Saya masih teringat tatkala saya menghadapi temuduga untuk ke maktab perguruan. Saya ditanya mengapa saya memilih profesion perguruan. Soalan biasa.Memang telah diduga, dan jawapan saya pun jawapan stereotype, hahaha.
"Saya memilih kerjaya ini kerana saya suka pada kanak-kanak. Saya mahu mendidik mereka dengan baik supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi aset negara."
Fast forward ke tahun 2009.
"Geram la dengan sikap mereka tu.. Kita masuk ke dalam kelas dengan penuh semangat nak sampaikan ilmu, boleh pula mereka kata sudah letih belajar sepanjang hari, dan minta berehat di perpustakaan saja? Terus semangat saya jatuh menjunam!"
"Masuk la kelas 2Z tu. Kita mengajar di hadapan, mereka buat kerja lain di belakang. Bila saya tegur, mereka mencarut. Kata macam-macam. Kalau anak saya, dah lama saya rotan."
"Saya suruh buat kerja, dia kata tak mahu. Saya tekan, dia kata dia tak perlu belajar pun dia akan tetap lebih kaya daripada cikgu kerana sehari dia turun ke laut ikut bapanya tauke ikan, boleh dapat beratus ringgit untung bersih. Dia pandang rendah kerja guru kerana katanya gaji guru rendah, tak sebanyak bapanya."
Setiap tahun, bilangan yang memohon untuk menjadi guru semakin bertambah. Berpuluh-puluh ribu memohon, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar komitted kepada tugas dan tanggungjawab sebagai guru di sekolah?
Ada yang kata, nak kerja guru kerana kerja guru ini mulia. Ya benar, mulia tetapi adakah kerja lain kurang mulia di sisi Allah?
Ada yang kata, nak kerja guru kerana terjamin masa hadapan. Tak ada risiko dibuang kerja. Yalah tu, kerja kerani di jabatan kerajaan pun terjamin juga.
Ada yang kata, dapat didik anak bangsa. Benar tu, tetapi tak semestinya dengan menjadi guru. Banyak lagi cara mendidik anak bangsa.
Ada yang kata, itu pekerjaan yang diminati semenjak kecil. Pastikah anda?
Ada yang kata, itu kerja separuh hari. Selepas 1 petang, sudah boleh berehat di rumah. Pastikah anda?
Ada yang kata, berminat kerana boleh bercuti panjang setiap tahun. Kerja hanya 200 hari dalam setahun. Pastikah anda?
Tahukah mereka-mereka itu apakah sebenarnya kerja seorang guru?
Sedarkah mereka akan tanggungjawab seorang guru?
Guru antara jawatan kerajaan yang paling lambat dinaikkan pangkat kerana bilangan anggota yang ramai. Berbanding mereka di sektor kerajaan yang lain, guru bekerja tak tetap masa. Masuk kerja 7.30 pagi, tamat kerja antara 2 petang hingga 6 petang kerana mesyuarat, kegiatan kokurikulum dan kursus. Hari Sabtu dan hari cuti masih boleh dipanggil bekerja.
Mereka di pejabat boleh bekerja dalam keadaan selesa dalam bilik berhawa dingin, malah ada yang duduk selesa di atas kerusi empuk sepanjang hari. Guru perlu berjalan jauh dari bilik ke bilik untuk mengajar dalam suasana bilik darjah yang tidak berhawa dingin, yang sesak dengan pelajar, dan terdedah kepada kotoran kapur dan pen marker setiap hari.
Pekerja di pejabat kerajaan dibekalkan dengan peralatan menulis tetapi kebanyakan guru perlu menyediakan sendiri peralatan menulis seperti pen, pensel, stapler dan sebagainya. Untuk memantapkan lagi proses pengajaran, guru yang dedikasi turut membeli sendiri buku rujukan terbaru dan bahan pengajaran yang sesuai. Semua itu belanja dari wang gaji guru sendiri. Tak boleh tuntut.
Guru sekolah rendah mungkin berhadapan dengan pelajar yang belum pandai menguruskan diri sendiri, yang nakal, yang terlalu manja, dan yang panjang tangan.
