Thursday, October 14

BILA MEREKA ITU LAIN

Kali pertama saya tak perasan.
Kali kedua baru saya nampak mengapa kepala begitu. Rupa-rupanya Siti [bukan nama sebenar] memakai tudung fesyen terkini, yang orang gelar sebagai tudung bonggol unta.
Saya teragak-agak untuk menegurnya.
Maklumlah kami baru berkenalan, tak sampai pun sebulan lamanya.
Dia pun jarang bercakap dengan saya, kerana sifatnya yang agak pendiam.
Tapi saya tahu, dia memang suka fesyen. Bergaya. Trendy. Potongan badan pula menarik.

Tiba-tiba saya sedar mengapa Aina[bukan nama sebenar] nampak lain benar.
Dia memakai nose ring. Kecil saja tetapi masih boleh dilihat dengan jelas.
Kali pertama nampak, saya terkejut benar. Segera mengucap.
Maklumlah dia beragama Islam; walaupun bersubang hidung, masih memakai tudung.
Tak sangka benar bahawa dia berani pakai, tambahan dengan kerjanya yang seharian berurusan dengan ahli masyarakat. Apa agaknya tanggapan klien-kliennya terutama yang beragama Islam apabila mereka berurusan dengannya?

Saya agak susah hati kerana saya anggap mereka sebagai rakan saya, walaupun tidak rapat.
Pengetahuan saya tentang perkara yang ditegah dari segi pemakaian - bertudung ala bonggol unta dan berhias dengan menebuk hidung seperti wanita Hindu - menyebabkan saya agak kurang selesa apabila berada dalam kalangan mereka. Saya jadi serba salah.
Mahu sekali saya tegur mereka dan memberitahu mereka tentang pendapat para ulama tentang cara penampilan diri mereka itu, yang boleh merugikan mereka. Sebagai kawan, saya tak mau mereka terus sesat dengan keadaan berpakaian sebegitu.

Sepatutnya saya tegur mereka tetapi saya juga berpendapat, kalau saya tegur sekarang sedangkan kami baru berkenalan, kemungkinan besar teguran saya akan diterima secara negatif. Apatah lagi, di sekeliling mereka, ramai lagi yang lebih arif dan boleh dikatakan lebih senior daripada saya, seperti ustazah-ustazah yang jauh lebih berpengetahuan dan kenal mereka dengan lebih lama. Nanti saya pula yang dituduh nak tunjuk pandai, hehehe.

Kasihan saya pada mereka setiap kali bertembung, tetapi lidah masih berat untuk menegur. Takut mereka tak suka, dan terus merajuk dengan saya sedangkan niat saya baik, tak mahu mereka terus silap langkah. Maka setakat ini, yang mampu saya buat adalah mendoakan mereka agar terbuka pintu hati mereka untuk berubah menjadi lebih baik secara keseluruhan, termasuk cara pemakaian dan berhias diri.
Tapi mungkinkah saya seorang saja yang perasan lebih , sedangkan yang lain di sekeliling diam saja, dan terima keadaan mereka yang begitu?
Berpengetahuan sahaja belum cukup, perlu juga bijak berkomunikasi. Tahu bagaimana nak tackle orang lain.
Hmmmm... pening juga.

Nak tegur takut orang terasa, tak tegur rasa macam-macam pula.
Berasa kasihan kerana mereka masih sesat dan tidak tahu, satu hal. Itu mudah diuruskan, insyaAllah.
Berasa diri ini lebih 'baik' daripada mereka, kerana diri lebih tahu, lebih tertutup, dan tidak buat 'salah' seperti mereka, satu hal lain pula. Ooooo bahaya! Bahaya perasaan begitu, dan setiap kali ia muncul dalam hati dan minda, terpaksa saya cepat-cepat nyahkan daripada terus bersarang di hati dan minda. Takut sangat-sangat dengan perasaan 'saya lebih baik, awak lebih teruk' itu. Saya tak berhak menilai mereka hanya dari segi penampilan fizikal, tambahan lagi yang berhak menilai hanyalah Allah SWT.
Saya pun manusia biasa, banyak lagi kelemahan diri sendiri yang hanya Allah swt yang tahu.

Kelebihan berada dalam kumpulan mereka yang lebih berpengetahuan dan lebih 'alim' dari segi penampilan diri, diri kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi sebaik mereka, insyaAllah.
Sebaliknya, apabila berada dalam masyarakat yang sebaliknya, dengan mereka yang kurang menjaga aurat, kelihatan kurang serius dalam bidang agama, bahaya apabila timbul perasaan "I'm better than you".
Saya berusaha untuk kawal perasaan begini, dan alhamdulillah setakat ini, masih selamat.
Semoga Allah terus lindungi dan berikan petunjuk kepada saya dan rakan-rakan saya itu, ameen.

5 comments:

  1. Salam dear sis,

    Interesting write-up as I'm sometimes bugged by this similar situation too. Afraid of being labeled inappropriately, many of times just walked away feeling disappointed as I couldn't contribute more .....the only thing we can do for now is constantly pray may Allah SWT shower HIS hidayah and taufik upon all of us.......ameen

    BTW came across a fascinating article about this nose-ring thingy.
    http://www.islamqa.com/en/ref/105415

    In my knowledge, Pakistani, Afghanistan and Indian Muslim women do pierce their noses; most likely influenced by the Hindu culture.......Allah hu allam

    ReplyDelete
  2. saya juga hadapi perkara yang sama kak.. di kalangan pelajar senang sikit nak tegur. di kalangan rakan sekerja susah sikit sebab masing2 dah tahu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumssalam nisha,
    True, for Indian Muslims it's still their culture but for Malay Muslims? hehehee.. sometimes that's why people say it's easier to be bad :P

    ReplyDelete
  5. Salam Humyrah,
    Ya, lebih mudah tegur yang lebih muda, yang pangkat lebih rendah daripada kita.
    Hmmm, bila sambut orang baru?

    ReplyDelete