Saturday, May 23

ANDA BAGAIMANA?

Tidak perlu berkata banyak.
Tidak perlu bersoal banyak.
Cukup sekadar menghulurkan sekeping gambar dan perhati reaksi orang ramai yang mendakwa dirinya orang Islam. Ambil sahaja gambar apa-apa pun.
Bagaimana dengan gambar ini?


Bagaimana dengan gambar ini pula?



Mungkin anda akan berkata, "Issshhh! Teruknya. Sahkah solat mereka-mereka itu?"
Mungkin juga ada yang akan berbisik,"Kenapa bagi mereka masuk? Ruang solat untuk orang Islam sahaja."
Anda bagaimana?

Penyelesaiannya mudah sahaja. Selidiki dahulu mengapa terjadi fenomena seperti dalam gambar-gambar berkenaan. Siapa yang mengambilnya dan bila. Kemudian tanya mereka yang arif dalam bidang agama tentang isu yang ditimbulkan oleh mereka yang menghantar gambar-gambar tersebut dalam emel, kemudian rujuk al-Quran dan hadis yang menjadi panduan kita semua.

Maaf saya yang jahil ini,tapi setahu saya Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menghalang orang bukan Islam daripada masuk ke dalam masjid. Dengan syarat mereka tidak berniat jahat.
Maaf saya yang baru Islam ini, tapi setahu saya sama ada sah solat kita atau tidak, itu hak Allah swt yang tentukan. Bukan hak kita untuk menilai.

Dalam kes gambar pertama, mungkin itulah antara cara dakwah yang sesuai untuk mereka bukan Islam yang mahu belajar tentang Islam. Bukankah cara solat orang Islam sesuatu yang istimewa, kerana ia diajarkan sendiri oleh Rasulullah saw, setelah disuruh oleh Allah swt? Sekiranya mereka itu ikhlas nak belajar mengerjakan solat dan merasai pengalaman bersolat jemaah, mengapa perlu dihalang? Mengapa perlu disoal sama ada yang solat di saf yang sama itu sah atau tidak solat mereka? Itu bukan hak anda lagi, itu hak Allah!

Mungkin juga mereka yang berpakaian sami itu baru sahaja memeluk Islam. Sekiranya benar mereka telah Muslim, alhamdulillah. Sekiranya belum Muslim, semoga pengalaman mengerjakan solat berjemaah itu dapat membuka hati mereka kepada Islam.

Kita yang tidak tahu perkara sebenar tidak patut menjatuhkan hukum. Sebaliknya kita perlu mendoakan mereka supaya menerima hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi Muslim yang soleh.

Begitu juga dengan gambar kedua.
Ramai yang mengutuk dengan mengatakan "Tak ada baju lain lagi kah?.. Tak berilmu atau sengaja?.. Tak tahu makna perkataan-perkataan itu ker?"

Bagi saya, saya katakan "Alhamdulillah!"
Mengapa?
Mengapa tidak? Bukankah pemuda itu masih sedar bahawa dirinya orang Islam, maka dia turut mengerjakan solat di masjid? Mungkin lelaki berketayap di sebelahnya telah mengajaknya ke masjid dan secara tidak langsung, telah menyuntik keinsafan pada diri pemuda berbaju-T itu untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan beriman kepada Allah? Bukankah kita patut bersyukur kerana manusia mengerjakan solat merupakan yang masih ada iman padaNya?

Silapnya sikit sahaja - dia terlupa membalikkan baju-T yang dipakainya supaya perkataan tersebut tidak kelihatan ketika solat. Mungkin mereka jahil akan perkara ini, atau mungkin kawannya terlupa atau kawannya tidak sedar pemuda itu mempunyai perkataan begitu di belakang bajunya..

Mengapa kita sebagai manusia yang mendakwa diri kita orang Islam, suka berburuk sangka terhadap orang lain? Perkara negatif yang kita lihat dahulu, walaupun belum tentu kebenarannya.
Kita orang Islam sepatutnya lebih baik daripada mereka yang bukan Islam! Kita sepatutnya lebih berempati, lebih berkasih sayang dan lebih bersifat mulia daripada mereka bukan Islam dalam semua bidang tapi...?

Lihatlah dan bacalah dalam forum-forum yang disertai orang Melayu Islam amnya, kalau bukan mencarut, maka mengkritik orang lain, nombor satu. Majalah hiburan dalam Bahasa Melayu penuh dengan gosip hangat yang belum tentu kebenarannya, tetapi makin sensasi beritanya maka makin laris di pasaran. Yang baca siapa? Maaf, tapi itu kenyataan pahit yang perlu kita telan.
Kurang sekali komen positif dan yang membina minda dan merawat hati yang dihulurkan. Ini masalah masyarakat kita dewasa ini. Kita mudah membuat penilaian terhadap orang lain, tanpa menyoalsiasat dengan teliti dan memberi peluang orang lain membela diri. Kita selalu kata kita mahu mengikut sunnah Rasulullah, menjadikan Rasulullah saw sebagai model kita tetapi perkara sekecil tetapi yang penting ini jarang kita usaha lakukan.. iaitu sentiasa bersangka baik terhadap orang lain!

