I eat this?"
"What do you call this?"
I was more than happy to answer their questions. There was plenty of food for the steamboat. We did two variety- original Chinese soup base and Husband's tomyam soup. He said that some Malays might find the original taste too bland. I had to show them the correct way of putting the ingredients into the pot and how to eat the cooked food. As it turned out, my soup was more popular than Husband's, hehehee.
"Dessert.. ginkgo baloba," said Husband when I put bowls of the sweet dessert on the table for the guests.
"The Hokkien Chinese call this 'pek kueh'. the Cantonese call it 'pak koh'" I explained, telling them that the dessert made of gingko, red dates and dried longan is famous during Chinese New Year. And I also showed them the uncooked and unpeeled gingko, as they had never eaten it before.
"When shall we eat that, dear? Everyone's waiting!" Husband sounded very eager to try out the food that I had arranged on a big plate.
"Ok, we can eat now."
"What's this called?" asked a friend.
"It's yee-sang. Made of dried yam, pomeloes, carrots, etc. Don't worry, it's halal.. see, it's written on the label ,'vegetarian yee sang." I explained as I showed them the label of the prepacked yee sang bought at the hypermarket..
Tossing the yee sang... the children enjoyed it, hahaa
"How to eat ?"
"Follow me. Everyone hold the chopsticks like this and toss the food as high as you can.. mix the ingredients together.. Chinese say 'loh hei, loh hei' as they do this," I demonstrated. Everybody started to follow suit.
"Nice.. sedap laaa." they commented, tasting the yee sang for the first time in their lives.
While eating, the Malay guests asked me many questions about the Chinese custom during this special day, the do's and don'ts and what would be considered syirik. I explained as much as I could, based on my knowledge and experiences.

Alhamdulillah, thanks to Allah SWT for allowing us to have the special Chinese New Year lunch with friends and helping everyone to learn and appreciate Chinese culture. This is very different from my first Chinese New Year day as a Muslimah back in February 2007 which I had to spend it alone in my empty hostel because I was barred from returning home by my still-angry parents.

note: Been busy with Ihsan's sickness [tonsillitis - alhamdulillah, recovering], Ikram's activeness, and yours truly's current poor health :(


Sunday, February 5

Wednesday, February 1

BUKAN TAK MAU POTONG LAAAA..

"Daripada Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Errr, doktor.. sini ada buat khatan tak?"
Saya memandang doktor lelaki itu dengan wajah serius. Kesempatan berada di klinik sebab demam dan batuk perlu digunakan sebaik-baiknya. Bertanya untuk nak dapat ilmu dan bantu orang lain.
"Ada.. saya sendiri yang lakukannya untuk orang dewasa dan kanak-kanak," kata Dr.Aziz [bukan nama sebenar].
"Berapa harga untuk berkhatan?"
"Antara RM250 hingga RM300. Untuk kanak-kanak separuh harga."
"Mengapa sampai Rm200 lebih, doktor? Guna laserkah?"
"Di sini kami buat cara biasa aja, tapi untuk orang yang nak berkhatan terutama lelaki dewasa, saya suruh buat appointment dulu. Kena buat pemeriksaan fizikal. Mahal sikit sebab ubat bius yang diberikan lebih banyak berbanding dewasa dan ubat-ubat juga perlu lebih kuat dan mencepatkan penyembuhan. Maklumlah orang dewasa mesti kerja, paling lama pun cuti seminggu untuk sembuh.," doktor itu tersenyum. Suaranya tenang saja.
Saya angguk tanda faham.
"Kanak-kanak biasanya buat masa cuti sekolah, dapatlah berehat lebih lama di rumah. Orang dewasa, susahlah sikit. Sebab itu ubat yang kami berikan di sini lebih kuat dan mahal.Lepas seminggu, suruh dia datang semula untuk periksa keadaan."
"Mana lebih baik, guna pisau biasa atau laser?"
"Bergantung, tetapi jika cara klamp, susah nak tengok sebab tertutup.. bila dah klamp terlebih potong, kena pergi hospital pula. Jika guna pisau, masih boleh betulkan sedikit," terangnya lagi.
"Hmmm, pernahkah lelaki muallaf buat di sini?"


"Ada, kami biasa terima lelaki dewasa dari kalangan saudara baru yang mahu berkhatan. Ada kawankah yang nak buat?"
"Ada juga yang bertanya.. biasalah, kami ni kumpulan kecil tetapi sering berkomunikasi dalam internet."
Kini gilirannya pula senyum. Saya mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik consultation.

Hmmm, RM300 untuk berkhatan? Mahal juga rupanya... maklumlah bukan mudah nak lakukan untuk orang dewasa.. tentu ubat bius dan sebagainya pun lebih banyak berbanding untuk seorang kanak-kanak.Jikalau clamp, dengar kata mencecah sehingga RM600!
Jikalau seorang muallaf lelaki dewasa tidak mampu untuk membayar harga yang sesuai [Rm100 hingga RM600] untuk amalan wajib ini, apakah yang perlu dibuatnya? Tak tahu pula saya sama ada pihak jabatan agama Islam sediakan majlis berkhatan beramai-ramai untuk muallaf lelaki di Malaysia, huhu.. sebab tak pernah saya baca/dengar tentang hal ini ketika melawat ke sana.

