"Aliya, awak dah belajar mengaji ker?"
"Saya sekarang belajar Iqra dengan ustazah di Pusat Islam USM."
"Ooo, bagus lah. Kak tinggal di Pulau Pinang ni, nak dapatkan ustazah untuk belajar pun susah. Pernah juga pergi ke rumah ustazah yang mengajar budak-budak mengaji, tetapi bila dia tau kak ini yang nak belajar, dia tak sudi terima pula. Mungkin sebab saya ini muka Melayu, dia fikir kak ini Melayu tulen yang baru nak belajar, kak pula kena perli."
Saya bersembang dengan seorang saudara baru. Beliau berasal dari Indonesia tetapi beragama Kristian. Dia memeluk Islam dan berkahwin dengan suaminya yang beragama Islam. Katanya keluarganya yang masih beragama Kristian sering datang dan berdialog dengannya dan suaminya, dan cuba memujuknya untuk kembali kepada agama asal.
"Alhamdulillah suami kak rajin baca al-quran dan kitab-kitab lama, dengan ilmu yang ada itulah dia berdialog dengan mereka."
Memang untuk seorang mualaf Islam, mendapatkan pasangan hidup yang beriman kepadaNya sangat penting. Suami terutamanya adalah tempat merujuk dan tempat mendapatkan bimbingan agama dan sebagainya.
Sepatutnya suami yang membimbing dalam hal agama akan tetapi dalam sesetengah perkara dan jika suami sibuk mencari rezeki halal, tunjukajar seorang ustazah yang bertauliah juga amat diperlukan.
"Jadi kak tak belajar mengaji langsung ya?" Saya terus bertanya.
" Kak tanya suami tetapi maklumlah suami pun sibuk, balik rumah dah letih. Awak tahu, kak belajar sikit-sikit daripada anak ni (anaknya berumur 8 tahun). Apa nak buat, kita bukan tak mahu belajar tetapi belum ada peluang. Suami pula mengajar bila dia cuti sahaja."
Saya mengangguk faham.
Memang susah hendak mendapatkan seorang ustazah untuk belajar mengaji. Kelas anjuran Perkim wujud tetapi bagi yang tiada kenderaan, agak susah untuk ke sana mengikuti kelas yang dihadkan kepada hari-hari dan masa-masa tertentu sahaja. Faktor jarak juga perlu diambil kira. Bukan semua mualaf yang mempunyai kenderaan sendiri. Saya sendiri mengaku saya belum menjejakkan kaki ke dalam bangunan Perkim kerana faktor masa, dan ketiadaan kenderaan persendirian. Tambahan pula, pengajian sepenuh masa di universiti serta ketiadaan kenderaan sendiri amat mengehadkan peluang dan waktu untuk belajar mengaji. Ini amat berlainan dengan bantuan yang diberikan oleh pihak gereja. Mereka mempunyai van sendiri untuk mengangkut orangramai menghdiri kelas-kelas tertentu di gereja. Saya sendiri pernah menghadiri kelas-kelas Bible Study ketika di sekolah menengah kerana pengangkutan disediakan.
"Awak boleh pergi minta tolong siapa-siapa sahaja. Pergi tanya ustazah-ustazah di Pusat Islam atau adik-adik yang free masa itu untuk mengajar awak. Kena rajin bertanya," pernah seorang kawan menasihati saya.
Memang saya pernah pergi. Malah saya sendiri yang memohon bantuan mereka mengajar saya Iqra dan surah-surah ringkas. Namun faktor masa perlu diambil kira. Saya perlu menghadiri kuliah, perlu menghadiri perbincangan berkumpulan, dan perlu membuat projek. Apabila saya free, mereka yang disebutkan pula sudah pulang ke rumah atau sibuk dengan hal masing-masing. Kadang-kadang apabila saya dapat hadir untuk belajar, mereka pula sibuk dengan kerja pejabat.
Syukur alhamdulillah, saya dapat belajar Iqra daripada 3 orang ustazah. Namun tidak lama kerana waktu mengaji itu bertembung dengan waktu kuliah. Mujurlah sekarang suami saya pula mengambilalih tugas itu apabila kami berdua kurang komitmen kerja dan sebagainya. Saya masih tergagap-gapap menyebut perkataan tertentu dalam bahasa Arab. Maklum sahaja lidah Cina yang sudah keras bukan mudah hendak dilentur semula.
