Thursday, April 1

PEMANTAUAN

"Ehhh, depa dah pergi cari kelas ni.. cepat!"
"U kena tak?"
"Tak, kelas saya hari ni lepas 11 pagi."
"Siapa kena?"
"Saya ada kelas 5 kritikal nanti, risau juga kalau mereka masuk! Budak-budak tu kalau ada pelawat, lagi teruk pula perangai mereka."

Satu suasana yang sering berlaku setiap tahun apabila nazir sekolah, pihak pegawai pelajaran daerah dan negeri mengadakan lawatan rasmi. Boleh kelam kabut satu sekolah. Maklumlah laporan yang diberi kemudian akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kedudukan serta nama baik sekolah. Kalau sudah diketahui bila mereka akan melawat, alhamdulillah tak begitu gelabah para guru. Sebaliknya jikalau mereka 'turun padang' tanpa amaran, guru besar atau pengetua pun tak senang duduk dibuatnya.

Tanyalah semua guru. Tak ramai yang suka dipantau atau kena 'observe' semasa mereka mengajar di dalam bilik darjah. Sepasang mata yang menilai, tangan yang sibuk menulis komen dan wajah serius pegawai yang diamanahkan untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran digeruni kebanyakan warga pendidik, terutama yang baru bertugas dan kurang pengalaman. Yang berpengalaman pun kurang berminat dipantau jikalau kelas tersebut terdiri daripada pelajar lemah atau yang kurang berdisiplin. Stres apabila pengajaran yang telah dirancang untuk hari itu tidak dapat dijalankan dengan baik gara-gara kelakuan buruk segelintir pelajar yang tidak memberi kerjasama, dan komen negatif pegawai pemantau disampaikan ke peringkat kebangsaan.

Sebenarnya, pemantauan di dalam bilik darjah, penulisan rancangan mengajar dan semakan buku tulis pelajar memang dijalankan pada setiap tahun secara dalaman di sekolah. Itu adalah sebahagian daripada proses kerja seorang guru. Sepatutnya sudah tidak gelabah lagi jika datang pegawai nazir. Namun ada juga guru yang akan bermasam muka sekiranya dia dipantau semasa mengajar.
"Nak cari salah saja!"
"Tak senang dibuatnya apabila dia asyik meronda di dalam bilik darjah semasa pelajar sedang menjawab soalan."

InsyaAllah jika guru itu sentiasa bersedia dan merancang aktiviti pengajarannya setiap hari dengan sebaik mungkin mengikut kebolehan pelajar, dia tidak perlu risau jika dipantau.
Tugas guru memang mencabar tetapi bila sudah menceburi bidang ini, perlulah bekerja dengan sebaik mungkin. Mengajar dengan sebaik mungkin pada setiap masa.
Pelajar kita bukan bodoh. Mereka pun tahu menilai guru yang mengajar mereka. Mereka akan tersengih apabila tiba-tiba guru kelam-kabut masuk ke dalam bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran dan diiringi oleh seorang pelawat sedangkan sebelum itu guru hanya mengajar dengan kaedah 'chalk and talk'.

Kadang-kadang saya hairan. Sepanjang tempoh saya mengajar iaitu lebih 10 tahun, suasana yang serupa akan berlaku di sekolah setiap kali lawatan nazir atau pegawai pelajaran. Ada saja guru yang stres kerana bakal dipantau. Jarang jumpa satu sekolah yang guru-gurunya kelihatan tenang apabila dilawati pegawai pemantau.

Hmmmm... takkan selama ini mereka tidak sedar bahawa selama 24 jam sehari mereka dipantau?
Menyampaikan ilmu dengan betul atau tidak, mengajar dengan ikhlas atau sambil lewa.. semuanya akan dipantau setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam kelas.
Bukan dipantau oleh manusia biasa yang juga ada kelemahan tetapi pemantauan oleh Yang Maha Esa.
Catatan yang direkodkan tanpa cacat cela hanya akan dipaparkan di akhirat nanti.
Kalau diri sedar akan hal ini, tentu pemantauan berkala oleh nazir dan pegawai pelajaran adalah seperti orang Cina kata,"sap-sap soi" atau perkara kecil saja, bukan?
Apa-apa pun, Allah Yang Maha Berkuasa.

6 comments:

  1. Salam. Betul tu.Berbagai karenah. Saya dulu kerja Kem Pendidikan, maka saya sedar. Sekarang dah bersara.

    ReplyDelete
  2. Salam!
    Kita sama2 warga pendidik dan sudah lama berkhidmat, sepatutnya tak ada masalah sekiranya dipantau cuma debaran terasa kerana kita tak biasa menerima cabaran! Mrk yg pantau kita pun, bknlah dikalangan yg mahir ttg PnP. Cuba tanya pada mrk mengenai 9 kaedah pedagogi bagi setiap topik matapelajaran. Bila saya tanya pada mrk terutamanya nazir2 mengenai perkara ini, mrk bercakap pula ttg 9 kaedah penilaian `semasa observing`. Saya mglah tak berminat menjadi guru pakar DG48, krn rata2 yg saya temui, mmg tak tahu ruang lingkup tugas mrk. Biarlah kita sangka baik, They come here to do their work, and we do our own work. No heart feelings! Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam. saya amat tertarik dengan post cikgu kali ini...manusia mudah lupa terhadap perkara yg paling asas.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam ngasobahseliman,
    Kementerian Pelajaran banyak jabatan, ramai kakitangan, biasalah.. begitu juga dengan sekolah, kalau ramai staf, banyaklah karenah manusia :)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam tajnur,
    Tak debar kerana dipantau, tetapi kadang-kadang geram apabila hanya komen-komen negatif yang diterima selepas dipantau. Saya sudah biasa dipantau, malah pernah meminta nazir menunjukkan cara mengajar yang lebih baik untuk kelas saya tetapi ditolaknya,hahaha. Pensyarah atau profesor yang memang pakar dalam bidang P&P, mereka akan memberi cadangan untuk perbaiki prestasi kita.
    Post ini unutk mengingatkan kita bahawa Allah turut memantau kita semua, malah dengan lebih teiti dan adil, tetapi kebanyakan kita tidak sedar. yang kita risaukan hanyalah pemantauan manusia biasa.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Kamarul dan Kartini,
    Terima kasih. Segala pujian bagi Allah swt.

    ReplyDelete