Saturday, March 7

SUBUH

Kalau orang tanya,"Apakah aktiviti yang susah bagi diri awak selepas memeluk Islam? Puasa? Solat?" saya akan tersenyum.
Bukan puasa, alhamdulillah, bukan puasa. Saya tidak sukar berpuasa.
Bukan solat, alhamdulillah, juga bukan solat. Saya hanya memerlukan banyak latihan sebelum diri benar-benar selesa dan tidak lagi was-was ketika bersolat.
Jadi apa, eh?

Ujian bagi saya pada ketika mula-mula memeluk Islam, adalah bangun subuh. Saya bukanlah orang suka bangun pada awal pagi, kecuali apabila ada aktiviti luaran yang perlu memerlukan saya untuk bangun awal dan meninggalkan rumah. Apatah lagi untuk bangun pagi menjelang subuh setiap hari sebelum matahari menyinar terang. Budaya Cina memang tidak mewajibkan orangnya untuk bangun subuh, maka apabila hujung minggu ramai yang akan berehat dan bangun agak lewat. Bukannya untuk bangun sebelum subuh untuk beribadah.

Oleh kerana saya dalam keadaan "bercuti" ketika mengucap 2-kalimah syahadah, saya tidak begitu terasa impak pengIslaman saya sehingga selepas saya bersuci. Malam itu ketika bersiap-siap untuk tidur, barulah saya teringat akan kewajipan baru yang perlu saya lakukan keesokan harinya. Ya Allah! Perlu bangun awal untuk mengerjakan solat subuh. Berkali-kali saya memeriksa jam untuk memastikan alarm berfungsi, risau terlepas solat subuh pertama saya.

Pengalaman minggu pertama sebagai orang Islam yang bangun awal sebelum subuh, mengambil wuduk seorang diri di bilik air ketika penghuni asrama lain sedang nyenyak dibuai mimpi, dan belajar bersolat subuh merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilupakan. Beberapa kali saya terpaksa ulangi solat kerana tersilap langkah (bukan mudah mendirikan solat seorang diri dalam keadaan baru memeluk Islam). Jikalau dahulu hanya perlu bangun pagi, mandi dan bersiap-siap untuk keluar, selepas menjadi Muslimah saya harus bangun lebih awal lagi, mengerjakan solat subuh dan memakai tudung sebelum keluar. Perlu meluangkan sedikit waktu untuk beribadah. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri tetapi alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Walaupun kadang-kadang terlewat bangun. Walaupun kadang-kadang tergesa-gesa menyarungkan telekong sebelum tamat waktu. Saya pernah panik apabila terlewat bangun pada hujung minggu dan melihat matahari sudah bersinar terang di langit, kerana tidak tahu apa yang harus dibuat - nak teruskan solat, ganti, atau ganti selepas solat isyak. Ustazah yang diamanahkan mengajar saya tidak memberitahu. Nak tanya orang lain, segan kerana risau mereka akan menilai secara negatif. Bukankah kita sering diingatkan bahawa haram meninggalkan solat?

"Kantoi lagi!" Cabaran untuk bangun awal semata-mata untuk solat subuh masih berlanjutan. Jikalau dahulu semasa bergelar mahasiswi, saya masih ada masa untuk berehat seketika sebelum bersiap-siap ke kuliah, kini sebagai seorang pekerja yang perlu tiba di pejabat sebelum 7.25pagi, saya perlu lebih berdisiplin. Bangun seawal yang boleh. Mengerjakan solat subuh dan bersiap-siap. Tidak boleh berlengah kerana perlu berkejar ke tempat kerja sebelum masuk waktu bekerja. Kadang-kadang menangkis hasutan syaitan untuk meninggalkan solat subuh kerana sudah lewat. Aduh, dugaan!

Mungkin orang yang lama Islam akan bertanya,"Mengapa susah sangat nak solat subuh?" Ketahuilah bahawa mengerjakan solat subuh merupakan satu aktiviti yang amat baru untuk orang yang baru memeluk Islam. Memang sebelum Islam, ada yang sudahpun kerap bangun awal untuk ke tempat kerja, tetapi amalan solat subuh untuk mengadap Allah swt tidak termasuk dalam rutin harian. Melakukan solat subuh sebagai aktiviti terawal setiap hari memerlukan disiplin diri yang kuat kepada seorang yang baru memeluk Islam. Harus melawan kehendak nafsu yang mahu meneruskan tidur di atas tilam empuk. Harus melawan hasutan syaitan untuk keluar rumah tanpa bersolat, kerana takut terlewat ke tempat kerja. Harus mendisiplinkan diri melakukan sesuatu yang seumur hidup tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Tambahan kepada wanita yang baru Islam, mendapatkan semula momentum mengerjakan solat setelah seminggu bercuti bukanlah mudah. Masih teringat ketika saya mencari-cari buku 'Belajar Sembahyang' kerana setelah seminggu 'bercuti' saya sudah lupa bacaan tahiyyat, huhuhu.

Bagi orang yang lahir Islam, cuba ingat kembali bagaimana anda mula-mula belajar mengerjakan solat subuh. Senang atau susah? Berapa lamakah anda belajar sebelum mampu melakukannya sendiri tanpa disuruh? Sebulan? Dua bulan? Beberapa tahun? Sekiranya susah dan lama untuk orang yang lahir Islam untuk belajar mengerjakan solat 5 kali sehari, bayangkan bagaimana mualaf terpaksa mendisiplinkan diri untuk aktiviti ini dalam masa yang singkat. Saya tahu ada mualaf yang tidak bersolat pada minggu-minggu awal pengIslaman kerana tidak tahu bagaimana! Orang Islam sentiasa menegaskan kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tetapi tidak ramai yang mengajak mereka yang baru Islam untuk solat berjemaah bersama-sama, untuk memberi latihan dan keyakinan kepada saudara baru itu mengerjakan kewajipan agama!