"Tak pergi tanya di sekolah agama itu?"
"Saya takut, setiap kali lalu depan sekolah agama itu, nampak lelaki sahaja. Tambahan pula saya dah berumur, bukan budak sekolah lagi. Mereka nakkah terima pelajar tua ni?"
Ahh, alasan demi alasan. Apa hendak dikatakan, saya sebenarnya segan hendak bertanya. Takut kena reject. Saya seorang cikgu, yang sudah biasa mengajar orang lain, sudah terdedah dengan metodologi. Saya juga seorang yang sudah berfikiran agak kritikal dan tidak mudah menerima ajaran orang lain bulat-bulat tanpa bertanya mengapa dan kenapa. Pernah ustazah terkedu lidahnya hendak menjawab soalan saya yang tertubi-tubi gara-gara hendak cepat pandai. Bukan hanya bab mengaji yang saya akan tanya. Macam-macam tentang Islam yang saya kurang faham. Siapa yang sanggup menerima mahasitua ini yang juga saudara baru dan banyak bertanya sebagai anak murid terbarunya? Hanya mereka yang banyak membaca, berpengetahuan dan berpengalaman mengajar mengaji sahaja yang dapat mengajar saya dengan selesa, dan yang dapat saya terima dengan hormat.
"Kak, di sini ada tak ustazah yang mengajar mengaji? Saya ni saudara baru."
Saya pernah bertanya di masjid berdekatan tempat tinggal saya. Kakak itu mengambil nombor telefon saya. Agaknya dia lupa atau belum bertemu orang yang sesuai mengajar saya. Maklum sahaja, bukan semua orang berani mengajar saudara baru seperti saya. Mungkin mereka kurang yakin dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik. Wallahu'alam.
Saya tahu bukan saya seorang yang menghadapi masalah ini. Masalah yang boleh dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tetapi bagi kami yang benar-benar hendak belajar dan mengenal Islam secara keseluruhan, kebolehan membaca al-Quran dalam bahasa Arab penting dikuasai. Namun bukan mudah hendak mencari ustazah yang sesuai. Bagi mualaf lelaki mungkin lebih mudah bagi mereka sebab bebas belajar di masjid daripada ustaz atau imam tetapi kami wanita tentu sekali malu berdepan dengan lelaki yang bukan muhrim walaupun untuk belajar.
Aduss, bila nak pandai al-Quran ini?
Tersekat di Iqra 5 lagi.
Agak-agaknya saya yang kurang kesungguhan atau memang peluang belum ada?
Saya masih belajar mengaji al-Quran juga.. kelas untuk org dewasa! Malu tp tulah hakikatnya.. setiap kali mengaji di rumah mesti asyik ditegur suami..
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t.
ReplyDeleteMemang agak sukar untuk mencari ustaz dan ustazah untuk mengajar mengaji sekarang ni, tambahan bertajwid. Jika ada, masa dan masalah2x lain pulak yang timbl.
Saya memohon maaf disini terutama pemilik blog ini. InsyaAllah, niat suci saya tidak disalah ertikan.
Anda boleh ke http://www.wajibtajwid.com insyaAllah disini dapat membantu.
shukran,
ustahmads
Waalaikumussalam w.b.t.
ReplyDeleteTerima kasih ustahmads.
Semoga Allah swt berkati niat suci ustaz dalam membantu meningkatkan pembacaan al-Quran :)
InsyaAllah, itu semuanya ilmu Allah s.w.t. yang dikirimkan melalui saya untuk disampaikan dengan cara yang termudah mungkin.
ReplyDeleteMungkin dengan cara ini, akan menyebabkan lebih ramai yang akan berminat untuk mempelajarinya. InsyaAllah.
Perkembangan Islam Mualaf di south Australia di http://www.agungcyber.blogspot.com/
ReplyDeletehttp://www.agungcyber.blogspot.com/
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah... Allahu akbar!
Kak dok mana sebenarnya nih?
