Sebiji-sebiji perkataan keluar daripada mulut dengan jelas dan lancar. Saya tak peduli betapa kuatnya suara saya itu. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lelaki tersebut sudah lama dan berulang tetapi selama ini saya telah bersabar. Hari ini saya memilih untuk mengamuk kerana memang tiba masanya saya PERLU mengamuk. Tidak boleh dibiarkan lagi. Pengaruh negatif rakan sebaya menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Segala nasihat, dan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka bagaikan mencurah air di daun keladi. Saya perlu menyatakan sesuatu yang dapat menusuk ke jantung hati untuk menyedarkan mereka. Mencegah kemungkaran dengan tangan, dan dengan lidah.
anak-anak kita dibekalkan segala kemudahan tetapi kurang bersyukur, berbanding dia yang tekun menulis, walaupun di atas bata..
Mereka diam membisu. Tidak menjawab. Tidak bergerak. Mungkin terkejut; tidak menyangka akan diperlakukan demikian rupa pada awal-awal pagi. Bila ingat kembali peristiwa itu, saya nak tergelak. Bayangkan, nyonya ini setinggi 5'3" menyinga di hadapan mereka yang setinggi 5'6" atau lebih, dengan muka merah padam bagaikan nak telan mereka hidup-hidup. Garang. Kemahiran berlakon dipergunakan sepenuhnya untuk memberi impak istimewa. Pelajar-pelajar lain tersenyum dalam diam sambil menonton drama cikgu Aliya mengamuk sebaik sahaja masuk ke kelas. Saya turut hairan, bagaimana saya boleh berceramah begitu sedangkan tiada dialog yang dihafal dan sebelum masuk ke kelas itu, memang tidak merancang hendak 'mengamuk'. Namun apabila melangkah masuk sahaja ke dalam bilik itu, satu perasaan timbul menyebabkan saya memulakan ceramah istimewa, wallahu'alam.
"Pergi duduk! Saya akan ambil tindakan yang lebih berat jikalau kamu ulangi kesalahan yang sama."
Pembelajaran diteruskan dengan aman. Alhamdulillah, mereka yang dimarahi tadi kelihatan membuat latihan yang diberikan. Kesan hanya dapat dipastikan pada minggu hadapan.
Masalah disiplin melibatkan pelajar berlaku di mana-mana sekolah. Yang paling ramai terlibat adalah pelajar kelas-kelas akhir. Tak perlulah dijelaskan aktiviti harian mereka. Seseorang guru pasti diuji mereka, untuk mengetahui sejauh mana kesabaran dan ketegasannya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru dan pendidik. Jika diri amat sensitif dengan kata-kata orang, kurang sabar, tidak mudah memaafkan, atau panas baran, jangan jadi guru. Boleh sakit jiwa dengan telatah para pelajar sekarang. Saya sudah lihat ramai guru baru dan kurang berpengalaman menangis kerana tidak tahan dengan sikap anak murid sendiri.
Mengilap sesuatu yang pudar supaya bersinar kembali, bukanlah kerja mudah. Mengubah sikap manusia dari negatif ke positif bukan kerja yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Perlu usaha, sabar dan tabah. Bgai orang seperti saya, mengajar satu mata pelajaran dari A ke Z sangat mudah, tetapi mengajar dan mendidik manusia menjadi lebih baik amat mencabar. Ramai yang mahu bergelar guru tetapi tidak semua yang mahu menjadi pendidik.
Saya duduk melihat wajah-wajah mereka yang saya marahi tadi. Masih ada harapan. Mereka walaupun nakal, masih hormat kepada guru dan takut kepada balasan Tuhan. Mereka mempunyai masa depan yang cerah sekiranya mahu berubah sikap dan mahu belajar. Mereka permata-permata yang masih terbenam, yang masih belum digilap sepenuhnya. Mereka anak-anak Melayu, anak-anak Islam yang mampu menjadi aset masyarakat sekiranya diasuh dan dididik dengan bijak dan cermat. Tiada siapa pun yang mahu mereka berakhir sebagai penghuni pusat serenti, di atas katil hospital atau bermalam di lokap penjara. Saya berdoa agar mereka insaf sebelum terlambat, berusaha untuk maju dan menjadi kebanggaan keluarga masing-masing pada masa hadapan, insyaAllah.
Assalamualaikum Kak Aliya.
ReplyDeleteKadang-kala pendekatan 'garang' juga perlu dalam kaedah dakwah/mendidik. Itupun kena tengok suasana juga untuk meninggalkan kesan. Dari cerita akak ni kakchik rasa, insya-Allah kesannya dah mula menular tu. Masih belum terlambat untuk menggilap peribadi dan potensi mereka. Yang kakchik paling suka penyataan ini, "Ramai yang mahu bergelar guru tetapi tidak semua yang mahu menjadi pendidik."
Memang benar sekali.
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteKakchik,
Pada pagi ini, salah seorang daripada mereka berkata,"Cikgu, saya pada mulanya nak ponteng kelas tetapi bila ingat cikgu kata nak telefon mak saya, saya tak jadi keluar."
Dan jawab saya,"Bagus, sebab cikgu pun tak sampai hati nak telefon. Tak mahu mak kamu menangis bila dia tahu apa yang kamu lakukan setiap hari di sekolah."
My conscience is clear. At least I've done my best in each lesson :)
saya dulu malas betul belajar..penat apak saya tegur..last2 mak saya pun ..Piaaapppp...sakitnya..pastu terus belajar sampai masuk universiti...dah x perlu kene tegur2 pun..ha ha ha..tapi x le jenis cerdik..
ReplyDeleteKenang2 balik..nasib baik mak pukul..kalo x, x tau jadi apa pada ku..
Ibu, kaulah ratu hatiku....