Guru sekolah menengah mungkin berhadapan dengan pelajar yang biadap, yang tidak berdisiplin, yang kaki ponteng, dan yang tiada minat belajar.
Siapa kata jadi guru kerja mudah?
Guru berhadapan dengan risiko disaman oleh ibu bapa yang lebih mempercayai kata anak daripada membuat penyiasatan terperinci.
Guru yang lalai dalam tugasnya bukan sahaja menimbulkan kebencian pada pelajar tetapi perlu menjawab kepadaNya pada akhirat nanti.
Guru yang mengajar perkara yang salah berisiko menanggung dosa selagi kesalahan itu tidak dibetulkan dan terus diulangi oleh pelajarnya.
Guru berupaya menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarnya atau membunuh minat pelajar dengan cara pengajaran yang tidak sesuai.
Kata-kata guru boleh meningkatkan motivasi pelajar atau 'membunuh' mereka secara perlahan-lahan dengan kata-kata pedas dan menyakitkan hati.
Habis, mengapa saya memilih untuk menjadi guru dan mahu terus menjadi guru?
Sebab inilah kerja yang ditentukanNya untuk diri ini. Saya memohon sekali sahaja dalam usia yang muda, dan terus diterima unutk menjalani latihan perguruan. Saya tidak dapat membayangkan bekerja di sektor lain yang lebih menyeronokkan dan memberi kepuasan berbanding dengan tugas mengajar anak murid.
Saya akui, kadang-kadang penat dengan kerja paperwork yang bertimbun-timbun [walaupun sudah ada komputer, masih perlu lagi isi borang tertentu secara manual]. Kadang-kadang bosan dengan mesyuarat yang berjam-jam. Berat kaki melangkah ke kelas tambahan yang mengandungi lebih ramai kerusi kosong daripada pelajar yang hadir. Geram apabila melihat kerja pelajar yang dibuat ala kadar, yang penuh dengan kesalahan ejaan dan tanda bacaan yang sepatutnya tidak lagi berlaku.
Setiap hari walaupun sudah berehat di rumah, masih memikirkan strategi baru untuk digunakan dalam pengajaran supaya pelajar lebih mudah dan cepat memahami isi pelajaran.
Setiap hari, apabila kerja bertimbun, perlu membawa balik kerja sekolah untuk disiapkan di rumah - semak buku latihan, sedia kertas peperiksaan, semak kertas jawapan peperiksaan, dan isi borang-borang untuk pendokumentasian. [kerja pegawai kerajaan lain mana yang sebegini? Tak boleh tuntut kerja lebih masa]
Kerja sebagai guru memerlukan komitmen yang kuat, tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah pelajar, ibu bapa, dan masyarakat.
Dahulu guru dihormati, ditakuti, digeruni, disegani. Kini guru sering dikritik, dicela dan dikasari. Ilmu yang diberi kurang dihargai. [akibatnya, tak hairan jikalau disiplin pelajar semakin teruk bila perasaan hormat pada guru sudah hilang]
Guru yang cemerlang dan berdedikasi tidak gentar dengan semua cabaran itu. Baginya, segala usaha yang dilakukan adalah untuk para pelajar, dengan harapan mereka dapat menerima ilmu dengan baik dan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dia tidak memerlukan mata tajam pengetua yang memantau, untuk melakukan yang terbaik dalam setiap sesi pengajaran. Dia bekerja bukan untuk mendapat nama atau pangkat, tetapi dengan penuh kesedaran bahawa setiap yang dilakukannya sebagai guru akan dicatat sebagai amal atau dosanya. Dia mendoakan kejayaan setiap pelajarnya, dan awas mereka yang melawan atau biadap terhadapnya [tidak dihalalkan ilmu yang diberikan boleh membawa kesan negatif pada pelajar berkenaan]
Mengapa mahu menjadi guru?
Sanggupkah bertugas di kawasan pedalaman?
Sanggupkah bersabar dengan pelbagai karenah pelajar yang nakal, malas, biadap, melawan dan sebagainya, kerana bukan semua pelajar adalah baik dan berdisiplin?