ReplyDeleteKalau area kedah, mungkin boleh tolong cari-carikan ustazah mengajar mengaji
Jangan mengalah untuk terus belajar-Orang melayu yang Islam sejak lahir pun ramai yang tidak boleh membaca Quran
Zamry,
ReplyDeleteSaya kini di kawasan Seberang Jaya, Penang. InsyaAllah akan jumpa ustazah yang terbaik utk saya nanti :)
salam kalau di seberang jaya ada ustazah sedia membantu terus ke rumah.. boleh hubungi Al Ahlam Hometuition di talian 045732648 kawasan liputan seberang jaya (taman sutera prima,taman sutera, jalan tenggiri, dll
DeleteMacam ni, dengar kata Darussyifa nak dibuka dekat penang dalam bulan 7...
ReplyDeleteBiasanya yang kurang mahir baca quran akan diajar oleh tutor yang sememangnya bagus...
Apa kata kak try :)
Salam,
ReplyDeleteSenarai kelas pengajian Al-Quran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh didapati di sini.
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran
Waalaikumussalam kelasquran,
ReplyDeleteTerima kasih kerana perkhabaran ini. InsyaAllah bolehlah saya beritahu adik-adik mualaf yang tinggal sekitar KL dan Selangor untuk melawat ke situ :)
a'kum .bakal tunang saya seorang mualaf nama dahulunya ialah siva dan kini ialah muhammad sameer..saya nak dia mengaji dan kenal al-quran..di mana tempatnya?saya berasal dari penang,georgetwon.
ReplyDeleteAL AHLAM HOMETUITION menyediakan perkhidmatan mengaji Al-Quran langsung ke rumah anda bagi dewasa (muslimat atau muslimin) dan secara personal/sekeluarga berkonsepkan belajar dan mengajar secara bertalaqi dengan cepat dan berkesan walaupun sebelum ini ZERO hingga pandai baca quran.
ReplyDeletePengalaman kami sejak 5 tahun lepas,dalam masa sebulan atau kedua bulan lancar membaca quran walaupun sebelum ini tak pandai langsung.Kaedah ini belum didedahkan secara umum.
Sekitar SEBERANG PRAI, SEBERANG JAYA, BUKIT MINYAK, TAMAN INDERAWASIH, JURU DAN KAWASAN SEKITAR.
Modul yang mesti dicapai :
-Makhraj Huruf
-Sifat Huruf
-Tajwid
-Talaqqi
-Memahami Bahasa Quran
Kami menemui cara termudah dan paling ampuh menguasai bacaan Quran berdasarkan
pengalaman.
Pengambilan Pelajar Baru Secara Personal/Berkumpulan Sekitar 5 Orang samada untuk MUSLIMAT atau MUSLIMIN.
Kelebihan Belajar Secara Personal
-Lebih selesa kerana belajar dirumah anda sendiri.
-Kaedah Pengajian lebih santai dan effektif
-Lebih fokus kerana mungkin anda seorang.
-Tiada segan silu walaupun tidak pandai
-Pengajian lebih KHAS.
-Method Ayyu Soal (Soal Jawab) dibuka sekiranya tidak faham/tidak jelas.
-Motivasi secara santai.
-Method lebih kepada Muhibbah.
-Pengajian Lebih Intensif kerana lebih khusus.
Kenapa memilih AL AHLAM HOMETUITION ?
-Guru Berpengalaman Yang Bertalaqqi Dengan Syeikh Arab
-Guru Sepenuh Masa
-Pengajian lebih komited
-Sijil Talaqqi diberikan kepada yang belajar hingga khatam
-Masa yang Flexsibel
-Tamat belajar,kami jamin anda boleh mengajar bermula untuk anak/cucu atau keluarga terdekat yang akan merapatkan silaturrahim dan muhibbah.
-Kaunseling secara personal untuk bincang apa jua dalam bidang agama.
-Yuran Berpatutan
-Untuk Muslimat..Ustazah yang mengajar dan Muslimin..Ustaz yang mengajar.
Apakah Perkhidmatan Lain ?
-Hometuition Subjek Bahasa Arab/Jawi untuk UPKK/SPM/STPM/Program ASASI untuk ke UIA/USIM secara private/berkumpulan tidak melebihi 5 orang.
Berapa minima pelajar dan max
Minima seorang dan max 5 orang sahaja.
Sekiranya berminat hubungi segera untuk proses penjadualan di talian :
04-573 2648