Monday, October 4

DUIT TAK HARAM?

"Olang melayu ahhh, kata babi itu halam, tak boleh sentuh tapi loi [duit] masih banyak laku ooo," kata seorang Apek.
Saya diam, buat-buat tak faham perbualan mereka yang semakin rancak di kedai kopi.
"Haahaha... yalah Apek. Kita olang beli daging [babi] dengan duit, tangan sentuh daging, sentuh loi, dia olang tak cakap itu loi halam oooo," sampuk kawannya.
"Itu loi mana ada halam punya, loi semua olang suka mahhhh," jawab Apek diikuti dengan gelak ketawa mereka bertiga.

Mereka tidak sedar bahawa saya memahami perbualan mereka. Perbualan yang bukan kali pertama saya dengar yang menyentuh tentang wang ringgit yang bertukar tangan, dari penjual daging khinzir kepada pembeli, kepada orang ramai. Dulu bapa saya juga pernah kemukakan persoalan ini.
Mereka tahu bahawa daging khinzir haram dimakan oleh orang Islam.
Mereka tahu bahawa darah/ daging khinzir itu juga haram bagi orang Islam.
Oleh itu, mereka sengaja membayangkan apa yang akan berlaku jika wang ringgit yang mereka sentuh itu [terkena darah/daging khinzir di pasar] masih dibasahi rembesan daging khinzir dan bertukar tangan dengan orang Islam.

Kalau orang Islam pegang wang yang pernah terkena daging khinzir, haramkah wang itu bagi orang Islam itu?
Nakal? Mungkin, tapi itulah yang sering bermain-main di kepala mereka.
Sentuh khinzir haram; sentuh wang yang terkena air dari khinzir itu bagaimana? Tak haramkah?

Hmmm... kalau Apek tanya saya, agaknya bagaimana harus saya jawab ya? [takkan nak katakan perlu samak setiap keping wang yang diterima?] huhuhuuu...
Apakah jawapan terbaik yang boleh saya beri kepada Apek?

20 comments:

  1. The correct view is that pig-related impurity should be washed only once. Al-Nawawi (may Allaah have mercy on him) said in his commentary on Muslim (Sharh Muslim): “Most of the scholars were of the view that pig-related impurity does not have to be washed seven times. This is the view of al-Shaafa’i, and it has the strongest evidence.”

    "..pigs are mentioned in the Qur’aan and they existed at the time of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and there is no report which likens them to dogs. So the correct view is that pig-related impurity is like any other kind of impurity, and there is no need to wash seven times, one of which should be with dust or dirt." -Shaykh Ibn ‘Uthaymeen

    The correct view concerning washing other types of impurity is that whatever will remove the impurity is sufficient, and there is no specific number of times it must be washed.

    No matter what the correct view with regard to cleansing oneself after touching pigs, you do not have to wash any part of your bodies now, and that does not have any effect on your prayers.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Bdasarkn apa yg saya tahu, pgang duit, pgang tangan org bkn Islam, tdk salah..

    Islam tdk mmberat2kn shingga pkr yg di luar pengetahuan kita.

    Cuma, mngkin jika ia dilihat scr live tersentuh dgn babi, sbaik2nya, elakkn ambil duit yg itu, atau samaklah (stahu saya, perkataan tepat ialah sertu.. samak utk mmbersihkn darah dsb dr binatang yg baru disembelih)...

    Wallahu'alam

    Mohon dperbetulkn jika ada ksilapan

    ReplyDelete
  3. salam kak aliya! long time no comment, hehe. =) nani selalu dtg, cuma tak komen je.

    a-ah kan kak, nani tak pernah pulak terfikir pasal ni. lepas kak aliya cerita baru tertanya-tanya. lepas bace komen kat atas, nani thankful sgt sebab belajar benda baru. tapi ape2 pun nani tunggu kesimpulan kak aliya jugak! cepat tau!

    ReplyDelete
  4. pendapat saya
    Bab duit ni termasuk dalam perkara najis yg sukar menjaganya seperti najis binatang seperti burung di tepi2 jalan. Diharuskan.

    Boleh semak kepada yg lebih ahli. Kami ni pun lebih kurang je dengan puan. He3

    ReplyDelete
  5. Salam Adib,
    Thanks for your comment. Yes, I do agree with you but I find that most Malays still insist on the 7 times washing.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam slave of Almighty,
    "Islam tidak mmberat2kan sehingga perkara yg di luar pengetahuan kita"
    Ya,saya setuju :)

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Nani,
    Sebenarnya banyak perkara yang sering menjadi bahan perbualan orang bangsa lain, termasuklah tentang amalan orang Islam, yang kita jarang tahu sebab tak faham bahasa mereka.
    Hehehe... kalau kak aliya dah pasti, takkanlah kak aliya nak tulis pos macam tu, kan? Jom kia belajar sama-sama.
    Ni dok tunggu komen ustaz-ustaz dan mereka yang lebih arif :)

    ReplyDelete
  8. joe penang,
    Samalah kita :)
    Ada pembaca lain yang boleh berikan pendapat, camner nak jawab Apek tu, ya? [dan juga bapa saya]

    ReplyDelete
  9. Assalamua'laikum Puan, sekadar berkongsi pengetahuan saja dan menambah kepada pendapat2 lain di atas. InsyaAllah.

    Don't worry, tak perlu samak.

    Sebab pertama, menurut kaedah fiqh, asal segala sesuatu adalah suci kecuali dapat dibuktikan dengan yakin ianya bernajis (ada rupa, rasa, bau). Kalau tiada bukti ada najis pada wang, maka wang itu suci.

    Kedua, najis tidak berpindah jika dzatnya (rupa, warna, rasa) tidak berpindah sekalipun memang jelas ada terkena najis itu.

