"Ishhh, teruknya."
"Takkan pemandu tu tak fikirkan orang lain?"
Berita kenaikan minyak petrol disambut dengan perasaan terkejut dan marah. Dari pukul 6 petang, kelihatan kenderaan beratur panjang di stesen-stesen minyak. Kami pula dalam perjalanan untuk makan malam bersama-sama kawan-kawan. Jam menunjukkan pukul 8.45 malam.
"Kita mesti teruskan perjalanan, kasihan kawan-kawan yang menunggu kita."
Kesesakan lalulintas yang teruk berlaku di hampir semua stesen minyak petrol menyebabkan perjalanan kenderaan lain yang lalu di kawasan itu turut terjejas.Kami berhati-hati memandu. Tiba-tiba kami terpaksa berhenti di di sebuah selekoh berhampiran sebuah stesen minyak.
"Bas itu nak membelok ke stesen minyak."
Kelihatan bas besar di hadapan kami cuba membelok ke arah kiri. Masalahnya, bas berada di sebelah kanan dua lorong lalu tindakan pemandu bas itu menyebabkan kenderaan lain di belakangnya tidak dapat bergerak langsung. Selama sepuluh minit kami tersadai di situ.
Agaknya terdapat pemandu lain yang memarahi pemandu bas itu kerana akhirnya bas meneruskan perjalanan tanpa membelok ke stesen minyak.
"Alhamdulillah."
Sebaik sahaja kami mengucapkan syukur, tiba-tiba sebuah kereta proton yang dipandu oleh seorang wanita Melayu (jelas dia bertudung) dari arah bertentangan membelok ke arah stesen mintak. Kereta itu berhenti betul-betul di lorong kami dan menyebabkan kereta di hadapan kami tidak dapat bergerak.
"Bodoh!"
Saya tidak dapat menahan kemarahan.Tindakan pemandu berkenaan menyebabkan kenderaan lain tidak dapat meneruskan perjalanan. Bukan semua hendak mengisi minyak petrol. Msing-masing ada tempat yang hendak dituju, masing-masing ada keperluan tertentu.
Akibat kesesakan itu, beberapa kereta di belakang kami mula melencong ke arah kanan jalanraya, lalu menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan turut mengalami maslaah yang sama.
"Lohhh, kenapa mereka melencong ke sana? Itu sudah melanggar peraturan lalu lintas."
"Pelik, mana polis pada masa-masa ini? "
"Agaknya polis turut terlibat dalam traffic jam ini tak? Mungkin mereka berada di belakang kereta kita."
5 minit lamanya kami terhenti di situ.
Geram. Kami bukannya berada di Pulau Pinang atau bandar-bandar metropolitan yang lain, yang memungkinkan pemandu bangsa lain turut terlibat dalam kesesakan. Kami berada di Kota Bharu, negeri yang hampir 90% terdiri daripada orang Melayu Islam. Kereta-kereta yang menyebabkan kesesakan itu rata-rata dipandu oleh orang Islam.
"Hah, tengok tu. Padan muka."
Kelihatan seorang lelaki Melayu keluar daripada keretanya dan memarahi pemandu-pemandu yang telah melencong ke jalan sebelah. Semua mementingkan diri sendiri.
Oleh kerana teruk dimarahi, kereta-kereta itu akhirnya terpaksa berundur tetapi kesesakan tetap berlaku kerana mana mereka hendak pergi, sedangkan tempat mereka telah diambil oleh kereta lain yang tidak mengikut tindakan bodoh mereka?
Akibatnya kereta-kereta itu terpaksa berhenti di tepi jalan. terus tidak boleh bergerak.
"Kerana kenaikan minyak petrol, nilai-nilai murni nampaknya dah dilupakan. Fly out of the window."
"Ni baru kenaikan 78 sen seliter. Kalau naik lebih banyak, boleh bergaduh nanti manusia-manusia ni."
"Tengoklah nanti. Kenaikan minyak akan diikuti kenaikan semua barang lain. Sudah pasti esok akan terbitan akhbar yang akan suruh kita berjimat-cermatlah, kurangkan itu inilah... macam mana nak kurangkan lagi, inipun dah sesak nafas. Kenaikan 78 sen seliter hampir 40% kenaikan."
"Tapi patutnya masa inilah kita kena bersabar, sebgai orang Islam susah macam mana pun tetap ikut peraturan dan tatasusila. Ini tidak, ikut suka hati sahaja. Berlagak ikut nafsu."
Kami mengambil keputusan membunyikan hon kereta.
"Jalanlah, kita ada hak untuk bergerak. Ini lalun kita."
Pemandu solo dalam kereta di hadapan kami kelihatan teragak-agak untuk bergerak. Kereta-kereta lain dari arah bertentangan pula mahu membelok mengikut Kereta Selfish itu. Kalau kami memberi laluan, sudah tentu kami akan terus tersadai di situ sehingga entah pukul berapa sedangkan kawan-kawan masih menunggu kami di rumah mereka.
Tindakan kami membunyikan hon nampaknya memberi kesan positif. Kereta di hadapan kami terus bergerak ke hadapan, walaupun pada awalnya kelihatan dia teragak-agak.
"Teruskanlah, jangan bagi kereta lain berhenti di hadapan kita pula."
Akhirnya kami dapat meneruskan perjalanan, begitu juga kenderaan lain di belakang kami.
