Tuesday, May 26

BELIAN INTERNET

"Aliya, ada bungkusan atas meja."

Alhamdullilah, barang yang dipesan dah sampai. Inilah hadiah awal untuk ulangtahun ke-3, hehehe. Terima kasih.
"Cantiknya.. beli dari mana?"
"Berapa harganya?"
Saya beritahu kepada yang melihat dan yang membelek. Itulah abaya pertama yang saya beli, yang dipesan secara online [selalu tengok Kakchik buat promosi, nak juga saya cuba, hehehe]. Jubah dah ada tetapi abaya belum ada lagi sebelum ini.

Inilah yang saya beli dari MissAbaya. Harganya berbaloi kerana kain selesa dipakai dan sulaman pun cantik. Susah nak dapatkan pada harga yang sama di sini. Cuma saya perlu sediakan innerwear hitam kerana butangnya di hadapan.Oleh kerana ia labuh, bolehlah saya padankan dengan kasut tumit tinggi. [satu lagi alasan untuk membeli-belah]. Saya beli 2 pasang sebenarnya tetap biarlah yang satu lagi jadi rahsia, hehehe. Ia labuh sebenarnya, tidak mengikut bentuk badan.

Bungkusan kedua sampai hari ini.
Tudung nuur kaktus bidang 60 inci, yang dipesan dari sini. Yang sehelai lagi berwarna coklat jingga. Alhamdulillah, sesuai dengan citarasa saya. Yang seronok sekali, tak perlu digosok. [sekarang lebih selesa dengan tudung 60" kerana lebih mudah dipakai menutup aurat]. Mungkin akan memesan lagi tudung begini, hehehe.

Baju kurung, tudung dan segala pakaian menutup aurat yang sesuai untuk ke pejabat dan majlis rasmi memang masih terhad dalam koleksi. Maklumlah, baru 2 1/2 tahun bergelar Muslimah. Banyak pakaian lama yang tidak boleh lagi dipakai di luar rumah; maka perlu menambah baju kurung dan jubah sebagai pakaian kerja. Saya tak suka keluar membeli-belah pakaian tetapi kini ia satu keperluan. Nampaknya membeli secara internet satu pilihan yang menjimatkan masa.

Hmmm... masih memikirkan nak pakai abaya tersebut di mana?

11 comments:

  1. Assalamualaikum WBKT

    Cantik abaya...zaman skrg ni org mmg suka pakai abaya...nampak moden, elegen tapi menutup aurat.

    Tapi Kak Aliya kena hati-hati juga...jangan sampai masuk kategori tabarruj jahiliyyah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aliya. Waduh, waduh... akak juga sudah punya abaya sekarang ya. Selamat menikmati keseronokan dan keselesaan memakai jilbab hitam yang menutup aurat dan elegan. Memang cantik abaya yang akak beli tu. Eheh, ada sebut nama kita pulak tu... harap2 ada manfaatnya.
    Makin lama makin bertambahlah tudung & abaya kak aliya sebab bila kita makin serasi, kita akan terus mencari (beli-belah la tu...).

    mmmm.... abaya mana yg akak beli yg rahsia sgt ni?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sis aliya.


    wahhh, cantiknya!

    ReplyDelete
  4. jubah/abaya menarik made in jordan di sini
    http://hananonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. jubah dan abaya menarik made in jordan di sini
    http://hananonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Ummul,
    Betul, biasa di kedai hanya jubah yang agak mahal. Saya agak cerewet membeli pakaian.
    Yang berani beli online pun setelah lama survey dan harganya berpatutan. Sebenarnya saya lebih selesa memakai jubah dan abaya kerana tidak nampak terlalu kemelayuan, tambahan bila keluar dengan Mak saya. Nak tambah jubah seluar pula lepas ini :)

    ReplyDelete
  7. salam.. saya juga beli jubah dari kedai online yang sama.. sangat berpuas hati .. kan? alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Salam

    Cantiknya abaya. Saya tak pernah beli jubah online. Belum jumpa harga yang selari dengan bajet kemampuan. Selalu saya pesan daripada adik teman yang menetap di Arab. Setahun sekali dia balik bercuti saya akan dapat beberapa abaya untuk diri sendiri dan jual pada kerabat keluarga. Setahun hanya sekali. Macam hari Raya. Hehe.

    ReplyDelete
  9. kak aliya,
    saya pun dah beli tudung beberapa kali dari situ. tapi yang abayanya, apa url nya ya?
    saya pun sama, berpendapat membeli-belah secara online satu kemudahan :)

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam kakchik, Madam Zorra,whorhaslina,Mynie,
    kakchik, abaya MissAbaya yang bersulam biru itu reserve for a special occasion.
    Madam Zorra, memang puas hati.Tapi lain kali kena beli saiz S,tak sedar diri ni pendek, hehehe.
    whorhaslina, bertuahnya dapat terus dari Arab. InsyaAllah kalau ada peluang ke umrah,mahu juga saya beli borong jubah banyak-banyak, hahaha.
    Mynie, urlnya http://www.missabaya.com/

    ReplyDelete
  11. Kak Aliya,Cantik tudung tu, beli kat mana ye?

    ReplyDelete