Tuesday, April 20

WANGI SEKARANG...

"Cikgu, best la minyak wangi ni.. mai saya pakaikan," kata seorang pelajar sambil menghulurkan sebotol minyak wangi jenis roll on kepada saya.
Saya menggeleng kepala lalu tersenyum.
"Terima kasih tapi cikgu tak boleh pakai di sekolah. Haram hukumnya jika bau wangi pada badan ni dicium oleh lelaki bukan muhrim," saya jelaskan kepadanya.
"Oh... betulkah?" dia mengerutkan wajahnya. Menimbang. Menilai.
"Ya, betul... kalau wanita Islam keluar rumah dengan badannya berbau harum dan bau itu tercium oleh lelaki yang bukan muhrimnya, dia dah buat perkara yang haram di sisi agama Islam. Kita boleh pakai minyak wangi di rumah bila bersama dengan keluarga, tapi tak boleh bila berada di luar rumah."
Saya sengaja memberi penerangan yang ringkas kepadanya, sesuai dengan tahap pemahamannya. Kalau terlalu berat dan disusuli dengan hukum lain, takut nanti dia pula menjadi takut dan menolak.
Saya memerhati mereka dari jauh, anak-anak dara belasan tahun. Entah dari mana dan siapa yang membawa botol minyak wangi itu ke sekolah. Memang harum sungguh, sampai saya pun turut tercium.
"Eh, pergi jauh-jauh. Awak tak boleh dekat, haram... kami pakai minyak wangi!" tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang mendekati, mereka halau dengan garang.
Aik, begitu pula jadinya!

Saya paling takut menghampiri gerai-gerai yang menjual minyak wangi di gedung membeli-belah. Kedudukan gerai di tengah-tengah tempat lalu-lalang orang ramai menyebabkan mahu atau tidak, orang ramai terpaksa lalu di situ. Kalau nasib kurang baik, ada saja jurujual wanita yang menghampiri dengan sebotol minyak wangi dan menyemburnya ke tangan saya, atau mencalitnya ke pergelangan tangan tanpa meminta kebenaran. Gimik jualan. Hampir menjerit saya dibuatnya.
"Tak mau, tak mau," saya memberi isyarat tangan apabila melihat seorang jurujual sudah menghampiri.
"Kak, cubalah... percuma. Wangi ni, tak perlu beli. Cuba dulu, kalau suka baru beli," pujuknya.
"Tak mau, tak boleh. Saya nak shopping lagi."
Saja saya tidak mahu menerangkan kepada perempuan Melayu itu yang berwajah bertukar menjadi masam mencuka itu mengapa saya menolak tawarannya. Nanti lagi dia tersinggung.
Aduh, mereka tidak faham atau buat-buat tak faham. Islam melarang wanita daripada memakai minyak wangi di luar rumah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid niscaya tidak diterima sholatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

“ Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah).

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).

Tapi sekarang, ramai wanita yang berminyak wangi di luar rumah termasuklah Muslimah. Sedih, sungguh sedih. Takkan mereka tidak tahu tentang larangan memakai minyak wangi di luar rumah? Sukakah mereka jikalau digelar wanita berzina?

"Habis takkan nak berbau masam pula bila berpeluh? Kita ni wanita berkerjaya, kenalah jaga body dan jaga penampilan. Cuaca panas, kenalah pakai minyak wangi untuk menutup bau badan! Zaman dah berubah, kita pun kenalah sesuaikan dengan perubahan zaman."

Hello, kawan. Kalau tak faham hukum agama Islam, pergilah menuntut semula dengan ustazah. Buka balik kitab-kitab agama dan buku-buku fiqah yang menjadi koleksi pameran di almari rumah. Jangan cepat melenting apabila ditegur tentang tabiatmu yang selalu keluar rumah ke mana-mana dengan bau minyak wangi yang menusuk hidung sesiapa yang mendekatimu.
Berhati-hatilah ketika menyuarakan pendapat tentang hukum agama.
Mengapa perlu lihat pemakaian minyak wangi dari satu sudut sahaja?
Kalau badan berbau kurang menyenangkan, pakailah deodorant yang kurang wangi. Malah sekarang pun sudah ada deodorant yang dibuat daripada kristal yang tidak mempunyai sebarang bau dan tahan lama apabila disapu pada badan.
Tidak semestinya kaum wanita perlu bergantung kepada pemakaian minyak wangi sahaja apabila keluar rumah. Pilihan masih ada iaitu deodorant yang tidak berbau, atau baunya tidak kuat dan wangi sehingga menarik perhatian orang lain.

