"Teacher, may I ask you a question?"
"Yes, what is it?"
"Why do the Muslims go to the surau now?" (mengapa Muslim ke surau sekarang?)
Saya terkejut. Sepatutnya saya sudah bersedia untuk soalan begitu, tetapi dengan kesibukan kerja saya terlupa untuk bertanya orang yang lebih arif.
Salah seorang cikgu sekolah menghinggapi penyakit kanser dan sedang dalam keadaan yang agak kritikal. Kami baru diberitahu akan keadaannya beberapa hari yang lalu. Cikgu-cikgu terkejut kerana telah menyangka bahawa sakit yang dialami cikgu lelaki yang baik hati dan rajin itu cuma sakit urat yang tidak akan memudaratkan nyawanya. Anak-anaknya masih bersekolah rendah. Ramai yang telah melawatnya di hospital. Oleh yang demikian,pada hari Jumaat iaitu petang semalam, majlis bacaan Yassin telah diadakan di surau sekolah untuknya.
Atas sebab-sebab tertentu saya tidak terlibat di surau, sebaliknya bertugas mengawasi pelajar-pelajar bukan Islam pada waktu akhir persekolahan. Mungkin melihatkan saya di situ, pelajar-pelajar bukan Islam mengambil kesempatan untuk bertanya.
"Cikgu, mengapa mereka sembahyang di surau?"
Bacaan surah Yassin kedengaran dengan kuat dan jelas dari surau.
"Oh, mereka sedang membaca surah Yassin dari al-Quran. Mereka baca beramai-ramai untuk cikgu R."
"Mengapa? Cikgu R sakit apa?"
"Dia sakit kanser."
"Mengapa mesti baca itu?"
"Orang Islam baca ayat-ayat dari al-Quran dan bersembahyang untuk memohon bantuan Tuhan agar membantu Cikgu R. Mungkin dapat membantu menyembuhkannya atau memberikan dia kekuatan dan kurangkan sakitnya. Semua kejadian ditentukan oleh Tuhan. Sakit dan sembuh pun Tuhan yang tentukan."
"Oh begitu. Kesian Cikgu R, ya."
Saya mengangguk. Kedengaran dia pula mengulangi jawapan saya kepada rakan-rakan di meja.
"Aliya, why do they read the Yassin? I thought Yassin is for those who have died?" Tiba-tiba seorang cikgu membisik kepada saya.
Saya sekali lagi tersentak sekembalinya saya ke bilik guru. Pertanyaan yang datangnya daripada seorang guru Cina menunjukkan bagaimana orang bukan Islam memahami Islam dengan pengalaman sendiri.
"Oh, reciting the surah Yassin gives us many benefits. It's one of the surahs in the al-Quran.Reciting it is said to give the reader and hearer strength and peace of mind, as well as help make difficult things seem easier. In the case of Cikgu R, we hope that God will cure him of his illness, or to lessen his pain. If he is actually dying, then God willing, it will ease the pain of death. We believe that everything is decided by Him, so we pray for His help and mercy."
"Oh, I see."
"I'm sure you've heard of Yassin being read at home at night?"
"Ah, yes."
"Actully Yassin can be read at anytime, but today is for a special reason."
"I know."
Syukur alhamdulillah. Saya tidak dapat ke surau bersama-sama cikgu-cikgu lain tetapi Allah swt memberi tugas lain kepada saya. Persoalan yang dikemukakan oleh pelajar dan cikgu menunjukkan masyarakat kita ramai yang masih belum memahami perbuatan orang Islam dengan jelas. Masih banyak perkara berkaitan dengan Islam yang kita sendiri anggap rutin dan tidak penting untuk diterangkan kepada bukan Muslim, sedangkan mereka tertanya-tanya dan membentuk konsep sendiri yang mungkin tidak tepat.
Banyak lagi kerja kita untuk menerangkan Islam kepada mereka yang masih was-was atau jahil. Mungkin juga kehadiran saya sebagai orang yang dahulunya bukan Islam tetapi kini Islam memberi satu ruang kepada mereka untuk bertanya kepada saya soalan-soalan yang mereka segan bertanya kepada orang Islam lain. Nampaknya banyak yang perlu sya belajar lagi supaya sentiasa bersedia, huhuhuu.