Sanggupkah bertanggungjawab menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin, dengan penuh kesedaran bahawa jikalau tersilap menyampaikan ilmu, adalah satu dosa yang akan ditanggung sehingga mati, selagi tidak diperbetulkan maklumat yang salah itu kepada pelajar berkenaan?
Sanggupkah mendidik anak orang lain dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi lebih pandai dan mengharapkan agar anak sendiri yang dididik guru lain akan diberi layanan yang sama?
Kalau tak sanggup mengorbankan sedikit masa, tenaga dan wang untuk kebaikan pelajar, jangan jadi guru.
Kalau tak sanggup bekerja dalam keadaan bilik darjah yang panas dan berhabuk setiap hari [kerana kipas rosak], tak sanggup mencuci kencing berak dan muntah pelajar sekolah rendah, jangan jadi guru.
Kalau diri hanya mahu mengajar di sekolah bandar dan sekolah berasrama penuh sebaik sahaja tamat pengajian, jangan jadi guru.
Kalau bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan guru yang terjamin pada akhir setiap bulan, jangan jadi guru.
Kalau sudah hilang minat mengajar, dan hanya bekerja semata-mata kerana tiada kerja lain yang terbuka [sudah menganggur beberapa tahun], jangan jadi guru.
Pekerjaan guru amat penting, dan amat besar tanggungjawabnya.
Guru memainkan peranan penting mencorakkan masa depan anak didik. Cemerlang anak didik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, akhlak yang terpuji dan kesihatan yang baik, maka cemerlang masa depan negara.
Guru zaman sekarang bukan lagi lilin yang membakar diri menyinari hidup orang lain, tetapi adalah matahari yang sentiasa memancar terang, memberi cahaya ilmu kepada semua pelajar.
SELAMAT HARI GURU, 16 Mei kepada semua warga pendidik.
Salam..
ReplyDeleteTersentuh hati saya membaca entry ini... terima kasih sebab mengingatkan saya kembali kepada niat asal saya menjadi guru..
Salam cikgu aliya..
ReplyDeleteSaya juga tersentuh..perlu betulkan niat untuk jadi guru..saya selalu anggap guru itu pekerjaan yang paling rendah taraf socio-ekonominya kerana rakan-rakan saya di UK ni semuanya blajar untuk jadi doktor,engineer, lawyer dan etc. Tentunya mereka lebih baik..
Terima kasih kerana ingatkan saya.
Bakal guru pendidikan khas,
cikgu Mahfuzah
Thanks for the entry. Selamat hari guru.
ReplyDeleteassalamualaikum sis,
ReplyDeletei love this entry and how you portray the meaning in becoming a true teacher, not only to the children but also true to yourself. not everyone will understand what are the responsibilities in becoming a teacher. sad to say, mmg ada je manusia yg nak jadi guru semata-mata duit, status, motif etc (the list goes on. takkan ada ending punya) and again, semua berbalik pada keikhlasan dan ketulusan hati masing-masing.
well, i'll be the future english teacher. lol. soon. wish me luck, hehe :P
Waalaikumussalam cikgu liza, MahFuzaH,suweilah, Aleya,
ReplyDeleteSama-sama. Itu juga sebagai peringatan kepada empunya diri. Kerja guru berat tanggungjawabnya berbanding mereka yang menjadi doktor, engineer, dll yang berpangkat tinggi dan bergaji besar. Guru membentuk jiwa dan minda generasi masa hadapan,dan salah seorang anak didik guru akan menjadi pemimpin tertinggi negara kita.Saham kita tinggi di akhirat jikalau kita lakukan yang terbaik dalam kerja kita di dunia ini, insyaAllah.
All the best untuk guru dan bakal-bakal guru, semoga terus cekal.
mungkin sedikit terlambat, tapi selamat hari guru. adik saya salah seorang bakal guru, apa yang kak alia bincangkan itu betul.
