"Wah, bertuah suami dan isteri-isteri tu. Boleh bersemuka dan bermuafakat demi kebaikan bersama. Terima pula isteri muda dengan senang hati. Tinggal berdekatan pula. Bukan senang nak jumpa perkahwinan begitu."
"Bukankah itu bentuk perkahwinan poligami yang sebaik-baiknya mengikut Islam?"
"Yalah, memang betul. Tak seperti yang berlaku kepada sesetengah isteri muda. Macam kes Ina. Kesian si Ina tu."
Azah (bukan nama sebenar) memulakan ceritanya.
"Siapa Ina? Kawan awak?"
"Yalah, jiran saya. Sebenarnya Ina ini isteri kedua suaminya. Faham-faham sahajalah."
"Oh, begitu. Tapi Azah, setahu saya Islam tidak pernah membezakan status antara isteri-isteri dalam poligami. Semua isteri yang berkongsi suami, status dan haknya sama saja, bukan?"
"Itu yang sebaik-baiknya. Tapi ini dunia; dunia yang ditadbir oleh manusia. Berapa orang isteri yang rela suaminya berkahwin lagi selepas dirinya? Isteri yang berjawatan ustazah pun tak tentu sanggup dipoligamikan, tau."
"Ok, ok... balik kepada cerita si Ina tu. Apa yang berlaku padanya?"
"Ina tu dah lama jadi jiran saya, jadi sayalah tempat dia meluahkan masalah dan perasaannya. 'Kak Azah, orang selalu tuduh isteri kedua ni jahat, rampas suami orang tetapi kadang-kadang perkara sebenarnya tidak begitu. Bukan semua isteri muda jahat. Kadang-kadang isteri mud ayang jadi mangsa ketidakadilan yang diwujudkan oleh isteri tua dan akibat kelemahan suami sendiri.Saya kahwin dengan suami saya dengan cara baik, dan saya memang tahu dia sudah beristeri dan berkeluarga. Saya rela tetapi isteri pertama dia pula selalu kacau.' Itu yang Ina kata kepada saya."
"Oh begitu. Habis apa jadi?"
"Isteri pertama tak benarkan suami tu balik ke rumah Ina mengikut giliran yang sepatutnya, jadi apa lagi, ada masa suami tu balik ada masanya tidak langsung. Bila Ina telefon kepada suaminya, lelaki itu akan berkata bahawa dia tengah makan bersama-sama keluarga pertamanya. Belum sempat Ina minta maaf, panggilan akan ditamatkan. I mean, come on lah, Ina pun isteri yang sah; dia pun ada hak."
"Takkan si suami tu ikut cakap isteri pertama sahaja? Takkan dia tak tahu kewajipan suami berpoligami ni adalah untuk berlaku adil."
"Itulah yang buat saya geram. Nak kahwin dua tetapi tak nak berlaku adil. Dahlah Ina tu yatim piatu. Suaminya pula takut kepada isteri tua. Kononnya nak jaga hati isteri tua, tak nak keluarga sana porak peranda. Ina pula bersabar sahaja. Hari raya pun tak pernah dapat beraya dengan suami dan keluarga suaminya sebab isteri tua akan mengamuk kalau suami berani mencadangkannya setiap tahun. Setiap kali nak berjumpa, si suami terpaksa curi-curi ke rumah Ina supaya isteri tua tak mengamuk di rumah. "
"Oh, kira suami yang bersalah dalam hal ini. Jadi Ina tak mengadu di pejabat agamakah?"
"Apa yang pejabat agama boleh buat? Suruh bersabar aje la."
"Awak tau, bila suami Ina dan isteri tua tu hendak menunaikan fardu haji, Ina tak dibenarkan langsung untuk menghantar suaminya ke airport. Dia setakat berdiri di tepi jalan yang dilalui oleh suaminya untuk lambai bye-bye kepada suaminya. Bayangkan disuruh melambai bye-bye kepada suami dari tepi jalan, awak sanggupkah? Teruk betul cara mereka tu! Apa salahnya dibenarkan menghantar sampai ke airport?"
"Dasyhatnya! Habis bila mereka berdua balik dari fardu haji, masih tak berubah?"
"Itu yang orang kata haji 'malboro'. Tak berubah pun. Masa suami tu sakit, boleh pula isteri tua tu hantar suami yang sedang sakit tu untuk dijaga oleh Ina. Bila dah sembuh, disuruh suami tu balik ke rumah semula."
"Apa jadi pada suami Ina sekarang?"
"Dah jadi arwah. Ina satu sen pun tak dapat kerana semua wang pencen diserahkan kepada isteri tua. Rupa-rupanya suami tu tak pernah memasukkan nama Ina sebagai isteri kedua dalam skim pencen."
"Kasihan ya. Bagaimana keadaan Ina sekarang?"
"Alhamdulillah bertambah baik. Dia sekarang bekerja sendiri, dan sabar membesarkan anak-anaknya walaupun tanpa bantuan pencen suaminya. Isteri tua dan anak-anak isteri tua pula dengar khabarnya menghadapi masalah kewangan sekarang. Itulah, Allah balas perbuatan khianat manusia terhadap orang yang dianiayai di dunia ini juga, tak perlu tunggu kiamat."
