Hujan lebat pagi ini menyebabkan saya terpaksa menangguhkan perjalanan selama sejam sebelum memandu ke rumah Mak untuk membawanya ke Taiping. Kami perlu ke bandar bersejarah itu untuk menguruskan beberapa perkara. Bagi saya, ini juga peluang untuk membawa Mak keluar rumah dan berjalan-jalan. Maklum sahajalah, waktu cuti sekolah sahaja peluang untuk pergi ke mana-mana. Dengan izin suami tercinta, kami pergi berdua sahaja. Masa untuk ibu dan anak bersama :)
Alhamdulillah walaupun keadaan tidak seperti yang dijangkakan, namun segala urusan berjalan lancar. Bertemu dengan bekas mak mertua setelah bercerai dengan anaknya agak menjanggalkan tetapi kami masih boleh berbual secara baik [alhamdulillah]. Malah berurusan dengan bekas suami saya yang masih Buddhist adalah lebih memeningkan kepala daripada berurusan dengan bekas ipar dan bekas mertua [aduh].
Bila dah lapar dan penat, apa lagi kalau bukan cari makan. Hmmm, belok punya belok, saya singgah juga di Kedai Doli Char Koay Teow bersama Mak. Semasa tinggal di sana, tak pernah pun makan di situ kerana banyak lagi kedai makanan Cina tetapi bila dah Muslimah, ke mana lagi kalau bukan ke sini. Nak makan di kedai makan Melayu lain, tak tahu mana yang sedap.
Yang terkenal di kedai ini adalah char koay teow yang digoreng ala Cina Penang, dengan udang, kerang dan telur. Rasanya? Best ! Mak makan Mi Kari [saya beri 6/10] manakala saya mencuba koay teow sup [8/10 sebab isi ayam banyak, hehehe].
Hari ini makan saja. Menziarah ke rumah kawan memberikan rezeki bubur kacang dan kuih lapis yang dimasak sendiri [seronok ada kawan yang pandai masak, hehehe]. Inilah kali pertama saya membawa Mak bertandang ke rumah kawan setelah saya memeluk Islam, dan juga kawan Muslimah pertama bertemu dengan Mak saya. Tersenyum Cikgu Zakiah melihat Mak yang sudah boleh menerima saya yang Islam.
"Nak berdakwah Islam terus kepada Mak, Ai tak reti! Hang tengok mak i tu, rasa-rasa teknik apa nak guna?" saya berbisik kepada Cikgu Zakiah.
Dia ketawa."Kira ok dah la, dia dah boleh terima u sebagai Muslimah. Slow-slow la.."
Dalam perjalanan pulang, Mak tiba-tiba berkata," Mak ingatkan orang Islam tak boleh wasiatkan harta kepada yang bukan Islam?"
Hmmm... apa lagi, saya rebut peluang untuk menerangkan serba-sedikit tentang pemberian harta orang Islam kepada saudara bukan Islam dan hukum faraid kepada Mak. Tentang alam ghaib menurut Islam. Apa yang saya tahu, saya ceritakan sebaik mungkin, mengikut tahap pemahaman Mak. Sambil memandu, sambil bersembang, sambil menyuntik fahaman Islam. Mak mendengar dengan teliti.
Semoga Allah swt berikan lebih peluang saya berdakwah dengan cara yang terbaik untuk Mak dan adik lagi.
Assalamualaikum
ReplyDeletekak Aliya, forgive me for i have to give some advice to you. please don't take it as an insult.
there are two things in this world that were remained unchanged. even after our 'contract' or Akad was terminated, or under certain circumstances things not work out well in our cause.
please be aware that there are no such as former/ex/bekas what-so-ever in regards of our mother/father-in-laws, for its forbidden to married the mother after we consumed the daughter (in male case) or vice versa.
the other one is there is no such former/ex/bekas what-so-ever in regards of our teacher/Ustaz/Ustazah, there were no pay back the knowledge we had acquired. i think you're know better on this part.
the status of two above remained unchange, thus its stand to the Day of Judgement. its not my word. but i got from as indonesian Ulama' lived in Makkah by the name of Kiyai Marfin Kasduri.
Wasalam
Waalaikumussalam azlan,
ReplyDeleteYes, I do know that. I'm not insulted, just bappy that you explain it here.
Just for convenience sake, and not to confuse people when I speak of my mertua[now referring to my Muslim husband's parents]that's why I call her my "bekas mertua". Same way, I told her workers that I'm her 'bekas menantu', so as not to confuse people who don't know about our relationship.Otherwise the Muslims might think that one of her children has reverted to Islam, which is not true. We are still on good terms :).
Alhamdulillah semoga kak berjaya berdakwah dgn keluarga sendiri.
ReplyDeleteHarga makan minum di Taiping semakin tinggi, ada yg boleh "fight" dgn harga Penang. Ntah lah mungkin depa tgk keta kami plate Penang kot...
InsyaAllah..
ReplyDeleteBetulkah makin mahal? Entah, saya kalau ke Taiping, sama ada makan di rumah kawan,Cendol Jln Barrack, atau Doli saja, hehehe.
Ya saya biasa kena kt Kamunting sekali dan Hawker Center sekali. Hmm dah lama x makan kt doli... masih ingat lagi last time visit kedai dia ada pintu automatik mcm hotel.
ReplyDeleteOh cendol jln barrack, kadang2 ramai customer smpi tak cukup tempat duduk haha.
Pricon, saya suka makan di Doli sebab berhawa dingin dan pelayan pun peramah, 100% melayu.Masalahnya hanya buka 1ptg hingga 11 malam, Jumaat tutup.
ReplyDeleteHmm... the problem sounds like a post entry of a friend of mine. *sigh*
ReplyDeleteAnyway, have akak meeting with Ustazah Hafizah / Ustaz Malik of MAIPP at seberang?
Hahaha.. I hate it when I musafir with my husband and find all the Malay shops closed after 2pm, why can't they open till evening like the Mamak or Chinese coffeeshops?
ReplyDeleteYes, I have met Ustaz Malik [from Sabah?]of MAIPP, in fact I argued with him during my interview for Kad Masuk Islam,hehehe. I haven't seen him for about a year, though.
I found most of the Malay stalls prefer to start business at late noon until midnight/early morning... anyway its been nice talking to u.
ReplyDeleteSalam... haris