Thursday, March 12

BUBUR

"Nasi dah jadi bubur," keluh seseorang.
Hari ini keluar keputusan SPM. Alhamdulillah ramai pelajar yang kelihatan riang. Walaupun saya tidak mengajar mereka, saya tetap diamanahkan menguruskan pengambilan keputusan mereka.
"Cikgu, kena ambil kertas Matematik sekali lagi."
"Saya nak pergi temuduga minggu depan! Tak bolehkah buat hari ini?" tanya seorang lagi apabila diberitahu akibat kelalaiannya sendiri, Sijil Berhenti Sekolahnya tidak dapat dikeluarkan.

Alahai, pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang tersenyum riang kerana daya usahanya selama ini berjaya membuahkan hasil yang baik. Ada pula yang mengelamun jauh kerana keputusan yang diterima kurang memberangsangkan. Beberapa orang kelihatan gelisah kerana mendapati mereka gagal dalam subjek penting seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang boleh membantutkan cita-cita mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Alangkah baiknya sekiranya mereka itu bersungguh-sungguh bersiap sedia untuk menghadapi keadaan hari ini. Tempoh 5 tahun di sekolah menengah diakhiri dengan sekeping slip keputusan SPM yang bakal menentukan masa depan masing-masing. Berapakah yang berpuas hati dan bersyukur? Berapakah pula yang menyesal dan berkata dalam hati, "Kalaulah dahulu saya ...?"
Bubur yang tidak dikehendaki terpaksa ditelan jua. Namun bubur tetap sedap jikalau bijak dimasak dan dihidangkan. Masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan merancang masa depan sendiri yang lebih baik.

Itu keputusan SPM pelajar. Bagaimana pula apabila tiba giliran kita yang menerima keputusan di Padang Masyhar kelak? Adakah kita akan berfikiran, "Kalaulah saya dahulu ....?"

5 comments:

  1. Salam kak,
    Sgt bersetuju dgn pendapat kak Aliya. Buat apa pun bersungguh2!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    true! true! but how many realized that?

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. Bubur ape agaknya Kak Alia? Bubur kacang or pengat pisang? Hehehe...

    Masa kecik-kecik belajar rajin-rajin, belajar pandai-pandai pasal nak kerja bagus bile dah besar...

    Meningkat besar sikit, gigih belajar rajin-rajin, belajar pandai-pandai pasal nak masuk sekolah asrama atau MRSM...

    Bila naik ke peringkat SPM, gigih belajar rajin-rajin, belajar pandai-pandai pasal senang nak dapat scholarship nanti...

    Bila dah masuk A-Level, gigih belajar rajin-rajin, belajar pandai-pandai pasal nak mudahkan urusan agar boleh fly ke UK tanpa sebarang masalah...

    Bila dah masuk universiti, gigih belajar rajin-rajin, belajar pandai-pandai pasal nak dapat a good degree...

    Akhirnya perkara yang sama berulang...muhasabah diri kita...apakah yang kita mahukan daripada hidup ini?

    Kita berasal daripada syurga, tak mahukah kita pulang kembali ke kampung halaman kita?

    ReplyDelete
  4. kak aliya, i like this one a lot. kalaulah. itulah perkataan paling menikam perasaan bila nasik sudah jadi bubur. nani mau balik ke syurga. nani mau jadi org baik. nani tak mau jadi org yg berkata kalaulah di depan Allah SWT nnt.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam sarah, azlan,fazdhly,
    Jangan kita menyesal kemudian hari. Apabila kita dijemputNya, tiada apa-apa lagi yang boleh kita lakukan, oleh itu bautlah semua amal jariah yang kita mampu, jauhilah segala keburukan dan hayatilah ajaran Islam yang disampaikan oleh rasulullah saw kepada umatnya.
    fazdhly, bubur apa pun sedap dimakan tetapi kalau dah niat nak masak nasi akhirnya menjadi bubur, buat macam manapun takkan kembali menjadi nasi yang enak.
    Nani, saya pun tak mahu menyesal di dalam kubur. Semoga kita menjadi umat pilihanNya ke syurga firdaus.

    ReplyDelete