ReplyDeletemasalahnya sekarang makin ramai graduan menjadikan kerjaya guru sebagai jalan mudah mendapat kerja (KPLI). terasa bahangnya bila banyak maklumbalas tentang acuh tak acuh golongan ini.
belum dicampur lagi dengan guru yang sambil lewa. adik bongsu saya akan mengambil UPSR tahun ini dan sikap sesetengah guru matapelajaran tertentu amat mengecewakan.
belum lagi sikap ustazah sekolah agama yang tidak masuk mengajar semata-mata kelas adik saya kelas ke-3.
saya rindu dengan kualiti guru-guru semasa saya di sekolah dulu, dedikasi, rajin, bertanggungjawab, susah sangat nak cari sekarang.
assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletesy 3.5 ni kena temuduga untuk ipg subjek pemulihan..
sy agak blur sikit apa yang perlu untuk prepare temuduga ni..
boleh bagi tips or something yg cikgu rasa boleh membantu and penting untuk mghadapi temuduga ni?
*help me*
*semoga Allah jua yang membalas segala jasa cikgu2 *
waalaikumussalam naqib,
ReplyDeleteSemoga berjaya dan lulus temuduga. Temuduga di ipg berlainan dengan temuduga universiti.
Selain soalan umum tentang kemajuan pendidikan di Malaysia sekarang dan falsafah pendidikan, biasanya soalan akan bergantung kepada bidang yang dipilih. Mengapa pohon subjek pemulihan? Ada pengalaman mengajar kelas pemulihan, boleh ceritakan? Bagaimana anda akan mengajar pelajar bermasalah untuk membaca/mengira? Berikan demonstrasi? Apa pun soalan, jawab dengan bijak, jangan tak jawab!
assalammualaikum wht cikgu.. tips yang diberikan kepada sahabat saya naqib akan saya gunakan juga. saya juga akan menghadiri temuduga ipgm pada 5 mei ini. tetapi berbeza sedikit.. saya memdapat subjek Bahasa Melayu. jadi, apa pula persedian untuk saya ya? mohon jasa baik cikgu memhulurkan bantuan ya..
ReplyDeletesemoga Allah merahmati dan membalas segala jasa guru dengan nikmat-Nya.. Insya-Allah..
waalaikumussalam ufukkirmizi,
ReplyDeleteGuru bahasa menghadapi masalah berbeza, tambahan lagi yang mengajar subjek BM. Kemungkinan penemuduga akan bertanyakan kaedah pengajaran amat tinggi tetapi kadang-kadang hanya soalan biasa saja. Maklumlah mereka pun manusia biasa, letih duduk buat temuduga berjam-jam.
Bayangkan diri sebagai penemuduga. Bagaimana mengajar kanak-kanak membaca perkataan berbentuk KVK-KVK, kaedah apa yang akan digunakan? Bagaimanakah caranya untuk menarik minat pelajar terutama Melayu untuk serius pada subjek BM, kerana ramai yang menganggap subjek ini mudah lulus, kerana ia bahasa ibunda mereka?
terima kasih atas pandangan cikgu.. tetapi, KVK tu apa ya? mohon cikgu doakan ada kejayaan diakhir temuduga dan mendapat yang terbaik ya..:) salam hormat daripada saya...
ReplyDeletesalam ckgu aliya. saya ingin bertanya apa tip untuk temuduga cikgu?bole kongsi dgn saya.
ReplyDeleteSiti Fatimah, KVK itu konsonan-vokal-konsonan. InsyaAllah.
ReplyDeleteWaalaikumussalam osman,
ReplyDeletePersediaan dari semua segi. Dokumen lengkap, pakaian kemas seperti guru. Banyak membaca dan bersikap positif, berikan idea bernas. Yang pohon berpuluh ribu, yang diterima hanya 10%. Semoga berjaya.
salam ..say akan hadiri temuduga pendidikan(universiti)pd 20/5 untuk subjek pengajian malaysia..saya kurang tahu ttg temuduga ni.boleh bg saya tip untuk saya buat preparation?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
ReplyDeleteTanya mereka yang sedang belajar course itu, atau cari maklumat tentangnya dalam internet. Banyakkan membaca, solat hajat dan doa.
orange>
ReplyDeletewasalam...
ooh awak perlu tahu serba sedikit tentang
pengajian malaysia...
kerana skop bidang ni agak meluas..