Mengerjakan solat 5 kali sehari merupakan satu cabaran besar untuk mereka yang baru memeluk Islam, tambahan lagi sekiranya mereka baru belajar bersolat. Saya sendiri pernah ditanya sama ada saya bersolat oleh kawan-kawan Islam tetapi tidak pula pernah diajak bersolat jemaah bersama-sama mereka. Sekarang apabila mengenang kembali, aduhai, betapa ruginya! Oleh itu, sekiranya ada mualaf berdekatan anda, berebutlah pahala mengajarnya mengerjakan solat dan bersolat jemaah bersama-samanya, kerana itu mungkin satu-satunya peluang Allah swt berikan untuk membantu saudara baru seagama.

10 comments:

  1. Hehehe I dah kununnya "lama" Islam still rasa bangun Subuh agak mencabar. Especially if it is summer time in Melbourne.. Subuh is at 3 in the morning!!!

    Entry ni cute aje. Hehehehe!

    By the way, I doubt semua orang yg 'lahir' Islam, semuanya menunaikan solat 5 waktu and apatah lagi Subuh.

    When I was in college, only 50% of malay girls woke up for Subuh. The rest either bangun lambat every day or miss it altogether. That is the reality.

    ReplyDelete
  2. saya lahir sebagai seorang muslim, alhamdulillah. Tapi saya mengambil masa 16 tahun untuk benar-benar berazam tidak akan meninggalkan solat. Sepertinya saya baru memeluk islam ketika berusia 16 tahun! memang sukar pada mulanya, jadi saya faham bagaimana keadaan kak aliya. Ketika itu saya rasa lebih malu, kerana sudah terlupa bacaan solat, mahu bertanya, apa pula kata orang? Bukankah saya ini muslim sejak lahir? takkan baru belajar solat? Saya baca buku panduan solat secara sorok-sorok!

    ReplyDelete
  3. Salam kak Aliya.

    Ala yg born muslim pun jangankan nak cukupkan 5 waktu, 1 pun ada yang x buat langsung.

    dulu imm pun beli buku panduan solat, sebab yang diajar di sekolah tu secara umum sgt, x jelas sbnrnya. nasib baik di jb dulu kami kena masuk sekolah agama sekali, jadi dapat la belajar lebih menyeluruh.

    ReplyDelete
  4. Kak Lyea... nak nangis jer rasanya baca entry kak Lyea nih... huhu

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Ummu Layth, chemmal & imm
    I got a tip from Prof Kamil's book 'Travelog Dakwah' about waking up in the early hours for solat. Once you wake up, recite al-Ikhlas and zikir, then head straight to the washroom to freshen up, before sleepiness takes over. I can't say much about others who won't solat but I want to be the best Muslimah I can be. So have to be more disciplined, huh?
    Chemal, alhamdulillah. Tak perlu malu kerana berada di jalan lurus. Kalau kita memilih unuk tetap jahil, yang rugi tentu kita sendiri.
    imm, Saya juga masih rujuk buku solat dan CD solat, kerana nak pastikan bacaan tepat, huhuhu. Mereka yang tahu tetapi tak mahu solat, apa boleh kita buat? Kalau dah ajak tetapi masih beri alasan, mungkin mereka sendiri bermasalah tidak tahu bagaimana nak mengerjakan solat! Di sekolah semua pelajar solat berjemaah tetapi berapa yang disuruh tunjukkan cara solat individu?

    ReplyDelete
  6. Rayyan, syukur alhamdulillah, welcome to the Muslim family. Friends, doakan kesjahteraan Rayyan, ahli keluarga baru kita yang baru 2 minggu umurnya :)

    ReplyDelete
  7. It's also hard as college students..with late-night studyings (sometimes as late as 1 am) then have to wake up early to pray.

    As converts we didn't have our family "training" us to wake up..our mothers didn't yell or spray water at us to pray Subuh :).

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum drenalin,
    Yes, you're right. Do you know that at every minute, the azan is called out at one part of the world? Continuously.In every minute, a Muslim somewhere in the world is doing solat and reciting the al-fatihah. Now isn't that amazing?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak aliya....cerita-cerita blog akak sungguh menginsafkan saya..Saya memang lahir muslim dan alhamdulullah solat itu tetap keutamaan saya..Subuh tetap saya buat walau lewat camne pon...Tentunya akak mempunyai azam yang kuat untuk boleh bangun dan solat..Tak dapat bayangkan kalau saya di tempat akak..tahniah kak..Saya dengar orang mualaf ni nampak cantiknya Islam tak macam orang yang lahir Islam..saya harap dapat lihat macam yang akak lihat bagaimana Islam itu...tentunya hidayah Allah yang amat indah kan...tahniah kak..Saya nak masukkan blog ni kat bloglist saya..harap akak tak kesah...

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Muazzin,
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.InsyaAllah semoga anda dapat menghayati keindahan Islam melalui perspektif baru. Maaf kerana lewat balas komen, internet lambat sangat baru-baru ini. Nak link, dipersilakan.

    ReplyDelete