"Alamak!"
Saya di stesen minyak. Tayar hadapan kereta agak kempis maka saya pandu untuk diisi angin.
Malangnya mesin seolah-olah tidak berfungsi. Angin yang hendak dimasukkan tiada, sebaliknya tayar pula yang kempis.
"Macam mana ni?"
Saya tarik nafas panjang-panjang, tidak mahu panik. Nak minta tolong siapa pula, sedangkan seorang pun tidak saya kenali di situ. Takkan perlu telefon Adik atau suami yang sibuk bemesyuarat untuk datang membantu saya?
"Rosak mesin inilah,tengok tayar saya sudah kempis. Tadi tayar ini belum seteruk sekarang," saya memberitahu pakcik India yang berhentikan motosikalnya di tepi kereta saya itu.
Sedang saya yang berbaju kurung dan bertudung (keluar rumah awal kerana hendak ke sekolah baru) teragak-agak di situ dengan tiub angin masih di tangan, tiba-tiba seorang lelaki Melayu datang ke kereta saya.
"Apa jadi?" dia bertanya. Kelihatan keretanya dihentikan di stesen itu untuk diisi minyak petrol.
"Tayar kempis, mungkin mesin ini rosak," saya terangkan. "Saya hendak ke sekolah, tapi tak tahulah apa hendak dibuat sekarang."
"Mari saya cuba," dia menawarkan diri untuk membantu.
Saya pun menghulurkan tiub itu kepadanya. Alhamdulillah dia berjaya memasukkan semula angin ke dalam tayar. Tayar kelihatan berisi angin tetapi tidak berapa padat.
"Cik kena pandu ke kedai tayar untuk periksa tayar ni," kata lelaki yang tidak saya kenali itu.
"Minta maaf, saya tidak tahu di mana kedai tayar di kawasan ini."
"Oh, di Taman C.L itu ada kedai tayar. Tak apalah, saya boleh tunjukkan. Tak berapa jauh dari sini. Cik boleh ikut kereta saya."
Hati saya berbelah bagi. Nak ikut ataupun tidak? Taman C.L itu memang saya biasa pergi. Kawasan itu sibuk dan ramai orang. Tetapi saya tidak pasti di mana letaknya kedai tayar di kawasan itu. Persoalannya, bolehkah saya percayakan lelaki itu?
"Ok lah. Terima kasih."
Saya memandu mengikut kereta Proton putih lelaki itu. Berdoa dan bertawakkal sahaja kepadaNya. Handfon disediakan awal-awal untuk sebarang kemungkinan.
Syukur alhamdulillah tak sampai 5 minit sampailah kami di kedai tayar itu.
"Biasanya berapa harga yang perlu dibayar untuk periksa tayar ni?" saya agak risau. Teruklah kalau saya disuruh bayar berpuluh-puluh ringgit.
"Oh, kalau setakat tampal sahaja cuma RM5,"jawab lelaki berkenaan. "Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Tahu bagaimana balik ke jalan semula? Boleh ikut jalan yang kita datang tadi atau terus ke kanan masuk highway."
"Rasa-rasanya saya tahu. Terima kasih. Boleh saya tahu nama Encik?"
"Razif."( saya kurang pasti sama ada itulah nama yang saya dengar kerana sekali sahaja dia sebutkan, seolah-olah dia segan apabila ditanya namanya)
"Terima kasih."
Dan dia memandu meninggalkan kedai tayar itu.
Lega hati saya. Tayar yang bermasalah itu berjaya diselamatkan. Saya hanya perlu membayar RM5 kepada foreman Cina, yang melayan saya dengan mesra dan profesional tanpa membeliakkan matanya apabila saya memulakan perbualan dalam Bahasa Hokkien.
Dalam bahasa Inggeris, mereka yang membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan diberi gelaran 'Good Samaritan', berdasarkan sebuah cerita dalam Kitab Injil.
Saya lebih suka menggelar orang seperti Encik Razif itu sebagai pembantu Allah.
Dia muncul tanpa diduga, memberi bantuan tanpa diminta, dan pergi tanpa meminta apa-apa.
Semoga Allah swt berkati dan memurahkan rezeki orang seperti Encik Razif itu.

ya.. bukan semua orang kat dunia ni jahat.. masih ada yang berhati perut meskipun minyak naik..!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Kak Aliya selamat. Ya, masih ramai lelaki budiman di luar sana.
ReplyDeleteC.L. yang saya tahu hanyalah Champions League. he.. he..
Syukur alhamdulillah. Ketika orang asyik memperkatakan tentang pencolekan, rompakan dan lain-lain bentuk jenayah, kita menjadi semakin 'paranoid', berwaspada terhadap orang lain. Saya menemui insan yang baik. Namun kita masih perlu berhati-hati. Sekiranya naluri kita memberitahu ada yang tidak kena, kita lari sahaja.
ReplyDelete