"Hmmm, menarik juga kisah Ina tu. Bila awak nak kenalkan saya kepadanya?"
"Nantilah. Dia tak ada di rumah sekarang."
"Hmm, biasanya kita dengar kisah tentang isteri muda yang control suami tetapi jarang tentang isteri tua yang buat begitu ya? Seolah-olah semua isteri muda tu jahat. Agaknya media sendiri bersikap bias terhadap isteri muda?"
"Entahlah. Susah nak kata. Ni masyarakat Melayu, isteri tua akan dituduh tak pandai jaga suami, isteri muda dituduh perampas suami orang. Tapi suami tu pasang 'teksi haram', orang tak bising pula. Isteri tak mengamuk pula."
" Kalau suami awak kata nak berkahwin lagi, awak nak buat apa, Azah?"
"Aiik, ke situ pula? Tunggulah Pak Pin khabarkan dahulu baru saya akan jawab soalan awak, hahahaa... semoga Allah tak uji kesabaran saya dengan ujian seberat itu. Ha, awak pula kalau diberitahu suami awak tu nak kahwin lagi satu, bagaimana?"
"Hahahaa.. kenalah selidik diri kita dulu, mana yang kurang. Belajar terima juga. Kalau suami mampu berlaku adil apa salahnya? Jangan pula kita yang bertambah dosa kerana cuba menghalang perkara yang dibolehkan dalam Islam."
"Ya, betul juga."
"Agaknya poligami ini satu bentuk ujian yang amat berat yang diberikan kepada mereka yang dipilihNya, Azah? Bukan semua Muslimin dan Muslimah akan melalui ujian ini. Tidak hairanlah hanya segelintir suami yang berpoligami di masyarakat kita, yang ada ramai pula yang simpan 'teksi haram'. Daripada 100 pasangan yang berpoligami, mungkin 10% sahaja yang benar-benar lulus, termasuk mengikut sunnah Rasulullah yang mengahwini janda dan balu."
Azah mengangguk perlahan-lahan.
(in memory of the late C.R, a co-wife)
Assalammualaikum
ReplyDeleteSaya sentiasa merasakan bahawa poligami adalah satu bentuk kemudahan & kebaikan.. Tidak adil jika kita mengatakan bahawa 'poligami itu tidak adil'. Sayangnya ramai yang menyalahgunakan poligami ni.
Dimadukan? Tak ada masalah bagi saya..
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteHumyrah, saya setuju dengan pendapatmu. Saya sendiri hairan mengapa wanita Melayu yang rata-rata beragama Islam susah menerima poligami. Bukankah sikap negatif mereka menggalakkan suami daripada melepaskan tanggungjawab berlaku adil dan menganiaya isteri-isteri dari kedua-dua pihak? Sikap menolak poligami di kalangan wanita Melayu Islam moden seolah-olah memberi imej bahawa kita tidak menyokong sepenuhnya segala yang dibenarkan dalam Islam, dan ini sering diperkatakan oleh orang bukan Islam.
Saya hairan, mengapa Melayu guna istilah madu untuk merujuk kepada isteri lain? Dalam B.Inggeris, isteri-isteri dipanggil co-wives. Bagi saya itu lebih sedap didengari jika tidak mahu menggunakan istilah adik/kakak :)
Bila kita kata bahawa suami yang mahu berpoligami adalah suami yang tidak adil dan 'gatal', kita tak sedar bahawa kita sebenarnya bertindak tidak adil kepadanya. Wanita telah dicipta dengan 'had', adakah adil jika kita mahu menghadkan juga para lelaki?
ReplyDeleteDan bukannya suami itu mahu berpoligami semata-mata 'gatal'. Ada ramai wanita di luar sana yang perlukan bantuan dan poligami adalah sebaik-baik jalan. Lihatlah dunia hari ini, saya sendiri kasihan pada kawan-kawan yang belum dapat berkahwin..
Dan bayangkan situasi ini; isteri tua ada ramai anak, isteri muda pula tiada anak. Suami memberi isteri tua kereta Waja untuk membawa anak-anak ke sekolah manakala isteri muda Viva sahaja. Isteri muda mengatakan suaminya bersikap tidak adil kerana memberinya kereta yang kecil berbanding isteri tua, pada hal itulah yang sepatutnya. Bukankah keadilan itu bermaksud 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'? (Ini hanya sekadar contoh..bukan semua isteri muda macam ni).
Saya cuma mahu para wanita Islam supaya tidak terus memandang poligami ini sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada satu pun amalan Islam yang membawa keburukan kecuali kita sendiri yang mahukan.
Ya, Humyrah. Kalaulah semua wanita berfikiran seperti anda. Hidup kita biarlah berprinsipkan ajaran Islam, pemikiran sebagai umat Islam, amalan hidup seharian pun sebagai muslim mukmim.. Jangan terlalu ikut emosi dan rentak masyarakat. Yang penting dapatkan pasangan hidup yang kuat beriman padaNya dan faham peranan & tanggungjawab masing-masing dalam rumahtangga Islam. InsyaAllah selamat kita dunia akhirat :)
ReplyDelete