Friday, August 27

SOALAN

Saya masih ingat, ketika saya mula minat Islam, banyak juga perkara yang mengelirukan saya sehingga saya tidak pasti sama ada tindakan memeluk Islam adalah sesuai dan baik.
Bukannya kerana saya tidak percaya kepada wujudnya Tuhan Yang Esa.
Bukannya kerana saya tidak percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar.
Cuma... saya masih ada soalan yang belum berjawab, dan reaksi sesetengah orang Islam sendiri turut mengelirukan saya. Ia sedikit sebanyak melengahkan saya daripada memeluk Islam.

Soalan yang sama juga ditujukan kepada saya oleh nonMuslim yang seolah-olah menyindir saya apabila mengetahui minat saya pada Islam ketika itu. Begitu juga, ditujukan oleh ahli keluarga apabila menyedari minat saya itu, dengan harapan minat saya terhadap Islam akan semakin pudar.

Di antara yang menghantui saya ketika itu:

1. Mengapa mahu peluk Islam sedangkan Islam itu banyak sangat ritual keagamaannya berbanding agama lain? Mesti sembahyang 5 kali sehari, mesti puasa, mesti bertudung dll sedangkan agama lain mudah sahaja?

2. Kalau Islam itu baik, mengapa ramai orang Islam menjadi Mat Rempit, penagih dadah, perogol, perompak, buang anak, berzina dan sebagainya? Bukankah itu menunjukkan ajaran Islam itu ada kelemahannya?

3. Mengapa orang Islam masih bergaduh/berperang sesama sendiri sedangkan Islam itu mengajar kedamaian? Antara orang politik, antara jiran tetangga, antara ahli keluarga? Kalau Islam itu baik, tentu orang Islam tak bergaduh sesama sendiri sebaliknya bersatu?

4. Islam membenarkan pergaduhan dan pembunuhan? JI, Taliban, Islam terrorists... semua mereka adalah orang Islam, bukan?

4. Kalau saya peluk Islam, di manakah boleh saya tinggal kalau saya dihalau oleh keluarga? Bagaimanakah saya nak hidup sedangkan segala perbelanjaan seharian disediakan oleh ibu bapa? Saya tak mahu tinggal di rumah perlindungan yang jauh dari pusat bandar kerana bimbang tak dapat sesuaikan diri tanpa kemudahan internet dan sebagainya.

5. Perlukah saya memberitahu keluarga saya bahawa saya mahu peluk Islam? Atau masuk Islam secara senyap-senyap?

6. Kalau saya masuk Islam secara senyap-senyap dulu dan berlakon seolah-olah saya belum Islam di hadapan ahli keluarga, bukankah itu bermaksud saya menipu ibu bapa dan ahli keluarga saya? Bukankah Islam mengajar umatNya supaya sentiasa jujur?

7. Apabila saya memeluk Islam, saya tidak lagi boleh melibatkan diri dalam ritual keagamaan keluarga saya yang masih nonMuslim. Sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia, saya akan dituduh anak derhaka dan tidak mengenang budi kerana tidak melakukan upacara keagamaan mereka kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam? Bagaimana saya harus hadapi keadaan itu nanti?

8. Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam, seterusnya tidak lagi dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi. Benarkah tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam?

9. Perlukah saya menjadi Melayu apabila memeluk Islam, yakni berpakaian ala orang Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu? Bagaimanakah saya harus kekalkan identiti saya sebagai orang Cina tetapi beragama Islam?

10. Orang Islam mendakwa bahawa Islam itu agama benar dan Allah itu Maha Esa, dan hanya satu tuhan. Apakah buktinya yang boleh saya yakinkah kepada ahli keluarga saya yang begitu negatif terhadap Islam?

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya saya berjaya melakukannya, berhijrah dan memeluk Islam.
Bagaimana pula dengan mereka yang masih menanti jawapan kepada soalan-soalan seperti di atas, mereka yang 50%, 60% atau 70% berminat memeluk Islam?
Bolehkan anda membantu menjawab soalan-soalan tadi untuk meyakinkan mereka?

