Monday, March 23

JALINAN UKHWAH TERBARU

Syukur alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt. Siapa sangka, pada hujung minggu yang lalu, saya dihadiahkan satu pengalaman yang cukup berharga dan menarik. Jodoh dan pertemuan ditanganNya.

Tanpa sebarang perancangan awal, akhirnya saya diketemukan dengan seorang kawan baru, kawan kepada seorang kawan saya. Dia Lily (bukan nama sebenar) seorang Amoi, cantik dan manis orangnya. Saya juga diketemukan dengan beberapa orang saudara dan saudari Muslim yang menghadiri program ESQ. Kehadiran saya sebenarnya untuk memperkenalkan Amoi kepada pendekatan dan ajaran Islam, di samping menemukannya dengan Muslimin dan Muslimat lain yang dapat membantu. Pada mulanya, saya menganggak mungkin Lily tidak dapat hadir setelah gagal menghubunginya melalui telefon pada hari yang dijanjikan. Tambahan pula, kereta saya perlu dimasukkan ke bengkel kerana kurang sihat. Saya hanya mampu bertawakkal padaNya. Sekiranya ditakdirkan bertemu Lily, maka akan bertemulah kami. Sesungguhnya tentang hal tersebut, saya berserah kepadaNya. Oleh itu, apabila Lily akhirnya menelefon pada waktu zohor, saya bergegas ke pusat tersebut. Dalam hati saya berdoa agar Allah benarkan saya bertemu dengannya, risau dia akan hampa dan berlari pulang apabila mendapati saya tiada di situ untuk menyambutnya. Sekiranya berlaku, ia adalah kesilapan dan kelalaian saya!

Syukur, dia tersenyum apabila saya tiba. Seorang brother yang mengajak saya membawa Lily ke situ, mempersilakan kami berdua ke dewan sebagai pemerhati program ESQ. Oh, bukannya mudah berpeluang menonton satu program yang bernilai beratus-ratus ringgit itu! Kami diberi sambutan yang cukup baik dan mesra. Beberapa persoalan Lily berjaya dijawab. Saya cuba menerangkan lebih lanjut kepadanya tentang tauhid, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sudah diketahui oleh orang Islam amya. Alhamdulillah, kata Lily lagi,dia berminat mengikuti program ESQ yang lengkap untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Islam. Biarlah sessi program ESQ yang sempat kami tonton itu menjadi rahsia.

Hanya Allah swt yang berhak memberi hidayah kepada mereka yang dipilihNya. Saya hanyalah hamba Allah yang diberi tugas dan amanah khas pada hari ini. Semoga Lily terbuka hatinya menerima Islam sebagai ad-deen.

Marilah kita berdoa agar lebih ramai lagi mereka yang mencari kebenaran dan Tuhan menemui jalan pulang, kepada Islam, insyaAllah.

(Maaf, sepatutnya pos Sabtu malam tetapi line internet di rumah amat lambat. Sekarang pun tengah menumpang di lokasi khas semata-mata untuk menggunakan kemudahan internet, huhuhu)

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    may Allah gives that lenglui Hidayah. Amin

    Wasalam

    p/s: i'm just guessing she's a lenglui. based on your description.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam azlan,
    ameen.. yes, she's a lengnui, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Salam.. looking fwd to join ESQ.. ada gak dgr pasal ESQ ni best.. cemana Akak leh jadi pemerhati ya?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Myzwar,
    Saya diberitahu ESQ diadakan setiap akhir bulan di Penang. Saya tak berani nak komen best atau tidak kerana terpulang kepada individu yang menghadirinya. Namun saya terpikat dengan kemesraan dan kasih sayang yang dipamerkan dengan ikhlas sepenajang tempoh saya di sana. Alhamdulillah, tak kelihatan sikap mementingkan diri dan menilai orang lain sepertimana yang sering berlaku di masyarakat. Saya pemerhati kerana membawa & menemani seorang wanita bukan Islam ke program itu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, syukur kerana dengan uzinNya, "Lily" dalam cerita ini telah mengucap 2-kalimah syahadah baru-baru ini di Jab.agama Islam PPinang. Katanya saya boleh memanggilnya "Sarah". Mudah-mudahan ramai lagi yang menjejaki langkahnya, insyaAllah.

    ReplyDelete