Hari ini sibuk sakan; pagi Sukantara peringkat sekolah, tengah hari uruskan pelajar di dalam bilik darjah, petang pula menghadiri mesyuarat peringkat zon. Alahai, tak mahu sibuk tetapi disibukkan, huhuhu.
Petang selepas mesyuarat:
Kami hanya bertujuh tetapi makanan yang disediakan cukup untuk sedozen.
Oleh itu, masing-masing membawa balik sedikit makanan kecuali seorang.
"Tak mahu bihunkah?" tanya Cikgu Melayu itu sambil mencedok bihun ke dalam bekas.
Cikgu berbangsa India itu sekadar tersenyum sambil menggeleng kepala.
Saya menghulurkan kuih kepadanya tetapi dia menolak, lalu meminta diri untuk pulang.
"Dia tak makan daging, bihun ni ada daging (lembu)," saya membisik kepada Cikgu Melayu di sebelah saya yang masih mengisi bekas-bekas dengan bihun lebih.
"Oh.."
Saya sendiri terkejut apabila mendapati terdapat cebisan daging lembu di dalam bihun yang dihidangkan. Kelihatan Cikgu India itu sudah pun makan bihun tetapi tak tahu pula apa yang difikirkannya. Tahukah dia bihun itu ada daging?
Perkara kecil tetapi signifikan.
Perkara kecil yang jarang difikirkan tetapi kurang menyenangkan apabila ada di antara tetamu yang sensitif kepada makanan yang dihidangkan.
Bagi golongan tertentu, mungkin akan berkata,"Perkara yang remeh sahaja. Dia boleh makan kuih."
Mungkin ada yang akan berkata,"Manalah tahu ada orang India yang datang makan?"
Bgi saya,itu bukan alasan yang baik. Makanan untuk tetamu jemputan umum (yang tidak diketahui agama anutannya), tidak perlu dimasukkan daging lembu; cukup sekadar dengan udang atau ayam. Sudah banyak kali kejadian seumpamanya saya alami tetapi saya tergerak untuk bercerita pada hari ini.
Bayangkan kalau bihun itu mengandungi daging khinzir, apa pula reaksi anda?
Kak Aleya ni kdg2 annoying la soalannya....
ReplyDeletesarcastic too bila refer pada
ReplyDelete"Bayangkan kalau bihun itu mengandungi daging khinzir, apa pula reaksi anda?"
It's out of norm even for Chinese to add in pork to bihun!!!
Assalamualaikum
ReplyDeleteAnnoying? LOL, memang sengaja nak provoke supaya anda melihat dari perspektif lain. Mungkin senario makanan bercampur khinzir tidak berlaku dalam masyarakat Malaysia tetapi di luar negara? Kalau brlaku apa reaksi anda? Marah? Habis bayangkan pula perasaan orang yang tidak makan daging lembu spt penganut Hindu & Buddha tetapi dihidangkan makanan daging lembu sebagai menu utama dalam majlis umum di negara kita? Patutkah kita terima dngan alasan mereka golongan minoriti? Bagaimanakah nak berdakwah kepada mereka jikalau bab makanan pun kita tak prihatin?
Saya setuju dengan Kak Aliya. No objection at all!
ReplyDeleteSaya kesian sangat dengan rakan2 non-Muslim dulu, macam Buddhist n Hindus yang teragak-agak nak makan setiap kali ada jamuan kerana khuatir termakan daging lembu yang dihidangkan/dicampurkan dalam hidangan.
Sepatutnya cara yang paling selamat ialah hidangkan ayam sahaja/campurkan ayam dalam hidangan. Mudah. Semua agama, semua mazhab fiqah takde halangan kalau dalam hal makan ayam ni - asalkan sahaja disembelih dengan nama Allah for Muslims.
Untuk pengetahuan Kak Aliya...dalam mazhab Hanafi contohnya, makanan laut (udang, sotong etc) diharamkan kepada para pengikut tulen mazhab Hanafi...kat Malaysia pulak yg banyak ikut mazhab Hanafi ni biasanya ialah keturunan mamak (India Muslim)
Kadangkala rakyat Malaysia yang tak berapa nak sensitif ni kena dihantar ke negara2 yg 'kuat makan babi' kat Europe ni like Germany, UK etc...biar tahu sikit langit tu tinggi ke rendah...
Tapi bagi saya, tak khuatir sangat kalau saya nak ke jamuan department/school of maths kat universiti ni coz orang2 putih ni biasanya akan serve makanan yg sesuai dengan vegetarians (cookies, tarts, flapjack, salad, juice)...so jadi vegetarian la saya nampaknya setiap kali nak makan jamuan dengan org2 putih kat sini...hahaha...