16 comments:

  1. salam kak aliya, as a muslim, n born muslim, sy still x dpt jwb soklan2 kt atas dgn penuh yakin... sy rase itu bergantung pd tahap ilmu, mgkin ilmu sy x sebanyak, dan sy pn masih byk bertanya, same2 kte carik jwpannya...
    u opened my mind kak aliya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    saya ter"stumble" ke blog akak thru blog kawan saya, dan tertarik sangat baca post2 akak..
    dan baca pasal soalan2 ni, rasa cam nak share apa yang saya faham tentang Islam dan environment Malaysia.

    soalan 2,3,4,
    pandangan saya, rasa cam tak adil kalau dikatakan Islam itu ada kelemahan sebab masalah2 tu. bagi saya, mana2 agama pun offer some kind of aturan utk make sure followers dia buat baik. but i would say Islam is the best solution la. cuma the thing is, religion offer, tapi tak semua orang ikut. even dalam religion lain pun, ada je serial killer, rapists, etc etc. masalahnya ialah bila kita tak practice the religion, Islam sekadar nama, dan lagi burukkan nama islam juga. (reminder to self utk behave well, berakhlak Islam.. huhu) I'm not saying orang2 tu jahat or teruk, cuma keadaan membentuk macam tu. not everyone is getting the right input (ilmu) dan dalam berapa ramai yang dapat that the right input pun, tak semua yang boleh keluarkan the right output (amal, akhlak) sebetulnya. sama2 kena usaha. what i can say is, semua orang kene dalami the fundamentals of Islam, what it teaches and what we can do about it. ada juga kisah2 yg pernah dengar, ada orang yang sangat2 bersyukur dan menangis sebab dia kenal islam dulu sebelum dia kenal penganut Islam lain. Yusuf Islam salah sorang, kalau saya tak silap.

    soalan2 pasal anak derhaka dan keluarga tu, saya tak dapat nak jawab. pada saya pun, isu keluarga ni macam sensitif. huhu. dan tak berada dalam situasi. can't imagine kalau saya ada dalam situasi akak tu. entah saya akan jadi sekuat akak atau tak. huhu

    tentang soalan 9,
    pandangan saya, ini terkesan dengan environment malaysia yang Islam tu sangat sinonim dengan Melayu. most of the thing yg kita buat nampak macam melayu, plus dengan adat2 yg sedia ada la kan.. cuma what I can say, sangat tak perlu pun untuk korbankan identiti bangsa. sebab pada saya, luaran itu budaya dan bangsa, tapi biar core dan tunjang dia Islam. dari cara berpakaian ke, asal tutup aurat dan tepat syarat, boleh saja, dan masakan dan makanan, asal ingredients dia halal, ok je. dan saya tak nampak kenapa perlu utk berbahasa melayu. cuma mungkin lah untuk mudah sikit belajar agama, tapi saya tak nampak kenapa perlu utk dibuang identiti.

    pasal soalan 1,
    saya tak tahu nak jawab camne, cuma mungkin, saya rasa, once kita dah lalui, baru tahu kot. once dah kenal Islam, it won't too much of a burden, dan mungkin sampai satu tahap boleh jadi satu kenikmatan yg tak boleh nak cakap. mungkin akak boleh share apa perasaan akak, masa sebelum, awal2 then lepas dah biasa ke?

    soalan 10, saya rasa it will be a real long discussion, dan saya tak rasa saya mampu utk kasi bukti2 tu.. tapi saya ada a few DVDs of lectures yang berkaitan. mungkin boleh share dengan akak nanti kalau berminat.

    macam mana pun, sekadar berkongsi pandangan dari perspektif seorang yg tak merasai apa yg akak dan non-muslims lain rasa. saya minta maaf awal2 kalau ada yang tak kena. huhu.

    akak terus menulis eh? saya rasa sangat beneficial utk both Muslims and non-muslims alike. semoga terus bermanfaat.

    btw, akak tulis tu, itu yang menghantui akak ketika itu. mind sharing kalau akak dah ada jawapan2 tu skarang? perhaps boleh offer a new insight dari perspective akak yg dah atau sedang melalui semua tu.

    sorry saya tulis panjang sangat. huhu. dan maaf lagi skali kalau apa yang saya cakap tak kena or tak patut ke. huhuh..

    ReplyDelete
  4. (saya tulis yg awal2, tapi tadi macam ada masalah, so saya tulis balik.. rupanya dah submitted pun.. huhu)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikgu,

    Your article here has inspired me to try and answer the questions above in my own way over at my blog. Care to check out the first series at : http://mahaguru58.blogspot.com/2010/08/if-islam-is-only-true-faith-from.html

