"Aliya, kalau dah ada tu, cepatlah kahwin," ustazah menasihati saya.
"Aliya, dah ada orangkah belum? Kalau belum ada, akak nak rekomenkan," kata salah seorang staf yang saya kenal.
"Aliya, anak saudara makcik ni baik, duda. Kalau Aliya tak kisah, boleh makcik kenalkan."
Aduh... sejak saya memeluk Islam, begitu banyak orang yang menawarkan menjadi orang tengah. Masing-masing dengan niat ikhlas hendak melihat saya bahagia dan dilindungi seorang lelaki yang bergelar suami. Walaupun saya janda ketika itu, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka. Walaupun saya dah agak lanjut umur, itu juga bukan alasan untuk saya terus bersendirian. Bijak pula kakak-kakak dan makcik-makcik tersebut memikirkan lelaki yang dianggap mereka sesuai untuk saya.
" Ermm, saya belum bersedia lagi la nak berumahtangga semula, kak," saya cuba menolak dengan cara baik. Risau. Takut. Malu. Segan. Lucu pun ada melihat kesungguhan mereka untuk memperkenalkan saya kepada kawan, atau anak saudara mereka yang masih tiada berteman. Yang bujang ada. Yang duda pun ada.
"Aliya, ada seorang ustaz yang masih bujang sedang mencari isteri. Dia minta ustazah perkenalkan.Tetapi katanya, dia hanya nak mualaf sahaja," terang ustazah kepada saya sebulan selepas saya menjadi Muslimah.
"Oh, kenapa dia hendak mualaf sahaja?"
"Katanya dia hendak bimbing mualaf itu, dan lebih mudah kalau sudah menjadi isterinya."
" Minta maaf ustazah. Saya rasa diri saya ini kurang sesuai menjadi isterinya. "
Pening saya. Nak kata saya ini cantik, tak juga. Nak kata muda, umur dah 30an. Nak kata anak dara, nyata sekali bukan. Kenapa mereka beria-ia hendak jodohkan saya?
Adakah kerana mualaf atau Cina Muslim seperti saya ini dianggap lebih mudah dibimbing menjadi isteri solehah berbanding wanita Islam yang lain?
Adakah kerana kami ini berkulit putih melepak berbanding mereka yang berkulit hitam manis?
Adakah kerana kami tidak mungkin meminta wang hantaran yang tinggi seperti wanita Islam yang lain?
Adakah kerana kalau berkahwin dengan mualaf maka status keluarga suami dianggap hebat oleh orang kampung?
Adakah kerana kami lebih mudah dipujuk untuk berkahwin kerana sudah tinggal sebatang kara, akibat disisihkan keluarga asal?
Adakah kerana mereka risau suami mereka sendiri terpikat?
Atau, adakah kerana mereka menganggap sudah menjadi tanggungjawab mereka mendapatkan saya seorang suami agar kehidupan saya lebih terjamin dan akidah saya dilindungi?"
Pelik juga. Ke mana saya pergi, orang akan bertanya sama ada sudah berpunya atau belum. Tiada pula yang menawarkan untuk menjadikan saya salah seorang daripada keluarga mereka atau diangkat menjadi anak angkat atau kakak angkat. Saya pun tidak berani bertanya. Takut akan disalahtafsirkan. Maklum sahaja, saya boleh dianggap 'bahaya' oleh sesetengah isteri kerana berstatus janda. Risau pula nanti kehadiran saya bakal mengundang masalah.
Syukur alhamdulillah dilema saya tidak begitu lama. Allah swt memberi jalan keluar yang terbaik. Doa saya untuk mendapatkan suami yang memenuhi kebanyakan kriteria yang saya inginkan dikabulkan akhirnya.
Kini ada pula dilema baru.
"Aliya, bolehkah perkenalkan seorang mualaf Cina untuk kawan saya? Dia teringin hendak peristerikan wanita Cina."
