Saturday, April 17

NAK 'TACKLE' DIA

"Amin... mari sini jap," saya memanggilnya sebaik saja dia masuk semula ke dalam bilik.
"Mengapa t'cher?" jawabnya selamba. Ketua kumpulan hero dalam kelas yang tinggi lampai itu mendekati meja guru.
"Ni... cuba tengok ni. Nama kamu dah naik sekali lagi, kamu tak ada di dalam kelas," saya menunjukkan buku kepadanya. "Hampir setiap hari sepanjang minggu ni. Mana kamu pergi pada waktu-waktu ni?"
Amin [bukan nama sebenar] menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"La, t'cher... waktu dia saja saya tak de..."
"Itu kata kamu tapi buku ni ada catatan bukan seorang tetapi beberapa orang guru yang menyatakan kamu tak ada di dalam kelas semasa subjek mereka. Apa alasan kamu, bila guru disiplin panggil pada hari Isnin nanti?"
Dia menunduk diam.
"Mana kamu pergi? Kamu merokok di dalam tandas, ya?" saya memandang tepat pada wajahnya yang dipenuhi jerawat.
"Eh, takdelah t'cher. Saya merokok di luar saja!"
Ahhh, mengaku merokok juga!
"Masuk lewat pun ditulis. Taulah cikgu tu anti-kami, siap dia nanti!" Amin kelihatan tidak puas hati sambil membelek-belek buku panjang itu.
"Amin.. cikgu tulis nama kamu sebab mereka ikut peraturan sekolah. Mana-mana pelajar yang tiada dalam kelas semasa waktunya tanpa sebab perlu dilaporkan. Takut kamu dicolek, dipukul gangster atau cedera parah di kawasan sekolah tanpa pengetahuan pihak sekolah. Kalau kamu tak suka subjek atau cikgu yang mengajar pun, kamu masih perlu duduk di dalam kelas. Bila kamu tiada, cikgu wajib merekod nama kamu di dalam buku ini; tak baik marah pada cikgu yang cuma jalankan tugasnya, ok? Walaupun dia mungkin ajar kamu sebaris ayat saja, dia tetap cikgu kamu, sebagai orang Islam kamu wajib hormatinya."
Wajah Amin masih masam mencuka.
"Saya tak mahu kamu dikenakan tindakan disiplin oleh pengetua. Sukakah kamu lihat nama sendiri ditulis pada kolum pelajar ponteng atau masuk lewat pada setiap hari?"
"Tak!" jawabnya ringkas.
"Kalau gitu, tolong pastikan tak berlaku lagi, ya. Saya pun tak suka lihat nama kamu dicatat kerana ponteng, lebih-lebih lagi melihat kamu didenda. Dan tolong sediakan jawapan kamu kalau disoal siasat oleh guru disiplin atau pengetua nanti, k."
Amin mengangguk, lalu berjalan menuju mejanya di hujung bilik.

"Teacher... Amin, Syakir dan Shafiq belum hantar buku," adu ketua tingkatan.
"Biarlah... kamu pergilah makan dulu.. sekarang masa rehat kamu. Saya dah kenyang. Yang penting mereka nak siapkan kerja, walaupun lambat sedikit. Nanti ada juga bukti bahawa mereka membuat kerja bertulis pada hari ini."
"T'cher... baru siap sampai nombor 11," kata Amin sambil menghulurkan buku tulisnya. Kawan-kawannya yang lain berdiri di belakangnya dengan buku masing-masing.
"Ok, saya terima. Thank you."
"Thank you, t'cher," katanya sambil tersenyum.

* Kuasa dan pengaruh sebagai guru kelas perlu digunakan dengan sebaiknya. Kalau saya membebel dan memarahi Amin dan gengnya dengan kasar kerana rekod kehadiran yang tidak memuaskan, mungkin akan berlaku kes murid lawan guru. Walaupun saya mengaku saya bukan seorang guru yang cemerlang, dan bukan semua pelajar mahu berubah apabila ditegur, alhamdulillah saya bersyukur kerana masih ada segelintir yang mahu bekerjasama. Semoga Allah berkati pelajar yang masih hormat pada guru.

4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Sebagai seorang cikgu juga, saya mengambil inisiatif mendenda mana2 murid yg ponteng kelas (biasanya 2-3 orang) agar mengikut saya sepanjang hari saya mengajar. Tak kisahlah dalam kelas biasa ke, makmal sains ke, kantin ke atau kemana saya pergi mesti ikut saya! Tak puas hati lagi sambung keesokan harinya. Dah tentulah kena maklumkan kepada GPKHEM.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam tajnur,
    Masing-masing dengan cara tersendiri, mana yang sesuai, kan. Kalau saya buat seperti tajnur,lagi pelajar saya seronok.. bukan denda namanya tetapi bonus! Sekarang pun Amin dan gengnya pernah curi-curi masuk ke kelas saya mengajar,terpaksa saya suruh balik ke kelas sendiri..

    ReplyDelete
  3. salam kak aliya,

    menjadi guru bukanlah mudah kan.. namun saya suka memetik kata2 Dr Fadzillah Kamsah.. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kita mesti berhemah dalam mendidik anak2 didik kita ini. Jika ingin dihormati maka hormatilah anak didik kita terlebih dahulu.. (Kaset yg saya beli tahun 2006..tapi baru bulan lepas sy dengar betul2) Thanks kak aliya. Semoga kak aliya sihat sokmo..dapat anak yg soleh@solehah.amin ya Allah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam umangbajik,
    Ameen..
    alhamdulillah saya dan anak sihat, menghitung hari, hehehe...

    ReplyDelete