"Minyak wangi ni ada banyak kategori. Takkan semuanya diharamkan pakai di sisi agama? Takkan pakai minyak attar yang tiada alkohol pun tak boleh."

Minyak wangi bermaksud ia wangi. Asalkan ia berbau wangi dan boleh menarik perhatian orang lain sehingga oang suka dengan bau itu, hukumnya haram dipakai di luar rumah. Tak kiralah minyak attar yang dibeli di Makkah, minyak attar yang dibeli di pasar malam atau minyak wangi berjenama yang dibeli di Paris. Haram dipakai di luar rumah kecualilah kalau kamu mahu dicop sebagai wanita penzina oleh malaikat yang mencatat riwayat hidupmu.

"Kalau semua wanita tak pakai minyak wangi, tutuplah kedai perfum!"
Siapa kata? Minyak wangi masih boleh dipakai oleh Muslimah ketika berada di rumah, malah disyorkan isteri pakai untuk suami.
Cuma yang dilarang adalah tabiat Muslimah yang suka memakai minyak wangi di luar rumah sehingga baunya dicium oleh lelaki lain, dan ke masjid untuk solat, termasuklah ketika mahu solat hari raya di masjid-masjid.
Kalau Muslimah itu memakai minyak wangi lalu keluar rumahnya terus ke perhimpunan wanita atau rumah saudara/kawan wanita tanpa berjalan di kawasan lelaki, atau bau minyak wanginya itu tidak dicium oleh seorang lelaki bukan muhrim pun sehingga dia pulang semula ke rumahnya, maka itu dibolehkan.

"Kalau Muslimah berbau busuk kerana tidak memakai minyak wangi, nanti orang nonMuslim akan katakan kita ini golongan yang pengotor!"
Ishhh, ishh, ishhh... yang menyebabkan bau badan awak itu busuk bukan kerana tidak memakai minyak wangi tetapi kerana bau dari bawah ketiak awak. Mungkin kerana pemakanan awak yang tidak seimbang atau kerana awak tak mandi. Nak atasi masalah bau badan, kenalah gunakan deodorant atau anti pespirant, bukan dengan menyembur minyak wangi.
Orang non Muslim takkan menuduh Muslimah sebagai golongan pengotor kerana tidak memakai minyak wangi, malah ada yang akan berterima kasih kerana awak tidak seperti Muslimah tertentu yang berjalan ke sana sini seolah-olah sebotol minyak wangi tertumpah ke atas badannya. Namun mereka akan memandang sinis jikalau awak sebagai Muslimah memakai tudung yang kotor dan busuk, mulut awak berbau kerana tak bersihkan selepas makan, atau awak memakai makeup yang terlalu tebal sehingga awak kelihatan seperti pelakon opera Cina.

"Lelaki Islam boleh pakai minyak wangi, mengapa wanita Islam tidak boleh? Ini diskriminasi namanya, tak adil!"
Lelaki Islam memang sunat berwangi-wangian dengan minyak wangi yang halal semasa ke masjid untuk solat berjemaah. Tapi Muslimah lain. Islam melarang Muslimah berwangi-wangian di luar rumah tentu ada sebabnya. Untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri dan menjauhkannya dari perhatian lelaki serta fitnah yang boleh berlaku.Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Wanita dicipta berlainan daripada lelaki, dan diberi tanggungjawab sesuai dengan fitrah kewanitaannya.

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah swt berikan kepada kaum Muslimah.
Selidiki semula niat anda memakai minyak wangi atau perfume.