"Aliya, kawan saya ini nak tahu bolehkah carikan amoi yang baru peluk Islam? Kawan saya ini ada bisnes ikan; dia perlukan seorang isteri untuk membantunya. Tetapi wang hantaran kahwin janganlah tinggi sangat. "
Saya hanya mampu tersenyum. Sebenarnya saya kurang berhubung dengan mualaf-mualaf lain. Lagipun ramai wanita Cina yang memeluk Islam sudah mempunyai teman lelaki Melayu. Jarang terdapat mualaf wanita yang memeluk Islam secara bersendirian seperti saya. Namun sekiranya saya kenal sekalipun, saya keberatan hendak memperkenalkan mereka kepada lelaki yang tidak saya percayai, dan lelaki yang saya dapati gagal memenuhi kriteria saya sebagai Muslim yang mukmin. Saya juga berpendapat mualaf daripada kalangan amoi-amoi lebih memerlukan perlindungan dan bimbingan khas supaya mereka mampu berdikari dan boleh hidup dengan yakin sebagai Muslimah yang baik, berbanding dengan usaha pihak tertentu untuk melihat mereka mendirikan rumahtangga dengan lelaki Melayu yang belum tentu boleh membimbing mereka dari soal agama Islam.
Amoi-amoi Cina yang memeluk Islam merupakan saudara kita juga. Mereka juga mempunyai harga diri dan keperluan tertentu yang mungkin tidak mampu dipenuhi oleh sesetengah lelaki yang kurang arif dalam bab agama Islam. Oleh yang demikian, janganlah begitu mudah menganggap mereka sebagai bakal isteri tanpa menyelidiki kemampuan diri sendiri dan keluarga untuk membimbing dan membantu. Keluarga Melayu yang menerima mualaf sebagai isteri dan menantu mempunyai tanggungjawab besar membimbing mereka dan memastikan mereka tidak menjadi murtad akibat kecuaian suami. Kelainan daripada segi budaya, adat resam dan masakan harian amat mencabar kepada seorang saudara baru yang baru belajar mengenai Islam dan budaya Melayu. Jangan pula cepat menceraikan isteri dalam kalangan saudara baru dengan alasan sudah tidak ada keserasian. Ketahuilah bahawa isteri adalah amanah kepada suami, dan saudara baru Islam yang dinikahi merupakan amanah berat yang dipertanggungjawabkan olehNya kepada suami dan keluarga tertentu sahaja. Sekiranya bimbingan anda baik, maka berbahagialah anda di akhirat kelak. Sekiranya buruk, maka bersedialah untuk menanggung akibatnya.

Saya sangat berharap dan berdoa agar semua mualaf dapat bimbingan yang terbaik.. moga kalian tidak diabaikan oleh mana2 pihak. Saya sendiri yang dilahirkan sebagai Islam, mempunyai banyak kekurangan.
ReplyDeletetahniah krn anda dipertemukan dgn jalan ini. tahniah juga krn dikurniakan Allah jodoh yg sebaiknya. first time saya baca blog ni.. menarik!
ReplyDeleteAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ReplyDeleteSaudariku Aliya,
Untuk mendapatkan sebutir berlian yang bermutu tinggi dari perut bumi, pelombong pelombong berlian di benua Afrika, terpaksa membongkar beratus ratus tan tanah dan mengayak nya sebelum menemui permata berlian yang bersih dari cacat celanya.
Begitu besar kepayahan mendapatkan batu permata berlian sesempurna yang boleh dan adakalanya sipelombong terpaksa menggadai nyawa diri dan anak isterinya akibat kemelut politik disana.
Allah SWT telah membongkar diri mu puan keluar dari jutaan insan di bumi Malaysia ini , dan menganugerahkan permata Iman didalam jiwa mu yang kini semakin berkilau digilap Sang Suamimu yang telah kukenali.
Hadir mu dikancah lautan laman laman blog kini bagaikan lampu api menyuluh kegelapan malam pelayar pelayar samudera kehidupan ini menunjukkan arah ke pelabuhan Ad Deen ul Haqq yang berpasak kepada Ajaran Islam nan Maha Suci.
Semoga luahan hati dan jiwa mu memberi penunjuk kepada si pencari untuk mendakap keindahan Islam dan menghayati kebenaran alaminya.
