InsyaAllah malam ini selepas solat maghrib di surau taman perumahan saya, saya akan menyampaikan ceramah ringkas.
Oleh kerana masa terhad, tak banyak yang boleh dikongsi bersama. Terpaksa pilih dengan teliti isi yang hendak disampaikan.
Walaupun ini bukan kali pertama saya menyampaikan ceramah [lebih kepada syarahan umum] saya masih risau. Maklumlah sudah setahun diri ini tidak berceramah, iaitu semenjak mengandung. Dah ingat-ingat lupa isi kandungan ceramah yang disampaikan dulu.
Tolong doakan agar saya dapat sampaikan dengan sebaik mungkin, dan semoga par hadirin yang mendengar dapat memahami mesej yang hendak disampaikan.
Anakku... jangan nakal sangat pada malam ni, ya!
Terkini:
Alhamdulillah, selesai sudah sesi ceramah di surau. Lega. Walaupun ada sedikit masalah teknikal, ceramah berjaya disampaikan dengan sebaiknya. Saya sebenarnya tak berapa puas hati dengan penyampaian pada malam ini, banyak tersangkut kerana masalah teknikal [tayangan powerpoint ] tetapi apakan daya, itu pun satu bentuk ujianNya untuk menguji kesabaran kita.
Selesai saja sesi ceramah, hujan lebat turun selama kira-kira 30 minit. Ramai yang tersangkut di surau kerana tertinggal payung di dalam kereta. Syukur, hadirin yang ada dapat menjamu selera dengan soto dan air teh-O oleh pihak pengurusan surau. Keadaan surau itu memang baik; tip-top!
Anak dalam kandungan baik sekali, tak ganggu umminya langsung semasa sesi ceramah [biasanya malam-malam dia berlatih silat].
Bertambah lagi kenalan, alhamdulillah.
Kata suami dalam perjalanan pulang," Selepas ini, orang dah kenal kita, perlulah lebih berhati-hati [dengan penampilan dan gaya hidup kita sebagai orang Islam]." InsyaAllah...
Maaf, kerana kalut dengan masalah teknikal pada permulaan ceramah, kami berdua suami-isteri terlupa mengambil gambar foto di surau untuk kenang-kenangan :)
moga akak diberi ketenangan, kelancaran lidah dan kefahaman dalam agama =)
ReplyDeleteselama ni jadi silent reader sahaja... sangat suka baca blog kak.. semoga setiap butir mutiara ilmu yang akak sampaikan bermanfaat untuk ummat, dan berpanjangan kebaikan akak hingga ke syurgaNya.. kirim salam baby.. hihi.. tak sabar nak tengok gambar2 comel pulak kat blog ni..
ReplyDeleteWaalaikumussalam RubyIsma & ishikawa,
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih.
Saya sentiasa ingatkan diri, pasang niat dulu sebelum buat apa-apa, terutama bab menulis dalam blog dan menyampaikan ceramah. Takut riak, syok sendiri. Buat kerana Allah swt, insyaAllah sehingga nafas terakhir.
Ya, memang teringin nak tatapi wajahnya.. sedang mneghitung hari..