sy 19 ni temuduga pendidikan U gak..
mudah mudahan dapat jawab ngn tenang..:)
assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletesaya akan menghadapi temuduga ipg pada 20 april 2011 ini untuk subjek matematik bagi sekolah rendah.saya harap cikgu dapat memberi saya serba sedikit tentang info temuduga ini dan tips.terima kasih.
waalaikumussalam fara,
ReplyDeleteBergantung kepada penemuramah, dan giliran anda. Disyorkan bersedia memberi pendapat bagaimana anda akan mengajar matematik kepada pelajar spt topik menambah. Juga pastikan segala dokumen lengkap dan mudah disemak, penampilan kemas sebagai guru, dan dapat memberikan pendapat dengan baik. Doalah banyak-banyak sebab segalanya bergantung padaNya.
sy ada intvew 19 april ne.....PAI!ADA TIPS NK SHARE X??SY BR BDAK 18 THUN!
ReplyDeleteassalamualaikum ckg..
ReplyDeletesaya mendapat panggilan temuduga kplspm pada 21 april ni bg subjek matematik sekolah rendah..
saya harap ckg dapat membantu saya dgn memberi saya info2/soalan2 yg mungkin ditanya pd sesi temuduga serta tips utk menghadiri temuduga ini..
terima kasih - nadiah
assalamualaikum, cikgu. entry yang menarik. terima kasih untuk peringatan ini :)
ReplyDeletesaya akan menghadiri interview bagi program PPC pada 25 april nanti untuk subjek matematik, sekolah menengah. boleh cikgu kasi serba sedikit tips untuk interview ni ? terima kasih :)
-tahniah kpd che gu aliya krn memilih profesyen pendidikan yg serba mencabar itu!
ReplyDelete-I believe...once a teacher, always a teacher...
(profesyen saya juga sama, wlpn pd tahap yg brlainan, hehehe)
-dan ganjarannya adalah bergantung pd niat (hadith nabi).
Artikel yg ditulis ini sgt baik & nasihatnya "evergreen"...wlpn mgkn ilhamnya dtg semasa "hari guru"
-tuntutlah ilmu wlpn di mana & dgn sesiapa saja...utk disumbangkan pula kpd murid tersayang!
(Saya sdri belajar drpd beberapa org Yahudi...hehehe)
Salam mesra!
Waalaikumussalam semua yang bakal hadapi temuduga untuk bidang perguruan,
ReplyDeleteSemoga selamat menghadapi temuduga dan semoga berjaya. Ya, temuduga untuk masuk IPGM bermula pada 18 April di seluruh negara :)
Baca semua komen yang ada, dan betulkan niat semasa menghadapi temuduga tersebut kelak. Tipnya? Anggaplah ia temuduga yg sangat penting, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya dari semua segi. Jangan lupa dapatkan restu orang tua anda.
Salam nas,
ReplyDeleteTerima kasih :)
Hadiah terbaik bagi seorang guru adalah melihat/
mengetahui bahawa anak muridnya dulu sekarang sudah berjaya dalam bidang yang diceburi, bahagia berkeluarga dan dapat menyumbang secara positif kepada masyarakat.. alhamdulillah I've seen that :)
salam...
ReplyDeletesukran jazilan atas nasihat dan panduan yg cikgu berikan..
20.5 ni sy akn menghadiri temuduga ipg bg kos pend islam (sjkc)..sukran yer atas tips cikgu..mohon dihalalkn...
wow.. nice entry, betul2 buat saye speechless.. thanks for sharing! btw, saye ade link kan entry ni dlm entry saya.. again, thanks for sharing :)
ReplyDeletebagus entry nih..ia dpt beri tip utk sy y akan enghadapi temuduga prasekolah ipg nanti..