Semoga Allah SWT memberkatimu serta suami.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Zainol Abideen @ MAHAGURU58.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
ReplyDeleteSaya hanyalah hambaNya yang lemah, yang masih jahil dalam banyak perkara, dan yang masih memerlukan bimbingan berterusan. Jodoh yang Allah tentukan untuk saya dan suami juga satu bentuk ujian sebenarnya. Hanya kami berdua yang mengetahui cabaran dan kesabaran yang diperlukan dalam sesebuah perkahwinan yang melibatkan saudara baru. Namun begitu, Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan saya kebolehan untuk menulis dan berkongsi pengalaman. Pengembaraan 10 tahun mencari Islam bagi saya bukanlah satu kerugian tetapi satu keberkatan sebenarnya. Mungkin saya tidak mampu menjadi tabah, sabar, berdikari atau berani bersuara seperti sekarang sekiranya saya lebih awal memeluk Islam, wallahu' alam. Panjang lagi pengembaraan saya ini dengan izinNya. Dan insyaAllah banyak lagi yang boleh saya kongsi bersama, dalam mengubah persepsi masyarakat amnya terhadap ajaran Islam. Tegurlah saya jika saya melakukan kesilapan. xie xie ni.
Kak,ada dak muallaf amoi yang muda? hehehe
ReplyDeleteGurau sahaja..
Moga hari-hari yang berlalu sebagai hamba-NYA akan menambahkan keimanan kita...
Salam Wbt,.
ReplyDeleteArtikel nih memang betul2 menarik,padat ngan isi yang nak disampaikan,.Salam Mujahadah :)
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteterima kasih kerana berkunjung ke blog ini.Tegurlah kalau ada kesilapan.
hmmm...saya dah lama mencari jodoh cina muslimah. Bukan apa...saya dari kecil sehingga sekarang banyak mix dgn cina, so dari segi mentaliti selalu je tak kena dgn melayu. So mugnkina lebih senag bersama dgn cina
ReplyDeleteAssalamualaikum seijiseimura84,
ReplyDeleteHanya Allah swt yang menentukan siapa jodoh kita, maka berdoalah dengan ikhlas agar niat anda untuk memperisterikan seorang Muslim Cina yang baik dimakbulkanNya. Sementara itu, saya syorkan agar anda memperlengkapkan diri dahulu dengan ilmu agama Islam sebaik mungkin supaya lebih mudah membimbing isteri kelak, insyaAllah. Mempersiterikan seorang wanita berlainan bangsa dan baru memeluk Islam banyak cabarannya; tak percaya tanya suami saya, huhuhu
Yg menariknya bila kita berhadapan dgn org muallaf ni, puan aliya, kadang2 tu terasa dlm hati ni seolah2 mcm kita berhadapan dgn bayi baru lahir. Mcm bayi yg baru lahir, org dewasa bila tengok pun terasa terpesona dgn bayi itu pasal kagum bayi tu langsung bersih dari sebarang dosa. Maka yg demikian, membuatkat org dewasa itu menilai kembali amal dan dosa yg dia pernah dia lakukan.
ReplyDeleteItulah pengalaman saya berhadapan dgn org muallaf lelaki, bila saya berhadapan dgn dia, terasa kita berhadapan dgn manusia baru, maka teringatlah kita pada amalan kita yg lepas dan dosa kita, dan ia selalu memberi inspirasi utk kita jadi lebih baik atau role model dan sentiasa beringat2 selalu.
I can relate to seijisemura84. that's why I frequent your blog huhu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam seijiseimura, pencil,
ReplyDeleteMungkin, saya masih simpan gambar saya mula-mula memeluk Islam. Kalau dibandingkan dengan wajah saya sekarang setelah hampir 3 tahun beragama Islam, adalah sedikit perbezaan :)
pencil, you're welcome
Salam,
ReplyDeleteSaya ni pun mempunyai darah keturunan Cina. Mengikut cerita, moyang lelaki saya antara orang yang terkaya di Singapura satu ketika dahulu tetapi beliau memeluk agama Islam setelah kematian isteri Cina pertamanya kemudian bernikah dengan moyang perempuan saya yang berketurunan Bugis. Sifat saya yang hanya tertarik kepada gadis Cina sahaja mungkin diturunkan secara genetik. Tapi malangnya sampai sekarang tak bertemu jodoh lagi kerana saya dapati amoi-amoi sekarang pertamanya mereka sombong dan tidak berminat melayan jejaka Melayu melainkan jejaka Melayu itu mengikut rentak definasi pemikiran moden mereka iaitu meminum arak dan kaki parti. Keduanya, kebanyakan mereka amat materialistik. Ketiganya, mereka merasa agama Islam terlalu banyak larangan dan kongkongan terutama sekali mengenai isu puasa di bulan Ramadhan. Namun saya masih menyimpan harapan agar bertemu amoi mualaf impian saya yang menerima hidayah dari Allah seperti yang diturunkan kepada saudari Aliya. Wallahualam...