Aduh, teruk sungguh reaksi orang ramai.
Saya masih belum menambahkan minyak di tangki kereta. Nampaknya terpaksa membayar lebih. Sewaktu pulang dari rumah kawan, kenderaan masih beratur panjang di stesen minyak petrol.

foto: utusan malaysia
kenapa perlu sebut perkataan MELAYU tue ? seolah2 orang melayu nie x da adab lak bila memandu. orang cina bawak kereta bagus sangat ke ?
ReplyDeleteAssalamualaikm WBT.
ReplyDeleteYang kamu dok pikir pasal perkauman siapa suruh, dia cerita pasal keadaan waktu tu, penduduk Kelantan majoriti siapa?
Lepas tu orang Islam patut lagi beradab dna berakhlak di jalan raya, sebab tulah ditimbulkan isu penduduk Kelantan yang majoriti Islam dan Melayu itu. Bukankah Melayu itu kaya dengan adab, mana pergi adab-adab orang Melayu yang zaman berzaman itu.
Kalau Kak Alya di US, kamu ingat dia nak sebutke driver tu Melayu?
Kalau dah otakj Bloddy Racist, jumpa apa pun semua dia pikir racist, Dan dia ingat orang yang menulis pun berotak sama macam otak bloody racist dia.
Samalah macam dulu, waktu iklan pasal adab sopan yang babak dalam LRT budak Melayu tak nak bagi perempuan mengandung India duduk, lelaki tua Cina duduk, maka muncullah kenyataan bodoh dari ahli politik Melayu yang menganggap iklan tu perkauman dan menghina bangsa Melayu.
Habis tu? Nak buh watak siapa untuk watak jahat tu? Nanti letak watak Cina, muncul pula bloody racist Cina kata iklan tu hina orang Cina, letak watak India, muncul pula bloody racist India kata iklan tu hina orang India.
Jadi jawapannya yang bermasalah manusia berotak bloody racist ini, semua benda dia nak nampak perkauman, dia ingat semua orang berotak macam dia.
Kalau dah saya nampak depan saya orang Cina buat kurang ajar waktu memandu, apasalahnya bila tulis dalam blog saya mention bangsa dia, samalah kalau saya jumpa orang Melayu ke, India ke, yang kurang ajar, apa masalahnya saya mention bangsa mereka. Tapi, pasti bloody racist tak kira India, Melayu, Cina dan lain-lain, mereka akan pantang tengok disebut bangsa mereka, dan bagi mereka itu semua menghina. Yang patut diubah itu iala otak bloody racist mereka tu.
Waaliakumussalam,
ReplyDeleteFaham tak apa label " As I see it?"? Maksudnya yang saya lihat dengan pengamatan saya sendiri, bukan melalui komen atau pendapat orang lain.
Pos di atas bukan bermaksud untuk menghentam orang MELAYU. Saya tidak pernah menghentam orang Melayu dalam blog ini, cuma mungkin saya memberi koemn terhadap sikap orang yang tidak mencerminkan sifat yang sepatutnya sebagai orang Islam yang diamanahkan sebagai khalifah di bumi Allah ini.
Yang memandu kereta saya ketika itu suami saya, juga orang Melayu. Juga beragama Islam seperti pemandu-pemandu lain yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di situ. Mengehonkan kereta bertujuan untuk mewujudkan laluan kepada kereta yang sepatutnya bergerak kerana jalan itu merupakan jalan kami, hak kami untuk bergerak bukan ditutup oleh seorang pemandu wanita Melayu bertudung yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Baca dengan teliti apa yang saya tulis itu.
Saya menceritakan apa yang berlaku dalam keadaan kelam-kabut pada ketika itu. Kita sebagai orang Islam bukan sahaja terikat dengan undang-undang jalanraya yang sedia ada; kita juga terikat dengan adab sebagai orang Islam yang sentiasa menghormati hak orang lain, sopan dan sbgainya. Patutnya pada saat-saat genting begitu kita mencerminkan watak yang baik, lebih baik daripada pemandu-pemandu lain yang bukan Islam.
Wallahu'alam.
it's just a description of the driver. saya tak rasa ada apa2 yg berbaur racism di situ. lainlah kalau disebut 'semua pemandu melayu kurang ajar' dan sebagainya.
ReplyDeletemy friends once commented on my blog, on a few malay students yang bertudung yang tidak pernah senyum dan selalu melontarkan pandangan yang tidak menyenangkan kepada kami. tiba2 ada seorg makhluk Allah yang membalas komen dan menyatakan 'memang. dah la semua perempuan bertudung ni berbau semacam'. i was pissed by that statement, and snapped back in my comment to this person. that kind of statement, I believe deserves to be condemned.
Assalammualaikum..
ReplyDeleteAnonymous, saya harap anda bertenang.. Tak perlu dibangkitkan, dibesarkan hal-hal yang kecil. Itulah kelemahan kita, bila kita mewujudkan yang tidak wujud.
Saya sedih bila kita saling berburuk sangka. Jika anda terasa, bersabarlah saja. Penulis tidak berniat apa-apa.
Saya sendiri adalah MELAYU, ISLAM dan BERTUDUNG. KELANTAN adalah negeri keluarga saya, tempat paling saya suka. Saya sedikit pun tidak terasa dengan penulisan Kak Aliya ini.