"Ceng xi cho ha-mi chek ark (Apalah dosa yang saya buat pada hayat dulu) sehingga tuhan balas dengan keadaan ini" tok perempuan saya suka mengeluh apabila ditimpa sesuatu musibah,
Mak juga suka berkata begitu. Keluarga Cina saya kuat pegangan fahaman Taoism dan Buddhism. Mereka amat percaya bahawa segala yang berlaku dalam hidup mereka di dunia kini adalah balasan kepada perbuatan mereka semasa hayat dahulu. Jikalau baik amalan mereka pada hayat dahulu, maka baik dan bahagialah kehidupan sekarang. Sebaliknya jikalau buruk dan amat berdosa kehidupan mereka pada hayat yang lalu, maka susahlah kehidupan mereka kini. Maka mereka selalu ingin melakukan perkara baik supaya akan mendapat kehidupan yang lebih baik pada hayat akan datang. Karma yang diidamkan adalah untuk menjadi manusia yang kaya dan hidup bahagia, bukan dilahirkan cacat atau sebagai binatang. Tujuan akhir adalah untuk mencapai nirvana, atau menjadi seperti Buddha dan tidak perlu dilahirkan semula.
Saya mendiamkan diri, terutamanya selepas memeluk agama Islam. Saya tahu mak banyak berfikir akan perkara ini selepas mengetahui anak perempuan tunggalnya meninggalkan agama nenek moyang untuk menyembah Allah s.w.t. Mungkin mak menyangka dia telah banyak berdosa sehingga dibalas oleh Tuhan dengan anak yang derhaka.
Saya tahu, mak dan tok menyembah di tokong. Mereka sudah tentu akan bertanya kepada sami di sana mengapa saya memilih Islam. Sudah tentu sami yang 'menurun' akan memberikan jawapan yang hanya mengesahkan syak-wasangka mereka. Sudah tentu mak dan tok akan digesa agar menyumbang lebih banyak wang kepada tokong untuk mengurangkan balasan dosa mereka.Aduh... satu kitaran psikologi yang amat kejam dan susah ditinggalkan.
Saya kerap menemani mak ke tokong sebelum memeluk Islam secara sah. Saya tahu rutin yang dilakukan di sana, walaupun saya sudah lama tidak mengikuti secara langsung. Sampai sahaja di tokong, saya akan mencari satu ruang kosong di luar tokong dan tunggu di situ sehingga mak dan adik selesai sembahyang. Walaupun digesa, saya tidak berganjak dan mengikuti amalan menyembah tokong di situ. Pengunjung lain memandang saya dengan hairan tetapi saya tak kisah.
Patung-patung tuhan Taoism dan Buddha disusun di setiap sudut dalam tokong. Saya tahu rutin mereka: Masuk ke dalam tokong dan beli satu set colok dan lilin. Letakkan buah-buahan, kuih-muih atau bunga di hadapan tuhan yang hendak disembah. Kemudian letakkan lilin di tempat yang betul, nyalakan dan kemudian bakar segenggam colok. Tunduk dan doa di hadapan setiap tuhan, baru masukkan colok ke dalam bekas di hadapan tuhan itu. Kemudian beredar ke tuhan di sebelah dan lakukan rutin yang sama. Pastikan setiap bekas colok yang terdapat di dalam dan di luar tokong diisi, barulah bakar segenggam kertas berhala di tempat pembakaran yang disimbolikkan sebagai memberi wang kepada tuhan. Selepas itu barulah menuangkan minyak untuk menyalakan api berhala, sebelum menujukan soalan kepada sami yang bertugas. Sami akan membuat adegan 'menurun' dan memberikan jawapan yang dianggap disampaikan oleh tuhan yang disembah.
Maka apabila ditimpa masalah atau musibah, mak atau tok akan menyalahkan diri sendiri. Lebih malang lagi, jiran dan saudara mara turut menyalahkan mereka dengan mengaitkan keadaan dengan sesuatu dosa yang dilakukan dahulu. Kalau tidak terdapat sebarang bukti dosa hidup kini akan dipersalahkan terhadap dosa pada hayat lampau. Sungguh kejam sekali perbuatan tersebut.
Saya bersyukur kerana sekarang menjadi Muslim. Dalam Islam tiada istilah dosa daripada hayat dahulu. Setiap bayi dilahirkan suci dan amalan kita dalam penghidupan hanya untuk satu penghidupan, bukannya untuk dikitar semula. Tuhan saya Allah s.w.t adalah Yang Maha Esa, yang tidak boleh dirasuahkan dengan makanan dan wang ringgit. Begitulah yang saya cuba terangkan kepada mak, tok dan orang lain yang bertanya. Malah bagi seorang Muslim, setiap musibah adalah ujian untuk menguji iman hambaNya yang taat dan menurut perintahNya.
Mak dan tok masih mengejar nirvana, dan berusaha mendapat karma yang lebih baik untuk penghidupan yang akan datang.
Saya pula mengidamkan syurga kerana hidup di dunia ini hanya satu persinggahan sementara. Tidak ada kitaran semula.
Bagaimanakah caranya hendak membawa mereka kepada penghidupan abadi mengikut Islam?

salam,
ReplyDeletesaya percaya juga kamma, nibbana, arahang dsbgnya satu ketika dahulu walaupun saya bukan orang Siam. mak saya dulu pun walaupun memang asal datuk nenek islam dan memang beragama islam kalau mengeluh akan tanya juga, apa lah salahnya, dosa saya. saya pun sehingga sekarang masih tak dapat buang perangai ni walaupun dah cuba. masih tak sengaja terkeluar juga. saya agak mungkin pengaruh sekeliling juga sebab dulu kampung mak saya dekat kampung orang cina, dan sempadan pula dengan negara sebelah sana.
tapi mak juga lah yang sedarkan saya dan bawa saya balik ke pangkal jalan. kalau tak saya cuma muslim di dalam kad pengenalan. di hati kepercayaan lain. terima kasih kepada mak saya, semoga Allah SWT berkati semua ibu yang beriman kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT beri kita semua hidayah. Berdoa kita kepada Allah SWT kerana segalanya kembali kepada-Nya.