Bismillahirrahmannirrahim...
Tujuan asal blog ini dimulakan adalah sebagai satu catatan khas untuk suami tercinta yang menunaikan fardu haji di Mekah, sekiranya terjadi perkara buruk kepada saya yang ditinggalkan selama 46 hari di sini, maka adalah kenangan khas untuknya. Alhamdulillah suami sudah pulang dengan selamat.
Segala pujian kepadaNya yang membawa pengembaraan saya sehingga ke tahap ini. Penulisan blog ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang mematangkan saya, yang memperkenalkan saya kepada ramai orang lain secara virtual.
Saya pernah berdoa supaya diberi peluang berdakwah sama ada melalui kehidupan saya, tangan saya atau bentuk lain yang sesuai dengan kebolehan saya. Syukur alhamdulillah sekiranya idea daripada blog ini dapat atau telah membantu orang lain memahami masalah saudara baru yang memeluk Islam, atau membantu orang lain yang hendak memeluk Islam. Saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa blog ini akan mendapat sambutan yang begitu baik. Terima kasih atas sokongan semua.
Menulis di blog ini bukan sekadar untuk kepuasan sendiri,
Menulis di blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman,
memberi pandangan,
mendapat pengajaran,
menerima pendapat,
dan mematangkan pemikiran.
Blog ini wujud dengan izinNya,
Idea menulis pun ditimbulkan dengan kuasaNya,
InsyaAllah blog akan terus diawasiNya.
Islam mengajar kita untuk tunduk kepadaNya,
patuh kepada suruhanNya,
takut hanya padaNya.
Semoga Allah swt berkati semua yang membaca blog ini.. ameen.
No comments:
Post a Comment