Saturday, April 3

PIKIRLAH DULU SEBELUM CAKAP MAHHH

Dulu,
masa mula-mula kahwin,
orang akan tanya,
"Belum ada anak lagikah?"
"Bila nak dapat anak?"
"Awak makan pilkah, rancang keluargakah?"
di belakang ku
"Dia mandulkah?"
"Dia tak buatkah?"
Ku jawab ringkas
"Belum ada rezeki"
malas nak layan
mereka yang dengan mudahnya
melontar kata-kata
menyebabkan rasa tak selesa
menyakitkan telinga
walaupun ada yang secara tidak sengaja
namun mereka perlulah sedar
rezeki anak di tangan Allah
bukan atas usaha manusia semata-mata

Bila dah mengandung,
orang pula berkata
"Jiranku pun mengandung, darah tinggi, lahir anak tak cukup bulan...mati.'
"Dia masuk hospital yang sama seperti awak, kasihan anaknya mati."
"Makan di kedai, nanti anak awak kuning."
"Makan kicap, nanti dapat anak kulit gelap."
"Doktor sana tak pandai, awak tentu susah nanti."
Aku senyum hambar
sambil bersabar
mudahnya mereka berkata-kata
tanpa ditapis
letih aku mendengar
banyak kisah buruk
menimpa wanita mengandung
aduh..
kenapalah ada orang suka bercerita
yang buruk-buruk
bukan yang baik-baik
kepada ibu mengandung?

syukurlah aku masih kuat
walaupun terpaksa mendengar
cerita orang yang kadang-kadang
tak berapa kukenali pun
tetapi kerana melihat ku mengandung
mereka seolah-olah bersemangat berkongsi cerita
kisah sendiri, kisah anak, kisah jiran
susahnya ku mencari alasan
meninggalkan mereka yang tengah hangat bercerita
seolah-olah setiap ibu mengandung perlu tahu
kisah itu

alahai
kalau ibu yang lemah semangat
tak lena tidur jadinya
kerana cerita-cerita tersebut
mampu merisaukannya
menakutkannya
yang sudah sarat mengandung
menunggu masa melahirkan
seorang cahaya mata.

12 comments:

  1. salam kak aliya. memang betul kak. inilah situasi tipikal yang dilalui oleh orang seperti kakchik. alhamdulillah, Allah itu ada. Sebab ingatkan Dia maka sedih, sakit hati, marah dan segalanya yang negatif tu dapat dikawal. Kalau ambik kesah sangat, buat bengkak hati je.

    ReplyDelete
  2. jangan risau.

    mak saya lahirkan adik beradik saya 10orang sihat2 belaka.

    mak saya tiada penyakit langsung sampai doktor pun terkejut.

    Alhamdulillah.

    hidup mati,sakit sihat juga ditangan Allah.

    ^^

    selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam kakchik,
    Kak aliya dulu semasa dengan suami pertama yang Buddhist, 9 tahun dengar komen orang dan saudara mara. Buat tak tahu jer. Saya bersyukur kerana sekarang tak perlu berebut anak, tak jadi macam kes Mohd Ridzuan vs Indhira.
    Dengan suami sekarang pun, tunggu hampir 3 tahun baru mengandung anak ini. Semua Allah swt yang tentukan, pada masa terbaik untuk kita. Kakchik sabar ya, insyaAllah doa kakchik yang special itu akan dimakbulkanNya tak lama lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam MiNt,
    Tak risau, cuma terkilan. Mengapa ada orang yang gemar menceritakan pengalaman buruk ketika mengandung/ melahirkan anak kepada ibu mengandung?
    Benar, hidup mati sakit sihat rezeki, semuanya di tangan Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam!
    Mungkin Ckg Aliya duduk dikawasan yg macam itu. Tetapi dari perspektif Islam, kita tak perlu terima pakai kata2 orang atau ckp2 org tua yg tiada sumber keterangan dlm Kitab Allah. Rasulullah saw pernah bersabda,`Masih ada org2 mensyarat2kan syarat2 yg tiada dlm kitab Allah, Apa juga yg tiada dlm kitab Allah sesungguhnya semua itu ditolak walaupun ada 1000 syarat yg diberikan, ketetapan Allah lebih berhaq dan syarat2 itu ditolak` dari Burairah r.a. dlm Kitab AhkamulQuran bagi ImamSyafi`r Juzuk2 m/s164. Sebenarnya Cikgu Aliya ketentuan semua makhluk telah ditetapkan sebelum mereka dilahirkan lagi spt Dalam Surah AlHadid:22. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Salam Sister Aliya

    Bak pepatah cerita Bujang Lapok...."CUBAAN" :D Hehe

    Sometimes mereka2 ni berkata macam gini kerana nak sedapkan hati and mulut mereka sendiri dan untuk menyakitkan hati kita. Tapi takpe...bersabar sahaja :) Dapat banyak pahala.

    The main thing, Alhamdulilah Kak Aliya dan kandungan sihat.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam tajnur,
    Mungkin, tapi saya tak percaya pun. Bagi saya, semua adalah ketentuan Allah swt.Cuma, kalau disebut kepada mereka yang tak kuat agama, mungkin mereka akan terpengaruh juga, bukan?

    ReplyDelete
  8. Waalaikussalam Noraini,
    Bersabar ajer la, hahaha.. ameen.

    ReplyDelete
  9. Salam sis Aliya, I really like this post sebab sy pun 'baru kawin' n mengalami situasi yg sama..dah ramai yg tanya soalan2 sebegitu... senyum ajela :D

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam nuttynut,
    Don't worry, lama-lama akan lali. Tapi awas dengan cadangan orang untuk makan itu ini supaya mengandung, heheheee..

    ReplyDelete
  11. Kenapa orang suka berkongsi cerita negatif, yea? Hairan sungguh. Sepatutnya bila ada rakan / taulan yang hamil, khabarkan berita2 gembira sahaja, perkara yang molek didengar.

    Hmmm... manusia.

    ReplyDelete
  12. Salam Snuze,
    Entahlah... perlu tanya mereka itu.

    ReplyDelete