Walaupun agak kelam-kabut saya dan suami bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami berjaya menaiki kapal terbang ke KLIA dengan selamat.
Setibanya di KLIA, kami disambut oleh pemandu UiTM, En.Aziz dan pegawai perhubungan awam, En.Said. Hampir tengah malam, barulah tiba di UiTM Segamat, Johor.
Tepat 9.30 pagi, kami tiba di dewan syarahan. Aduh, segan saya dilayan seperti VIP di sana. Saya yang berbangsa Cina memang tidak impikan akan berpeluang melawat ke UiTM, tetapi Allah swt telah menentukan bahawa hari ini saya dilayan sebagai tetamu khas pula. Alhamdulillah.
Bagaimana dengan syarahan hari ini? Saya cerita dari hati, tanpa melihat teks. Semuanya 6 episod. Alhamdulillah, semua yang hendak disampaikan berjaya disampaikan. Bersemangat pula berkongsi cerita, huhuhu. Isi syarahan berlainan daripada yang disampaikan di USM tempoh hari.
Harapan saya, mereka yang mendengar akan lebih memahami masalah yang dihadapi oleh saudara baru Islam,dan lebih bersedia menhulurkan bantuan kepada golongan yang hendak belajar tentang Islam dan yang bergelar mualaf. Itulah harapan saya dan suami.
Terima kasih banyak-banyak kepada pihak pengelola, khasnya Pn.Azura, En.Said, serta pemandu kami sepanjang 2 hari di Segamat, En.Aziz yang begitu sabar melayan kami dan menjadi pemandu pelancong kepada kami yang pertama kali ke bandar ini. Teruja saya berjumpa dengan kawan-kawan baru dari Bangi [Persatuan al-Quran},
saudara-saudara baru di kawasan Segamat dan hadirin yang menyertai syarahan hari ini.
Layanan Prof Kamil dan Pn.Roza amat mesra. Makan sarapan di Villa Firdaus yang tersergam indah, diikuti dengan jamuan durian Segamat juga di Villa Firdaus.Sedap sungguh durian Segamat.
Segala pujian bagi Allah swt.
Semoga Allah merahmati Prof Kamil sekeluarga, dan semua staf UiTM.
Melaporkan dari Ledang Inn, UiTM Segamat.Kami pulang ke Penang esok, insyaAllah.
untuk gambar di UiTM sila ke sini
salam. teruskan perjuangan..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Aliya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok kakchik melihat gambar-gambar kenangan semasa akak berceramah di sana.
Yang paling seronok juga membaca catatan akak ini. Syukur... nampaknya sambutan begitu bagus sekali. Tahniah ya kak.
p/s: Cantik & manis kak aliya berjubah & bertudung labuh.
Assalamualaikum!
ReplyDeleteTahniah diatas kejayaan Aliya! Turut berbangga melihat ahli Muslim Bloggers Alliance maju sehari demi sehari menjadi tokoh Muslimah negara.
Keep it up Cikgu!
Your proud supporter 4eva!
Waalaikumussalam Kak Abell,kakchik,& sifu,
ReplyDeleteKak Abell,Terima kasih. InsyaAllah..
kakchik, peserta kira-kira 200 orang. Syarahan tidaklah terlalu serius tetapi alhamdulillah menurut suami, berjaya menyentuh hati.
Sifu, terima kasih. Pengalaman di Segamat banyak menginsafkan diri akan kebesaran dan kuasa Allah swt, segala pujian bagiNya.
Asalamualaikum dear aliyah,pertemuan kita di Villa Firdaus..Kak Noli ni ,3 of us from Bangi..
ReplyDeletealhamdulilah Allah pertemukan akak dgn Aliyah dan suami..semuga hubungan ini berpanjangan..seronok ya makan2 durian sampi pening2 laa akak petang tu..makan over limit.. akak nak emailkan recording syarahan aliyah..boleh beri akak email add aliyah.. email akak nollynur@yahoo.com
salam ukuah dan sayang dr akak..
Waalaikumussalam kak Noli,
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok dan syukur padaNya kerana berpeluang berjumpa dengan semua di UiTM. Alamat emel saya ialah lyea71@gmail.com.keep in touch, k.. jauh di mata tetapi dekat di hati.