Saturday, March 14

SEMBELIH

"Ustaz nak sembelih, jom kita pi tengok," ajak Cikgu Ros.
Apa lagi, saya ikut saja.Peluang begini bukan datang setiap hari.
Pelajar-pelajar sudah berkerumun mengelilingi ustaz di tepi surau. Burung puyuh sudah siap menanti di dalam sangkar. Ahhh, semua teruja semata-mata kerana mahu menyaksikan penyembelihan burung puyuh.
Berbanding dengan zaman kanak-kanak saya, budak-budak sekarang, terutamanya yang tinggal di bandar, jarang berpeluang melihat penyembelihan haiwan untuk dimakan. Ayam dibeli siap tanpa kepala di pasar dan di pusat membeli-belah. Jikalau diberi seekor ayam hidup untuk dimasak, entah berapa orang yang tahu bagaimana hendak menyembelih dan memasaknya.

Menggeletar tangan pelajar yang diberi tugas memegang erat burung tersebut untuk disembelih. Alhamdulillah Ustaz bijak menerangkan cara-cara penyembelihan mengikut cara Islam sebelum bertindak menunjukkan cara menyembelih haiwan tersebut. Selepas itu, para pelajar pula diberi tanggungjawab melakukan penyembelihan itu sendiri. Alhamdulilllah, kesemua 20 ekor burung puyuh telah berjaya disembelih, dibersihkan dan dimasak di bawah pemantauan guru-guru.
Ada beberapa pelajar yang pucat lesi, mungkin kerana pertama kali melihat haiwan disembelih cara Islam. Semoga pengalaman tersebut menginsafkan mereka supaya tidak membazirkan makanan lagi.
"Gulai burung puyuh dah siap!"
Kelihatan mereka beramai-ramai mencedok periuk untuk mendapatkan bahagian yang dikehendaki. Berselera nampaknya mereka makan masakan hasil tangan sendiri, hahahaa.. Itulah pengalaman yang bakal menjadi kenangan kepada mereka seumur hidup.

2 comments:

  1. Cool... I sould organise such a programme in my college as well. It will eally bring the students closer to each other, insyaAllah as well as make them appreciate food.

    ReplyDelete
  2. Adawiyah, I was told that it's part of Pendidikan Islam syllabus, and I do believe that the students have benefited from the experience.I certainly do :)

    ReplyDelete