Salam,
ReplyDeleteNazri "MikhQail" ,
Apa kata kalau saudara menyampaikan risalah Islam kepada amoi yang saudara suka tu. Beritahu mereka tentang Allah, tentang kebebasan sebenar seorang manusia yang bernama muslim. Keindahan Islam, kalau taktau nak start camana sister aliya boleh tolong. ;p
Saya merasakan kalau saudara menunggu sahaja seperti kata orang Kedah, tunggu nyioq(kelapa) jatuh ka? Cara kita orang Islam tawakal ialah hanya setelah melakukan sesuatu itu bersungguh-sungguh kemudian baru tawakal. InsyaAllah akan ditunaikan apa yang kita mintak dari Allah S.W.T.
Saya doakan saudara yang terbaik.
Salam Ahong,
ReplyDeleteTakanlah saya tak mencuba untuk mendedahkan Islam kepada amoi-amoi yang saya pernah minat?... Tetapi dunia kini, berapa kerat saja manusia yang betul-betul memikirkan soal kerohanian (spiritual)? Sedangkan bagi orang Islam sendiri dikalangan kita, cuba tanyalah 10 orang apa maksud "Al-Fatihah" rangkap demi rangkap. Belum tentu semuanya boleh jawab. Maka kita boleh simpulkan soal kerohanian ini bergantung kepada individu... Adakah mereka mencari sesuatu penyelesaian secara rohani atau materialis untuk mengisi kekosongan jiwa mereka? Hanya setelah soalan itu terjawab, barulah dapat dipastikan samada usaha berdakwah itu bertempat atau sia-sia. Wallahualam...
Ah...nazri. Nmpknya kita berkongsi dilemma bersama. Apa kata kita sama2 mencari? Ishh...ish....
ReplyDeleteWaalaikumsalam wrt.wbt.
ReplyDeleteOrang Malaysia salah 'khatam' al-Quran. :p
Waalaikumussalam nazri, ahong,seijiseimura,
ReplyDeleteAhh, bukan senang nak cari amoi yang sehati sejiwa dengan Islam, bukan? Seperti yang saya nasihati mereka yang mengemel saya mencari jodoh, saya nasihati agar saudara-saudara bersolat hajat dan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya kerana bukan mudah nak bimbing mualaf ni. Tak percaya tanya suami saya, hahaha (dok angguk tu). Namun kalau dah rasa diri dah bersedia, emel saj maklumat diri dan gambar muka terkacak nada, insyaAllah kalau ada permintaan boleh saya syorkan :)
Saya nak kawin dengan amoi gak, at least diorang tu dah dapat hidayah nak masuk Islam tak lah susah nak suruh sembayang. Cik Aliya kalau ada saudara baru yang belum kawin tu beritahu la k...
ReplyDeletemafa,
ReplyDeleteSaudara perlu tunggu giliran.. permintaan banyak, supply belum ada, hahahaa..
ada ni...Mlayu muka sebijik Cina. dapat teman ngan Siamese yang minat nak convert to Islam tetapi terhalang keluarga. sebab tak betul2 tekad ngan hasrat tu, semuanya berkubur. sayang sungguh pada hati sebaik itu pergi begitu sahaja. sedang parah ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah jadi muslim.
ReplyDeleteSaya sedang mencari amoi peguam @ doktor @ guru @ akauntan @ pharmacs. Tak salah kalau saya beritahu perkara benar. Adakah niat ini termakbul? Insya Allah
lina, bersabar dengan ketentuanNya. Doakan terus agar dia mendapat hidayah walaupun bukan jodoh anda.
ReplyDeleteari-prihatin, memang tak salah luahkan niat di hati. InsyaAllah jikalau diperkenankanNya, maka adalah yang sesuai untuk anda kelak.
TQ Aliya. & kalaulah berpeluang hadir majlis yang ada ramai mereka tentu mudah untuk berkenalan atau sekurang-kurangnya lihat wajah. Paling tidak nak tanya berasal dari mana?
ReplyDeletePerancangan saya;
Jika umur 40 - 45, mungkin amat sesuai untuk kahwin, automatik kemudian jadi teman bersosial(ziarah kemana-mana),jaga-menjaga keselamatan, tempat mengadu, tempat bertukar fikiran, sumber pendorong semangat, penghibur hati dll merangkumi hal agama juga sebaliknya. KELEBIHANNYA: MATANG.
