Kata Mak saya ketika berbual dalam bahasa Hokkien melalui telefon, "Saya harap anak awak tu lelaki."
"Kenapa?" saja saya tanya walaupun dah boleh agak sebabnya.
"Kalau lelaki, tak payah pakai tudung. Kesian dia nanti, kecil-kecil dah dipaksa tutup kepala, panaslah. Kalau ikut suami awak tu, rasa-rasanya umur 2 tahun dah disarungkan tudung dan dipakaikan dengan baju lengan panjang! Boleh mati lemas kerana terlalu panas!" suara Mak dengan nada kurang puas hati.
Mak berpendapat saya beralih memakai tudung labuh kerana pengaruh suami saya, yang dianggapnya agak 'Islamic religious'.
Saya tersenyum.
Aahhh, sampai hari ini isu tudung masih menjadi topik perbualan kami.
Kalau dulu saya disuruh tak pakai, sekarang bakal cucu ini pula dikhuatiri perempuan kerana katanya cucu emasnya ini akan dipaksa bertudung dari kecil.
Mak ohh mak.
Dari awal dulu lagi ketika saya memberitahunya bahawa saya mengandung, dia sudah bermimpikan cucu lelaki.
Ketika berjumpa dengan saya pun, dia meramal saya bakal mendapat anak lelaki.
Kalau orang Melayu meramal berdasarkan bentuk perut ibu mengandung, Mak pula melihat dari segi rupa dan pemakaian saya.
Kalau cucu ini tidak berkromosom XY, entahlah berapa kali dia nak membebel tentang penutupan aurat dan sebagainya untuk cucu pertamanya, hehehe.
Terpaksalah tunggu kira-kira 7 minggu lagi untuk memastikannya ini kerana boleh berlaku kesilapan dalam pengenalan jantina bayi melalui teknik ultrasound.
Pakaian si kecil ni pun masih terhad, maklumlah anak pertama. Banyak yang berwarna putih, lelaki atau perempuan pun boleh pakai :)
imej hiasan: http://www.diyinvitationsensation.com/images/baby_clipart_5_rr20.jpg
salam akak.
ReplyDeletetahniah bakal jadi ibu. jaga kandungan baik2 ye. jaga diri juga (^_^)
Waalaikumussalam TotYati,
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah :)
Tahniah kak Aliya, semoga sentiasa bahagia dan ceria selalu yer!
ReplyDeleteseronok kan menanti anak pertama? alhamdulillah.. saya ingat masa saya mengandung anak pertama.. semua yang tgk saya semuanya katakan aya dapat anak lelaki... ultrasound pulak tak nampak jantina anak.. akhirnya anak dilahirkan perempuan.. nasib baik hanya beli beberapa baju biru. pertama kali saya baca entry ni, agak geli hati, sbb kata mak kak alia, takut perempuan sbb takut dipakaikan tudung masa kecil... heheh tapi sebenarnya kalau diikutkan dia cuma risau dipakai kan ketika kecil.. tapi sounds like dia tidak halang semasa dewasa atau sudah sampai tahap umru wajib menutup aurat kan? :D
ReplyDeletemasih terkenang ketika dalam wad bersalin... bila azan saya laungkan saya hampir menangis ketika memegang bayi kerana saya lihat akan proses kelahiran yg merupakan salah satu bukti kuasa Tuhan (Allah). pada ketika itu saya terbayang keadaan saya pada hari kelahiran. terima kasih ya Allah kerana memberiku nikmat kehidupan. namun begitu saya masih belum puas mencari dan menagih nikmat iman dan islam. itulah janji Allah kerana sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam.
ReplyDeleteSalam Kak Aliya
ReplyDeleteInsya Allah selamat melahirkan nanti ya?
Kita tgk nanti, boleh bakal berbesan tak :D Hehe Will definitely keep you updated.
Waalaikumussalam cacim podokot,
ReplyDeleteTerima kasih, ameen.. :D
Salam ZOORA,
ReplyDeleteTengah suspens ni, hehehe.Mak saya memang tak suka tengok budak-budak kecil berbaju lengan panjang, berambut panjang,apatah lagi bertudung.Tapi insyaAllah kalau ada anak perempuan, memang berhasrat melatihnya menutup aurat dari kecil, lebih mudah dibentuk peribadinya nanti.
Baju biru dipakai bayi perempuan, masih ok.. baju pink dipakai bayi lelaki, auuuuwww, hahahaa...
Salam tenang_aku,
ReplyDeleteSaya hanya mampu berdoa agar berada dalam keadaan sedar semasa melahirkan anak melalui cesarean nanti. Rugi kan kalau terlepas peluang melihat kelahiran anak sendiri. Dahulu semasa dibedah pembuangan fibroid, dibius sehingga tak sedar diri atas arahan doktor pakar.
Benar, kerana sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam.
Waalaikumussalam Noraini,
ReplyDeleteSama-sama la kita. Hehehe.. tengok nanti :)
assalamualaikum kak aliya.
ReplyDeletemaaf sebab kakchik jadi geli hati dengan kerenah mak akak. sabarlah kak, beliau belum betul-betul faham kenapa orang Islam menutup aurat. 7 minggu tak lama kak. ahh... cepat sungguh masa berlalu. terasa macam baru je akak singgah di pulau melaka tapi skrg sedang menunggu bersalin. mashaAllah.
waalaikumussalam kakchik,
ReplyDeleteYa memang lucu, saya pun terasa nak gelak bila Mak katakan begitu semasa berbual.Mak saya berasal dari kampung Melayu; dia memang tahu kewajipan menutup aurat bagi wanita Islam tetapi masih tidak mahu menerima 100% keperluan itu.
Masa memang cepat berlalu, sekarang mengeluh apabila teruk 'kena tendang', bila dah lahirkan nanti, akan rindu pula 'ditendang' anak dalam kandungan, hehehe.
ngee, comelnya...tak sabar nak tengok baby cikgu Aliya...
ReplyDeleteain, hahahaa... umminya pun tak sabar :)
ReplyDelete