Tatkala ramai orang Islam yang suka bertanya saudara baru lelaki 'sudah sunat ker belum?' berapa orangkah yang benar-benar ikhlas nak tolongnya jika dia mengaku belum bersunat?  
Temankan dia ke klinik? Bantu dia semasa dia sedang sembuh daripada luka? Bantu dia dari segi kewangan, makanan, pengangkutan ke klinik dan sebagainya?
Atau sekadar menggelengkan kepala apabila si muallaf baru itu berkata,"belum lagi la abang, saya belum cukup duit nak berkhatan." lalu memarahinya dengan kata-kata "Tak sah solat jikalau tak berkhatan tau! Issshhh buat apa tunggu lagi, pergi la klinik, minta doktor potong! Sakit kejap je! Takkanlah awak takut?"


Syukurlah saya tidak dilahirkan lelaki, tak peninglah saya dengan perkara ini.
Kasihanlah saudara seagamaku yang miskin harta.. bagaimana nak lakukan amalan wajib ni? Ada siapa nak sponsor jika terdapat mereka yang memerlukan?

maklumat lanjut tentang jenis khatan, risiko berkhatan dari sudut pandangan seorang doktor perubatan: sini

Saturday, January 28

TAK ACI, MESTI MASUK ISLAM UNTUK KAHWIN?

Satu soalan yang menarik dan sering diajukan oleh yang bukan beragama Islam:

"kalau kaum hawa dan adam dicipta oleh allah untuk hidup bersama. kenapa pulak kene masuk islam bagi yang bukan islam untuk kahwin dengan yang islam? tak aci kalau masuk islam secara terpaksa hanye untuk bersama kekasihnye. tapi itu bagaikan politik kat beberapa negara islam sekarang ni, kalau tak masuk islam tak boleh kahwin... hai... dunia dah nak kiamat..." oleh Asurakia Asuran.

Jawapan saya untuk soalan ini:
[tolong betulkan jika ada kesilapan, tak sempat rujuk mana-mana]

Itu bukan suruhan manusia tetapi perintah Allah SWT. Masuk Islam atau lebih tepat lagi, mengucap 2-kalimah syahadah sebagai mengakui Allah tuhan yang disembahnya dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, adalah perkara yang membezakan seorang Muslim dengan bukan Muslim. Dalam alQuran dinyatakan bahawa wanita Islam mesti berkawin dengan lelaki Islam, dan lelaki Islam mesti berkahwin dengan wanita Islam. Bukan dengan penganut agama lain.
Ini bukan soal aci tak aci. Tiada sesiapa pun boleh paksa seseorang untuk memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya. Allah Maha Adil. Dia jadikan manusia satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang berakal dan boleh membuat pilihan. Anda masih boleh berfikir, boleh pilih. Tak mahu masuk Islam, jangan kahwin dengan kekasih, cari orang lain sajalah. Bukannya susah, bukan?

Perintah memastikan pasangan hidup beragama Islam adalah untuk memastikan kesejahteraan hidup maing-masing dan keluarga. Bagi orang Islam, berkahwin bukan setakat 'I love u, u love me, let's get married' tetapi untuk membina keluarga yang bahagia, mendapat zuriat hasil hubungan halal serta menambah umat Islam. Islam menggariskan tatacara melayan suami-isteri serta anak-anak, serta hak-hak mereka yang mesti dipenuhi. Sebab itulah adalah penting memastikan pasangan hidup seorang Muslim adalah mereka yang beragama Islam juga, supaya sama-sama tahu dan dapat amalkan ajaran Islam dalam rumah tangga serta beri didikan Islam yang baik kepada anak-anak semenjak mereka lahir lagi. Lagipun dalam hadis telah dinayatakn bahawa agama anak-anak dicorakkan oleh ibu bapa mereka. Dalam hadis juga, antara harta, rupa, agama dan keturunannya, disuruh utamakan bakal suami/ isteri yang beragama.
Sekarang semakin ramai orang memeluk Islam semata-mata sebab percaya akan ajaran agama ini, bukan atas sebab nak kahwin. Mungkin susah bagi orang lain nak terima, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku. Tuduh semua orang masuk Islam untuk berkahwin adalah satu pendapat yang sempit.
Negara-negara yang wajibkan pasangan Islam berkahwin dengan orang Islam memang menegakkan perintah Allah ini. Tak salah, bukan sebab politik pun malah memang wajib bagi setiap negara yang pemimpinnya orang Islam.
Dunia dah nak kiamat? Memang pun.. setiap saat kita menghampiri hari kiamat.