"Dia tak nak niagakah?"
Saya berada di sebuah kedai menjual barangan kecantikan tidak jauh dari tempat penginapan kami. Wanita muda berbaju kurung yang menjaga kedai itu memerhatikan saya dari meja kaunter. Tidak ditegurnya saya. Tiada senyum yang dihulurkan. Sebaliknya saya direnungnya tajam.
Saya membelek-belek satu persatu barangan herba yang disusun di atas rak. Hanya kami berdua yang berada di kedai itu - saya dan wanita itu. Niat dalam hati memang hendak membeli tetapi muka masam wanita muda itu kurang menyenangkan.
"Mungkin dia berpuasa kott sehingga letih tidak dapat melayan saya?" saya cuba mengagak. Masih cuba bersangka baik.
Saya senyum padanya tetapi senyuman saya tidak berbalas.
"Aduh, sombongnya. Kalau di kedai lain, dah lama saya dikerumi salesgirl yang mesra pelanggan."
"Ahhh.. biarlah dulu. Mungkin saya boleh dapatkannya di kedai lain."
Saya berjalan keluar dari kedai itu tanpa membeli apa-apa.

Di kedai buku di sebelahnya keadaan juga begitu. Walaupun saya membeli majalah, saya tetap direnung tajam tanpa senyuman oleh salah seorang wanita penjaga kaunter di situ. Renungannya saya balas dengan senyuman selamba, malas nak menegurnya.
Aikk, muka saya teruk sangatkah sehingga perlu direnung begitu? Tahulah saya ini orang luar, hahahaaa...
Pada petang itu, saya dan suami ke Pasar Siti Khatijah. Persinggahan terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Pulau Mutiara.
"Makcik, durian ni berapa rhial?"
Tiba-tiba kepingin hendak makan durian walaupun durian itu dari negara Thai.
Buah jambu merah telah saya beli di gerai itu (sekilo RM6) sehari sebelumnya, juga manis, murah dan sedap.
"Kami makan di sini, boleh?"
"Tak boleh bawa durian masuk ke hotel."
"Boleh, silalah duduk," pelawa makcik yang mengemaskan tempat duduk untuk kami berdua.
Dia mencari-cari durian yang masak dan sesuai untuk kami. Kami tidak mahu mengganggunya kerana yakin dengan pilihannya.
"Ini boleh?" saya cuba mengesyorkan sebiji durian yang saya agak elok untuk kami. Makcik itu mengoyang-goyang durian yang saya tunjukkan itu.
"Ni tak berapa elok, mek. Kurang masak."
Akhirnya makcik membuka sebiji durian yang sederhana besarnya.
Oh, kuning dan tebal isinya. Manis rasanya. Saya dan suami dilayan dengan baik di situ. Kami duduk di gerai lalu makan. Agaknya jarang ada pelanggan yang makan durian di situ tetapi kerana waktu sudah hampir 6 petang, tidak ramai yang memerhatikan gelagat kami. :P.
"Lima rhial, dik."
"Terima kasih."
Seronok pula hati dilayan dengan mesra walaupun sekadar sebiji durian. Buah-buahan di Pasar Siti Khatijah jauh lebih murah daripada di negeri kami.
Yang lebih menyeronokkan saya adalah layanan mesra yang dihulurkan kepada kami, berbanding dengan durian yang dijamah itu. Saya turut mendapati peniaga-peniga kecil-kecilan di situ lebih mesra pelanggan berbanding dengan mereka yang berniaga di kedai biasa. Mengapa ya?
Semoga Allah swt murahkan rezeki halal kepada pasangan makcik dan pakcik yang menjual di gerai buah tersebut.. ameen :)

Hi aliya,
ReplyDeletesaya tertarik dengan posting berkenaan "berkhatan" yg saudari sentuh dlm posting yg lalu, soalan saya ada perbezaan ke antara yg 'potong' dgn yg 'kulup' dari perspesti saudari yg pernah kahwin dgn non-moslem dan skrang dgn muslim
tq
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBerkhatan wajib untuk lelaki beragama Islam, juga untuk lelaki beragama Yahudi. Sudah tentu perkara yang diarah Allah swt merupakan kebaikan dan rahmat kepada kita, dari segi kesihatan dll :)
Hi Aliya,
ReplyDeleteDari segi kesihatan ni "masuk jawi" ni memang bagus dan dari kajian yg dibuat para para isteri yg suaminya "potong" kurang kena cervix kanser berbanding yg hubbynya tak "potong".
tq
BJ
Wallahu'alam,
ReplyDeleteHanya Allah swt yang menentukan semuanya.