Kadang-kadang aku malas berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Bukan tak tahu. Bukan tak faham. Bukan tak reti.
Tapi ada saja yang serba tak kena
yang menyebabkan kamu mengomel marah.
Mungkin kerana aku tidak dibesarkan dalam keluarga Melayu.
Mungkin kerana aku tidak dididik dengan adat Melayu yang banyak cakap berlapik,
Mungkin kerana saya tidak tahu budaya Melayu yang menuntut penggunaan bahasa halus dalam percakapan sesama insan.
Banyak mungkin.
Tapi kata-kataku kadang-kala disalah anggap.
Bercakap 'straight to the point' boleh dianggap tidak sopan.
Menyampaikan pesanan sms dalam Bahasa Melayu yang kuanggap biasa saja
boleh dituduh terlalu agresif oleh si pembaca.
Memberitahu sesuatu dengan ringkas boleh dituduh biadap
kalau tidak kena dengan gaya dan budaya Melayu.
Seolah-olah perlu ada teknik penyampaian yang betul,
sopan dan berpatutan, dan menepati ciri-ciri adat budaya Melayu.
Di mana nak belajar semua itu,
sedangkan saya bukan Melayu
tidak dididik dengan adat Melayu,
tidak mungkin berfikiran dengan otak Melayu?
Adakah sebuah kitab handbook yang memberi garis panduan
1- mesti buat ini, 2- kena cakap begini, 3-tak boleh guna istilah itu.
Kalau ada, aku mahu sebuah.
Kerana aku sudah cuak berbahasa Melayu
dengan mereka yang sudah mempunyai jangkaan tersendiri
tentang cara 'betul' untukku berkomunikasi,
mesti sebut itu-ini,
harus gunakan ayat power,
mesti berbahasa lembut yang sedap didengar,
aku salah kalau guna ayat begitu,
aku garang dan tak kena kalau cakap seperti itu,
aku perlu cakap begini, perlu belajar gaya sini,
sedangkan maksud yang hendak disampaikan ringkas dan mudah saja,
juga boleh disalahertikan
kerana tidak menepati jangkaan
segolongan insan.
Kerana itu
kini aku mungkin memilih berbahasa Inggeris denganmu
walaupun kamu mungkin kurang senang mendengar itu
mungkin kamu bakal melabelku sebagai sombong
tapi sekurang-kurangnya kamu perlu berfikir
bukan dengan bahasa Melayumu
menerima mesej tanpa konteks budaya dan adat Melayumu
tanpa jangkaan bias terhadap keperluan
untukku memenuhi jangkaan sosialmu
mahu menjadikan aku berotak Melayu
sepertimu.
Kalau kamu berbahasa Cina sepertiku
menggunakan adat budaya Melayu
mungkin ayat power kamu
dengan bahasa berkias-kias
kononnya menjaga hati pendengar
akan dianggap ibuku sebagai membuang masa
dengan perbualan meleret-leret,
sedangkan maksudnya boleh diringkaskan
dengan beberapa perkataan.
Itulah adat budayaku
yang menjadi sebahagian diriku.
Buangkanlah jangkaanmu
mahu mengubah diriku
menjadi orang Melayu sepertimu
kerana itu tidak mungkin
tidak adil bagiku
menukar personalitiku
untuk memenuhi jangkaanmu
dengan mendesak aku menerima semua adat dan budayamu semata-mata
tanpa memahami budaya dan cara aku dibesarkan sebagai seorang Cina.
Kalau tak suka dengan caraku bercakap dalam bahasa Melayu kamu semua
biarlah aku bercakap dalam bahasa lain saja.
Aku mungkin berpakaian sepertimu
bertudung dan berbaju seperti wanita Melayu
bercakap dalam bahasa Melayu
sehingga ada masanya kamu sendiri lupa
bahawa aku sebenarnya wanita Cina.
Agama kita yang sama
bukan adat budaya.
Terimalah aku seadanya
janganlah cuba mengubah
aku menjadi Melayu
sedangkan aku selesa sebagai Cina
dan kelainan aku ini juga yang kamu suka.
Salam
ReplyDeleteAliya relax la. Cool la.....bukan org melayu saja....anak semua bangsa bersikap begitu.....kebetulan mereka melayu, jadi komen mereaka ikut lenggok org melayu.....pandangan yg berbeza merupakan sifat semua anak manusia...
Rujuklah balik cerita Luqman dan anaknya......ada saja ygtidak betulkan
Saya suka dgn tulisan Aliya. Teruskan, yg komplen tu sikit aja....yg suka tapi berdiam diri sangat banyak....
