"Cikgu, apa itu sunat?" tanya Liling [bukan nama sebenar].
Saya tergamam. Saya lihat wajah pelajar Tingkatan 1 berbangsa Cina itu. Ternyata dia serius nak tahu.
Tatkala pelajar-pelajar lain sibuk menyalin soalan Bahasa Inggeris daripada papan tulis, tiba-tiba dia berbisik kepada saya soalan tersebut dalam bahasa Mandarin.
"Mana kamu dengar perkataan itu?" saya meminta kepastian daripadanya.
"Zul kata lelaki kena potong benda mereka tu dengan pisau," kata amoi itu lagi.
"Cikgu, Zul tak malu betul, benda tu pun dia nak bagitau mereka," celah si Amin yang duduk di hadapan Liling.
"Dia yang nak tahu, saya ceritalah!" jawab Zul pula.
Saya mula membilang dari 1 ke 10... sabar, sabar..
'Cikgu, betul ke kena potong?" perasaan ingin tahu Liling meluap-luap.
Saya menarik nafas panjang. Mau tak mau, perlu jawab. Kalau tidak, lagi bising kelas itu nanti.
Tapi bagaimana nak jawab, pada waktu singkat begitu?
"Sunat adalah untuk lelaki Islam, mesti buat semasa di sekolah rendah," saya jelaskan.
"Kena potongkah kulit?"
"Sikit saja," saya cuba menahan ketawa. Buat wajah selamba sambil menjawab seringkas yang boleh.
"Tak sakit ke?"
"Sikit saja, macam semut gigit. Sekarang biasanya dilakukan di klinik, dengan pisau kecil saja, Nak jadi lelaki, kenalah berani," saya senyum padanya.
"Tapi.. kawan saya seorang perempuan, dia kata dia kena sunat juga," Liling semakin hairan.
"Ada perempuan yang disunat juga, tetapi ketika dia masih bayi kecil. Perempuan tak wajib, tapi lelaki wajib laluinya. Kalau tak sunat, lelaki Islam tak dapat sembahyang dengan sempurna, kerana dianggap masih tidak bersih."
"Ooooo..." Liling mengangguk faham. Kelihatan dia berpaling dan berbisik dengan kawannya.
"Cikgu, kenapa ckgu pakai tudung panjang [labuh]?" tanya Liling lagi beberapa minit kemudian, masih dalam bahasa Mandarin, sedangkan dia sebenarnya boleh berbahasa Inggeris.
"Nak tutup ni," saya jelaskan sambil tangan dihalakan ke arah dada. Juga dalam bahasanya.
"Cikgu lain, ramai yang pakai tudung pendek saja?"
"Tudung mesti tutup dada," saya ulangi lagi sambil tersenyum.
"Ok."
Amin menyampuk,"Cikgu, saya tak faham 100% apa cikgu cakap tu tapi saya setuju. Cakap cikgu boleh percaya, tapi cakap Zul tak boleh percaya sebab dia banyak kelentong."
Ketika itulah, saya hampir tak tahan, nak gelak kuat-kuat.
Pening. Ada sahaja soalan yang tidak berkaitan dengan subjek yang saya ajar ditujukan oleh para pelajar. Maklumlah saya sahaja guru yang berbangsa Cina, boleh berbahasa Cina Hokkien dan Mandarin tetapi beragama Islam di sekolah. Ia secara tidak langsung menjadikan saya seolah-olah tempat rujukan untuk apa-apa sahaja berkaitan dengan Islam, yang ingin diketahui oleh pelajar Cina. Mereka lebih selesa bertanya dalam bahasa Cina kerana tidak akan difahami oleh pelajar bangsa lain.
Ini bukanlah sesuatu yang saya jangka akan berlaku apabila saya memulakan tugas di sekolah tetapi nampaknya, ia bakal menjadi satu tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan berhati-hati, insyaAllah.
