Sempena bulan Muharram ni, tentu ramai yang membuat bubur asyura. Saya pun dah lama tak makan.. kali terakhir tak silap saya, saya tolong kacau 3 kawah besar di masjid USM semasa menjadi mahasiswi di sana.
Namun, setiap kali membaca atau melihat bubur asyura ni, ingatan saya akan melayang ke sekolah pertama saya mengajar.. ke sebuah kampung jauh di pedalaman Hulu Terengganu.. iaitu Kampung Lerek.
Saya ditugaskan mengajar di SK Lerek sejurus selepas tamat pengajian sebagai guru sekolah rendah dalam opsyen Bahasa Inggeris. Saya satu-satunya guru bukan berbangsa Melayu di sekolah itu yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit kawasan Felcra, 15km dari pekan terdekat iaitu Kuala Berang. Terdapat 2 lagi guru baru yang juga baru tamat pengajian yang dihantar bertugas di situ iaitu Cikgu Mohamad dari Marang, dan Cikgu Nik Yusoff dari Kelantan. Kami menggantikan guru-guru lama yang tela berjaya mendapat pertukaran ke sekolah yang lebih dekat dengan pekan.
Alhamdulilah, walaupun bukan sebangsa dan bukan seagama, saya dilayan dengan baik oleh semua staf dan juga pelajar di sana. Walaupun boleh dikatakan agak kurang berada, ibu bapa para pelajar juga amat menghormati kami kaum guru dan sering mengundang kami ke rumah untuk kenduri makan tengah hari selepas sekolah. Ketika itulah, saya gadis bandar ini belajar makan sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Amat susah dan mencabar oooo... terasa jauh sekali nasi sepinggan itu dari mulut, hehehe. Syukur sebab ketika itu saya sudahpun menjadikan baju kurung sebagai pakaian harian ke sekolah. Makin banyaklah mata yang memandang amoi guru Bahasa Inggeris yang memakai baju kurung makan dengan tangan sambil duduk bersimpuh.. malu juga tapi sebab nak jaga hati tuan rumah, telan sajalah apa yang ada di pinggan.
Di kampung itu jugalah, saya yang berasal dari Kedah diperkenalkan kepada bubur asyura. Kami semua dijemput ke rumah salah seorang pelajar. Saya tak belum Islam ketika itu hanya mengikut saja dengan menumpang kereta gurubesar. Setibanya di depan rumah, saya lihat ada satu kawah besar di tepi rumah.
"Masak apa tu? Dodolkah?" saya tanya guru lain [bagi saya masa tu, jika orang kacau kawah besar, mesti buat dodol..terimakasih TV, hehe]
"'Bubur asyura," jawab Cikgu Milah, orang pekan Kuala Berang.
Nak pendekkan cerita, saya perhati mereka memasak bubur itu, kemudian menuangnya ke dalam bekas-bekas plastik tupperware.
"Hmm, nampak macam bubur pulut hitam sahaja tetapi ada kacang," hati saya berkata.
Saya turut diberi satu bekas plastik dengan bubur yang masih panas.
"Ambillah cikgu, bawa balik," kata orang kampung.
Akur dengan permintaannya dan untuk menjaga hati mereka, saya bawa pulang ke rumah sewa.
Ketika itu, bubur sudahpun keras. Saya potong sedikit dan rasa.. hmm, sedap gak. Ada kacang, ubi dan entah apa-apa lagi..cuma warnanya kurang menarik sebab seakan-akan ungu. Saya ajak rakan serumah yang juga nonMuslim Cina makan tetapi mereka menolak.
Akhirnya saya berikan bekas dan bubur asyura yang selebihnya kepada jiran Melayu sebelah rumah yang ramai anak sebab takut tak dapat habiskan; nak buang, sayang.
Itulah perkenalan saya kepada bubur asyura dan kemurahan hati orang-orang kampung.
seronok membaca sesi "perkenalan" cikgu dengan bubur asyura..kalau di Johor, bubur asyuranya macam bubur lambuk..saya dah terbiasa dengan bubur sebegitu. Bila tinggal di Pulau Pinang, jumpa bubur asyura yang manis ni, tekak saya tak dapat nak terima...sampai sekarang huhu...
ReplyDeleteI did not know you were in Kg Lerek. The nearest I have got there is SungainTong where my sister operated a small sundry shop way back in the 70's. You should take your family to see such a place. Drop over and be our guests.
ReplyDeleteI grew up with the traditional bobor asyura. It was a must. My family cooked it and I enjoyed the one with chunks of meat or chicken. The normal one cooked at surau was just plain. It is spicy, good for those who have just delivered! Alas, this year was the first time I did not receive my share. In the past years at least one pupil would bring some. I cannot help feeling that bubur asyura is becoming out of fashion in Terengganu. It is Kentucky/Mc Donald era now.
Kniedaz, seronoknya tentang bubur asyura, bagi saya, bukan pada makanannya tetapi pada keseronokan mengacau kawah besar beramai-ramai.. sesuatu yg tak ada dalam budaya kaum lain
ReplyDeletePakcik, food such as bubur asyura is only good to eat when cooked with friends and family. Sorry to hear about you missing it this year.. perhaps you could give a hint to your students about it next yeat. It's too difficult for me to cook bubur asyura at home but insyaAllah I always try to cook the chinese dumpling to celebrate winter solstice in december..making it a family tradition to be passed down the generation.
ReplyDeleteSalam Aliya,
ReplyDeleteMak Aji memang suka bubur asyura versi Kelantan/Terengganu sebab memang asal dari Kelantan pun. Kat KL ni susah nak dapat dan tak larat nak buat sendiri sebab cukup renyah nak menyediakannya.