"Ya Allah."
Saya hanya mampu berdoa.
Di kanan saya sebuah bas persiaran, di hadapan sebuah lori berat, di belakang pula sederet kereta yang mengekori dengan kelajuan 80-100km/jam. Saya mengawal stereng kereta dengan berhati-hati di selekoh tajam dan curam di tengah-tengah lebuh raya Timur-Barat.
"Che abe" di sebelah telah lama dibuai mimpi. Keletihan. Kasihan. Saya diamanahkan memandu Hot Nyonya dari Seberang Jaya ke Jeli. Itulah kali pertama saya melalui lebuh raya tersebut. Itu juga kali pertama saya memandu di lebuh raya yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu dan agak membahayakan. Alhamdulillah kerana waktu itu juga kenderaan tidaklah begitu banyak. Namun hati tetap berdebar-debar. Silap sedikit sahaja, menangislah keluarga kami.
Hot Nyonya beroda empat yang baru berusia 2 bulan itu kuat dan boleh diharap, steady sahaja seolah-olah sudah biasa melalui jalan tersebut. Nyonya yang memandunya pula cuba keep cool, meyakinkan diri dan berserah kepada Yang Esa.
"Lulus."
Begitulah kata "che abe" apabila tiba dengan selamat di R&R Jeli.
Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke sini walaupun lewat.
Alhamdulillah dapat juga kami sebuah bilik hotel di bandar ini.
Saya seperti biasa sedang menulis dengan Aspire, berharapkan kekuatan Celcom Broadband untuk kemudahan internet.
Seronok dapat menjejakkan kaki di Serambi Mekah buat pertama kalinya.
Entah apa yang Allah sediakan untuk saya di sini.
Mohon maaf sekiranya saya lewat membalas komen dua-tiga hari ini.
Nampaknya ini masanya untuk jalan-jalan cari makan, pejam-celik jamu mata :)

Salam ~ alang2 dah sampai Pantai Timur tu, takde plan nak singgah ke Kg Lerek ke ?
ReplyDeleteWaalaikumussalalm,
ReplyDeleteMemang ada hajat ke Kpg Lerek,Kuala Berang tetapi masa belum mengizinkan. Tujaun ke KB bukan untuk bercuti sakan tetapi menemani "che abe" yang menjalankan tugas rasmi di sini. InsyaAllah satu hari nanti akan ke sana juga.