Sunday, March 1

MENUNDUKKAN EGO

Alhamdulillah setelah sekian lama membiarkan ia berbalutkan plastik di atas rak buku agama, akhirnya saya berjaya juga menghabiskan pembacaan buku ini. Tidak seperti buku Travelog Haji yang saya habiskan dalam tempoh semalam, saya mengambil tempoh tiga hari untuk membaca Travelog Dakwah sehingga ke muka surat akhir. Saya cuba menghayati mesej yang cuba disampaikan.
Komen saya? Menarik dan menginsafkan.

Mungkin kerana saya selalu menziarahi blog beliau dan membaca artikel terbarunya, pembacaan buku ini terasa seolah-olah menziarahi semula seorang sahabat lama yang sudah lama tidak bertemu. Kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini menceritakan penghijrahan seorang hamba Allah dari 'zaman jahiliah'nya kepada 'kelahiran barunya' sebagai seorang Muslim yang bergelar Haji.

Daripada kesemua bab, bab yang paling menyentuh hati dan menginsafkan saya adalah yang bertajuk "Hebat?" Ya, manusia mana yang tidak berasa dirinya hebat, tambahan apabila dipuji oleh orang lain? Tambahan apabila dirinya berupaya melakukan sesuatu yang sukar dilakukan orang lain? Namun apabila teringatkan dirinya hanyalah hambaNya Yang Maha Esa, dan keistimewaan itu merupakan satu anugerah yang disyukuri, maka beliau beristifar dan memuji kebesaranNya pada akhir bab ini.

Bagi saya, ia bukan sesuatu yang mudah - menundukkan ego yang jikalau dilayan, akan mengizinkankan diri digoda dan dihasut untuk bersikap angkuh dan sombong. Melayan kehendak ego itulah antara faktor yang menjauhkan manusia daripada Allah swt. Ego yang wujud dalam diri setiap daripada kita hanya akan berjaya ditundukkan apabila kita sentiasa mengingati kekuasaanNya dan sujud padaNya. Kita sebenarnya hamba Allah yang memerlukan keredhaan dan rahmatNya.

Terima kasih atas peringatan ini, Prof. Muhd Kamil :)

3 comments:

  1. Oh, akak dah baca dah. Best kan buku-buku Prof Mohd Kamil ni. Menginsafkan dan menjadi teladan buat kita.

    Travelog Haji dan Travelog Dakwah antara 2 buku terbaik jualannya di MariBaca setakat ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    sorry kak Aliya because i think this may out of topic. but i must show you this.

    look at this links

    this is her conversion to Islam with her husband and domestic servant.

    http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_news&pg=bm_news_kheu&ac=1775

    and five days later she passed away. may Allah grant her ultimate prize in Akhirat. may us all get Husnul Khatimah. Amin.

    http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_news&pg=bm_news_kheu&ac=1777

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam azlan
    Thanks for the link and sharing with us. InsyaAllah I'd check it out later.

    ReplyDelete