Friday, April 23

PANTANG LARANG LAGI

" Jangan bawa balik katil-katil tu, tunggu sampai awak masuk hospital baru ambil dan pasang di rumah. Atau lebih senang lagi , beli baru saja. Nanti terkena 'chong' [bala] susah..."
" Tak perlulah buat renovacation, biar selepas bersalin baru buat."

Saya dengar sahaja. Mak masih membebel panjang. Aduh, silap saya juga, memberitahunya bahawa kami bercadang memindahkan katil-katil bujang saya yang masih elok dari rumah lama ke rumah sekarang. Buat persiapan untuk saya gunakan di bilik tetamu tingkat bawah rumah semasa berpantang. Bahaya dan menyusahkan untuk saya naik turun tangga rumah sejurus selepas bersalin. Lagipun membazir saja kalau dibiarkan katil yang masih elok itu dibiarkan tanpa digunakan; masih perlu dipindahkan ke sini juga kelak. Kalau dibeli yang baru, mana pula hendak diletakkan yang lama nanti? Ruang rumah terhad.

Orang Cina memang banyak pantang larang untuk wanita mengandung.
Tak boleh buat renovation - takut anak cacat atau keguguran.
Tak boleh gerudi atau paku dinding rumah - takut anak buta.
Tak boleh pindahkan perabot dalam rumah - takut anak songsang.
Tak boleh hadiri pengebumian atau perkahwinan - takut kena bala
Tak boleh gunting atau potong apa-apa ketika duduk atas katil - takut uri anak terputus
Tak boleh guna glue - takut susah bersalin
Tak boleh beli stroller bayi dan simpan di rumah - takut membawa malapetaka
Perlu letakkan sebilah pisau di bawah katil - untuk elak gangguan makhluk halus

Saya tak percaya mahupun ikut taboo-taboo itu.
Namun begitu, untuk menjaga hati Mak, saya tidak memberitahunya bahawa kami masih jalankan sedikit renovation di rumah selepas mendapati saya mengandung. Mana boleh tunggu 9 bulan?
Syukur Mak tinggal kira-kira sejam dari rumah saya, dan perlu bergantung kepada adik untuk menghantarnya ke sini. Tak dapat la inspectorate di rumah setiap minggu, hahaha. Saya tahu Mak hanya risaukan keadaan saya dan cucunya tetapi bagi saya, susah nak terima bulat-bulat kepercayaan dan pantang larang untuk wanita mengandung itu.
Lagipun Allah swt yang menentukan masa depan dan keadaan fizikal dan mental anak yang bakal dilahirkan, bukannya kerana tindakan si ibu yang melanggar pantang larang itu.
Kalau terjadi pun, itu hanya secara kebetulan.

Amaran Mak saya beritahu kepada suami.
"Percaya tak?" suami bertanya.
"Tak 'cayalah... jadi bila nak ambil katil tu?" jawab saya. Lagi 5 minggu sebelum tarikh bersalin yang diberikan oleh doktor.
Yang perlu uruskan perkara itu adalah kami berdua; yang perlu angkat katil tentu sekali bukan saya.
" Tidur di atas tilam sajalah, tak perlu katil. Lagipun tak lama. Nanti kalau jadi apa-apa pada Yang dan anak, nanti Mak awak pula yang marah,' I told you so!'" cadang suami.
Arghhh, pulak...
Saya tak sanggup tidur di atas tilam tanpa katil, tambahan pula saya bakal menjalani pembedahan cesarean. Tentu susah dan sakit jikalau bangun dari tilam yang rendah. Gara-gara pantang larang, saya pula jadi mangsa, ishhhh tak mau!
Nak katil juga.. baru atau lama.
Anakku... ummi nak mogok ni!

10 comments:

  1. hehehe... rasanya baik tanpa katil hehehe mana tau nanti tgh tidur tertolak baby jatuh dari tempat tinggi. tapi katil bagus jugak....hmmmmm entahlah... lu pikir sendiri ea...ajak suami pikir sekali hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... alhamdulillah katil asing untuk baby sudah ada, cuma belum pasang lagi.

    ReplyDelete
  3. tentang iman dan dakwah.....jika Allah mengkehendaki sesuatu perkara begitu maka begitulah jadinya... setiap kita ada peranan. jika telah berusaha maka berserahlah pada Tuhan. islam tidak menganjurkan kita untuk menyalahkan sesiapa. dalam mentarbiahkan insan lain kita dianjurkan untuk bersabar.. dan bersabar... dan terus bersabar. cadangan saya...berilah peluang kepada setiap muslim untuk berubah dengan terus membimbing mereka. janganlah mudah disalahkan mereka wlau mungkin mereka salah. itulah sehingga dalam keadaan nazak rasulullah masih lagi menyatakan kasihnya kepada umatnya dengan menyebut..."umatku, umatku, umatku". siapalah kita tanpa pertolongan dari Allah.

    ReplyDelete
  4. Terkenang masa dok rumah mertua sementara tunggu hari bersalin;
    -jangan berdiri kt pintu, nanti susah bersalin
    -siapkan cross-stich tu cepat, takut anak tak cukup sifat
    -jangan letak towel atas bahu, takut baby terbelit tali pusat
    ... etc... etc...

    ReplyDelete
  5. salam kak aliya. saya slalu bc blog akak senyap2 saje. psl katil tu saya rasa eloklah ada memandangkn akak bakal bersalin c-ser. saya xprnh kena c-ser. tp mengikut pengalaman kwn2 yg c-ser lbh mudah nk bgn, duduk, bergerak dan sebagainya kalau guna katil. kalu xde katil guna tilam aje agak susah sket. papepun moga dipermudahkn semuanya, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam hanim,
    hahaha.. ada juga pantang larang Melayu ya, kadang-kadang ada yang tak masuk akal tetapi kalau nak jaga hati orang tua, lebih baik diam saja bukan?

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Heartilyina,
    Pengalaman semasa post-pembedahan fibroid dulu telah mengajar saya untuk berhati-hati semasa bergerak, lebih-lebih lagi bangun dari keadaan berbaring, maka saya memilih untuk berkatil demi keselamatan dan keselesaan. Bila dan bagaimana ia dibawa ke rumah terpulang pada suami dan ibu mertuanya.
    InsyaAllah akan berusaha untuk yang terbaik, selebihnya bertawakkal padaNya. Bidan/orang untuk jaga saya dan anak semasa berpantang pun belum dijumpai, masih satu misteri :O

    ReplyDelete
  8. benar, ibu saya juga ada banyak pantang larangnya. sukar untuk kita ubah mentaliti mereka.

    bayangkan, apabila anak kedua saya meninggal dunia, saya dan suami yang dipersalahkan atas sebab yang tidak logik, semata-mata mahu kami menghormati pendapat kolot mereka. moga mereka berubah..

    ReplyDelete
  9. Betul Humyrah, walaupun kita sudah dikira moden, bab-bab mengandung dan bersalin ni, orang tua banyak pantang larangnya. Teringat kawan Hindu saya, masa dia mengandung, gambar foto pun dilarang ambil.
    Bersabarlah, mereka yang tidak faham perlu dikasihani, bukan dimarahi

    ReplyDelete
  10. Hey...........rasanya baik tanpa katil hehehe mana tau nanti tgh tidur tertolak baby jatuh dari tempat tinggi. tapi katil bagus jugak....hmmmmm entahlah... lu pikir sendiri ea...ajak suami pikir sekali hehehe
    Quran

    ReplyDelete