Ingatlah, you are what you think. Your thoughts become your action and your actions show the real you.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sentiasa isi minda dan hati dengan perkara dan ilmu yang baik dan bermanfaat, maka baiklah minda dan hati kita. Pemikiran kita akan melahirkan tingkah laku, dan apa yang kita lakukan, nyatakan dan usahakan mencerminkan diri kita yang sebenar.
Janganlah kita suka menuding jari terhadap orang lain, dengan lagak seolah-olah kita lebih baik, lebih pandai, lebih berilmu, lebih mulia, lebih bertakwa sedangkan empat lagi jari menunjuk kepada diri kita untuk mengingatkan diri bahawa kita sebenarnya masih lemah, masih jahil, masih hina, dan masih banyak perkara yang perlu kita sediakan sebelum disambut malaikat Izrail.
Kadang-kadang kita lupa bahawa orang yang kita kutuk itu mungkin orang yang baru diberi hidayah dan dibawa semula ke pangkal jalan oleh hamba Allah yang lain. Sekiranya kata-kata kita didengari oleh pemuda yang berbajuT tersebut, agaknya dia mahu lagi bersolat jemaah di masjid atau berhenti kerana malu dan kecewa? Bagaimanakah cara kita laksanakan amanah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini?

Ingin sekali saya tanya kepada jurugambar yang mengambil kedua-dua gambar tersebut dan mengirimkan dalam emel, apakah tujuan mereka berbuat demikian? Dengan tajuk provokatif seperti "What's going on?" apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh mereka yang terus menerima dan meng-forward-kan lagi gambar-gambar tersebut? Apakah alasan yang diberi ? Adakah dengan tujuan baik atau untuk sengaja menggalakkan orang lain untuk mengutuk mereka yang gambarnya diambil tanpa mereka sedari? Semoga semua yang mereka nyatakan dalam semua emel dan forum di dunia ini mampu mereka jawab di hadapan Allah swt di akhirat kelak.

Kalau anda salah seorang daripada mereka yang telah menerima emel dan gambar tersebut, apa komen anda

3 comments:

  1. Assalamualaikum puan,
    pertama sekali masalah ini berlaku disebabkan masyarakat kita mempunyai mentaliti menghukum.Apa yang lebih malang kita lebih suka menghukum dari membuat usul periksa.Macam juga sejarah Sultan Mahmud Melaka dan kisah Singapura dilanggar todak.Jarang sekali pula kita mencari pendekatan menyelesaikan masalah.

    Gambar pemuda solat dengan t-shirt yg mempunyai kata yg x elok jgn terus dihentam.Sebaliknya pemuda sebegini didekati...dinasihati.Barulah dakwah namanya, barulah subur amar makruf nahi munkar.Sebaliknya kita suka mencegah yg munkar namun jarang menyeru yg makruf pula.

    Itulah sebabnya mat rempit semakin menjadi-jadi.Mereka terus dihukum dengan kutukan,dengan gelaran samseng jalanan padahal mungkin segelintir mereka sahaja yg berperilaku seteruk itu.Mereka tidak didekati...bahkan dihentam dan dipersalahkan.Itulah kelemahan masyarakat kita.

    Sekadar berpandangan ^_^

    ReplyDelete
  2. Kalau saya salah seorang penerima gambar-gambar tersebut, bukan saya akan hairan dan pelik dengan kelakuan orang, I would rejoice at their determination. Bukan nya gambar-gambar ni gambar orang berbuat maksiat. Gambar orang sedang solat. Mungkin orang gila yang akan condemn orang lain bersolat.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam, fakhruddin & nMJ,
    Saya sebenarnya tak suka nak ambil tahu tentang gambar-gambar begini, begitu juga dengan gosip-gosip tentang artis-artis Malaysia.Tapi bila dah banyak kali terima diikuti dengan komen-komen yang tidak sedap didengar/baca, mahu tak mahu saya perlu 'make a stand'.Perkara seperti dalam gambargambar solat sebenarnya hanya yang berada di situ dan jurukamera yang tahu hal sebenar.
    BajuT berbahasa Inggeris seperti itu ramai orang kita termasuk berbangsa Melayu yang jual, dan pakai tanpa memahami maksud sebenar.Dan yang memahami pula tak ramai yang berani mendekati dan menegur mereka yang jahil, tetapi ada yang terus menjatuhkan hukum, mencerca dan mengutuk.
    Saya juga diberitahu bahawa sami-sami yang dalam gambar itu sebenarnya telah memeluk Islam tetapi tidak menukar pakaian ketika solat. Itu tanggungjawab jemaah dalam masjid untuk memberitahu.
    Hanya mereka yang bersikap 'ada udang sebalik batu' dan yang 'holier than thou attitude' yang mahu mengambil gambar seperti itu dan menghantar dalam internet. Kita sebenarnya tidak perlukan gangguan begini. Musuh kita bukan mereka yang seagama dengan kita tetapi mereka yang memusuhi orang Islam.

    ReplyDelete