Tuesday, March 25

CHENG BENG YANG KUTINGGALKAN

"Ah, letih la. Rasa malas nak pergi tahun ini," saya mengeluh.
Tok memarahi saya. Tok ialah ibu kepada ayah, dan 'matriach' dalam keluarga kami. Daripada toklah saya belajar banyak adat lama Cina, yang tidak diketahui kebanyakan wanita Cina moden zaman ini.

" Choy! Mana boleh tak pergi. Kamu ahli keluarga ni, mesti pergi melainkan kamu tak dapat balik untuk sambut Cheng-Beng."
Setiap tahun saya serba-salah. Upacara menziarahi kubur satu amalan yang agak berat dilaksanakan terutama bagi keluarga yang mempunyai kubur sanak-saudara yang terletak di atas bukit. Memanjat bukit dengan bakul-bakul yang berat berisi makanan dan barang-barang lain untuk dipersembahkan di kubur nenek moyang bukanlah satu upacara yang menyeronokkan. Ia amat meletihkan lebih-lebih lagi apabila terpaksa bertolak selepas subuh, mengharungi kesesakan lalulintas ke tapak perkuburan, dan kemudian mencari-cari kubur yang betul di celah-celah ratusan kubur yang ada di kawasan itu. Pernah kami sesat selepas turun naik tiga bukit kecil untuk menyembah tiga kubur lama, saudara mara yang tidak pernah saya kenali.

"Kenapa perlu pergi Cheng Beng setiap tahun? Bukankah ada yang sudah berpuluh-puluh tahun meninggal dunia? Bolehkah mereka bangun dan makan makanan yang kita sembah tu?"
Tok memarahi saya. Saya cucu yang tidak mahu mendiamkan diri dan berani menyuarakan pendapat.
"Bodoh! Kalau bukan kerana mereka, kamu ada di dunia sekarangkah? Ini amalan kita. Bukan susah pun, kita pun boleh makan selepas upacara itu."

"Tapi tok... tok yang kerja banyak setiap Cheng Beng. Tok sendiri yang masak sehingga 5-6 hidangan makanan untuk disembahkan di kubur. Tok juga yang berjalan jauh semata-mata nak ziarah kubur datuk dan moyang. Perlukah semua ni? Bukankah tokong datuk dah ada di rumah tok? Sembah sajalah dari rumah, tak bolehkah? Banyak juga wang yang kita belanjakan untuk Cheng Beng setiap tahun. Kita bakar wang neraka, dan baju-baju kertas untuk datuk dan moyang. Pastikah mereka terima barang-barang tu di akhirat? Sedangkan tok sendiri percaya pda kelahiran semula, entah-entah datuk dah dilahirkan semula berpuluh-puluh tahun yang lalu." Datuk saya meninggal dunia pada tahun 1953. Sudah lebih setengah abad tok menyembah di kubur datuk, suaminya.
Tok mendiamkan diri. Saya tahu tok yang berusia 80an sudah tidak larat menyambung adat lama ini tetapi tok degil. Setiap tahun semakin kurang ahli keluarga kami yang pulang untuk Cheng Beng, atau upacara menziarah kubur. Masing-masing memberi alasan sibuk dengan kerja. Sebenarnya adat ini wajib untuk anak lelaki dalam keluarga, kerana merekalah penyambung zuriat keluarga. Saya sebagai cucu perempuan tidak diwajibkan hadir.

Cheng Beng disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun. Sebelum upacara itu, persediaan rapi diperlukan. Wang kertas neraka dibeli dari kedai, dan ada yang dilipat membentuk kon. Kertas-kertas warna untuk menghiasi kubu sebagai tanda sudah diziarahi oleh ahli keluarga juga dibeli. Kertas-kertas yang dilipat akan dimasukkan ke dalam beg-beg plastik besar dan dibawa bersama semasa menziarahi kubur. Di samping itu, baju-baju, alat elektrik, alat solek, barang kemas, dan sebagainya yang dibuat daripada kertas turut dibeli untuk dibakar sebagai hadiah kepada si mati.