    ReplyDelete
  6. Mari kita mengambil sirah(sejarah) nabi. Nabi pernah ditanya apakah amalan paling utama. ! soalan yg sama. 3 jawapan berbeza(bergantung kepada 3 org bertanya).
    Soalan seperti ni jawapannya bergantung kepada org yg bertanya.
    Izinnkan saya menjawab secara ringkas.
    1- Solat(bukan sembahyang untuk islam) merupakan perbezaan jelas dengan agama lain. solat 5 waktu bertujuan mengingatkan manusia kepada khalik(penciptanya) 24jam sehari.
    2,3 dan 4 - Ambil contoh terbaik(Rasulullah). Pengikut2nya bukannya sempurna
    5 - Tidak ada paksaan untuk peluk islam. Sudah tentu kita akan sentiasa diuji. Jika sanggup silakan. Allah tidak akan menzalimi hambanya
    6 - Undang2 Malaysia hanya membenarkan tukar agama selepas umur 18 tahun. Sementara syariat islam didaulatkan sepenuhnya kita terpaksa menunggu.. Gunakan undang2 sedia ada
    7 - Perkara yg bukan ritual agama lain boleh dilakukan. Ziarah dll
    8 - Hanya agama berbeza. Hubungan kekeluargaan tetap terjalin
    9 - X perlu masuk melayu. Amalkan islam. Cukup
    10 - Jawapan ini berdasarkan ilmu penanya

    Kesimpulannya. Jawapan yg akan diberi bergantung kepada yg bertanya. Kita hanya berusaha. Hidayah kerjaNya

    Lihatlah indahnya akhlak Ust Farid Ravi bila memilih islam. Akhirnya ibunya turut islam. Subhanallah.

    p/s: tengah carik satu link video cite bagaimana dia islamkan ibunya. Dah dapat saya bg tau. Insya Allah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,

    Jawapan soalan 2, 3 dan 4
    Saya menjawab soalan dalam perspektif yang sesuai difahami oleh orang bukan Islam.

    Saya mulakan dengan analogi. Seorang manusia memandu kereta BMW kemudian didapati eksiden melanggar sebatang pokok. Siapa yang salah, pemandu atau kereta BMW? Mana-mana manusia yang waras akal fikiran akan memilih sikap pemandu itu yang salah.

    Kes yang sama,
    pemandu = penganut agama Islam
    kereta BMW = agama

    Keadaan yang sama juga dalam persoalan 2, 3 dan 4. Jika ada penganut agama Islam yang membuat kesalahan sedemikian, maka kita tak boleh salahkan agama.

    Bagaimana kita tau kereta tu tak salah? Kita rujuk manual kereta dan lihat caranya beroperasi. Cara yang sama, untuk tau agama Islam salah atau tidak, kita kena rujuk manual agama iaitu al-Quran. (sebaik-baiknya jika mereka baru lagi kepada Islam tak perlu sebut tentang Hadis lagi, takut mereka pening)

    -Mungkin boleh hadiahkan al-Quran (translasi) kepada mereka yang bertanyakan soalan.

    ReplyDelete
  8. Jawapan soalan no 1
    (Saya menjawab soalan dalam perspektif yang sesuai difahami oleh orang bukan Islam.)

    Pada pendapat saya, ritual dalam Islam adalah sangat sedikit jika dibandingkan dgn agama lain. Jika ada pun, itu hanyalah budaya sahaja.

    Contohnya, sebagai penganut Islam ada berkhatan dan bercukur. Tapi setelah dibudayakan, ianya menjadi seperti satu upacara atau ritual yang kompleks. Sesuatu yang mudah menjadi kompleks. Kita tak perlu ikut budaya Melayu itu, hanya perlu ikut agama Islam yang mudah sahaja.

    Biasanya mereka yang peluk Islam boleh bezakan antara budaya Melayu dan Islam dan mereka tahu Islam itu mudah sahaja.

    Tuhan yang cipta kita jadi Dia tau apa yang lebih baik untuk kita. Bila dia minta kita solat, puasa dan pakai tudung, orang Islam buat kerana mereka tahu Tuhan lebih tahu daripada kita.

    Solat 5 kali sehari akan membantu untuk membersihkan dosa2 kita. (tanya mereka macamana mereka bersihkan dosa mereka). Selain itu, orang Islam bila solat tak kira pangkat, warna kulit, bangsa akan berdiri sama-sama rapat bahu ke bahu, kaki ke kaki. Ini akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia. Sebagai manusia, apa lagi yang lebih rendah diri dari letak bahagian dahi ke tanah di depan Tuhannya?

    Puasa akan menjadikan manusia itu menjadi lebih baik. (elakkan guna perkataan taqwa atau iman nanti mereka tak faham). Semasa puasa bukan setakat tak makan dan minum (dr 6am sampai 7.30pm, lebih kurang). Puasa termasuklah tak buat perkara tidak baik seperti:

    - mendengar benda tak baik/gosip
    - bercakap perkara tak baik/menipu/bercakap besar
    - tangan dan kaki tidak berbuat benda tak baik seperti mencuri/berjalan ke tempat pelacuran
    - otak tak berfikir perkara yang tak baik
    - dan banyak lagi.

