Wednesday, June 17

RENUNGAN


"Apakah yang Lya buat selama 2 minggu, belum habis edit lagi teks itu?"
Alamak, susah bila suami tercinta menegur begitu.
Susah nak jawab. Hanya mampu memohon pemahaman seorang suami yang sabar dan menawarkan dirinya untuk membantu mengedit teks yang lengkap.

Mengapa ambil masa begitu lama, masih menulis tak habis-habis?
Jawapannya, saya mengambil masa lama untuk merenung jauh ke dalam hati, mengenang semula sebab sebenar saya akhirnya memeluk Islam. Menjawab persoalan mengapa saya teragak-agak sebelum itu, dan apakah punca perasaan takut itu.
Mengapa saya dapati amat susah untuk memeluk Islam berbanding agama lain. Kerana prosesnya, masyarakat Islam, atau sebab lain?
Apakah maksud 2 kalimah syahadah kepada seorang mualaf wanita?

Alhamdulillah, akhirnya semua itu terjawab hari ini.
Saya menulis semula teks syarahan. InsyaAllah buat kali terakhir sebelum menyampaikannya di UiTM Segamat.
Ini bukan untuk diri saya. Biarlah saya susah sedikit tetapi syarahan yang hendak disampaikan berjaya disampaikan dengan baik dan berkesan.

Doakan agar saya berjaya menyampaikannya di sana nanti.
Kerana Allah.
Kerana Islam.
Kerana adik-adik yang masih berjuang.
Ameen.

NOTA: Badan kurang sihat, dan hanya mampu berdoa agar semua urusan kami berjalan lancar sehingga ke hujung minggu, insyaAllah.

2 comments:

  1. salam kak aliya,
    boleh buat posting tak main points for your lecture, please :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ummu Auni Afif,
    Saya bahagikan syarahan 2 jam di UiTm itu kepada 6 episod. 1 Sebelum Islam dan mencari Tuhan. 2 Hidayah 3.Mengapa peluk Islam, cabaran & halangan peluk Islam 4. Cabaran mualaf wanita Malaysia 5. Dulu dan sekarang 6. Keindahan Islam & dakwah seorang mualaf

    ReplyDelete