Sebelum bertolak menziarahi kubur, orang Cina akan menyembah 'tuhan penjaga kubur' di tokong tempat si mati dikebumikan. Amalan ini dianggap sebagai tanda menghormati tuhan di situ dan untuk menjamin keselamatan ahli keluarga. Apabila tiba di kubur, ia dibersihkan terlebih dahulu. Makanan berlauk seperti nasi putih, sayur, kuih, kek dan buah-buahan akan dihidangkan di hadapan batu nesan. Selepas lilin dinyalakan, colok akan dibakar. Kemudian roh si mati akan dijemput untuk menjamu makanan yang disediakan. Kaum keluarga akan menunggu di tepi kubur sehingga lilin yang dibakar tinggal separuh.

Selepas itu, ketua keluarga akan membaling dua keping duit syiling. Sekiranya kedua-dua duit syiling itu menunjukkan permukaan yang berlawanan, itu petanda roh si mati sudah bersedia untuk pergi. Wang neraka dan hadiah-hadiah lain akan dikumpulkan di tepi kubur dan arak akan dituang mengelilingi timbunan kertas tersebut. Dipercayai lilitan arak itu akan menghalang roh-roh lain daripada mencuri wang dan hadiah yang diberikan. Kemudian barulah kesemua barangan daripada kertas itu dibakar. Makanan akan disimpan semula dan dibawa pulang untuk dimakan oleh ahli keluarga tersebut. Hanya nasi putih yang dihidangkan di kubur akan dibuang bersepah-sepah sekeliling kubur sebagai sedekah kepada roh-roh yang kelaparan kerana kubur mereka tidak diziarahi oleh kaum keluarga. Saya sudah hafal setiap langkah yang diambil kerana di antara cucu tok, saya yang paling berminat mengetahui adat-adat lama. Bezanya sekarang, sebagai Muslimah saya tidak lagi melibatkan diri dalam kesemua amalan ini.


"Haiyah, susah nak jual semula tapak tu," mak mengadu tempoh hari. Mak saya sudah bersedia untuk akhirat. Bagaimana? Dia telah membeli 'kondominium' abadinya dengan harga RM4,000 di Prestavest Memorial Park. Mak berubah fikiran untuk 'menetap' di kondominumnya itu selepas saya memeluk Islam kerana bimbang tiada orang akan menziarahinya di situ. Malangnya selepas membeli tapak itu, bukan mudah hendak menjualnya semula. Saya mencadangkan kepada mak agar membiarkan sahaja tapak itu di atas namanya. Manalah tahu mak berubah fikiran atau tapak itu akan makin tinggi nilainya nanti. Maklum sahaja tiada tempat umum yang percuma untuk perkuburan Cina. Kematian bagi orang Cina adalah satu liabiliti yang tinggi, yang boleh mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Tapak 'kondominum' sebesar sebuah laci berharga kira-kira RM5,000. Pembakaran mayat pula Rm900, tidak termasuk keranda dan bekas abu. Kalau kubur biasa di leeng bukit, sudah tentu lebih mahal lagi.

Alasan mak membeli tapak perkuburannya mudah sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya apabila dia meninggal dunia kelak. Dia juga mahu memilih sendiri rumah abadinya yang berbumbung dan bersih di tempat yang disukainya. Tambahan pula, kawasan pilihan mak memang cantik, dijaga dengan baik dan mempunyai konsep kubur dalam taman.

"Lebih mudah untuk kamu nak ziarah saya pada bila-bila masa. Tak perlulah kamu nak panjat bukit lagi," dia memberitahu saya dan adik.
Kami menghormati keputusan mak.

Saya sudah lama tidak pergi Cheng Beng. Tidak mahu dan tidak perlu.

Tentu sekali tok amat marah kepada cucunya ini.

imej dari http://www.prestavest.com.my/

10 comments:

  1. Moga tuan diteguhkan iman dan moga jua memercik ke hati ahli2 keluarga tuan.

    ReplyDelete
  2. So Islam taught you to DISRESPECT your elders because they're not of your faith, is that it?