    Dengan kata lain, puasa men'train' manusia menjadi lebih baik. (tanya mereka kalau dalam agama mereka ada macam ni, JANGAN CAKAP YANG TIDAK BAIK TENTANG AGAMA MEREKA, just tanya sahaja, kalau mereka tak jawab pun tak apa)

    Tudung adalah sebahagian dari hijab. Hijab untuk tutup badan supaya sopan dan elak dari dicabuli (elakkan quote dari Quran jika mereka tak baca Quran lagi).
    Tanya mereka yang mana lebih sopan, pakai meutup atau pakai terdedah? Tanya mereka pelacur akan memakai pakaian yang macamana (mungkin ekstrim sangat kot)?
    Tanya mereka jika ada perogol, mana yang akan dipilih, yang pakai tutup (hijab) atau pakai terdedah?

    Akhir sekali tanya mereka tentang ritual lain yang mereka tahu dalam Islam dan terangkan supaya mereka faham beza antara budaya dan agama.

    ReplyDelete
  9. Soalan 4 (ii) dan 5

    Untuk memeluk Islam adalah sangat mudah, hanya perlu mengucapkan syahadah dengan saksi orang Islam. Kalau tak ada orang Islam, maka sekadar megucapnya sudah cukup.

    Sama ada untuk memberitahu keluarga adalah tertakluk kepada keadaan masing-masing. Setiap keluarga dan situasi dalam keluarga masing-masing adalah berbeza. Contohnya, ada keadaan di mana si bapa mungkin akan membunuh si anak kerana memeluk Islam. Si anak juga mungkin akan kehilangan tempat tinggal dan tiada wang perbelanjaan untuk makan minum mahupun pelajaran.

    Jika perkara ini berlaku, siapakah yang sanggup membantu? Adakah orang Islam kita sekarang?
    Adakah tanggungjawab pejabat agama? Dari pengalaman, pejabat agama tak membantu dalam hal ini.

    Sebenarnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menyebarkan pengetahuan Islam kepada setiap manusia terutamanya yang belum Islam dan merupakan tanggungjawab setiap muslim untuk membantu mualaf ini. Tapi adakah kita menunaikan tanggungjawab kita?

    Dalam keadaan ini, adalah lebih baik untuk merahsiakan dahulu memeluk Islam dan apabila keadaan sesuai baru diberitahu. Jika sudah mampu berdikari adalah lebih baik untuk memberitahu serta-merta.

    Kita perlu faham bahawa ibu bapa ini takut akan hilang anak mereka setelah memeluk agama Islam. Mereka tak faham agama Islam kerana kita gagal menyampaikan kepada mereka. Mereka perlu diberitahu bahawa anak mereka hanya memeluk agama dan masih lagi anak mereka. Anak mereka sedang cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik. Kalau boleh ajar mereka tanggungjawab anak kepada ibu bapa dalam Islam.

    ReplyDelete
  10. Soalan 7 and 8

    Keadaan ini pastinya berlaku di mana akan dituduh sebagai anak derhaka dan tak kenang budi ibu bapa.

    Untuk mengatasi masalah ini, si anak perlukan mengamalkan deen Islam yang sebaik yang mungkin. Demi Allah, tunjukkan bahawa mereka menjadi manusia yang lebih baik setelah memeluk Islam. Bantu ibu bapa di rumah atau tempat kerja, bantu untuk masak, bantu untuk membeli barang, peluk ibu bapa (jarang dalam masyarakat Cina). Jangan merungut walaupun sedikit. Jika ibu bapa sudah tua, jagalah mereka sebaiknya. Mana tau nanti mereka juga akan peluk Islam.

    Jika kita mampu untuk mengambil hati ibubapa, tak perlu lagi kisah tentang cakap belakang orang lain.

    Walaupun tak ambil bahagian dalam ritual keagamaan bukan Islam, apa yang kita lakukan pastinya akan cukup untuk mendamaikan hati ibu bapa dan itu sudahpun pastinya cukup untuk kita.

    Jika ada sanak-saudara yang melihat bagaimana kita melayan ibu-bapa kita, pastinya akan hormat kepada kita.

    Demi Allah, kita ikut deen dan segala akan dipermudahkan untuk kita.

    7. Apabila saya memeluk Islam, saya tidak lagi boleh melibatkan diri dalam ritual keagamaan keluarga saya yang masih nonMuslim. Sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia, saya akan dituduh anak derhaka dan tidak mengenang budi kerana tidak melakukan upacara keagamaan mereka kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam? Bagaimana saya harus hadapi keadaan itu nanti?