Apa-apa pun, kalau Kak Aliya lepas ni handle ape2 jamuan kat sekolah...make sure elakkan daging dicampurkan ke dalam makanan...kalau nak hidang daging jugak, buat la satu masakan berasaskan daging macam kari daging, so that semua orang akan tahu ini ialah kari daging. Betul tak?
saya setuju dengan akak.
ReplyDeletesoalan pd post akak tidak annoying.
saya ada seorang rakan India yang sememangnya strict dengan hal ini.
dia sanggup tidak makan jika semua lauk yg terhidang ada daging. memang semasa di malaysia saya tidak rase sepertimana dia rasa.
tapi bila sudah di luar negara, barulah saya memahami apa yang kawan India saya ini alami.
sungguh, untuk orang hormati kita kita kena hormati orang lain.
kalau hal seperti ini tak diambil kira, tidak hairanlah kalau orang non-muslim di malaysia tidak hormat pada kita.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSis, saya rasa tak annoying soalan and not sarcastic soalan sis.
Bagaimana orang non-muslim di Malaysia ni nak menghormati orang muslim yang tidak menghormati hak mereka? Bagaimana kita hendak menghormati mereka jika jenis makanan sesuai ataupun tidak sesuai pun kita tak tahu?
Budak darjah 6 pun tahu orang India di Malaysia tidak memakan daging lembu dan ada antara mereka yang vegetarian.
Rakan India saya ada dan pernah mengajak saya dan rakan-rakan Muslim yang lain ke rumah untuk makan-makan. Makanan yang disediakan adalah kambing dan ayam yang dibeli dari pasar yang dijual oleh orang Melayu. Mereka sanggup untuk berbuat begini dan berfikir untuk orang muslim yang hanya memakan makanan yang 'halal'.
Jika ada antara kita yang berkata-kata seperti yang telah dilakukan oleh saudara kita, maka tidak hairanlah orang Melayu Islam di Malaysia di tag sebagai orang yang bersifat perkauman dan tidak memikirkan perasaan kaum lain.
Mungkin orang Melayu Islam tidak tahu bahawa mereka ditagkan sebagai orang yang mementingkan diri, malas dan tidak menghormati agama orang lain. Ini gara-gara tindakan segelintir kita yang tidak sensitif dan tidak melayan orang non-muslim dengan baik seolah-olah mereka ini ialah pendatang asing yang hanya hidup berparasit di Malaysia.
Bapa saya menyifatkan orang Melayu sebagai semakin banyak pergi masjid sembahyang kepada Allah katanya, semakin jahat orang Melayu ini. Dia berkata seperti itu kerana rumah saya berada di belakang masjid. Apabila orang Melayu yang lalu depan rumah ke masjid, ada yang akan membaling mercun atau batu ke dalam rumah untuk provokasi anjing yang dibela dalam rumah. Kebanyakan masanya mercun dan batu itu akan masuk dalam rumah atau terkena kereta atau terkena 'alter nenek moyang' sehingga berlaku kerosakan. Pihak polis pula tidak banyak membantu.
Bayangkan kalau ada orang yang baling batu atau mercun ke dalam masjid, suka tak? Kalau ada orang membaling daging babi ke dalam masjid suka tak?
Mesti kita berasa bahawa tindakan seperti itu seperti mencabar Islam. Kita lupa ada antara kita yang berbuat perkara yang sama kepada non-muslim. Mereka juga mempunyai hak.
Walaupun saya dah tegur budak2 yang buat jahat tu namun mereka tetap buat. Lepas saya bagitau mak bapa mereka pun tak ada perubahan.
To Kembara Hati Sang Jejaka,
ReplyDeleteOrang Cina akan memasukkan babi dalam daging one way or the other.
Bihun sup - sup rebusan tulang babi dan potongan daging babi
Bihun goreng - dimasukkan bebola daging babi atau minyak babi.
Kebanyakkan orang Cina hanya tidak memasukkannya jika untuk dibawa anak2 ke sekolah atau untuk majlis makan-makan yang dijemput juga orang Melayu. Kebanyakkan orang Cina tahu orang Islam Malaysia sensitif dalam isu babi.
Assalammualaikum Kak Lyea....
