Sunday, June 15

LEMBUT

"Shamsuddin".
Kami berpandangan satu sama lain.
"*Shamsuddin bin Tahir!"
Encik B menaikkan suaranya. Tiba-tiba salah seorang daripada kami tersentak lalu cepat-cepat mengangkat tangannya.
"Hai... nama sendiri pun dah lupa?" sindir Encik B.
Kami ketawa. Ada yang tersengih mengejek. Muka *Sasha merah padam. Tak pernah kami sangkakan itulah nama sebenarnya. Sudah dua minggu semasa latihan drama, kami mengenalinya sebagai Sasha. Itulah nama yang digunakannya.
Siapa akan dapat mengagak bahawa manusia bertubuh tinggi lampai, berblaus merah jambu dengan seluar ketat dengan potongan badan wanita, bermekap tebal, dan berambut rebonding paras bahu itu rupa-rupanya Shamsudin bin Tahir?

Sebelum saya peluk Islam, saya juga berkenalan dengan beberapa orang seperti Sasha. *Jeni seorang daripada mereka yang pernah rapat dengan saya.
"You nak ke farmasi? Boleh tolong I tak?"
"Nak beli apa?"
"Nak beli ubat. Ah, ini namanya dan ini wangnya."
"Ubat apa ni, *Jeni? "
"Adalah... tolonglah belikan."
Terkejut saya apabila ahli farmasi itu bertanya untuk siapakah ubat yang saya beli itu. "Ini ubat hormon wanita, Cik. Beli untuk mak?"
Saya diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Mampus, ubat hormon wanita rupa-rupanya!?
"Thanks."
"Ini hormon untuk wanita yang dah menopause, Jeni. You makan hormon ni?"
"You fikirkanlah bagaimana kulit I ni licin dan lembut? Inilah cara I maintain my body. I tau ini tak baik tapi nak buat macam mana? "
"Berapa biji you makan setiap hari?"
"Sehari 6 biji. Ini supply untuk seminggu sahaja."
"You gilakah? 6 biji sehari? You tau risiko ambil pil in tanpa prescription, kan?"
"Tau. I'm living dangerously," Jeni ketawa.

Beberapa bulan selepas bergelar Muslimah, saya bertemu semula dengan Jeni. Dia kelihatan agak berubah.
"Tak sangka I.." dia tersenyum.
"Yang I peluk Islam?"
"Dan memakai tudung. Nampak lain."
"What happened to you, Jeni? Rupa you ni lain sikit sekarang."
" I dah henti ambil pil tu. Sakit badan I."
"Oh, baguslah henti. Patutlah nampak sasa sekarang, dah nak tumbuh misai," saya memuji.
Sebagai lelaki, Jeni merupakan seorang yang kacak tetapi alangkah sayangnya, dia memilih jalan lain dalam hidupnya.

Pernah juga saya berbual dengannya tentang agama.
"Nak pergi solat Jumaat? Nanti saya pula yang dihalau."
"Mengapa?"
"Ingat senangkah nak tanggal mascara, lipstick dan sebagainya di masjid? Saya dipandang serong, like an alien kalau masuk masjid. Lagipun nanti geng I pula kata apa?"
"You sembahyang di rumah?"
"Jangan fikir I macam ini I tak sembahyang, tak ingat Tuhan. Mungkin iman I tak sekuat you tapi I tetap orang Islam. Tetapi masyarakat yang tidak menerima saya. Mereka hanya tahu menghukum."
Saya terdiam. Susah nak jawab. Saya tidak menyokong tindakan Jeni dan gengnya yang diselubungi dosa. Ia bercanggah dengan ajaran Islam dan norma masyarakat. Namun untuk menolak orang seperti Jeni secara total kerana kecenderungannya terhadap kaum sejenis boleh menyebabkan dia semakin jauh daripada bantuan.

Memang masyarakat sering memandang negatif terhadap orang seperti Jeni dan Sasha. Jikalau saya tidak berpeluang mengenali dan memahami dunia mereka, mungkin saya juga akan memandang sinis pada lelaki lembut seperti mereka. Hendak menarik kawan-kawan seperti Jeni dan Sasha kembali semula ke jalan yang lurus bukanlah mudah, kerana kebiasaannya terdapat pengaruh geng lembut yang kuat. Kebanyakan geng mereka itu berakar umbi di sekolah menengah dan bercambah di peringkat kolej dan institusi pengajian tinggi. Dakwah perlu dilakukan dengan cara berhemah dan penuh kesabaran. Semoga orang seperti Jeni dan Sasha dibimbingNya semula ke pangkal jalan.

* bukan nama sebenar
image: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_92dbca86-c0a85062-18ca9d10-48201566
link: http://www.missionislam.com/knowledge/homosexuality.htm

4 comments:

  1. saya pun ada kawan mcm kawan2 kak aliya. orangnya baik, bijak dan merupakan pelajar terbaik di kampus.Most of them really stands out (academically lah..yang 'lembut pun iye juge')

    where i came from is from an islamic institution. Bila ditanya,katanya bukan tak mahu berubah.

    Tapi entahlah.
    Sad. these people have lots of potential, but is limited by other's negative perceptions and alas they'll just disappear.

    ReplyDelete
  2. Kita sering diingatkan supaya 'be yourself..' Sebenarnya be yourself is not enough.. Cuba kita sebut 'be like Nabi Muhammad s.a.w.' Kan lebih baik begitu..

    Saya juga ada ramai kawan-kawan yang bermasalah begini. Ada yang lelaki mahu jadi wanita, wanita mahu jadi lelaki. Ia sebenarnya penyakit sejak sekian lama. Bisikan syaitan sangat kuat, kita mudah terpedaya. Kita perlu bantu mereka, ingatkan apa yang mereka dah terlupa. Menghindarkan mereka bukan jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  3. Ya, nabi Muhammad sa.w yang perlu kita jadikan model, bukan ikut propaganda barat :)
    Penerapan agama amat penting pada usia kanak-kanak lagi, kerana daripada perbualan saya dengan mereka, penyakit ini berputik dari masa kanak-kanak dan diperkuatkan dengan kewujudan geng "lembut" di peringkat sekolah. Mereka perlu bantuan, tetapi malangnya golongan ini yang sering menjadi mangsa penganiayaan dan dilupakan kumpulan pendakwah Islam?

    ReplyDelete
  4. hi aliya,

    trend actor tempatan menjiwai watak lembut seperti Awie dan Jalaluddin Hassan.

    ReplyDelete