Saya kali pertama membaca sajak ini pada tahun 2006, iaitu baru-baru memeluk Islam.
Maaf, tak dapat dipastikan siapa penulis asalnya.
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yg relax, disangka malas
Orang yg pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kpd Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya...
Memang benar, manusia suka bersangka-sangka...
Lebih teruk lagi, sangkaan buruk itu diluahkan sangkaan itu kepada orang lain. Semakin teballah buku catatan dosa.
Awas.. awas.. awas..
Kawal minda kita daripada bersangka buruk pada orang lain, ya!
Berbaik sangka (husnu dzan) memang satu perbuatan yang di anjurkan..
ReplyDeleteSemuga kita dapat berbaik sangka kepada Allah setiap masa dan ketika.. atau sekurangkurang nya sebelum kita menghembuskan nafas terakhir di dunia yang fana ini
salam kak aliya...
ReplyDeletemay i have your permission to use this on my FB page? thank you.
zylia
Waalaikumussalam PRSB,
ReplyDeleteSure, go ahead. May it be helpful to others, insyaAllah.
Assalamualaikum kak Aliya,
ReplyDeleteSaya nak letak dalam blog saya juga, boleh? TQ.
Waalaikumussalam Sakinah,
ReplyDeleteBoleh, linkkan saja ke sini, k.