Friday, May 15

HADIAH HARI GURU

Kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah pada hari ini.
Hadiah yang diterima tidak sebanyak pada tahun-tahun lalu.
Lega. Syukur.
Keadaan ini, dengan ketiadaan atau sedikit hadiah daripada pelajar individu, sebenarnya memberi saya kebebasan.

Saya suka dengan kebijaksanaan kelas tertentu yang berkongsi membeli hadiah untuk semua guru yang mengajar mereka, tanpa menyisihkan mana-mana guru
[Guru pun manusia biasa, banding-membanding dan mudah kecil hati jika disisihkan].

Antara hadiah yang diterima. Xie xie..

Hadiah paling berharga adalah pelajar yang menghormati guru setiap masa, berakhlak baik dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Alhamdulillah,
ramai pelajar yang datang bersalaman sambil mengucapkan
'Selamat Hari Guru'. Terpancar keikhlasan pada wajah mereka.
Saya gembira :)

Bekerja kerana Allah swt dan mengharapkan keberkatanNya dalam setiap yang dikerjakan. Itulah hadiah yang terbaik dunia akhirat. Itulah juga yang diusahakan.

10 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Selamat Hari Guru, Kak..

    Semoga akak terus tabah dalam mendidik anak bangsa..Semoga akak sekeluarga sentiasa diberkati Allah...:)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Selamat Hari Guru.. Semoga terus tabah dan penuh semangat menjadi seorang pendidik..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum kak aliya, happy teachers day..may Allah bless u and ur family..insyaAllah, what is the most important thing is we dont 4get the teacher of our teacher.guess who?? =)

    http://www.youtube.com/watch?v=RaOXLW9PN14&feature=related

    ReplyDelete
  4. Salam

    Selamat hari guru Kak Aliya.

    :)

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Tiada balasan yg diharapkan oleh seorang guru melainkan melihat anak2 didiknya berjaya dunia dan akhirat.

    Slmt hari guru moga2 ilmu yg kita sampaikan mendapat keberkatan dari Allah.

    Teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah,
    Selamat Hari Guru :)

    ReplyDelete
  7. happy teachers' day, kak aliya! god bless. =)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sis,

    happy belated teacher's day to you! i hope it's still not too late to wish you. :)


    wassalam. take good care.


    love,
    AA

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam nurhuda,cikgu liza, TheHumbleWayfarer,wnorhaslina,Zamani84, Nani, Aleya,
    Thanks and may Allah bless you all too :)
    Can't resist adding the extract of this poem by Taylor Mali[love it, hehehe]

    I make parents see their children for who they are
    and what they can be.

    You want to know what I make?

    I make kids wonder,
    I make them question.
    I make them criticize.
    I make them apologize and mean it.
    I make them write, write, write.
    And then I make them read.
    I make them spell definitely beautiful, definitely beautiful, definitely
    beautiful
    over and over and over again until they will never misspell
    either one of those words again.
    I make them show all their work in math.
    And hide it on their final drafts in English.
    I make them understand that if you got this (brains)
    then you follow this (heart) and if someone ever tries to judge you
    by what you make, you give them this (the f-----).

    Let me break it down for you, so you know what I say is true:
    I make a goddamn difference! What about you?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam semalu,
    Benar. Ilmu yang disampaikan tanpa mengira anak siapa dan tanpa mengharapkan balasan duniawi itulah yang sebaik-baiknya.

    ReplyDelete