21 comments:

  1. Thanks for sharing Kak Aliya! Ni nak google deodorant kristal..first time dengar.

    ReplyDelete
  2. amin.dibuka hati sy utk klik link ke blog akak.
    Allahurobbi.mudah2an rmai lagi yg bace nukilan akak ni..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak aliya.

    topik yang akak tulis hari ni sangat sesuai dengan pengalaman kakchik sebentar tadi.

    kakchik pun tidak faham kenapa muslimah kita makin cuai bab-bab feqah ini. memakai tudung labuh tapi masih memakai wangian dan juga gelang kaki yang berkerincing setiap kali kali melangkah.

    hendak ditegur, kita sedang buat kerja dan mereka ramai termasuklah pengunjung lelaki yang sedang membaca akhbar.

    hairan, adik2 ni dari sekolah agama tapi mereka tidak begitu praktik apa yang mereka belajar. kalaulah kakchik tidak memfotostat masa tu pasti kakchik ajak dia ke tepi dan nasihatkan.

    yang tak tahannya, dari kalangan mereka juga ada yang badannya sangat masam, datang berdiri begitu dekat dengan kakchik menanti buku siap difotostat. waduh! sabar sajalah.

    ReplyDelete
  4. teringat saya akan kata seorang teman..."kita perlu berhikmmah... kadang apabila disampaikan hukum ada insan yg mengaku beriman tidak dapat terima... ini kerana kurangnya kesediaan iman untuk menerima hukum tersebut" saya kemudiannya berkata, bukankah iman itu wajib dicari sebelum ia diberi? beliau menjawab..."ya, namun begitu, inilah salah satu jalan dakwah. rasulullah mengajak umat terdahulu terlebih dahulu beriman kepada Allah swt sebelum diterangkan akan perihal hukum" terdiam juga saya...

    ReplyDelete
  5. fusherna,
    Crystal deodorant is a safer and more natural alternative, but more difficult to find in the shops.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam mohd & kakchik,
    Artikel ini berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Kalau ada kekurangan, harap tegur.
    Kakchik, ada Muslimah yang bukan tidak tahu, tetapi belum mahu amal.Alasan, orang lain pun buat begitu, bukan dosa berat bla3.Dulu zaman tok nek kita, jarang wanita berminyak wangi tetapi sekarang sebab mudah didapati dan murah dibeli,tambah dengan promosi, semburlah sana sini, syaitan pun happy.

    ReplyDelete
  7. Salam tenang_aku,
    'ini kerana kurangnya kesediaan iman untuk menerima hukum tersebut"
    Pada pendapat saya, bagi mereka yang sudah Islam, iman sudah ada, pendidikan asas dari sekolah rendah sudah diberi.. itu bukan alasan lagi bahawa iman kurang bersedia untuk terima sebarang hukum agama. Sebaliknya masalahnya iman yang ada tidak dibaja, kurang tarbiyah, terbiar sehingga tumbuh banyak lalang.
    Rasulullah mengajak mereka yang baru memeluk Islam untuk beriman pada Allah dulu sebelum diterangkan hukum agama. Namun bagi yang sudah beriman, generasi kedua dan seterusnya, tidak kita baca dalam al-Quran dan hadis bahawa umat Islam diberi kelonggaran dari hukum Allah sebab mereka kurang bersedia dari segi iman.
    Memang benar kita perlu berhikmah dalam menyampaikan hukum tetapi turut bergantung kepada siapa penerimanya, betapa kritikal keadaannya, serta pengaruh kesilapannya itu kepada masyarakat umum, bukan?

    ReplyDelete
  8. sy sokong sgt ttg ni..kadang, sy cuba mengajak teman agar sedar ttg ni, tp hampa..sering mereka katakan.."ala..ckit je la, utk diri snirik je bau..br rs confident! mn ade org len bau..ade ko bau??" tros sy terdiam..ade yg siap katakan, ustaz ustazah mereka kata xpe, asal x terbau oleh org len..wallahua'alam.