ReplyDeletetak tau ler cerita saya nih ada kaitan ke tak dengan posting Kak Lyea.
minggu lepas pejabat saya mengadakan seminar di sebuah hotel terkemuka di ibukota. saya jadi urusetia untuk bahagian IT. time lunch ada seorang peserta India telah menanya salah seorang urusetia yang menguruskan bahagian makanan. dia bertanyakan menu vegetarian. alangkah terkejutnya saya mendengar jawapan urusetia tersebut, tiada hidangan untuk beliau yang akhirnya dia hanya makan roti dah sup sayur kosong. alahai sedihnya.... yang paling malang sekali urusetia tersebut dengan bangganya berkata, kita yang keluar duit untuk lunch pun dia nak memilih jugak.... erm.... alahai.... apa guna list peserta dengan no talipon? kesian orang kita yg masih berfikiran sedemikian........ apa kata kalau dia jadi india tersebut?
Assalamualaikum
ReplyDeleteAku puji sensitiviti yang ada dalam nalurimu and pembaca sekalian.
Alangkah nya baik kalau setiap orang tu mempunyai sensitiviti dan prihatin kepada setiap makhluk ciptaan Allah?
Diskusi macam nie lah yang akan membuka minda.
Alhamdulillah!
saya setuju ngan kak aliya...pada saya kita kena hormat non muslim ni berlandaskan agama kita baru dia orang akan buka mata...pada KEMBARA HATI SANG JEJAKA,ini baru india cuba kamu masuk ke kampung saya kat sarawak,dengan iban nya kayan,kenyah,kelabit,chinese,punan,penan..ini baru di antara suku kaum yang sememangnya pegang teguh pada adat mereka belum kira lagi yang lain2...keluarga saya sendiri orang kristian..tapi saya dengan segala upaya dan pertolongan dari mana2 ustaz dan jabatan agama..sentiasa menekankan pada ahli keluarga yang agama islam ni mudah untuk di amal..buian seperti yang mereka dengar dan terus gambarkan.hujung bulan april saya balik kampung kat sarawak(sekarang duduk kat kl)dengan isteri dan anak..nanti balik dari sana akan saya kongsi pengalaman tika bersama mereka....
ReplyDeletesalam everyone,
ReplyDeletesaya teringat my own wedding some years ago, saya ada mengundang rakan sekerja yg hindu dan vegetarian, tapi mungkin kerana terlalu terbiasa tidak teringat langsung nak cater for them. Mujur ada auntie yg boleh masak (and mujur the walimah was at home) so kami masakkan dia and her family vegetarian lauk pauk so she could join in the feast.
bila dah terbuka mata begitu baru terperasan selama ini rakan2 cina yang mengundang org islam ke wedding mereka pasti akan menyediakan satu dua meja khas makanan halal utk tetamu muslim mereka!
see the difference? kita selalu take things for granted, mudah-mudahan selepas ini bila kita menjamu tetamu (weddings or otherwise - open houses, for example) kita sediakan makanan yg sesuai utk mereka, barulah non-muslims akan lebih hormati kita.
hmm..yg peliknya
ReplyDeletedok berkokok kita ni negara Islam, tapi bila pi shopping complex, payah nak cari makanan halal.
Sepatutunya makanan halal is something common here...
Tapi terbalik...
kita pulak kena meminta/memohon suapya ada sudut barangan halal...
WTH
once again MINORITI rules the MAJORITY..hehe
Assalamualaikum
ReplyDeletethings like this make Islam less spreading among other ethnic in m'sia. and make Islam less develop among malay themselves.
we tend to look 'sensitivity' as an issues, not opportunities of Da'wah.
like Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib said, sea creature other than fish is forbiddent according to Al Ahnaf. but mamak stall in our country served among the best seafood of every varierty including what forbident to them. first its sign of tolarance and respect of differences, as long as not against Shara'. second is they see an opportunity, not issue.
Wasalam
Waalaikumussalam Fazdhly,caliphkaai,ahong,
ReplyDeleteYa, saya belajar daripada pengalaman menguruskan pelajar pelbagai bangsa & agama. Mereka juga ada hak dilayan sama rata, lebih-lebih lagi jikalau makanan yang disediakan memang telah dibayar pihak kerajaan. Tidak patut ada pihak yang tidak dapat makan. Hidangan ayam memang paling sesuai, melainkan ada yang alah ayam, maka perlulah nyatakan awal-awal kepada pihak pengurusan makanan.
Mak dan keluarga Cina saya yang lain juga tidak makan daging lembu. Maka apabila keluar makan dan serik dengan makanan mamak, RFC lah pilihan kami, hehehe.
Biasanya orang Melayu anggap mudah perkara pemakanan ini sebab mereka kurang didedahkan dengan menu makanan bangsa lain.Sikap orang yang mementingkan diri sendiri dan anggap bukan-Islam sebagai orang kaffir seumur hidup sehingga sanggup baling sampah dsb ke rumah orang bukan Islam adalah akibat kurang didikan keluarga.Saya sendiri pernah memarahi budak-budak Melayu (ketika itu di Trengganu) yang membaling mercun ke dalam kawasan rumah saya semata-mata kerana rumah sewa saya itu satu-satunya rumah bukan Melayu di situ, ibubapa pula buat tidak endah.Sedih sekali, tindakan sebegitulah yang menyebabkan orang salah faham tentang ajaran Islam.