Salam! Cikgu Aliya,
ReplyDeleteJanganlah rasa rendah diri, rumpun Melayu ini hanyalah bangsa utk menunjukkan kekayaan Allah SWT, bukan kayu pengukur kemuliaan seseorang. Saya pun bukanlah Melayu sejati macam Aliya, tapi pergaulan macam biasa dan saya terfikir zaman skrg yg serba canggih ni, ada juga kelompok masyarakat macam itu? Jgn risau, kami terima Aliya dan suami sebagai saudara Islam kami seperti yg lain2.
Salam kak..
ReplyDeleteTake it positively.. contohi cara Rasulullah berkomunikasi itulah yg terbaik... tak kira dgn apa jua bahasa/budaya.. tapi adab2 yg ditekankan oleh Islam itu lebih mulia...
"Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah AlQuran"
sama2 kita mencontohinya.. insyaAllah..
bahasa adalah seni namun bukan agama... cuma jika ingin menyampaikan agama melalui bahasa mungkin perlu guna bahasa dan kaedah yg sesuai dengan kumpulan sasaran. sekiranya sukar untuk blend diri dgn sesuatu bahasa maka jgn terlalu memaksa diri... cuma mungkin jika bahasa itu dikuasai mungkin lebih mudah sampai maksud kepada kumpulan sasaran.dan mungkin lebih mudah hidup kita. pilihan kita adalah hak kita dan untuk kita.
ReplyDeletehuwaaa.. nape kak? takutnya :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam Jalina Timur Enterprise,
ReplyDeleteRelax memang relax, hehe.Itu untuk orang yang belum mengenali saya yang sebenar :)
Terima kasih
Waalaikumussalam tajnur,
ReplyDeleteTak pernah rasa rendah diri dengan manusia :)
Memang kadang-kadang pelajar saya pun tergelak mendengar saya memberi penerangan dalam BM, tapi gelak lucu la... sebutan saya tak sama dengan sebutan orang utara, bila guna loghat, saya terpinga-pinga, hehehe.
Waalaikumussalam Myzwar,
ReplyDeleteYa benar, sedang belajar cara berkomunikasi Rasulullah saw..
Salam tenang_aku,
ReplyDeleteBukan memaksa diri guna bahasa lain tetapi tak suka juga bila tiba-tiba diserang/dikutuk/dimarahi kerana dikatakan tidak sopan.
Masalah bukan kerana bukan menguasai BM [ada juga lulus dengan gred A dalam BM peringkat universiti] tetapi salahfaham berlaku kerana masalah semantik dan pragmatik.
Humyrah,
ReplyDeleteSalahfaham dalam berkomunikasi boleh berlaku apabila satu pihak sudah pun mempunyai jangkaan awal terhadap kita dan apa yang perlu kita cakap, serta cara yang perlu kita guna untuk berkomunikasi dengannya.
hehehe... itulah indahnya bahasa. hanya yg menyampai yg mengetahui intipati sebenar maksud ayat yg disampai. bila ckp ttg semantik or pragmatik tak leh la lari dari ayat yg blh jadi byk meaning. apa nak susah.. biarlah org nak kata apa.. kan Allah yg Maha Mengetahui apa yg ada di hati kita ketika berkata2. Sesungguhnya sekiranya Allah nak menjadikan manusia itu serupa pasti mudah bagi-NYA. namun Allah menjadikan manusia itu berbeza. jika kita meluah pendapat tanpa rasa sedih or terkilan pasti itu adalah lebih baik. jika hidup ini semuanya mudah pasti ia tidak terlalu indah.
ReplyDeletetenang_aku,
ReplyDeleteYa, setuju :)
Adalah sebab dan peristiwa yang berlaku.. rahsia saya tetapi tetap terasa lukanya tapi alhamdulillah sudah diubati :)
bak kata P.Ramlee, tanya sama hati...
alhamdulillah... sekiranya berpegang dgn yang teguh pasti kan berjumpa dgn penawarnya. gud luck
ReplyDeleteWe're MUSLIM kak Aliya, that's the key. I'm so proud to see a chinese woman struggle so hard to learned other culture. You deserve an award for that.
ReplyDeletetenang_aku,
ReplyDeleteThanks, will do.
bell,
ReplyDeleteCan't help it, as I deal with Malays and Indians almost every day :)
Alhamdulillah and thankful that we are muslims
Askum... selama 2 tahun saya bekerja sebagai penjawat sosial, saya pun telah nampak cara penyampaian adalah berbeza di antara kaum cina, melayu dan india.
ReplyDeletesaya pun dah flexible untuk berkomunikasi dgn berbilang kaum, setiap kaum ada keistimewaannya sendiri dan corak pemikiran..