ReplyDeleteBismillah.. slmt ari guru juga buat guru2ku yg mulia dan umumnya buat smua pendidik
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletealhamdulillah kerana Allah menggerakkan saya ke sini...terima kasih atas entry ini.... sis, saya pun baru hampir 10 tahun mengajar rasa mcm sekejap je...kerana setiap tahun murid silih berganti...namun utk mengatakan sudah pakar mungkin tidak kerana setiap tahun dan masa yg dilalui terasa sgt mencabar.cuma mungkin pengalaman yg ditempuhi jadi panduan utk mengharungi dunia guru yg lebih mencabar...semoga kita sentiasa tabah dan redha...amin
Assalamuaaikum...seronok membaca post di sini...saya juga seorang guru yang baru 1/3 perjalanan sebelum pencen. Baru menerima tawaran ppg yang sesetengah guru dipaksa tetapi saya memang atas kehendak sendiri. Untuk pelajaran pertama semester sahsiah dikalangan murid dan guru. Kami di USM banyak discussion melaui laman forum. Kadangkala saya ni banyak jadi pembaca dari joint sekali. Bukan apa... kadang-kadang apa yang dibincangkan tu macam control macho ada... tidak menunjukkan realiti sebenar sahsiah guru. Banyak menonjolkan sahsiah murid. Padahal apa yang saya perhatikan, sahsiah guru pun dah banyak merudum. Saya pun bukan guru yang sempurna...selalu mengingatkan diri sendiri, takut alpa. Prinsip saya what you give, you will get it back. Saya ada anak dan pastinya saya mahukan yang terbaik untuk anak saya. Untuk itu saya cuba menjadi guru yang terbaik untuk anak-anak murid saya dan alhamdulillah anak saya dalam trek yang betul.walaupun bukanlah yang terbaik. Memang penat menjadi guru di sekolah rendah. Menjaga 4 orang anak di rumah pun memenatkan, apatah lagi 30-40 orang murid dari umur 7 - 12 tahun yang semunya perlu guru yang buat sendiri hatta membersihkan kelas yang dah tak ada tempat nak letak mata. setiap kali membincangkan isu beban tugas guru, hasilnya bukanlah mengurangkan tetapi makin bertambah. Guru setakat jadi nurse, tukang sapu, jurulatih, driver xder insurans, pegawai kebajikan masyarakat dan tugas-tugas yang x der kat sekolah tu rasanya boleh ler tapi tugas perkeranian yang sudah ada kerani kat sekolah pun kena buat. Surat menyurat, menguruskan borang-borang, fail-fail... menjadikan tumpuan pengajaran tidak lagi 100%. Seorang rakan guru pernah meluahkan perasaan..ingatkan jadi cikgu ni macam cikgu kita dulu... Faham maksud guru tersebut... Tugas guru adalah mengajar dan itulah yang cikgu kita buat dulu. Tetapi saya faham akan perubahan zaman yang serba mencabar turut mencabar tugas guru tetapi fahamkah masyarakat di luar sana, guru bertungkus lumus mengajar anak orang lain sampaikan anak sendiri pun tidak sempat nak diberi tunjuk ajar di rumah. Cuma Allah itu maha adil. Anak kita dipelihara walaupun sedikit kurang bimbingan di rumah. Semoga Allah terus memelihara hati dan menguatkan keazaman saya untuk meneruskan perjuangan ini kerana seorang doktor yang melakukan kesilapan hanya membunuh sorang pesakit , seorang jurutera hanya membunuh manusia dalam satu bangunan, tetapi seorang guru boleh membunuh berjuta manusia.
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullah,
ReplyDeleteNampaknya pos ni popular, masih ada yang komen sehingga saya perlu semak komen yang belum diluluskan :)
quote: seorang doktor yang melakukan kesilapan hanya membunuh sorang pesakit , seorang jurutera hanya membunuh manusia dalam satu bangunan, tetapi seorang guru boleh membunuh berjuta manusia.
Benar tu, semoga kita menjadi guru yang kita inginkan sebagai guru anak-anak kita sendiri. Allah Maha Adil, insyaAllah segala pengorbanan dan kesungguhan kita mendidik anak orang lain akan dibalasNya kelak dalam keadaan/rezeki yang tidak disangka-sangka. wallahualam.
Assalammualaikum...tersentuh hati saya. Mengingatkan saya kenapa saya jadi guru. Terima kasih. Mohon izin kongsi idea penulisan ini untuk wall facebook saya.
ReplyDelete