Monday, June 9

SEMINAR MEMAHAMI CABARAN SAUDARA BARU'

Baru terima emel ini petang tadi:

Program: SEMINAR MEMAHAMI CABARAN SAUDARA BARU'
Anjuran Bersama: PGSM, JIM PETALING & MBSA
Tarikh: 29 Jun 2009 (Ahad)
Waktu: 8.30-5.00 pm
Tempat: Dewan Rinantanda, Tgkt. 3, Bangunan MBSA, Shah Alam
Bayaran: RM50

Penceramah:
1- Ustaz Redzuan Tee
2- Hj Nicholas
3- Ustaz Fitri
4- Tuan Hanif Katri

Objektif
(i) Mendedahkan mengenai cabaran yang dihadapi saudara baru apabila memilih Islam
(ii) Mengenalkan tentang agama Kristian, Hindu dan agama-agama dunia serta paksi pengajarannya.
(iii) Mendedahkan mengenai peruntukan undangundang dan kesan perundangan dalam kessaudarabaru yang memeluk Islam serta isu berkaitan.(iv ) Membina umat Islam yang mahir tentang perbandingan agama

Biodata Penceramah
UST REDHUAN TEE ABDULLAHSatu nama tidak asing dalam industri dakwah di Malaysia. Beliau merupakan pendakwah terkenal yang sering keluar di kaca televisyen dan terlibat dalam siri-siri dakwah di negara ini. Beliau juga banyak mencurahkan tenaga berdakwah kepada saudara baru di Malaysia. Sekarang beliau adalahNaib Presiden, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Dalam seminar ini YBhg Ustaz akanmembentangkan mengenai cabaran berdakwah terhadap bukan Islam dan juga saudara baru.

TUAN HJ. NICHOLAS (HIDAYAH CENTER)Tn Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester merupakan pengasas Hidayah Center JIM yang terlibat secara khusus membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Beliau merupakan bekas "Tentera Kristus" (paderi) Kristian Katholik. Setelah memeluk islam, beliau mendapat latihan dakwah dari beberapa organisasi Islam Antarabangsa di Amerika Syarikat. Dalam Seminar ini, YBhg Tn Hj akan membincangkan mengenai asas-asas Ajaran Kristian sebagai perbandingan antara agama di Malaysia.

USTAZ FITRI ABDULLAH (PERKIM)Beliau merupakan Pengarah Unit Dakwah di Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysiadan juga Pengerusi PERKIM cawangan Serendah. Memeluk Islam sejak 17 tahun yg lalu selepas mengkaji berkenaan perbandingan agama dan mencari Tuhan sebenar. Beliau juga merupakanPanel Dakwah JAIS, Panel Kaunselor Pejabat Mufti N.Sembilan. Dalam Seminar ini, YBhg Ustaz akan memberi ceramah mengenai asas-asas agama Hindu sebagai perbandingan antara agama di Malaysia.TUAN
HANIFF KHATRI (PEGUAM PEMBELA)Tuan Haniff merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara yang telah lama beramal di Malaysia.Beliau turut sama bersama PEMBELA memberi bantuan dari segi undang-undang dalam beberapakes Mahkamah melibatkan pertindihan Perlembagaan, kes Lina Joy, kes Saravanan dan lain-lain.Dalam Seminar ini, YBhg Tuan Haniff akan menyentuh mengenai isu-isu melibatkan perundanganberkaitan kemasukan ke dalam Islam oleh saudara baru dan cabaran dihadapi oleh mereka.Aturcara

Prog
08:30 - 09:00 am Pendaftaran dan minum pagi
09:00 –10:30 am Slot 1: Dakwah Terhadap Bukan Islam: Satu Cabaran (Hj. Redhuan Tee Abdullah)
10:30 - 11:00 am Perasmian oleh Presiden JIM
11:00 – 12:30 pm Slot 2: Mengenali Sejarah Dan Ajaran Kristian Serta Isu Semasa Berkaitan (Hj. Mohd Nicholas )
12:30 – 2:00 pm Rehat, Makan, Solat Zohor
2:00 – 3:30 pm Slot 3 : Mengenali Ajaran Agama Hindu (Us Fitri Abdullah, PERKIM)
3:30 – 3:45 pm Motivasi Minda (Cikgu Noraini Osman,Kaunselor SMK Bangi)
3:45 – 5:15 pm Slot 4 : Cabaran Menangani Isu Saudara Baru Dari Sudut Perundangan (En. Haniff Katri, Peguam PEMBELA)
5:15 pm Bersurai

Makanan disediakan 4kali utk sarapan pagi, rehat,makan tengah hari dan petang. Sebanyak 6 gerai jualan akan dibuka di luar dewan seminar. Setiap peserta akan mendapat beg, pen,buku serta beberapa barang dari penaja. Peserta akan diberikan penerangan lengkap mengenai agama2 lain

JZKK.
daripada Md Baithori Hj. Kamdi, JIM Petaling

Menarik bukan? Saya pernah menghadiri seminar seperti ini, juga anjuran JIM di USM semasa mula-mula memeluk Islam pada tahun 2006.
Pembaca yang berminat, bolehlah menghubungi JIM Petaling.
(Maaf saya bukan ahli JIM- tiada jemputan, hehehee :))

Bayaran: RM50Bayaran hendaklah dibuat atas nama :
(Jemaah Islah Malaysia,Petaling)Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB)No akaun : 1203 8010 00506 4
Email /Fax borang penyertaan dan slip bayaran bank anda ke :nurull_85@yahoo.comatau Fax : 03 55114298
Untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk mendaftar sila hubungi:
.Pn Siti Razasah (PGSM) - 019- 2792980·
Hj Fairuz Abd Jalil (JIM) - 016 - 2056464(fairuzsa@yahoo.com )·
Hj Mohd Isa Mustapa (JIM) - 012 - 4818991

4 comments:

  1. Hi aliya

    thanks for the info on islamonline.

    ReplyDelete
  2. macam mana nak register untuk program ni?

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. salam sis.alia...

    saya salah seorang daripada peserta seminar dakwah non-muslim semalam...

    thank you very much for your meaningful sharing!

    I would like to link your blog in my page... may I?

    thank you very much...salaam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Bazla
    Thanks for your comment. Sure, you may link to yours. Do inform me if there're other activities at USM, I'd love to attend esp on weekend.

    ReplyDelete