    8. Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam, seterusnya tidak lagi dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi. Benarkah tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam?

    ReplyDelete
  11. Soalan 9 dan 10

    Masalah orang belum Islam di Malaysia ialah mereka tak dapat bezakan antara Melayu dan Islam. Secara logiknya seorang Melayu tak boleh jadi Cina atau bangsa lain ataupun sebalik.

    Jadi kalau peluk Islam , identiti bangsa tak perlu ditukar kecuali kalau bertentangan dengan agama Islam. Pada masa yang sama tak perlu pula nak ikut budaya Melayu seperti memakai sarung (teringat kat pejabat agama mereka memberi kain sarung), berbaju melayu, dsbnya.

    Untuk meyakinkan ahli keluarga aka berdawah memerlukan dua perkara yang penting iaitu ilmu dan 'wisdom' (kebijaksanaan?).

    Pertama sekali, penuhkan dada dengan ilmu Islam sebanyak yang boleh. Kemudian melihat kepada situasi dan keadaan keluarga, kita berdawah.

    Jika boleh kita bersihkan semua salah-tanggap mereka tentang Islam seperti yang diwar-warkan dalam media seperti terrorism dan sebagainya sebelum mulakan dawah.

    Analogi untuk pada jawapan saya untuk soalan 2,3 dan 4 sangat berguna.

    Contohnya, jika keluarga adalah berpelajaran rendah sahaja, mungkin boleh mulakan dengan beza antara Islam dan budaya Melayu. Kemudian pergi kepada topik yang mudah seperi hubungan anak dan ibu bapa.

    Bagi keluarga yang berpelajaran tinggi seperti sains mungkin boleh dilihat keajaiban al-Quran dari segi sains.

    Jika ahli keluarga adalah mereka yang mengkaji kitab seperti bible, boleh diminta mereka melihat ke dalam kitab mereka sendiri dan bandingkan dengan Quran. (pengetahuan kitab adalah penting di sini)

    Apapun yang dilakukan pastikan mematuhi etika semasa berdawah. Antaranya:
    Jangan memcaci atau berkata yang buruk tentang agama/kitab/tuhan mereka.
    Gunakan kebijaksanaan penuhkan dada dengan ilmu, kalau tak minta orang lain untuk melakukannya.

    Saya tak jawab soalan 6. :D Nak tengok orang lain jawab dulu.

    ReplyDelete
  12. W.S,
    5. Kamu yang tidak tahu dan tidak faham hukum Islam, jangan pula salahkan orang lain. Saya sudah terangkan pada kamu berdua tentang hak seorang janda beragama Islam untuk memilih suami dan menentukan kadar mas kahwinnya sendiri, dan mas kahwin itu adalah milik isteri yang dinikahi, bukan milik ibu bapa.
    Wang hantaran yang mengikut adat melayu untuk urusan kenduri kahwin tidak dberi kepada keluarga kerana kami suami isteri sendiri yang uruskan majlis perkahwinan.
    Dalam Islam, tiada konsep memberi dowry seperti adat Cina dan India. Dan saya menikah ikut syariat Islam, bukan adat Melayu.
    Bukan saya tak beri tahu tentang perkahwinan saya tapi kamu yang tak mahu terima dengan baik. Mengapa kenduri dilakukan dalam last minit pun saya sudah terangkan- ia pada minggu peperiksaan dan kami sudah bertukar pemilihan lokasi kenduri beberapa kali.
    Hutang lawyer's fee dulu sudah lama saya bayar, tanyalah mak kamu.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Cikgu...

    Saya sangat suka article ini, bolehkah saya copy paste soalan sebagai title blog saya? sebab saya juga mempunyai pandangan sendiri ingin dikongsikan...

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam Ikhwan,
    Dipersilakan, tapi quote blog ini sebagai sumbernya, k. :)

    ReplyDelete
  15. kalau boleh nak tambah lagi satu soalan :
    kalau kaum hawa dan adam dicipta oleh allah untuk hidup bersama. kenapa pulak kene masuk islam bagi yang bukan islam untuk kahwin dengan yang islam? tak aci kalau masuk islam secara terpaksa hanye untuk bersama kekasihnye. tapi itu bagaikan politik kat beberapa negara islam sekarang ni, kalau tak masuk islam tak boleh kahwin... hai... dunia dah nak kiamat...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...segala soalan yg Kak Aliya tanya sama macam soalan yg saya hadapi dulu dengan Islam. Setelah berjumpa dengan Brother Lim dan Firdaus Wong, barulah nyata dan jelas.

    ReplyDelete