Waalaikumussalam Rayyan,Waku up Call, aiman,
ReplyDeletePerkara seperti menu untuk vegetarain mudah diuruskan jikalau pihak urus setia bertanya kepada peserta lebih awal sama ada terdapat peserta yang vegetarian, dan peserta yang memerlukan menu khas perlu memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu supaya tidak berlaku masalah pemakanan.Saya percaya jikalau pihak urus setia meminta hotel menyediakan makanan vegetarian, ia tidak akan menjadi masalah pun.
Kita hidup dalam masyarakat majmuk perlulah prihatin dalam isu-isu ini. Manusia boleh bergaduh kerana tak dapat makan!
InsyaAllah, looking forward to your story, aiman.
Waalaikumussalam Pencil,Jejaka & Azlan,
ReplyDeleteKenduri kahwin saya yang pertama (dengan bekas suami) kami sediakan buffet makanan halal sebab turut menjemput orang Melayu. Kenduri kahwin kali kedua(dengan suami sekarang) pula diadakan bufet di restoran halal sebab turut menjemput bukan Islam yang mungkin sensitif jikalau kenduri diadakan di perkarangan masjid.Sekarang pun kalau keluar makan dengan Mak saya, perlu mengambilkira hakikat bahwa Mak tak makan daging lembu dan suami tak makan makanan laut, hehehe.
Jejaka,alhamdulillah sekarang ni, kalau kita mencari makanan halal insyaAllah boleh dapat. Saya tak ada masalah mendapatkan makanan halal di shopping complex (tak tau pula compleks mana yang Jejaka pergi?) tetapi bermasalah apabila bermusafir di pekan komuniti Cina seperti Sitiawan.
Yes, Azlan. Kalau kita tak makan sesuatu, ia dimakan oleh orang lain.Selain daripada daging khinzir yang haram untuk Muslim dan lembu untuk Hindu & Buddhist, makanan lain masakan orang Islam boleh dimakan semua.
Maklumat tambahan,
ReplyDeleteAda juga sesetengah Cina yang memakan lembu. Saya perasan Cina di utara Malaysia tak banyak yang makan. Namun begitu di selatan ni, termasuk Kuala Lumpur dan Selangor banyak yang memakannya.
Saya juga mendapati orang dari India Utara walaupun beragama Hindu ada memakan daging lembu. (tahu setelah berkenalan dengan seorang pensyarah dari India Utara).
Tidak ada masalah makanan halal di Malaysia ni. Kalau ada pun kat perkampungan Cina. Tapi bole aje makan roti yang dijual di gerai2 runcit. Kalau kat shopping clomplex lagi senang nak dapat makanan halal. Takkanla takde KFC, McD dan kedai2 fast food lain. Kalau pi kedai kopi cina (non-muslim) dan order kopi o dan roti bakar pun still halal makanannya.
Makanan halal lebih banyak dari makanan yang haram dimakan. Fikir secara logiknya, makanan yang diharamkan kepada muslim ni sikit aje. Lainla kalau kita ni memilih makan sangat orangnya.
Assalamualaikum
ReplyDeletethat's right kak Aliya. as Muslims we just have to take Syara' consideration. other than that its allright i guess.
RFC? my friends from north told me its quite famous in northern states. are they good? what about the price? here in east coast we still eat 'pasar malam' fried chicken. no choice but to boycott mcd and kfc.
ahong, when i was working in kl i have a hindu friend eating beef. i mean a lot. he's from southern indian descent. end of the day its up to a person. like us Muslims, there practicing and non-practicing believers. some are secular like my hindu friend. he jokingly called himself 'hindu hadhari'.
here in my place we have what they called 'kek' chinese (i don't know how exact spelling). they eat almost anything, literally, everything crawl, swims, fly, burrow. anything. even among we chinese, we consider them dirty people. cantonese eat with less restriction, but these 'kek' chinese is different.
Wasalam
Waalaikumussalam ahong, azlan,
ReplyDeleteBenar, terpulang kepada kita nak makan apa, asalkan mampu membayarnya. Namun kalau masih was-was perlulah makan sahaja masakan sendiri di rumah :)
Yes, the 'kek' chinese are different from other Chinese clans. I've only been to RFC Sg Petani, but there're also Radix Chicken Rice restaurant, and Radix Chinese Oriental restaurant there. How's the RFC chicken? Great, the meat is very tender.