Wednesday, May 13

SEMUA NAMPAK OK

"Semua nampak ok, luka dah sembuh," kata doktor wanita itu.
Ultra scan menunjukkan keadaan saya sudah dikira normal 6 bulan selepas pembedahan. Rahim kelihatan elok sahaja.
"Tapi.. kenapa masih sakit, baru-baru ini?"
"Itu bukan sakit luka pembedahan tetapi sakit otot-otot perut yang masih belum kuat semula.. jangan angkat benda berat pada perut, ada wanita yang lepas setahun pun rasa bisanya lagi," terang doktor lagi.
Syukur. Nampaknya bukanlah seteruk yang disangka.
Saya disuruh lebih banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat.
Mudah tetapi sukar dilakukan, terutama bagi seorang yang sudah biasa hidup aktif, huhuhuuu.[ni pun dah slow sikit selepas pembedahan]

2 comments:

  1. Mari cuba berubat cara tradisional plak. Call pn Norhisham 0164361359. tetapkan temujanji untuk berjumpa big boss HPA Hj Ismail Hj Ahmad. Dia merupakan salah seorg pengamal perubatan tradisional. Pusat Perawatan HPA terletak di Bdr Aman Jaya, SP. Tak rugi kalu mencuba. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. Huhuhu, sebenarnya saya juga ahli HPA. Ada la sikit stok di rumah. Alhamdulillah sejak amalkan perubatan tradisional ni, badan rasa lebih sihat. Ya, saya tahu di mana pusat itu.

    ReplyDelete