Duduk tak selesa, saya berdiri. Berdiri pun tetap rasa sakitnya. Saya tarik nafas panjang, sambil berisytifar. Tanpa disedari, mata sudah berkaca menahan sakit.
Padan muka saya. Dah diberi amaran oleh guru-gur lain supaya tidak mengangkat benda berat tetapi selama ini, saya tidak endah. Maka seperti biasa, saya angkat satu set buku kerja kembali ke bilik guru, setelah tamat pengajaran. Bukan jauh sangat pun, baru 3 minit perjalanan. Berat buku pula kira-kira 5 kilogram. Pernah angkat lebih berat lagi tanpa sebarang masalah sebelum ini.
Entah mengapa, saya tak minta bantuan pelajar untuk tolong bawakan buku-buku tersebut. Tidak seperti biasa. Mungkin kerana tidak mahu mereka keluar kelas dan merayau. Sampai ke bilik guru, terus diletakkan buku di atas meja lalu saya duduk di atas kerusi.
Ha, masa itulah ia menyentap. Sakit! Yang merisaukan, sakitnya dari luka pembedahan tempoh hari. Luka dalam, bukan boleh dilihat. Saya mendiamkan diri. Tak mahu bising-bising.
Alhamdulillah sakitnya berkurangan selepas setengah jam.
Saya teruskan mengajar kelas seterusnya, walaupun kurang selesa dan terpaksa dikurangkan aktiviti guru. Apa-apa pun lebih baik daripada duduk berseorangan melayan sakit. Fokus kepada aktiviti lain boleh meredakan sakit tanpa perlunya dadah painkiller.
Dalam hati ini, bersyukur sangat-sangat sakit yang datang tiba-tiba itu berlaku dalam keadaan saya duduk di dalam bangunan dan bukan ketika saya sedang memandu kereta. Syukur ketika saya berehat dan bukan ketika mengajar; boleh menyebabkan pelajar panik.
Nampaknya kesihatan diri ini perlu dijaga dengan lebih teliti lagi. Saya tak takut mati tetapi saya tidak mahu menyusahkan orang lain yang perlu menjaga saya dalam kesakitan. Ketika ini pun, masih terasa lagi kesakitan di tempat pembedahan itu, walaupun sudah 6 bulan berlalu. Entah mengapa, hari ini saja terasa sakit sebegitu sedangkan sudah banyak kali saya angkat buku-buku, tidak pula alami sebarang masalah. Amaran? Agar lebih berhati-hati? Agar tidak menganggap diri ini superwoman? Aduh, sejak pembedahan tempoh hari, inilah kali pertama saya alami kesakitan yang teruk di tempat luka [terjatuh dalam bilik air pun tak teruk sebegini]
InsyaAllah akan membuat temujanji dengan doktor pakar untuk memastikan diri ini benar-benar sihat.
Taubat saya tak akan mengangkat benda-benda lebih daripada 1 kg lagi, huhuhuuuu.
Maaf jikalau tak update blog ini untuk seketika selepas ini.
kak aliya, get well soon..
ReplyDeleteAsalamualaikum sis,
ReplyDeleteI am sorry to hear what happened. Get well soon.
Hope you'll recover soon.
ReplyDeleteSalam ziarah,
ReplyDeleteSaya melinkkan blog ini. Selamat Hari Ibu. Jangan lupa baca dan berikan komentar di :
http://www.faridrashidi.com atau klik :
Kembara Sufi Mencari Aspirasi
Be strong. We pray you get well, inshaAllah, ameen.
ReplyDeleteThanks for your concern. Alhamdulillah am feeling better although still have to continue with the medicine and solat duduk :)Have to slow down a little (not easy for active me)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMacam pakai PC power (Pentium Core Duo 2.2 GHz, 2 GB RAM) tiba2 terpaksa pakai PC slow (Pentium II 400 MHz, 256 MB RAM) sebab PC power kena hantar repair. Jadi terpaksa hadkan aplikasi pada satu-satu masa seperti bukak browser terhad kepada 3 window bukannya 10 window masa guna PC power. (Saya ni orang IT so that's my metaphor, sorry if you are unable to understand)
Cadangan: Bila kat sekolah utilize ur student. Bila kat rumah utilize ur laki :)
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteOh, I do understand, hahaha..
Haiyah, not utilize my laki la, I pamper him. Because of that, I get a lot more in return :)