"Lohh.. no parking space."
Saya bersama Mak dan Adik ke Taiping atas urusan peribadi pada hari Sabtu. Petang itu, kami bercadang singgah di kedai makan sebelum bertolak pulang.
Ketika itu, barulah timbul masalah baru.
Saya hanya makan di kedai yang menjual makanan halal.
Tidak banyak kedai makanan halal yang kami temui di bandar bersejarah itu.
Saya sudah bosan dengan makanan Mamak. Adik pula bosan makan KFC. Mujurlah Mak bukan lagi fulltime vegetarian. Kalau tidak, lagi teruklah kami hendak mengisi perut.
Pusing punya pusing, akhirnya kami membuat keputusan makan di Pizza Hut sahaja.
"Meja untuk tiga orang."
Saya membuat pesanan set untuk 4 orang. Adik mampu menghabiskannya. Pizza yang dinanti tiba agak lewat kerana ramai pelanggan di situ. Ramai juga yang memandang ke arah kami. Saya pula asyik berbual dalam Bahasa Cina. .
"Tak rasa panaskah?"
Mak tanya saya. Dia dan Adik sudah berpeluh kerana cuaca panas. Keadaan di restoran Pizza Hut yang sejuk menyamankan amat melegakan setelah berjam-jam dalam kereta.
Saya memandang stokin tangan yang menutupi lengan. Tudung pula dua lapis termasuk selendang. Stokin kaki pula menutupi kaki.
"Dah biasa. Tak panas sangat."
Hairan. Saya tidak kelihatan berpeluh seperti mereka yang berlengan pendek.
Itulah kali pertama Mak dan Adik makan bersama-sama saya di restoran setelah Makan Besar Tahun Baru Cina pada awal tahun ini.
Syukur alhamdulillah.
Nampaknya mereka sudah menerima keadaan saya seadanya.
No comments:
Post a Comment