Monday, June 29

REZEKI

Pada pagi ini, entah mengapa mata saya tertarik melihat peti surat di sekolah. Ahh, ada surat rupanya!
Saya yang jarang bersikap 'Kay-po-chi' [busybody] tiba-tina tergerak hati pula untuk mengeluarkan surat-surat yang berkemungkinan sampai ke sekolah pada lewat petang hari Sabtu yang lalu. Satu bungkusan besar tersekat di dalam peti tersebut. Saya tariknya keluar daripada peti surat perlahan-lahan. Ah, untuk saya rupanya!

Alhamdulillah, rezeki saya bertambah dari sumber yang tidak disangka-sangka. Hadiah kain daripada Umijah rupanya. Rakan blogger yang tidak pernah bersua muka tetapi dekat di hati, melalui sms. Ketika saya melawat Segamat, kami tidak berpeluang bertemu. Benda yang ingin disampaikannya akhirnya tiba ke tangan saya juga melalui pos. Terima kasih banyak-banyak Umijah. Wah, bakal bertambahlah koleksi baju yang menutup aurat untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Terbeliak mata apabila melihat skrin ATM petang tadi. Benarkah? Sekiranya benar, syukur alhamdulillah. Lega. Tunggakan gaji melebihi jangkaan saya. Baru semalam saya mengadu padaNya memohon rezeki tambahan dari sumber yang halal bagi menampung perbelanjaan untuk rumah baru, pada hari ini sahaja rezeki datang bergolek. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Hilang sedikit tekanan. InsyaAllah bolehlah fokus kepada persediaan untuk ceramah yang bakal disampaikan Jumaat ini [satu cabaran baru kerana pendengar pelajar sekolah menengah; fokus juga berbeza berbanding syarahan yang lalu]
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulilllah.

4 comments:

  1. tahniah akak! baru pagi tadi dengar kuliah ustaz zahazan, kalau nak dpt rezeki halal & berkat, kita kena jaga ibadah kita...

    ReplyDelete
  2. :p Yang paling penting, jangan lupa zakat. Jika tidak rezeki kita tidak halal.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.
    Seringkali saya cuba pos komen, tapi tak berjaya. ntah kenapa..

    Seronoknya orang tu rezekinya melimpah, alhamdulillah untuk kak aliya.

    Tula kasih sayang Dia. Selagi kita tak dimatikan, selagi tu rezeki sentiasa ada.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Ummu Auni, ahong, Humyrah,
    Saya hanya seorang hamba Alah yang lemah, yang masih banyak perlu belajar.Syukur, selepas Islam, rezeki saya memang bertambah.Yang saya mampu sumbangkan sekarang adalah zakat ilmu :)Zakat fitrah dibayar suami, zakat harta belum lagi.

    ReplyDelete