    ReplyDelete
  9. Salam sis Aliya,
    Setuju dgn ur post, even our beloved Prophet once said "Islam will begin as something strange and will go back to being something strange just as it began, so give glad tidings to the strangers"...so mmg tak hairanlah kalau isu pakai perfume ni ada saudara Muslimah yg take for granted, belum lagi kalau bgtau yg lelaki 'ditegah' memakai inai kat tangan since ianya dah jadi 'adat pengantin Melayu', anyway the crystal deodrant sounds interesting, kat mana sis beli ye :)

    ReplyDelete
  10. chirpy_chummy,
    Kalau kita tak bau wangi dari badan dia, takkan kita tahu bahawa dia sedang pakai minyak wangi, takkan kita tegur tanpa sebab, bukan?
    Pernah saya usik kawan semasa mula-mula memeluk Islam dan sedar akan larangan ini," Mak oii, harumnya.[dia tersenyum gembira] Tak takutkah nanti syaitan turut tergoda?" [wajahnya masam mencuka pula] hahaha... saya mengaku, saya memang nakal dulu.

    ReplyDelete
  11. kak aliya, sy amik secebis drp idea topik ni utk d share dgn rakan2 d blog sy,aci? maaf ye, da amik br gtau :p trima kasih..^_^

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam nuttynut,
    There can be so many 'unholy' practices during a Malay wedding that people take for granted eg decorative inai on hands of the bride and groom.
    Crystal deodorants are said to be safer than commercialized deodorants.I bought mine at the pharmacy.

    ReplyDelete
  13. chirpy_chummy,
    hahaha.. boleh kalau memberi manfaat.

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing Kak Aliya!

    rasulullah mengajak umat terdahulu terlebih dahulu beriman kepada Allah swt sebelum diterangkan akan perihal hukum" terdiam juga saya ustaz ustazah mereka kata xpe, asal x terbau oleh org len..wallahua'alam.


    Quran

    ReplyDelete
  15. Salam kak, saya dah google crystal deo tu..byk rupanya kat Sydney ni. Thanks again!

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam nilesh & fusherna,
    You're welcome :)

    ReplyDelete
  17. Salam

    kak, klu bab badan berbau nie sebenar nyer berkaitan jugak dgn faktor pemakanan dan keturunan. yg first 2 sume org maklum.

    tp yg bab keturunan 2 agak kontroversi sket. tp mmg btol pon. kajian scientific mengatakan org cina nie badan dorang mmg kurang berbau. bayangkan dorang pagi2 mana mandi tp x bau pon. walaupun buang air x basuh pon x berbau. lagi pulak org2 cina nie kurang berpeluh. nie pengalaman sy kt opis sy ler.

    klu org india/bangla 2........ sendiri paham2 jer. org melayu pon klu x mandi pagi nnt tgh hari dah hangit/masam. sy pon melayu jugak, tp hakikat kena terima.

    kira nyer kak aliya nie mmg lbh bertuah ler.

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam olyyn,
    Mungkin badan orang Cina kurang kerana kurang makan rempah ratus berbanding Melayu dan India, entahlah.Masalah B.O biasalah, cuma persoalannya bagaimana kita hendak tangani masalah ini tanpa memkompromikan hukum agama.

    ReplyDelete
  19. assalamu'alikum...
    syukran kak aliya...tak sangka bau badan pown dipengaruhi oleh pemakanan dan kaum..

    ReplyDelete
  20. Bau badan memang dipengaruhi oleh pemakanan. In term of race, I don't think the impact is big, as I have known many Indians, Malay, Arabs and Somalian friends who doesn't have any "signature" smell. Heck, some Chinese friend I know is smelly!

    I think it would have to depends on your genes (if you are sweaty type or not), food and hygine practices.

    And to comment on Aliya, "There can be so many 'unholy' practices during a Malay wedding that people take for granted eg decorative inai on hands of the bride and groom." I don't think INAI, on itself should be haram. It is just a decoration, just like lipstick or make up powder. Perhaps, one should be careful on the decorative pattern. If the pattern is flower or nature themed, shouldn't be haram. Just my 2 cents.

    ReplyDelete
  21. waalaikumussalam nurul hafifah,
    memang ada kesannya.. what goes in, must come out :P

    ReplyDelete