    Ketiga, isu sentuh khinzir perlu samak atau tidak itu sendiri adalah khilaf. Ulama hanya sepakat tentang diharamkan makan dagingnya, itu sahaja. Menyentuhnya tidak haram, cuma yang disoalkan adakah sentuhan itu dikira bernajis atau tidak. Majoriti 'ulama, dalil2 beserta pendapat yang kuat mengatakan tidak perlu samak jika sentuh khinzir.

    Anyway kalau nak faham lebih lanjut, perbahasannya boleh didapati dalam kitab-kitab fiqh muktabar. Try check kitab fiqhul islami wa adillatuhu (atau tajuknya Fiqh dan Perundangan Islam dalam Bahasa Melayu) oleh Prof Dr Wahbah Zuhaili.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. Assalaamu'alaikum. If you're looking for a way to give a quick reply to people, you could tell them that if the money is dry then there is no problem because "impurity is only transferred when it is wet" (Fataawa Islamiyyah, 1/194 )

    And you could add, "but if it (the money) is wet, it's enough to just wash the hands".

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Aliya,

    Bagi saya, tiada seseorang pun dapat mengawal perkara yang di luar kawalan atau pengetahuan seseorang itu. Dan kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada norma batas-batas kehidupan selagi kita makhluk ciptaan Allah yang bernama "manusia".

    Tanya balik "apek" tu macam mana dia nak pastikan bahawa nenek moyangnya beserta susur galurnya itu satu ketika dahulu tidak pernah menjadi pelacur ataupun tidak pernah dirogol ataupun tidak pernah berlaku curang lantas melahirkan anak haram?

    Sekiranya terbukti "apek" itu nenek moyangnya pernah menjadi pelacur atau pun pernah dirogol atau pun pernah berlaku curang sehingga membawa kepada kelahiran susur galur "apek" itu, adakah ini bermaksud bahawa seluruh keturunannya hina, jijik dan kotor seperti nenek moyangnya pada satu ketika dahulu?

    Mohon maaf sekiranya bahasa saya agak kasar.

    ReplyDelete
  12. Pokoknya...ada 1 pelajaran drpd isu yg dibangkitkan oleh non-muslim ttg orang Islam...

    ...yg mmbuatkan mereka (non-muslim) mmandang agama Islam begitu "aneh" sekali....

    ...ini disebabkan kita suka mmberat2kan yg ringan...dan mringan2kan yg berat!!!!

    Tahukah sdr berapa ramai non-Muslim begitu keliru dgn agama Islam yg begitu simpel....

    Masih Ramai yg belum mengetahui bahawa:

    ISLAM MMPERCAYAI HANYA ADA 1 TUHAN YG ESA (TAUHID)...DAN MUHAMMAD S.A.W. ITU ADALAH RASULNYA YG TERAKHIR...

    Yg mereka semua tahu adalah:
    MUSLIM TAK BOLEH MAKAN BABI!!!!
    MUSLIM TAK BOLEH SENTUH BABI DAN ANJING...
    MUSLIM TAK BOLEH MINUM ARAK....
    dan seterusnya byk lagi ritual2 lainnya....
    tapi tak pernah mengetahui ttg aqidah itu sndiri!

    (Sungguhpun ini semua penting, namun...)
    Kita harus bekerja keras utk mghidangkan ini semua secara hikmah & dlm perspektif yg lebih seimbang!!!

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam Zuhairi,Adib,nas,
    Terima kasih atas perkongsian. InsyaAllah, sama-sama kita semua mendapat ilmu.
    nas, saya setuju :)

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam Nazri MikhQail,
    Bukankah kita disarankan berdakwah mengikut cara Rasulullah saw, berlemah lembut dan sabar :)?
    Hmmm, setahu saya dalam ajaran Islam tiada istilah anak haram/anak luar nikah?Kalau kita tetap gunakan gelaran itu pada bayi yang tidak berdosa, bermakna kita turut mengikut amalan jahiliah penganut agama lain?

    ReplyDelete
  15. Menarik jugak topik ni. Tapi saya pun berpendapat (dengan knowledge saya yg agak cetek), yang duit itu x perlu samak.

    Saya terppikir pulak situasi, kalau apek yang suka berjudi, makan duit haram...membeli barang di kedai Muslim...boleh tak si pekedai tu menerima wang apek tu kalau dia tahu asal usul duit tu dari mana?

    ReplyDelete
  16. Salam Kak,

    Betul kak, saya setuju... memang Islam tak membezakan sesama insan walaupun keturunannya datang dari kalangan nenek moyang yang paling hina dan keji sekalipun. Kerana apabila seseorang anak kecil itu dilahirkan, ia bagaikan sehelai kain putih, bersih dan suci... terkecuali dari angkara nenek moyangnya. Kerana itu harus di tanya soalan ini kepada "apek" tersebut sebagai perbandingan kepada isu duit yang ditimbulkan sama ada ianya masih haram atau tidak setelah bertukar tangan.

    Dah menjadi lumrah manusia... senang memberikan pandangan yang perjudis tanpa memikirkan perbandingan yang boleh melibatkan dirinya sendiri. Selagi tak terkena batang hidungnya sendiri, selagi itulah dia tak nak berfikir.

    ReplyDelete
  17. Along,
    Dari pembacaan saya, wang yang datang dari sumber haram, tetap akan halal apabila ia bertukar tangan dalam proses jualbeli, sedekah dan derma.

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam Nazri MikhQail,
    :)

    ReplyDelete
  19. Salam,
    thanks for sharing the knowledge~
    May ALLAH Bless Us
    ;)

    ReplyDelete