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. It seems that they feel a lot more comfortable speaking with you instead of the others. Perhaps it's because they realize a lot in common. Nationality, Language and even Gender plays a role in this da'wah. SubhanAllah. Keep up with the patience and careful choice of words. :)
ReplyDeletesaaya lalui sendiri pengalaman 'bertempur' dgn muslim yang jumud. setelah setahun, saya nampak apa yang tak sepatutunya dilihat.yg jumud hanya menggunakan islam sebagai topeng untuk menang.bukan soal kaum keturunan,jauh sekali soalagama.menggunakan wibawa palsu,ye lah, guna alasan yang orang tak tahu,menang le..
ReplyDeletedari lela rentaka
shukur alhamdulillah...
ReplyDeletewell done, puan Aliyah...
I can understand why they feel comfortable with u!
Saya setuju dgn puan agar juga berhati2...
jgn sampai mndapat fitnah...heheheh
mgkn yg mmerhati...dan cemburu...dll...
atau ibubapa/penjaga mrk merasa terancam...?
(However, this friendly warning is not meant to discourage u...in nfect, we feel happy with what u do, & the oppurtunity that comes along..)
wassalam
Assalamualaikum kak aliya.
ReplyDeleteKalau kakchik menjadi murid akak pun tentu enjoy sakan dalam kelas. Baca coretan akak pasal kerenah anak murid yang pelbagai pun dah gelak sakan ni.
Akak kini menjadi ejen dakwah bergerak.
Alhamdulillah.
ReplyDeletePuan dikurniakan peluang berdakwah. Tanpa perlu mencari. Inilah peluang.
Dicadangkan sesiapa yg berminat nak tanya soalan berkaitan sila jumpa puan waktu free/selepas habis sekolah.
Puan boleh limitkan 10 min shj utuk sebarang soalan. Pas tu kena hari lain plak.
Atau boleh create satu lg fb berasingan. Khusus utk pertanyaan berkaitan islam.
Kita x mampu jadi pendakwah seperti Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat(aruah). Jadi 0.001% pun xpa.
Moga Allah menilai kerja sedikit ni sebagai ganjaran besar di akhirat. Amin
p/s: Jadual jaga SPM dah keluar.Free x pada Sabtu 30/10 9-11pg? Nak jemput ceramah di Parit Buntar. Boleh? Emel jemputan akan dihantar kemudian
Waalaikumussalam Adib,nas,
ReplyDeleteYes, true. I'm aware that I have to be more careful now, as a wrong move may jeopardize everything. As usual, I didn't ask for this school when I applied for transfer, so I suppose there must be something good that I'm sent to do here :)
Waalaikumussalam chik & joe penang,
ReplyDeleteAmeen.
Saya suka mengajar anak murid, ia menyeronokkan.
Tak sangka pula akan memikul tanggungjawab baru ini, tapi insyaAllah sentiasa beringat bahawa saya hanyalah hambaNya.
Setakat ni, 30/10 masih kosong, tetapi perlu berbincang dulu dengan suami, takut dia sibuk. Tak kisahkah kalau si anak turut ikut sama?
Assalamualaikum Sister Aliya.
ReplyDeleteAlhamdulilah, I am very proud and happy of what sister doing. If I was study at school before and there was a teacher who explain what is Islam to me, I think I would not be misled till aged 20+
When kids growing up become adult, they would influenced by media irresponsible news. 80% Chinese society not accept Islam due to their misunderstand and islamphobia.
Your few explaination would be their little steps towards Allah swt.
Salam Ikhwan,
ReplyDeleteFortunately (smt unfortunately due to abusers) nowadays we have so many stories about reverts to Islam available in internets & you-tubes. There are also excellent materials by eloquent ulama' on basic understanding of issues in Islam.
I believe you & others can help a lot to enlighten your friends (esp non-muslims) using this modern form of com.& info-sharing!!
x kisah. Nanti ana confirm balik by emel. Cuma tukar ke 30/10 ni. Maklumat terperinci dalam emel nanti
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ikhwan,
ReplyDeleteSuch opportunity to talk about Islam in schools is rare, and I'm glad I was given the chance to do so. Yes, it would be great if Muslim teachers do take some time and effort to explain about Islamic teachings during integrated lessons, but then there is such a common fear among the Malay teaching staff that talking about Islam would be misinterpreted by parents as trying to convert students to become Muslim.Children are naturally curious, and I believe that by explaining the true teachings of Islam to them, would help to foster better understanding about Islam as a way of life.