Jika umur 28 - 39 tahun, Insya Allah dapat melahirkan zuriat. Umur 39 thn mungkin sempat dapat seorang anak je tetapi tak pe.Umur 33 - 39 paling ideal. Lain-lain faedah sama seperti perenggan di atas. KELEBIHANNYA: DAPAT ZURIAT SENDIRI.
Bimbang tulisan ini menjadikan orang takut pula. Harap Aliya delete tulisan ini selepas 3 bulan ya.
Wassalam.
salam.aliya
ReplyDeletesaya pun seorang mualaf "amoi". banyak perit duka pilu yang telah saya tangggung selama 10 tahun ni. harapkan pagar, pagar makan padi.memang sengsara apabila masuk islam dan tersisih dari keluarga asal tanpa tempat belindung, terdapat golongan manusia yang mengambil kesempatan dan menganiaya. hanya ketabahan hati dan cinta kepada Allah yang menetapkan hati ini di jalan yang banar dan lurus.
dari mana sya boleh dapat sumber tentang asal usul pegangan orang cina?? harap boleh bantu..
ReplyDeleteSy mmpunyai teman wanita brbgsa Cina, Alhmdulillah die bru sja memeluk agama Islam.. Cuma sy rsau pnerimaan kluarga die & kluarga sy, sbb kluarga die msh xtau akn keislaman ank prmpuan die, & kluarga sy jga xtau yg sy brkenalan dgn wanita yg bkn dr kalangan Melayu
ReplyDeleteWayne McFred : Saya juga memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga dahulu, malah tinggal sebumbung dgn mereka selama hampir 6 bulan tanpa mereka syak apa2. Kemudian saya bernikah secara rahsia & selepas itu baru 'drop the bombshell' sblm keluar dari rumah utk tinggal bersama suami saya. Setelah berbelas tahun saya masih dipulaukan. Tetapi saya berharap saudara ada persediaan mental yg cukup kuat serta sanggup membimbing teman wanita/isteri sepanjang perjalanan hidup anda berdua. Tanggungjawab ini bukan utk sehari atau setahun dua. Jgn la ditinggalkan terumbang ambing mencari-cari sendiri, kemudian bila tidak tahan dgn bisikan syaitan, ditinggalkan terus dengan alasan 'awak tak blh/tak pandai sesuaikan diri dgn kehidupan cara Melayu'. Dugaan paling besar saya terima bukan dari kalangan bukan Islam (sebab kita sudah menjangka dari awal mereka akan sukar menerima status baru kita) tetapi dari kalangan org Islam, khususnya Melayu. Antara dialog2 yg memanaskan telinga 'Apa takde perempuan Melayu ke dlm dunia ni yg kau nak kahwin?!', 'ooh..menantu kamu ni bukan org Melayu kita la ye'. Jadi saudara mesti bersedia utk sanggup menghadapi risiko kehilangan keluarga sekiranya mereka membantah pilihan anda, kerana teman wanita anda berani mengambil langkah yg mengubah kehidupannya walaupun dia tahu dia bakal menghadapi tentangan kuat keluarganya. Alhamdulillah, tatkala perasaan menyesal datang dlm hati & saya tidak mempunyai sesiapa lagi di dlm dunia ini, iman saya masih kuat, saya ingatkan diri saya bahawa saya memeluk Islam atas dasar cintakan agama yg benar ini & bukan sebab kahwin dgn suami saya. Saya percaya Allah sayangkan saya & yakin semua dugaan yg Dia berikan masih mampu saya tangani. Malahan saya berfikiran 'apa2 pun, at least saya harus berterima kasih kpd suami saya kerana membuka tirai untuk saya mengenal Islam'.
ReplyDeletesaya pun saudara baru kak...selalu singgah blog akak.
ReplyDeleteplz singgah blog sy juga ya :)
ok, insyaAllah :)
DeleteSalam..sy pnye citarase pun lbih kepada wnita cina,cina thai,n filipin..tp smpai skarang xjmpe2 lg wlaupun sy sngat2 ikhlas tuk terimaya dlm ape jua status diri mereka..
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullah,
DeleteHanya Allah saja yang maha mengetahui, dan Dia juga yang menentukan jodoh kita.. banyakkan berdoa agar mudah dipertemukan jodoh dengan yang terbaik untuk saudara :)