Selamat tinggal SMKSN. Semalam tamatlah latihan dan pengajian saya di USM sebagai pelajar PKPG. Syukur alhamdulillah atas segalanya. Satu lembaran baru akan bermula dalam karier saya pula selepas ini.

image: www.simplyislam.com/images/products/53195.jpg
Assalamualaikum Aliya,
ReplyDeleteSaya kagum dengan Aliya kerana boleh menjawab walaupun ditanya secara tiba2. Ilmu dan kefahaman memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Bukan mudah memahamkan orang bukan Islam tentang sesuatu perkara yang adakalanya mereka ada persepsi sendiri tentang sesuatu perkara. Moga Allah mudahkan kita untuk memahamkan orang lain tentang Islam. Jika Allah hendakkan kebaikan pada seseorang, dia akan dimudahkan untuk memahami diennya(agamanya).
Kak Aliya,
ReplyDeleteSemasa saya di sekolah dahulu, kawan-kawan beragama Kristian sering bertanya dan berdebat dengan saya tentang agama. Ia adalah perkara biasa memandangkan pelajar bukan Islam adalah majoriti di dalam kelas/sekolah saya. Kami berhujah antara agama 'trinity' dan keesaan Allah. Saya tak pasti dan tak ingat lagi, adakah jawapan saya telah memberi kesan kepada mereka sepertimana Kak Aliya memberi kesan kepada anak murid dan kawan Kak Aliya..
Baru saya faham, Kak Aliya di bawah program PKPG. Tahniah dan semoga berjaya menempuh dugaan baru!
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteUmi Jah,
Alhamdulillah kerana Allah swt memberi saya hidayah dan peluang untuk berdakwah secara tidak langsung. Bagaimananapun, kita masih perlu banyak membaca dan bertanya kepada orang yng lebih arif supaya tidak terperangkap dengan pertanyaan mereka.
Humyrah,
Selagi kita boleh menjawab dengan baik, bagi saya itu ok. Saya tidak pernah menyangka, program PKPG inilah yang membuka pintu untuk saya memeluk Islam. Segala-galanya ditentukanNya. Program pakej 3 tahun 130 credit hour sangat padat dan meletihkan. Alhamdulillah sudah lulus :)Boleh klik pada pautan pkpg tesol usm untuk maklumat lanjut, hehehee.
nani bacakan yaasin masa nenek nani sakit teruk dulu...bile nani baca, nani akan sedih sangat, sebab nani dapat rasa..yg nenek takkan lama dgn nani lagi..tapi kan, ayat-ayat yaasin tu buat nani tak menangis..walaupun nani ternangis sikit masa nenek dah balik..nani bersyukur, sbb nani rase nani mungkin menangis kuat..kalau tak kerana yaasin..
ReplyDeleteDulu Aliya tak tahu mengapa orang Melayu suka membaca surah Yassin. Ya lah, tak ada orang yang jelaskan sebab kebiasaannya orang Melayu jarang menerangkan Islam kepada kawan-kawan bukan Islam, kecuali bila ditanya :)
ReplyDeleteSekarang saya tahu maksud Yassin ini, dan kebaikannya bila dibaca. Ya, ia memberi kekuatan kepada kita, bukan? Kerana surah Yassin menceritakan akhirat...kepadaNya kamu semua dikembalikan (surah 36:83)
Salam..
ReplyDeleteI realize on this misunderstanding among non-muslims..
But then.. dealing with non-muslim 'gang' (which is quite close with them).. I do not dare to simply explain something about Islam at the 1st place.. unless they ask me.. (even I'm waiting for their question too..)
Reason being is I don't want them to 'label' me as trying to do dakwah to them... & make them avoiding me..
However.. indirectly yes..I have explained on small things about Islam coincidentally...Try to show good example (qudwah hasanah).. And even inside my heart I hope that they'll get hidayah from Allah s.w.t one day.. insyaAllah..
p/s: Any advice on this? How to approach them if they dunt ask me anything?
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteJust be yourself,Myzwar. No need to breathe down their neck like dracula (hehehe) but by being friendly and approachable, and showing that you do know your religion and bale to explain in simple terms(avoid Arabic connotations, please). For example in this month of Rejab, if you're fasting and they ask you out, just say that you puasa sunat, and as an after thought, ask if they understand what that means.. they might have the idea that puasa=ramadhan. Sometimes casual talk can lead to some serious exchanges of thoughts about religions, if you've read my past posts, hahahaa..