    ReplyDelete
  3. So you finally decided to make a reappearance again. Since you have decided to show disrespect to the readers of this blog by continuing being anonymouse ( a sign of cowardice?), I don't see why I should bother answering your question :P

    ReplyDelete
  4. ANONYMOUSE? such person bothered my blog months ago. eheheh. sabar kak aliya ya. sewaktu arwah anak saya meninggal dunia, sy belanja rm200 untuk tapak, upah gali, kain kapan dll. Saya simpati dgn harga yg mahal untuk tapak kubur org cina.

    ReplyDelete
  5. Humyrah dah sihat? Lama tak baca pos dalam blog humyrah, rindu gak. Ya, tapak kubur Cina memang mahal, seiring dengan kenaikan harga tanah. Tak seperti orang Islam yang disediakan tanah wakaf, penganut agama lain perlu membeli tapak perkuburan.

    ReplyDelete
  6. Hi Aliya,

    I was just wondering whether is it ok for a Chinese Muslim to go for Cheng Beng? Is it acceptable in Islam if the Chinese Muslim only go with some flowers to pay respect to his/her ancestor and does not do all the "adat".

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt.

    We must distinguish between visiting the grave to remember death, remember our ancestors and visiting grave to do unIslamic practise.

    Rasulullah saw had visited his mother's, Aminah, grave. It is narrated in one hadeeth, (I will try to put the full version of hadeeth when I find it back)that Rasulullah saw wanted to pray for forgiveness for his mother, and Allah swt disallowed him because we are not allowed to pray for non-Muslims, however Rasulullah saw was allowed to visit his mother's grave.

    I still remember when I attended a class conducted by Ustaz Hussein Yee, founder of al-Khadeem foundation, in his center at Sg Ara Selangor. He told us that he still visited his non-Muslims' grave. You know he went there wearing his kopiah and jubah. The muslims who passed by will looked like he was doing wrong thing.

    Like I always said: We must return to al-Quran n as-Sunnah with the understanding of early generation, so that we can see the beauty of Islam, otherwise, we will go astray as Islam has been polluted by many opinions and idea. What do you think the respond of your ustaz if you said you want to visit your non-muslims families' grave? I am sure you know the answer.

    (Visiting Muslims' grave is also prohibited if we do unIslamic think like seeking help from those death people and doing innovation thing like performing prayer at grave eventhough you just pray zuhur, asar, maghrib etc)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbt,
    Yes, Masri. Thanks for the long explanation.Agree with you. You see, Cheng Beng (1st week of April each year) is a religious festival for the Tao and Buddhist people because it's the only time of the year where the graves will be visited and food etc offered to the souls of the dead. That's why I personally think Chinese Muslims should avoid visiting the graves of ancestors at this time.We can always visit the graves at other times when we won't be exposed to those rituals and face family pressures to follow what they'd do during Cheng Beng.
    A good example told to me was by my own Muslim Chinese mother-in-law whose relatives were Buddhists. When her relatives passed away, she attended their funerals along with her husband and children. They paid their last respects but were not involved with the rituals. My husband remembered the events very well.

    ReplyDelete
  9. Masri,

    Let me help you. I read this before in Sahih Muslim:

    Book 4, Number 2129:
    Abu Huraira reported Allah's Messenger, (may peace be upon him) as saying: I sought permission to beg forgiveness for my mother,
    but He did not grant it to me. I sought permission from Him to visit her grave, and He granted it (permission) to me.

    Book 4, Number 2130:
    Abu Huraira reported: The Apostle of Allah (may peace be upon him) visited the grave of his mother and he wept, and moved others
    around him to tears, and said: I sought permission from my Lord to beg forgiveness for her but it was not granted to me, and I sought
    permission to visit her grave and it was granted to motel So visit the graves, for that makes you mindful of death.

    ReplyDelete
  10. banyak adat orang cina yang boleh diketahui melalui blog ni..semoga hidayah dari Allah akan berterusan kepada kita semua..aminnn

    ReplyDelete